CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 20-7-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-7-2021 06:28 PM
Pengalaman Bermalam di Pergunungan Smoky
Sempena sambutan harijadi isteriku, aku bawak isteri aku m ...

Boleh lg dia sambung tido. Kalau aku dah cabutt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2021 05:08 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 4-7-2021 12:03 PM
Sahabat Snapchat

Beberapa tahun yang lalu, masa tu aku masih seorang remaja berumur 17 tahun, wak ...

mujur umur masih panjang
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 06:33 PM | Show all posts
lilac85 replied at 20-7-2021 01:05 PM
Boleh lg dia sambung tido. Kalau aku dah cabutt

orang putih ni jiwa mereka kental sikit berbanding jiwa kita. kalau saya malam2 tu juga dah berkemas pindah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2021 01:26 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 24-7-2021 04:07 PM

Baju Menari

Keluarga aku berketurunan Orang Asli Amerika.  Ibu aku terutamanya, dialah yang paling kuat berpegang pada kepercayaan dan adat resam masyarakat kami. Walaupun begitu, ibuku bukanlah seorang yang sempurna.  Ibuku terlibat dengan masalah ketagihan dadah akibat bergaul dengan orang yang salah.  Masalah itu menyebabkan ibu aku ni kadang-kala tidak boleh dipercayai sebab kerap kali khayal dan berhalusinasi.  Tapi ada satu peristiwa ni yang aku percaya memang betul-betul berlaku sebab aku ada bersama dengan ibu pada ketika itu.

Ada seorang kawan ibu aku ni, curi baju menari atau kami panggil ‘jingle dress’.  Baju ni bukan sebarang baju tradisional, baju menari ni dianggap sebagai pakaian suci yang dipakai oleh kaum kami untuk meraikan nenek moyang dan budaya kami, melalui satu majlis yang dipanggil powwow.  Kawan ibu aku ni takde rumah jadi dia tak tau nak simpan kat mana baju tu sementara kawan ibu aku ni nak cari pembeli.  Ibu aku agak berat hati nak tolong kawan dia tu, dan aku ingat lagi betapa resahnya ibu bila dipaksa untuk pegang baju tu dulu.

Setiap baju menari ni ada sejarahnya tersendiri, aku tak pasti sejarah baju yang ibu aku pegang tu macam mana pulak, tapi selalunya baju menari ni akan diturunkan dari generasi lama kepada generasi baru apabila generasi lama tu dah tak mampu menari. Bergantung kepada kaedah penjagaan, kadang-kadang baju menari ni berusia puluhan atau ratusan tahun la jugak.  Baju menari kaum kami ni akan dihiasi dengan kon-kon daripada logam yang akan menghasilkan bunyi-bunyian apabila pemakainya melompat dan melakukan gerakan tarian.  Korang boleh tengok kt Youtube kalau nak dengar, bunyi dentingan kon logam ni memang sedap dan mengasyikkan.


Baju menari itu disimpan dalam beg pakaian, bersekali dengan sebilah kipas bulu burung helang dan mahkota manik, dan disangkut dalam almari baju yang terletak di laluan ruang tamu rumah aku.  Aku ingat lagi ibu aku sampai perasap rumah dengan kemenyan sebab ibu aku risau yang baju tu berpenunggu.

Tapi, usaha ibu aku tu sia-sia je sebab malam tu kami tetap diganggu.

Ketika itu, aku sedang bermain permainan video dalam bilikku apabila aku terdengar ada bunyi di luar bilik.  Aku terberhenti bermain sebentar semata-mata nak kenalpasti bunyi apa tu. Tegak bulu romaku apabila aku dapati, bunyi tu bunyi logam berlaga dengan logam.  Ting ting ting.  Aku pun bangun dari katilku, aku tak berani nak bukak pintu bilik terus sebaliknya aku cuma mengintai dari celah pintu je.  Kebetulan bilik ibu aku pun berdepan depan bilik aku, rupa-rupanya ibu pun perasan bunyi tu dan dia pun ikut sama mengintai dari bilik dia.  

Aku dan ibu sama-sama berjalan keluar mencari punca bunyi itu. Ianya datang dari almari baju di ruang tamu tu. Ibu aku memberanikan diri membuka pintu almari itu.  Nah, beg baju yang disangkut kemas dalam almari tu tiba-tiba dah terjatuh dan melepek di dasar almari.  Mustahil baju tu boleh terjatuh sendiri sebab tangkai penyangkut baju tu tak patah pun.  

