|
wahhhh...suspek...rafik cuba bunuh Am ka? |
|
|
|
|
|
|
|
rafik kene rasuk ni. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Makin suspen ni. Bila tt nak sambung ni? Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 yang dianggap tipis atau mustahil, itu la yang terjadi sebenarnya... hehee...
nice story tt... ni aku tengah nak khatamkan semua ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar tunggu sambungan...
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik.. lama aku x datang kat benang ni. banyak citer da rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Am Bahagian 4
Keadaan di rumah bujang mereka menjadi semakin tegang…terdapat beberapa isu yang terjadi di rumah tersebut.
Isu pertama, kejadian Rafik menghulurkan pisau kepada Lan yang membuatkan dia menengking Rafik.
Am: Korang dah kenapa menjerit2 kat ruang tamu ni? Aku nak siapkan assignment pun tak senang.
Lan: Rafik ni lah! Aku mintak kat dia pisau dapur yang dia tengah usap2 sambil tengok TV tadi…sekali dia hulur mata pisau dulu kat aku. Sikit lagi nak masuk ke celah rusuk kiri aku.
Rafik: ……
Am: Rilek la, Am…tak kena pun kan? Nyaris2 je…
Lan: Kau tak kena senang la cakap, Am…aku dah sampai memory flashback macam2 dah tadi. Huk…huk (nangis lari masuk bilik tutup pintu).
Am: Woiii…bukak la pintu ni woi! Assignment aku tak siap lagi la!
Isu kedua, kekerapan kejadian penampakan. Satu malam tu Lan terbangun hendak ke tandas, dia terdengar suara Fendi tengah menyanyi sambil mengibas2 pakaian basah.
Lalu Lan cuba menegur perbuatan tak berfaedahnya itu, “woi…tebiat ke nyanyi tengah2 malam…”. Belum sempat Lan menghabiskan kata2nya, dia terlihat kelibat makhluk berupa perempuan berada tidak jauh dari tempat Fendi berdiri.
“Ohh…kau rupanya, Lan. Tak boleh tidur ke? Meh la lepak2 dengan kitorang”, kata Fendi bersahaja.
Menurut Lan, dia tidak sempat mengamati rupa makhluk itu dengan jelas kerana dia dah rebah pengsan. Sekali lagi dia terkencing di dalam seluar dan demam beberapa hari.
Kali kedua penampakan ialah sewaktu Am pulang agak lewat setelah melepak bersama dengan aku, Ramli dan Epoi. Dia terserempak dengan budak tak berpakaian sedang bermain guli di tangga rumah flat mereka.
Tetapi kali ini Am dah bijak sikit, tidak perlu dia tegur suruh budak tu balik ke rumah. Sedangkan kulit budak itu sendiri warnanya pucat dan mak bapak mana bagi anak dia keluar tengah2 malam, telanjang pula tu. Lalu Am membuat keputusan untuk turun semula ke bawah walaupun kakinya agak terketar2 dan cuba melalui satu lagi tangga flat tersebut.
Malangnya, di tangga itu juga terdapat budak kecil yang sama sedang bermain guli. Am nekad kali ini untuk berlari menuruni anak tangga dan seterusnya menaiki tangga yang pertama dinaikinya tadi sebelum budak itu berpindah ke tangga itu.
Sekali lagi harapannya punah apabila budak tersebut telah berada di situ lebih awal darinya. Nafas Am tercungap2, dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Lalu dia membuat keputusan untuk bermalam di surau kawasan flat tersebut.
Dia hanya sedar bila dikejutkan oleh siak surau tersebut dan kemudiannya dia diminta untuk melaungkan azan subuh. Seterusnya dia solat berjemaah bersama2 dengan penghuni flat yang lain, membuatkan Haji Yusof tersenyum bangga melihatnya.
Kali ketiga penampakan pula, apabila Am, Lan dan Fendi hendak pulang ke rumah. Mereka pulang agak lewat juga kerana melayan awek2 mat saleh yang meminta Fendi menunjukkan mereka tempat2 menarik di Pulau Pinang.
