|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 18
[Copy link]
|
|
Macau Scam: Jadi pemilik saham syarikat antara modus operandi sindiket - Azam
Fauzi Suhaimi
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan, antara modus operandi sindiket Macau Scam adalah dengan menjadi pelabur wang tunai dalam syarikat milik ahli perniagaan selain menjadi pemegang saham syarikat berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, selain itu, sindiket terbabit turut dipercayai melaburkan wang hasil kegiatan haram itu kepada syarikat pinjaman wang berlesen atau 'Ah Long' dan sindiket judi haram sebagai usaha membersihkan wang itu.
Ini kerana, jelas beliau, keuntungan hasil pelaburan di syarikat tersebut akan diterima semula sindiket berkenaan.
"Dalam siasatan ini, modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan mewujudkan beratus syarikat untuk disalurkan dana untuk tujuan mencuci wang yang diperoleh sindiket.
"Mereka beri wang tunai dan ada dalam keadaan tertentu mereka menjadi pemilik saham bagi mendapatkan bayaran balik pelaburan itu.
"Sekiranya kita lihat cara mereka (melabur dalam syarikat), ia nampak halal tetapi dana itu sebenarnya hasil penipuan terhadap ramai rakyat Malaysia," katanya dalam temu bual secara langsung menerusi slot 'SPRM 360' di MACCfm di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Azam turut mendedahkan, sindiket itu juga akan mewujudkan beratus-ratus syarikat 'dummy' (tidak wujud) dalam proses mengubah wang haram terbabit.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang mempunyai maklumat dalam isu berkenaan untuk tampil atau menghubungi SPRM untuk dijadikan saksi penting kes berkenaan.
"Sekiranya beri maklumat, keselamatan mereka akan dijamin sepenuhnya mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Undang-undang negara akan melindungi identiti mereka ini," katanya.
Azam memberitahu, mereka yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi pegawai SPRM itu PPj Asrul di talian 019-3126020; PPj Rohaizi (013-9400200) dan Psk Sabri (017-2582415). |
|
|
|
|
|
|
|
Self-inflicting wound...attention seeker kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 9-10-2020 10:05 AM
Self-inflicting wound...attention seeker kot...
Dia tak sedar yg dia sakitkan badan.. Bila dah cuci luka baru dia sedar dan sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 9-10-2020 09:09 AM
Dia tak sedar yg dia sakitkan badan.. Bila dah cuci luka baru dia sedar dan sakit.
Ooo...luar sedar ye...
Ni kakak beli besi pencakar kot kat Sup Meletop...dok try...nyah angin...leh treat headache dsb... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 9-10-2020 10:15 AM
Ooo...luar sedar ye...
Ni kakak beli besi pencakar kot kat Sup Meletop...dok try...nyah angin...l ...
Menarik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 9-10-2020 09:16 AM
Menarik ni.
Seller tu bilang sifu dia buatkan rugi tak beli gak... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 8-10-2020 08:47 PM
Setia alam xtermasuk.. tp jgn gi SCM..ada kes
ya ampunnnn!! covid bak exercise pulokkkk!!
morning chuols yg x brp morning ni..
sebok betul meols rempit benang macau scam dan sekutu2nya..
byk sgt ketinggalan nihhh
mat salleh sgt nama timb kpn tuh masa meols baca dlm berita..
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkini: Pelawak dan pelakon, Shuib tidak boleh memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan keretanya sudah ditarik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, Shuib akan menjelaskan beberapa perkara termasuk spekulasi yang tular di media sosial selepas urusannya dengan SPRM selesai.
“Shuib tidak boleh beri kenyataan apa-apa. Biarlah orang buat spekulasi."- Utusan
2)Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa selebriti yang berasa ada kaitan dengan kegiatan 'cuci' duit haram diperoleh daripada sindiket penipuan Macau Scam serta judi dalam talian tampil memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti diminta. Presidennya, Zed Zaidi berkata, selebriti terbabit perlu ada sikap bertanggungjawab jika rasa ada kaitan rapat dengan perniagaan itu.
"Sebelum kes ini pun, ada juga golongan artis terbabit dengan 'along' dan dadah. Apapun, tak perlu berasa malu kerana kerjasama diberikan itu boleh jadi contoh tanggungjawab pada masyarakat."- Harian Metro
1)Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan, antara modus operandi sindiket Macau Scam adalah dengan menjadi pelabur wang tunai dalam syarikat milik ahli perniagaan selain menjadi pemegang saham syarikat berkenaan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, selain itu, sindiket terbabit turut dipercayai melaburkan wang hasil kegiatan haram itu kepada syarikat pinjaman wang berlesen atau 'Ah Long' dan sindiket judi haram sebagai usaha membersihkan wang itu. Ini kerana, jelas beliau, keuntungan hasil pelaburan di syarikat tersebut akan diterima semula sindiket berkenaan.
"Dalam siasatan ini, modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan mewujudkan beratus syarikat untuk disalurkan dana untuk tujuan mencuci wang yang diperoleh sindiket."
"Sekiranya beri maklumat, keselamatan mereka akan dijamin sepenuhnya mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Undang-undang negara akan melindungi identiti mereka ini," katanya.
Azam memberitahu, mereka yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi pegawai SPRM itu PPj Asrul di talian 019-3126020; PPj Rohaizi (013-9400200) dan Psk Sabri (017-2582415).- Astro Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
Dok ralit baca gak...sambil nunggu baby Fattzura muncul...
Sambung teka nama- Farhaira, Fadila, Faeqa...
|
|
|
|
|
|
|
|
2 in 1 news...