Ibu aku sangkut kembali baju tu dan tutup kemas-kemas almari tu.  Mak aku bakar kemenyan lagi tapi yang seramnya, bunyi berdenting tu datang balik dari celah almari tu. Tak silap lagi, bunyi tu datangnya dari baju menari tu.  Aku dan ibu sampai tidur sebilik, dan ibu aku bakar tembakau sebagai cara untuk menenangkan apa-apa roh yang menjaga baju tu. Tapi tak berhasil, sebaliknya bunyi berdenting itu jadi lagi kuat.  Ibu akhirnya bawak keluar baju tu dan hamparkan ia di sofa.  Dengan mata kepala kami sendiri kami nampak beg baju itu bergoyang-goyang.  Bunyi dentingan itu bergema sepanjang malam dan kami terpaksa mendengarnya.

Esok paginya, ibu aku terus pulangkan baju tu kepada kawannya.  Ibu aku siap kasi amaran jangan sesekali suruh dia simpankan apa-apa benda sekalipun.  Aku tak tau apa yang terjadi pada baju itu, tapi aku berharap agar baju itu dipulangkan semula kepada pemilik asalnya…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 24-7-2021 01:26 PM
Baju Menari
Keluarga aku berketurunan Orang Asli Amerika.  Ibu aku terutamanya, dialah yang paling  ...

mcm etnik sabah Sarawak dkt Malaysia...ada bju keturunan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2021 04:42 PM | Show all posts
Kuda Lumping
Sebagai rakyat USA yang dibesarkan di Los Angeles memang aku mengaku dulu aku seorang yang skeptikal.  Aku tak percaya dengan kewujudan paranormal termasuklah makhluk asing ke makhluk halus ke. Tapi ada satu peristiwa yang terjadi pada aku di Bali yang membuatkan aku berubah 180 darjah...

Peristiwa ini terjadi setelah aku tamat sekolah tinggi, aku dan kawan-kawanku menyimpan duit untuk melancong ke Bali, Indonesia.  Memang impian kami nak ke Bali sebab kami terpengaruh dengan pengalaman abang dan kakak senior kami yang pernah pegi ke sana. Sejujurnya ini memang pertama kali aku melancong ke luar negara. Di kala kawan-kawan aku yang lain teruja nak melihat budaya dan alam sekitar di tempat orang, aku pulak teruja bila aku dapat tahu Bali ni ada banyak tempat hiburan di waktu malam.  Aku tak sabar nak berpesta dan mabuk-mabuk di sana nanti.  Sebabnya, di USA had umur untuk kami minum alkohol adalah 21 tahun ke atas.  Di Bali nanti takde polis USA boleh tahan kami nanti.  Memang tujuan aku nak pergi sana adalah semata-mata nak berpesta dan berseronok je.

Kami merancang nak ke sana selama 6 hari 7 malam dan seramai 6 perempuan dan 8 lelaki termasuk aku.  Percutian kami dikepalai oleh seorang abang senior yang aku panggil Jay jelah.  Jay ni 3 tahun tua daripada kami dan merupakan abang kepada salah seorang ahli rombongan kami.  Jay ni pelajar kolej dan dia memang tiap-tiap tahun pergi ke Bali jadi dia jugaklah yang rancang aktiviti percutian kami ni.  

Sesampainya aku ke Bali, memang aku akui Bali ni memang tempat yang cantik dan kaya dengan budaya tradisional.  Orangnya juga peramah dan aku agak terkejut aku ingatkan Indonesia ni kan negara Islam, tapi rupa-rupanya baru aku tahu Bali ni masih kuat berpegang dengan agama Hindu dan animisme mereka.  Cuma makanan di Bali je aku tak boleh nak terima sangat tapi nasib baiklah kat sini ada jugak restoran yang menghidangkan makanan barat.