Jadinya 2 ekor buaya tu pun tumpang sekaki la konon dapat merasa sekali berkepit dengan awek2 mat saleh tersebut walaupun english mereka kelabu asap.
Pada awalnya Am agak risau mereka pulang agak lewat dari kebiasaannya, tetapi memandangkan kali ni dia bersama2 dengan Lan dan Fendi…kalau jadi apa2 pun sekurang2nya dia ada geng.
Walaupun kedua2 housematenya itu agak tak berapa berguna apabila berhadapan dengan kejadian penampakan…sorang tu asyik pengsan & demam je dan sorang lagi tu pulak dense nak mampus.
Ternyata apa yang dirisaukan Lan benar2 terjadi, sewaktu mereka sedang merantai dan mengunci motor di bawah rumah flat, Am terasa bagai diperhatikan. Jadi bila rasa diperhatikan ni, tengkuk kita akan automatik gatal nak menoleh.
Maka terlihatlah akan sekor makhluk sedang menyangkung di atas seat bangkai motor yang telah lama tersadai di bawah flat tersebut. Rupa makhluk tersebut ibarat diseret2kan di atas jalan tar kerana kulitnya tiada, hanya isi daging yang telah pecah2 bercampur dengan nanah.
Bila makhluk itu bergerak, katakan awal tadi tangannya rapat dengan badannya bila dia menggerakkan tangan tersebut terdapat seperti lendir nanah melekit2 dari celah2nya dan juga berbunyi, “shlicckkk…shliicckkk”.
Am cuba menyenggol Lan untuk mengajaknya cepat2 naik ke atas…akan tetapi...malangnya, dia tersenggolkan Fendi pula. Fendi pun menoleh, melihat apa yang dilihat oleh Am.
Lalu Fendi pun berkata, “brader, ada lighter tak?”.
Sekaligus ianya membuatkan darah Am berderau, berdesup naik ke kepalanya. Lantas dia menyentap tangan Lan dan Fendi, lalu mengheret mereka menaiki tangga. Suasana hening malam tersebut dipecahkan dengan ketawa creepy dari makhluk tersebut, “hehehehe”.
Cukup untuk membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan meremang bulu roma, kecuali Fendi lah. Dia bukannya faham apa pun. Sekali lagi Lan demam beberapa hari walaupun dia tidak melihat makhluk tersebut secara direct.
Isu yang ketiga pula, ketegangan mereka dengan Pak Akob. Pernah beberapa kali Pak Akob meninggikan suara meminta mereka meninggalkan rumah sewa itu. Pernah juga mereka dimarahi kerana selalu pulang lewat malam, terutamanya Farid.
Pernah juga satu hari tu Farid nyaris hendak bertumbuk dengan Pak Akob kerana perselisihan faham, namun sempat disabarkan oleh Lan dan Fendi.
Isu yang keempat ni pula aku macam malas nak taip, tapi Fendi suruh masukkan juga sewaktu video call bila aku dah balik KL. Sewaktu Fendi pulang dari kelasnya bersama dengan Lan dan Am, dia melihat kepala teddy bearnya telah tiada…seperti telah dipotong orang.
Lantas membuatkan Fendi menangis sambil meraung nama teddy bearnya, Brianna…yang juga merupakan nama exnya yang telah pulang ke Jamaica.
Manakala Rafik pula hanya tersenyum puas sambil memandang skrin TV yang masih terpadam.
Am menghentikan ceritanya, kerana hari telah menjelang petang. Aku juga telah memperoleh beberapa lauk untuk dimasak berbuka dan bersahur. Ada beberapa kali aku rasa macam nak ajak Am berbuka sama, tapi rasa macam ambil dia dari keluarga dia pula nanti.