Skandal hartanah Mara Inc: DPP pada dasar setuju buat pertuduhan, kata SPRM
https://www.malaysiakini.com/news/545729
Diterbitkan Hari ini 1:59 pm
Pihak timbalan pendakwa raya pada dasarnya telah bersetuju untuk membuat pertuduhan terhadap beberapa pihak yang terlibat dalam skandal pembelian hartanah membabitkan Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc), kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, buat masa ini, SPRM sedang mengatur masa yang sesuai untuk pertuduhan dilakukan selain memberi jaminan tidak ada perlindungan akan diberikan terhadap pihak-pihak yang terlibat.
“Timbalan pendakwa raya, pada dasarnya, telah bersetuju untuk menuduh beberapa pihak, cuma sekarang ini kami tengah atur masa untuk tuduh sahaja.
“Ada (pihak terlibat) yang salah seorangnya, mungkin duduk di Sabah, mungkin terlibat dalam kuarantin, dan kita kena aturkan masa.
“Kes ini tidak ada sebarang perlindungan diberikan kepada mana-mana pihak. Kami memang tegas dalam menjalankan kes ini, cuma tunggu masa sajalah. Itu yang boleh saya katakan setakat ini,” katanya.
Dia berkata demikian dalam temu bual siaran langsung di radio MACC.fm hari ini.
Pada 5 Ogos lalu, portal The Sydney Morning Herald melaporkan seorang individu didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing (iaitu merujuk pegawai Malaysia) dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar Dudley House di Melbourne kepada Mara Inc.
Boon Lye Teen, atau dikenali sebagai Dennis Teen, 68 - dipercayai warga Malaysia yang bermastautin di Australia - dituduh melakukan kesalahan itu pada 8 Mac 2013 di Vermont South, Melbourne.
Berdasarkan butiran mahkamah, harga hartanah dipersetujui untuk dijual pada harga AU$17.85 juta (RM 53.55 juta), namun kemudian dijual pada harga lebih tingg i- AU$22.6 juta (RM 67.8 juta) - dengan AS$4.75 juta (RM14.25 juta) digunakan untuk membayar pegawai awam di Malaysia.
Susulan itu, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa SPRM menyiasat kes itu, termasuk dua “orang tengah” dikenali sebagai Zach Zainal dan Erwan Azizi yang didakwa menerima sogokan berjumlah RM14.25 juta untuk mempengaruhi pegawai awam Malaysia dalam urus niaga itu.
Mara pula tidak lama kemudian, menggesa semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan terhadap skandal penjualan hartanah yang berlaku pada 2013 itu.
Kes Asri Janggut di peringkat akhir
Dalam perkembangan lain, menjawab soalan seorang pengguna Facebook berhubung kes Abang Burger atau Asri Janggut, Azam berkata siasatan sudah sampai ke “peringkat hujung”, dan meminta orang ramai bersabar menunggu perkembangan kes itu.
Dia memberi jaminan tindakan punitif akan diambil dan tiada sebarang perlindungan akan diberikan terhadap mereka yang terlibat.
“Kita telah menjalankan siasatan dan ramai pihak telah ditangkap, dan siasatan ini dah di peringkat penghujungnya untuk kita selesaikan.
“Saya rasa, tunggu masa sikit, kita akan bawa ke timbalan pendakwa raya (DPP), DPP akan meneliti kes ini untuk sesuatu keputusan, mungkin ada yang dituduh atau tidak dan sebagainya.
“[...] Jadi minta sabar sikit, saya beri jaminan (siasatan diteruskan). Jangan kata senyap (tiada perkembangan), takkanlah kami tiap-tiap hari nak sebut tentang kes ini pergi ke mana, tapi tidak ada sebarang cover up (perlindungan). Itu saya bagi jaminan,” katanya.
Bagi Azam, apa yang penting, SPRM telah bertindak cepat bagi menghentikan isu yang timbul berhubung kes itu, lebih-lebih lagi apabila masyrakat masih mempunyai persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan di negara ini.
Asri atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid, mendapat perhatian pada Ogos apabila memuat naik video di Facebook mendedahkan wujudnya kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup yang aktif di sekitar Sungai Buloh tanpa sebarang tindakan oleh pihak berwajib.
Tindakannya itu menggemparkan banyak pihak termasuk membawa kepada penahanan beberapa kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh SPRM tidak lama kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 9-10-2020 07:47 AM
Mencutikan diri smp Isnin...ada kolig blk Sabah nak masuk.opis...ramai yg mencuti diri
Dah habis tempoh kuarantin 2 weeks ke depa nk masuk opis? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah katenye...semue pakat mencutikan diri dari opis
|
|
|
|
|
|
|
|
u punya selasih xsama mcm i punya.. u punya bunga purple.. i punya hijau
|
|
|
|
|
|
|
|
kan.. lebih sedap dari apple sebenarnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
istilah org skg.. PLAY VICTIM.. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
x terkejar dah psl scammers tu.. apa dah ceritanya.. jerung org kanan pak polisi tu dah tau ke sape
|
|
|
|
|
|
|
|
haha ok2.. tq.. td ada jiran pm.. minta resepi kerabu mangga.. sbb keypo bagi dia 1 bekas.. sedap katanya.. cloud nine kejap.. tp sebenarnya husb yg buat kerabu tu.. bukan keypo.. hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 9-10-2020 11:46 AM
u punya selasih xsama mcm i punya.. u punya bunga purple.. i punya hijau
ye ke... i xtau ada color bunga beza beza.... nnt tgu pokok bunga sampai |
|
|
|
|
|
|
| |
|