Malam pertama kami tiba kami masih kepenatan akibat 'jet lag', jadi kami cuma tidur je. Esoknya Jay bawak kami ke Pantai Seminyak untuk bermandi-manda. Memang seharian kami habiskan masa di pantai ini, tambahan pula di sepanjang pantai ni ada banyak bar terbuka dan ramai pelancong luar negara macam kami.  Kawan-kawan aku yang lain sempat bersembang-sembang dengan seorang pelayan di sebuah bar ni.  Pelayan tu tanya kami, pernah tak kami ni menonton persembahan kuda lumping? Lepas tu dia pun tunjukkanlah satu video persembahan tu. Rupa-rupanya kedai tu ada jual tiket untuk persembahan kuda lumping ni di sebuah kampung tak jauh dari Seminyak ni, dan kalau kami nak dia boleh bawak kami ke sana.  Kawan-kawan aku semua setuju sebab kuda lumping ni takde kan kat LA, tapi aku sebenarnya baru ingat nak berpesta je kt pantai ni. Tapi bila semua orang termasuk Jay nak pergi tengok kuda lumping dah tu takkan aku nak berparti sorang-sorang kan? Jadi nak tak nak aku pun terpaksalah bersetuju je.

Oh aku lupa nak cakap, rombongan kami ni sewa 2 mini van, jadi kami pun memandu sendiri menggunakan GPS di telefon bimbit masing-masing.  Abang tu jemput kami menaiki motorsikal dia dan dalam pukul 8.00 malam kami pun ikutlah abang tu ke kampung yang dimaksudkan tu.  Ini pertama kali aku masuk kampung dan jalan kat sini memang diapit belukar kiri kanan, lampu jalan pun takde. Dahla jalan tu memang muat-muat untuk mini van kami je.  Indonesia ni siangnye panas tapi bila malam jadi sejuk lembap pulak.  Nyamuk jangan cakapla, aku berdoa je janganlah aku kena demam malaria.

Kami pun sampailah ke kampung itu. Kawan-kawan aku dah seronok dan wow sana sini sebab tengok rumah-rumah tradisional di kampung itu.  Persembahan kuda lumping tu dibuat di sebuah kawasan tanah lapang yang dipagar dengan buluh, adalah lampu elektrik di setiap sudut tanah lapang tu, tapi ada jugak beberapa obor api diikat di pagar-pagar buluh itu.  Rupa-rupanya, penonton yang hadir tu hanyalah kami 1 rombongan je.  Tempat duduk kami cuma tikar di atas tanah pastu ada meja kecil untuk letak air minuman dan kudap-kudapan.  

Abang pelayan tadi pun jadi pengerusi majlis la kirenye, dia pun jemputlah penari-penari tu masuk ke arena.  Masa ni aku memang rasa kelakar sangat tengok kostum penari-penari tu, dahla tak pakai baju, dengan manik rambu-rambanya dan mekap tebalnya.  Dan kesemua penari itu adalah lelaki dewasa dan masing-masing menunggang kuda mainan yang disangkut di leher.  Memang diorang masuk je aku dah gelak terbahak-bahak.  Kawan-kawan aku dah tenung aku semacam, Jay pulak marah aku, hormat sikit ini tempat orang.  



Gendang dipukul, seruling ditiup dan penari-penari itu pun memulakan langkah tarian mereka.  Mereka melompat ke sana ke mari dengan kuda mainan mereka.  Entahlah, mungkin bukan selera aku kot persembahan tradisional ni. Tapi kawan-kawan aku begitu asyik menikmati persembahan live itu sedangkan aku pulak tak senang duduk.  Nak tidur pun tak boleh sebab lagu latarnya begitu bingit. Nak bersiar-siar di kampung tu tapi takde orang nak temankan lagipun kampung tu kedai makan pun aku tak nampak. Sedang aku duduk termangu tu tiba-tiba aku ternampak di sudut bertentangan tempat kami duduk tu ada satu kuda papan disandarkan di pagar buluh itu. Dan aku pun dapat satu idea nakal.  Senyap-senyap aku keluar dari situ dan menuju ke sudut itu.  

Semua orang yang berada di gelanggang persembahan itu tengah asyik menonton dan menari. Jadi aku pun ambillah kuda papan tu dan terus naik.  Aku ingat aku nak ikut serta sekali dalam persembahan tu. Walaupun aku ni pun bukannye reti menari kuda lumping, tapi takpelah anggaplah aku buat persembahan selingan je. Buat lawak.  Aku baru bersedia nak masuk gelanggang apabila aku ternampak di antara penari lelaki itu ada seorang lagi penari, tapi dia perempuan.  Perempuan itu cantik sangat, dia tersenyum padaku dan jeling-jeling seolah-olah nak ajak aku dapatkan dia.