Bersambung… |
|
|
|
|
|
|
|
Fendi tu kan rasa hempuk2 je..muka makhluk tu dah xde rupa pun dia selamba lg tegur. Hish |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-11-2020 11:06 PM
yeyeyeyeye..tak sia2 aku masuk balik baca mlm jumaat pulak
Sy hari2 tgk total Komen. Blh hafal dah kot ada Komen terbaru. Tt ni update Tak bg hint. Tup2 dah ada. Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
isma29 replied at 20-11-2020 02:06 AM
Sy hari2 tgk total Komen. Blh hafal dah kot ada Komen terbaru. Tt ni update Tak bg hint. Tup2 dah ...
Hahah.. Rajin sungguh.. Hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm sibuk sempat merempit kat benang ni, yeayy ada sambungan!
Dalam banyak2 penampakan si am & geng jumpa, penduduk flat tu takde yg nampak jugak ke? saje tanyee |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 20-11-2020 08:01 AM
Hahah.. Rajin sungguh.. Hihihi
Baru comeback sis lps bertahun2 xaktif gara2 lupa password. Berminggu2 tunggu email reset baru lah dpt. Kiki. Dulu pengikut tegar siri ilah tu |
|
|
|
|
|
|
|
isma29 replied at 20-11-2020 08:54 PM
Baru comeback sis lps bertahun2 xaktif gara2 lupa password. Berminggu2 tunggu email reset baru lah ...
Nanti iols tanya mod bod ni boleh tak highlight kan thread ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Weekend ni tak de sambungan ke john |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-11-2020 06:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_Maxx replied at 21-11-2020 08:40 PM
Weekend ni tak de sambungan ke john
igt nk update mlm smlm...skali x blh bukak plak
mybe ade maintenance kot smlm. jap lg aku update
next week aku ade online training...jd bsar kemungkinan kalau update pun next weekend |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 22-11-2020 09:29 AM
Kisah Am Bahagian 5
Joyah: Angpa tau tak…kawasan kita ni dah tak aman semenjak dua menjak ni.
Bedah: Pasai pa? Pasai Jenab gaduh baling pinggan dengan laki dia tu ka?
Senah: Hish…ang ni ke situ pulak aih…bukan hat tu.
Bedah: Abih tu? Hat mana pulak dah? Sejak bila pulak kawasan kita ni aman? Biasa ada saja menda nak jadi.
Joyah: Ni la yang aku nak habaq mai kat ang…malam semalam, sedara sebelah mertua si Jenab kena kacau lepas balik disco dut.
Senah: Memang selalu ka dia pi ke disco dut tu?
Bedah: Yang hat tu memang aku dah lama tau dah…entah apa yang seronoknya entah. Pompuannya pun hat baya2 kita bergelek pakai serupa macam sarung nangka.
Joyah: Angpa dengaq la cerita aku sat…kali ni masa dia nak balik rumah dia...dia ternampak ada satu lembaga tengah baik punya dok menyangkung atas bangkai motor arwah Tapa laki si Munah tu.
Bedah: Uishh…seram baq ang…meremang bulu roma aku.
Senah: Aku tadi ingatkan tak mau nak cerita pasai menda ni kat angpa…takut nanti huru hara pulak kawasan kita ni.
Joyah: Cerita apa tu Senah? Habaq mai la kami nak dengaq.
Senah: Lagu ni…2 hari lepas…adik ipaq Ayu anak Hussein niaga laksa tu, ternampak budak kecik kat tangga.
Bedah: Biasaq la tu kot? Budak2 main kat tangga…cucu ang pun main kat tangga jugak.
Senah: Hishh…tengah2 malam budak main kat tangga buat pa?
Joyah: Huiii…seram ni…lepas tu? Lepas tu?
Senah: Depa kata budak tu pucat satu badan…telanjang bulat pulak tu. Mak pak mana bagi anak dia main kat tangga tengah2 malam? Tak pakai pa2 pulak tu.
Bedah: Seram la aku nak keluaq malam2 kalu lagu ni. Aku baru ingat nak ajak laki aku pi pekena pasemboq kat padang kota nun.
Joyah: Aku rasa la kan…ni mesti ada kait mengait dengan budak2 bujang belajaq tu.
Senah: Ang pun rasa macam tu ka? Aku ingat aku sorang ja.
Joyah: Mertua si Abu Tempang tu ada borak2 dengan aku sambil sidai kain semalam. Dia cerita…anak dia yang keja bawak van kilang tu...balik pukoi 2 pagi, ternampak lah pulak sorang budak rumah bujang tu tengah baik dok bercengkerama dengan pompuan sambil sidai kain. Kejadah pa sidai kain pukoi 2 pagi?
Bedah: Ini dah kes maksiat ni…awat dia tak talipon ja pencegah maksiat?
Joyah: Pasainya bukan dengan orang la ni aku yang aku dok cerita kat angpa. Hantu pompuan tu dok tergantung kat tengah2 langit nak maksiat apanya?
Senah: Astaghfirullah hal azim…macam dah takdak pompuan lain yang masih elok bernyawa.
Bedah: Ang ni dok menyangkung kat situ dari tadi dok pasang telinga ka?
Lan: Eh…tak makcik…tengah tunggu kawan nak pergi kelas. (sambil senyum awkward)
Sewaktu Lan dan Am berjalan kaki dari parking motor ke dewan kuliah, Lan hanya termenung saja melihatkan jalan tar.
Am: Kau dah kenapa? Macam ayam nak kena semelih je?
Lan: Kau rasa kite ni suwei ke?
Am: Kenapa pulak kau cakap macam tu? Sebab apa yang dah jadi kat kita kebelakangan ni ke? Atau sebab kau dengar cerita makcik2 bawang kat area rumah kita?
Lan: Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang Am…
Am: Entah la…aku pun tak tau nak cakap apa…kau nak kita semua mandi bunga ke apa?
Lan: Hishh…kau ni. Aku tengah serius la…kita bukannya tak dapat jodoh nak mandi2 bunga ni.
Am: Aku syak, macam Pak Akob punya kerja la kita jadi macam ni.
Lan: Kenapa kau cakap macam tu?
Am: Ada beberapa kali jugak aku nampak dia terkumat kamit sambil pandang ke rumah kita dari tingkat bawah...depan bangunan flat.
Lan: Aku pun ada nampak jugak…aku ingatkan dia tengah menyumpah seranah kau…tak tau pulak dia tengah baca mantra.
Am: What de hell aku pulak yang kena?
Lan: Yelah, kau kan pernah pancitkan tayar motor dia dulu?
Am: Abis dia suruh kita blah dari rumah tu…dia ingat dia siapa? Ni Am tau…kacang hantu kat kampung, kalau setakat hantu betul tu, jangan ingat aku tak takut.
Lan: Eh, kau ni...
Dialog tak berfaedah mereka dihentikan di situ dan seterusnya mereka terlupa akan perkara2 yang merunsingkan fikiran mereka itu dek kerana kesibukan belajar. Apabila mereka pulang saja dari kampus, telah
berlaku satu insiden di rumah mereka.
Mereka terdengar suara Fendi seperti meminta tolong dan juga seperti bunyi barang2 dilanggar orang yang sedang bergelut. Lantas mereka berdua membuka pintu rumah sewa mereka. Kelihatan Rafik sedang mencekik leher Farid, manakala Fendi pula sedang cuba menahannya dari belakang Rafik.
Apa yang terjadi di ruang tamu rumah mereka itu membuatkan Lan dan Am tergamam sebentar sehinggalah mereka terdengar Fendi berkata, “aku mintak tolong la bodoh…! Kenapa korang tengok je?!”.
Tersentak mereka terkejut lalu menolong Fendi dengan menarik kedua2 lengan Rafik. Ketika ini baharulah mereka berempat sedar, badan mereka berempat semuanya cekeding. Manakala badan Rafik tu pula ibarat badan body builder. Habis terketar2 tulang 4 kerat mereka cuba menahan Rafik dari mencekik Farid.
Lebih menyukarkan lagi apabila Farid pula sudah tidak berdaya lagi hendak bergelut mempertahankan nyawanya. Mukanya pula telah mulai biru dan anak matanya pula telah naik ke atas, sudah seperti nyawa2 ikan.