Aku terpesona dengan perempuan cantik itu, tanpa disedari kaki aku melangkah dan mengekori perempuan itu.  Dengan kuda-kuda tu sekali aku naik.  Tapi eh bila aku makin dekat dengan perempuan tu, dia lari jauh pulak, pastu gelak tersipu-sipu.  Jadi berkejar-kejaran la kami di atas gelanggang tu.  Perempuan tu memang wangi, wangi dia tu buat aku jadi macam gila sikit.  Aku cuba nak pegang dia, tapi perempuan tu sangat ligat.  Walaupun aku tak dapat nak sentuh dia, tapi bau wangi yang terawang-awang di udara tu buat aku jadi naik nafsu.

Sedang aku asyik berkejar-kejaran dengan perempuan itu, tak disangka-sangka, muncul seorang lelaki berkuda dengan muka yang garang menerpa ke arah aku. PANG!  Lelaki itu tiba-tiba menampar muka aku dengan kuatnya.  Pipiku terasa pedih, kepalaku pening dan duniaku jadi gelap gelita.  Aku pengsan di situ juga....

Esok paginya, aku terbangun, tapi aku terbangun di atas katil hospital.  Aku dikelilingi oleh rakan-rakanku. Yang perempuan mata dah merah-merah sebab menangis.  Aku cuba berkata sesuatu tapi mulutku berasa sangat pedih. Bila aku sentuh bibir aku, ia merekah di sana sini.  "Kenal tak kami ni sape?", Jay bertanya kepadaku.  Tapi aku hairan kenapa dia tanya macam tu?  Aku mengangguk lemah. Masa nilah baru aku perasan yang kedua-dua tangan aku dah berbalut.  Seluruh badan aku lebam dan bengkak-bengkak, memang sakit sangat bila aku bergerak walaupun sikit pun.  "Apa...apa..sebenarnya yang terjadi ni Jay", dalam keadaan macam tu pun aku cuba gagahkan diri untuk bertanya.  "Kita....kemalangan ke?"  Jay dan kawan-kawanku yang lain saling berpandangan.  "Bukan kami yang kemalangan. Tapi malam tadi ada sesuatu yang berlaku pada kau..."

Jay cerita pada aku, malam tadi tiba-tiba aku mengamuk sambil menunggang kuda papan tu.  Semua orang termasuk para penari terkejut dengan amukan aku tu.  Mereka semua bertempiaran lari tapi yang peliknya aku cuma mengamuk di dalam gelanggang yang dipagari buluh tu je.  Kelakuan aku macam lembu liar,  mendengus sana sini.  Bila ada orang cuba nak dapatkan aku, aku akan menanduk, menumbuk dan menendang mereka. Aku jadi gila, botol-botol air yang dihidangkan pada kami malam tadi aku kunyah macam tu je, padahal botol tu kaca.  Memang kekuatan aku malam tadi tiba-tiba jadi berganda-ganda sampaikan 7-8 orang termasuk kawan-kawan aku terpaksa memegang aku.  Nasib baik ada orang tua yang pandai mengubat dalam kampung tu, dialah yang tempeleng aku sampai aku pengsan malam tadi.  Bila aku dah pengsan tu yang kawan-kawan aku terus bawak aku ke hospital tu.  

"Jay ko jangan tipu akulah. Ko main-main je kan?".  Jay menggeleng-gelengkan kepala. 'Tak bro, kami tak tipu. Malam tadi kami sempat rakam kau mengamuk tu".  Dia menyua sebuah kamera digital kepadaku.  Aku memainkan rakaman itu, terperanjat aku bila tengok wajah aku sendiri.  Dengan mata membuntang merahnya, lidahku menjelir-jelir dan jeritan amukku yang sangat garau. Mulutku berdarah sebab kunyah kaca tapi aku di dalam video itu macam tak nampak sakit pun.  Aku betul-betul tak percaya itu adalah aku. Aku sanggup tengok sampai 15saat je lepas tu aku tutup dan aku mintak nak berehat.

Sepanjang percutian kami itu, ada banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan sebab keadaan aku yang masih sakit macam orang kene tumbuk tu. Tapi sejak dari hari itu, aku jadi lebih terbuka dan nasihat aku, hormatilah budaya tempat orang sebab ada banyak benda yang kita tak tahu dalam dunia ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Well done tt…silent reader je sbb susah nk komen ade je iklan. Lepas install brave ok sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 25-7-2021 04:42 PM
Kuda Lumping
Sebagai rakyat USA yang dibesarkan di Los Angeles memang aku mengaku dulu aku seorang  ...