Fendi yang telah lama bergelut sedari awal lagi juga telah mula kehabisan tenaga. Namun, dia mendapat satu akal dengan menendang kelangkang Rafik dengan sekuat2 hatinya sehingga menyebabkan Rafik meraung dan bergolek ke tepi.
Dengan pantas Am menarik lengan sepupunya dengan kudratnya yang masih ada untuk menjauhi Rafik. Baharulah wajah Farid beransur kembali kepada warna asal, namun dia terbatuk2 teruk kerana kerongkongnya telah lama dicekik.
Sewaktu Am menceritakan kisah ini
Aku: Jadinya dalam cerita ni, Fendi la heronya ye?
Am: Masa tu memang kritikal habis…aku masa tu dah pandang pisau kat atas meja dah. Kalau lah Fendi tak buat macam tu, rasanya aku dah tikam orang dah kot?
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Am Bahagian 6
Keadaan kembali menjadi tegang apabila Rafik bangkit semula dan seperti bersedia hendak mencekik siapa saja yang dia dapat.
“Berhenti, Rafik! Apa yang kau buat ni?”, kata Am yang cuba mengawal keadaan.
“Aku mesti bunuh!! Aku nak bunuh semua orang!!!”, Rafik meninggikan suaranya sambil mundar mandir di ruang tamu sambil kedua tangan sekejap2 memegang kepalanya.
“Syuhhh…syuhhh…”, kata Fendi sambil menendang2 ke depan apabila Rafik cuba menghampirinya.
Manakala Lan pula membuat muka “this is kenot be”. Dia tak rela pusingan kedua itu berlaku tatkala mereka semua masih kepenatan. Lalu dengan pantas dia berlari keluar rumah dan mengetuk pintu jiran2nya sambil meminta tolong. Tetapi waktu itu, masih ramai yang belum pulang dari kerja atau membawang.
Hanya Ayu anak Hussein niaga laksa saja yang membuka pintu sambil berkata, “kenapa dik…? Akak tengah sibuk masak makan tengahari untuk anak2 akak ni”.
“Akak…tolong la kak…talipon la polis ke bomba ke apa2 yang patut. Ada orang mengamuk kat rumah bujang kami”, kata Lan sambil menangis teresak2.
Melihatkan muka buruk Lan yang menangis sambil merayu2 tu, lalu Ayu mengangguk2kan kepalanya dan berkata, “akak talipon kejap, ang jangan masuk rumah ni pulak…nanti tak pasai2 akak kena gosip”.
Ayu mengangkat kain alas meja di bawah telefon dan seterusnya mengambil kunci kecil untuk membuka mangga pada lock telefon rumahnya. Zaman2 ni memang ramai pakai lock ni untuk elak anak2 bujang/ dara bergayut kat rumah…juga untuk elak budak2 kecik duk tekan2 sampai habis melambung bil.
Sebaik saja ayu mengangkat ganggang telefon tersebut, dia tergamam sebentar…lalu bertanya, “adik, 991 ka…994 ka…996?”.
Zaman ni juga nombor talian kecemasan bagi medical, polis dan bomba ada nombornya masing2. Pertanyaan Ayu itu membuatkan Lan tergamam sebentar…lalu dia terlihat akan gambar di dinding rumah tersebut.
“Laki pakai baju polis ni suami akak ke?”, Lan bertanya.
“Ya la…segak kan?”, Ayu menjawapnya kembali.
“Dah tu talipon la laki akak…dia kan keje polis…aduyai…”, kata Lan sambil menghentak2kan kakinya ke lantai.
Dengan pantas Ayu membuka laci dan mengambil buku nota kecil yang terkandung nombor2 telefon orang2 yang penting dalam hidupnya. Zaman ni juga kebanyakkannya mesti ada buku kecil ni.
Ayu: Hello, boleh saya bercakap dengan Korperal Razi.
Razi: Ye…saya bercakap.