Kuda kepang ni memang ade unsur2 pemujaan jugak kan macam ulek mayang
Merasa la dia kena sepak dengan orang bali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 09:02 AM | Show all posts
tQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 02:19 PM | Show all posts
Pancang-pancang Khemah
Aku dan isteriku memang suka aktiviti lasak, kami ni memang kaki outdoor dan kami sekurang-kurangnya dalam sebulan tu mesti habiskan 1 hujung minggu ni menjelajahi hutan dalam 20-30 batu dengan membawa perkakasan ringan kami.  Kami berdua-dua memang ada berpengalaman dah bermalam dalam hutan, dan acapkali juga kami berhadapan dengan situasi yang mencemaskan macam terserempak dengan haiwan liar, jadi pada tahap ini kami dah macam lali dan cukup bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan yang tak dijangka.

Kami berdua sedang mendaki sebuah laluan di kawasan Cranberry Wilderness yang terletak berhampiran sempadan West Virginia-Virginia semasa peristiwa ni berlaku.  Waktu dah lewat tengahari, aku dan isteriku bercadang nak cari tempat berhampiran sungai untuk kami mendirikan khemah sebelum matahari terbenam.  Kami dah merentas hutan melebihi 10 batu dan kami berdua dah agak kepenatan, jadi kami tak sabar-sabar nak cari tempat untuk berehat sekali.



Kami baru je nak belok masuk ke simpang laluan bekas anak sungai, apabila tiba-tiba muncullah seorang lelaki berpakaian lusuh dalam tengah hutan tu menghampiri kami.  Lelaki itu lelaki berkulit putih pertengahan umur, aku rasa dia ni dalam lingkungan lewat 30-an ke lewat 40-an. Kami bertegur sapa dan kami pun bersembang-sembang la sekejap.  

Benda pertama yang aku rasa pelik pasal dia, adalah loghat yang dia guna.  Memang dia guna loghat American, tapi bukan loghat orang tempatan kat tempat tu.  Dan penggunaan ayat dia pun, cara dia bercakap pun macam orang dulu-dulu.  Cara dia bercakap tu lembut dan agak mendayu-dayu.  Aku rasa macam aku pernah dengar je tapi aku tak cam siapa yang guna loghat macam tu.  Tapi yang banyak bersembang dengan lelaki itu adalah bini aku.  Aku banyak perhati je, dan aku perhatikan yang lelaki ni badannya dipenuhi dengan tatu.  Tatu yang pelik.  Aku pun ada jugaklah tatu tapi aku tak pernah nampak tatu macam di badan lelaki tu.  Selalunya orang lukis tatu gambar di badan, tapi tatu di badan lelaki tu macam penulisan, tapi tak guna huruf biasa atau mana-mana huruf yang aku biasa jumpa.  Dan tulisan-tulisan tu bukannya lurus macam tulisan biasa, tapi dilukis seolah-olah macam membentuk gambar.  

Aku mula rasa tak sedap hati, bila lelaki tu cakap kat bini aku.  "Kat sebelah sungai sana ada tapak perkhemahan.  Orang selalunya bermalam kat sana kalau masuk sini". Sambil menunjukkan ke satu arah yang dia datang tu. Masa ni baru aku perasan, kitorang dah 10 batu di tengah hutan, lagi sejam matahari nak turun, tapi lelaki tu lenggang kangkung je.  Maksud aku, lelaki ni tak bawak beg. Pegang botol air pun tak, pakai baju panas pun tak (masa ni dah masuk musim luruh dan tempat ni jugak agak tinggi dari paras laut).  Cuma pakai baju lusuh je, baju tu pun takde logo apa pun.  Habis tu macam mana dia nak bermalam dalam hutan ni?

"Oh terima kasih sebab cadangkan tempat tu.  Kitorang memang tengah cari tempat nak pacak khemah ni', bini aku pulak boleh cakap macam tu.  Lelaki itu melemparkan senyuman pada kami.  Aku nampak gigi dia tajam, seolah-olah macam dia kikis kesemua gigi dia jadi gigi taring.  Aku terpaksa bersetuju dengan kata-kata bini aku tadi, bini kan mana boleh lawan cakap diorang? Kami berdua mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki itu.  Kami berjalan dalam kira-kira sebatu 2 sebelum kami jumpa tapak perkhemahan yang lelaki tadi cakap tu.  Dari jauh memang nampak cantik.  Dengan rumput-rumput hijau bagaikan karpet terhampar ditepi sungai, tanahnya nampak rata dan kering tapi dekat je dengan sungai.

Masa kami sampai tu, tempat tu memang kosong.  Tapi dari pengamatan aku, tempat ni macam dah lama tak digunakan.  Aku dan bini aku tengah mencari tempat yang sesuai nak dirikan khemah apabila kami perasan, ada banyak pancang-pancang khemah kat tempat ni.  Memang bukan sesuatu yang luar biasa kalau korang pegi tapak perkhemahan pastu nampak pancang khemah, sebab mungkin ada orang tertinggal atau terlupa nak simpan.  Tapi yang kami jumpa ni memang banyak, adalah lebih daripada sepuluh, dan kesemua pancang-pancang itu rekabentuknya berbeza. Ada pancang yang dah berkarat, ada jugak yang nampak masih baru.  

Tempat ni memang sesuai sangat untuk kami mendirikan khemah, tapi kami berdua rasa pelik, kenapa ramai-ramai orang tinggalkan pancang mereka di tempat tu?  Walaupun kami berdua sebenarnya dah kepenatan, bini aku ajak pergi tempat lain.  Kami pun sambunglah merentas hutan dalam 6 ke 7 batu dan akhirnya kami jumpa jugak tempat untuk kami bermalam ....

Aku ni bukanlah seorang yang percaya benda tahyul atau benda ghaib, tapi dalam banyak-banyak pengalaman aku masuk hutan, itulah pertama kalinya aku rasa betul-betul tak sedap hati, dan pada masa yang sama aku bersyukur aku ikut jugak naluri hati aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Best
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua best
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 25-7-2021 09:57 AM
mcm etnik sabah Sarawak dkt Malaysia...ada bju keturunan

Pattern baju tu pon nak lebih kurang dgn etnik sana kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap hari masuk check kot ada cerita baru. Best baca translation TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 06:45 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 31-7-2021 06:47 PM

Pengalaman Mubaligh di Tanah Orang Asli Bahagian 1

Kisah ini terjadi pada pakcikku pada lewat 70-an dulu.  Kami tinggal di Utah, dan pakcikku yang bernama Mark ni memang aktif menjalankan kerja-kerja penyebaran agama Kristian ni.  Seawal usia 19 tahun, Mark bersama-sama rakannya yang bernama Carl telah ditugaskan sebagai seorang mubaligh dan mereka berdua ditugaskan di sebuah rizab Orang Asli Amerika di Arizona. Malangnya, sesampainya mereka berdua di rizab itu, ada macam salah faham berlaku sikit sebab Orang Asli di situ taknak mereka berdua ni berada di kawasan mereka.  Tapi akhirnya ketua kaum di situ benarkan jugak mereka menjalankan kerja-kerja mubaligh mereka dengan satu syarat, mereka kene bermalam di luar kawasan rizab tu.  Pakcik aku dan Carl ni memang bawak van trailer yang lengkap dengan katil jadi mereka pun ikut jelah arahan ketua kaum tu.


Kawasan rizab tu takdelah besar mana, tapi ianya dikelilingi hutan yang banyak pokok.  Tempat pakcik aku dan Carl bermalam tu dalam kawasan hutan yang betul-betul bersebelahan dengan penempatan Orang Asli tu.  Malam pertama mereka di situ, mereka baru nak masuk tidur apabila van trailer mereka bergoyang dengan kuatnya.  Terkejutla pakcik aku dan Carl, diorang tak pasti apa yang terjadi maka dengan kelam kabutnya diorang menyorok bawah meja.  Pakcik aku dapat dengar dengan jelas macam ada 2 kumpulan orang tengah tolak bahagian kiri dan kanan van trailer tu.  Dalam 5 minit la jugak van mereka digoncang-goncang.