Ayu: Sat lagi abang balik makan tak? Anje ada masak…
Lan: Akakkkkk!!!!
Ayu: Oh ye…bang, ada orang mengamuk kat rumah kita. Eh…kat rumah budak2 bujang belajar kat U tu. Mai cepat ye…
Sementara itu di dalam rumah bujang itu pula, Am mengangkat kerusi meja makan untuk dijadikan senjata dan perisai untuk menjauhkan dirinya dari Rafik di samping melindungi Farid di belakangnya.
Manakala Fendi pula menjerit, “atawww…!!! Achawwww!!” sambil melompat2 meniru gaya Bruce Lee. Sekali sekala low kicknya mengenai peha Rafik ketika dia cuba menghampirinya. Untuk pengetahuan semua, Fendi ni tinggi orangnya...jadi kalau dia menendang tu mmg sampai je walaupun jarak tak berapa nak dekat.
Tapi disebabkan badannya cekeding, tendangannya tu tak membuahkan hasil. Apa lagi tendangannya yang terakhir itu berjaya ditangkap oleh Rafik. Sekaligus kakinya direntap oleh Rafik, membuatkan dia terbaring di lantai.
Dengan pantas Fendi membulatkan badannya seperti tenggiling, sambil jarinya dicantumkan untuk melindungi belakang lehernya dari dicekik.
Tapi malangnya, Rafik tidak mencekik kali ini…dia menendang2 badan Fendi berkali2 seperti bola. Keadaan kembali getir, Am cuba menghalang Rafik dengan melanggarkan kaki kerusi yang dipegangnya ke arah Rafik.
Pada awalnya ia mengenai Rafik, tapi cubaannya yang kedua tidak berhasil apabila Rafik menangkap kaki kerusi tersebut dan membalingnya keluar dari pintu rumah mereka.
Terlepas saja kerusi tersebut dari tangan Am, dia cuba mencapai kerusi meja makan seterusnya…tetapi kali ini dia terambilkan tudung saji yang diletakkan di atas penyadar kerusi tersebut.
Am mula membuat muka “oh man…”, manakala Rafik hanya tersenyum, lalu berjalan menghampiri Am.
“Watchaaaaa…!!!”, jerit Fendi sambil menghayunkan lipatan sepak takrawnya ke arah belakang leher Rafik.
Membuatkan Rafik menahan badannya dari menyembah lantai...dengan saspennya dia menoleh perlahan2 ke arah Fendi. Sekaligus membuatkan Fendi dengan pantasnya merangkak melarikan diri ke luar rumah. Rafik cuba menangkap kakinya ketika dia merangkak tapi tidak berjaya.
Nasib Fendi agak baik kerana anggota polis telah tiba di rumah bujang itu, mereka beramai2 cuba menahan Rafik dan seterusnya menggari tangannya untuk dibawa ke balai.
Hasil dari soal siasat, tiada apa yang mereka dapat dari Rafik. Dia hanya menjerit “bunuh…bunuh!” sahaja. Doktor juga mengesahkan Rafik mempunyai masalah mental dan terdapat history yang dia pernah cuba mencekik kawan sekelasnya sewaktu di bangku sekolah dahulu.
Tetapi keluarganya mengingatkan hal itu telah selesai setelah beberapa tahun mereka membawanya kepada psikoterapis dan memberinya ubat secara konsisten.
Aku: Ater…itu je halnye? Sampai kau ngaco aku ngecat Warung Pak Itam ni.
Am: Rilek la…tu baru babak pertama. Baidewei (by the way), ngape pulak kau rajin ngecat Warung Pak Itam ni?
Aku: Udah Minah mintak tolong…awak nolong je ler kalau udah numpang masak ngan tidor kat sini. Kamu tu haram puah nak menolong…tau nak bercerita je heinye.
Am: Hahaha…aku bukannya apa. Bau cat ni…nekak haus dibuatnya.
Aku: Ater aku ni ape cerita? Takde efek ke pulak?
Bersambung… |
|
|
|
|
|
|
|
Yezza ini yg ditunggu2....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|