Esok harinya, pakcik aku dan Carl pun pegilah melawat rumah ke rumah untuk aktiviti dakwah mereka.  Pada masa yang sama, pakcik aku dan Carl pun sembang-sembang kosong dengan penduduk Orang Asli tu.  Pada mulanya mereka dilayan dengan baik, tapi bila mereka bukak cerita pasal van diorang bergoncang, keluarga Orang Asli tu terus terdiam dan halau diorang keluar tapi dengan cara yang sopan la.  Pakcik aku dan Carl rasa macam pelik tapi diorang husnozon mungkin Orang Asli ni tak biasa dengan orang luar kot.

Malam itu, kejadian van digoncang tu berlaku lagi. Kali ni berlaku semasa mereka berdua tengah tidur.  Bukan setakat malam tu, tapi sampai 2 malam kejadian tu berlaku.  Tapi setiap kali pakcik aku dan Carl mengadu pada orang kampung pasal tu, orang kampung mesti senyap dan taknak hiraukan mereka.  Pakcik aku dah mula terasa hati yang orang kampung tu sebenarnya tak suka diorang kat situ, pakcik aku bersangka buruk yang orang kampung tu yang goncang van diorang sebab nak halau diorang.  

Pakcik aku dan Carl terpaksa keluar rizab kejap nak beli barang sikit di sebuah kedai serbaneka, pembantu kedai tu terdengar diorang berdua tu merungut pasal kejadian tu, dan dia pun mencelah, ‘janganlah kecik hati dengan orang asli tu.  Tu pantang diorang tak boleh sebut pasal gangguan’.  ‘Gangguan ape’, tanya Carl.  Pembantu kedai tu pun ceritalah, yang kat kawasan rizab Orang Asli tu dihantui dengan makhluk mistik yang dipanggil skinwalkers.  Skinwalkers ni kalau ikut kepercayaan mereka adalah bomoh orang asli yang kejam sehingga disumpah menjadi makhluk jahat.  Skinwalkers ni memang sangat berkuasa sehinggakan kalau sebut nama je pun, skinwalkers tu akan mencari orang yang sebut nama dia dan cabut nyawa orang tu.  Pakcik aku dan Carl memang tak percaya sebab diorang ni kan orang yang beriman, diorang anggap tu cuma taktik nak takutkan diorang je.

Malam tu, mereka diganggu lagi.  Kali ni pakcik aku memang tak tahan lagi, pakcik aku terus bukak pintu trailer dan menjerit pada orang yang goncang trailer tu. “Woi!”.  Tapi pakcik aku tak nampak orang pun, sebaliknya yang dia nampak ada 3 ekor binatang berlari meninggalkan kawasan tu.  2 ekor serigala dan seekor beruang.  Sedang pakcik aku terpinga-pinga tu, binatang-binatang tu tiba-tiba berdiri di atas 2 kaki masing-masing dan berjalan perlahan-lahan memasuki hutan tebal itu sambil tertawa besar.  Tertawa besar dengan suara lelaki manusia dan akhirnya hilang di balik pohon-pohon kayu.  Pakcik aku menggeletar menyaksikan kejadian itu, mereka berdua ketakutan yang teramat sangat sampai tak lena tidur menunggu hari esok. Esok pagi tu, diorang terus menghubungi ketua mubaligh dan mintak untuk ditukarkan.  Hari tu jugak diorang berpindah ke tempat lain, tapi masih lagi di Arizona.  Selama setahun itu, tiada kejadian pelik lagi berlaku sehinggalah……

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 31-7-2021 07:48 PM

Pengalaman Mubaligh di Tanah Orang Asli Bahagian Akhir

Setahun berlalu, pakcikku masih berdakwah di Arizona bersama Carl.  Pada satu hari, Carl telah diarahkan untuk berpindah ke bandar lain, dan tempat Carl akan diganti oleh budak baru yang bernama Jimmy.  Jimmy ni datang dari negeri lain, jadi pakcik aku dan ketua dia kenalah jemput Jimmy di lapangan terbang yang letaknya kira-kira sejam dari pejabat pakcik aku ni.  

Jalan dari pejabat ke lapangan terbang tu kena lalu betul-betul tepi sempadan kawasan rizab Orang  Asli yang pakcik aku pergi tahun lepas tu.  Mereka berdua sampai di lapangan terbang tu pada pukul 8 malam.  Sebelum menaiki kereta, ketua pakcik aku tu cakap kat Jimmy, ‘nanti kita balik kita takkan singgah mana-mana tau. Jadi kalau nak buang air kecil ke besar ke baik buang sekarang’.  Tapi Jimmy cakap dia okay je tak perlu nak pergi ke tandas.  Ketua pakcik aku dengan seriusnya bertanya balik pada Jimmy, betul ke ni? Dia siap paksa Jimmy lagi tapi Jimmy menolak dan kasi alasan dia tak sabar nak baring atas katil.  Jadi diorang bertiga pun baliklah ke pejabat malam tu jugak.

Setengah jam dalam perjalanan, masa ni diorang dah masuk kawasan sempadan tanah rizab tu, si Jimmy mengadu dia nak terkencing la pulak. Ketua pakcik aku tu dah bengang, dan dia enggan berhenti tepi jalan.  “Kan saya dah cakap tadi, kita takkan berhenti. Tadi suruh kencing taknak”, ketua pakcik aku membebel.  Tapi Jimmy dah meronta-ronta tak tahan nak terkencing jugak, jadi nak tak nak diorang pun terpaksalah berhenti jugak.  Ketua pakcik aku walaubagaimanapun tak membenarkan Jimmy pergi kencing kat semak, sebaliknya dia suruh Jimmy kencing je kat tepi kereta tu.  Pakcik aku dah pelik tapi bila teringat kenangan pahit tahun lepas, dia senyap je.  Jimmy je yang tak boleh nak sorok muka pelik dia.  “Cepat sikit kencing tu.  Kalau saya suruh naik kereta, awak naik je jangan lengah-lengah”, pesan ketua pakcik aku tu pada Jimmy.

Kebetulan Jimmy duduk di tempat duduk penumpang hadapan, tapi tak sampai 5 saat Jimmy di luar, ketua pakcik aku tu terus tarik dia masuk kereta. “Naik! Naik!”. Jimmy dah terpinga-pinga, dia baru je nak bukak zip seluar.  Pakcik aku dah panik,”Kenapa ni? Kenapa?!!!”.  Tapi ketua pakcik tak cakap apa, dia terus tekan minyak dan pecut selajunya dari situ.

Secara tiba-tiba, pakcik aku ternampak sesuatu di sebelah kanan kereta itu.  Bila diamati, rupanya ada sesuatu yang mirip serigala sedang mengejar mereka kira-kira 2 kaki di tepi sebelah kanan tu, tapi serigala itu berlari dengan 2 kaki.  Pakcik aku tengok kelajuan kereta mereka masa tu dah cecah 60 batu sejam, tapi makhluk itu masih dapat mengejar mereka.  Dalam 10 minit la mereka berdua menjerit dalam kepanikan sebab makhluk tu masih berlari di sisi mereka, ketua pakcik aku memang tak pandang kiri kanan tapi sampai berpeluhlah muka dia menekan minyak kereta tu.  Akhirnya, makhluk itu membelok masuk ke arah hutan, barulah diorang dapat melepaskan nafas kelegaan.

Akhirnya mereka berjaya sampai ke pejabat dengan selamatnya. Tapi Jimmy masih menggeletar ketakutan. “Apa benda tadi tu?”.  Tapi dia kena marah pulak dengan ketua pakcik aku tu, ‘”lain kali kalau aku suruh kencing tu, kencing jelah!”.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 25-7-2021 04:42 PM
Kuda Lumping
Sebagai rakyat USA yang dibesarkan di Los Angeles memang aku mengaku dulu aku seorang  ...

Menariknya. I sampai gi YT nk tengok persembahan kuda lumping. Mmg menarik Dan mengasyikkan. Persembahan kuda kepang ni mmg ada penunggunya kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 28-7-2021 02:19 PM
Pancang-pancang Khemah
Aku dan isteriku memang suka aktiviti lasak, kami ni memang kaki outdoor dan ...

Syukur tk berehat kat situ kalau tk jd lauk gigi tajam tu je mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 31-7-2021 07:37 PM
Pengalaman Mubaligh di Tanah Orang Asli Bahagian Akhir

Setahun berlalu, pakcikku masih berdakwah  ...

Scary nya Skywalker ni. Boleh tiru suara juga
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 1-8-2021 01:26 AM
Menariknya. I sampai gi YT nk tengok persembahan kuda lumping. Mmg menarik Dan mengasyikkan. Perse ...

Same la i pun search kt youtube kuda lumping tu tapi banyak video kesurupan. Eh mcm tak berani pulak nak tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.394331 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list