|
Reply #600 polaris_girlz's post
erm..menarik gak tasik kenyir..tak pernah pg pun... |
|
|
|
|
|
|
|
wuiii...ramainya nak pegi redang bulan ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
eeiiiii....apa keheinya page ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #595 Sayang_dia's post
kalau nak murah setahu aku mozana je la paling murah hehehe... tapi ermm expect the worse laa ok? |
|
|
|
|
|
|
|
rs nye dah masuk 3 hari page ni mendap....:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #597 jlita's post
Redang Beach erk Jilta.. confirm awak akan naik bot abang saya nanti.. hehe.. nama abg saya azmi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #609 Rindianiey's post
aah redang beach.. abg awk keje dgn resort tu ke?
dia bw bot yg pegi snor**** trip tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm...nak pegi pon dah xsempat...bulan 9 dah poser..pastu raya..
pastu start musim tengkujuh lak....
ada rezeki...tahun dpn nak pi lah |
|
|
|
|
|
|
|
Permata Terengganu
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Perasaan menjejak kaki di atas pasir pantai yang memutih, menghayati keindahan alam, bergaul mesra dengan masyarakat yang tidak berkejar dengan waktu, adalah anugerah sejurus tiba ke pulau-pulau di negeri ini.
SAMA ada bercuti di Pulau Redang, Perhentian, Kapas
atau Lang Tengah, kedamaian seperti ini tersaji di depan mata.
JIKA berjalan lancar, tiada yang boleh mencacatkan agenda percutian di sini. Biar iklim tropika memancar dengan suhu sekitar 30 darjah Celcius dengan sekali-sekala diacah ribut petir, destinasi indah di perairan Pantai Timur ini jarang sekali menghampakan mereka yang mahu lari daripada kesibukan kota batu.
| PENGUNJUNG Pantai Mak Kepit di Pulau Redang leka melihat seekor penyu agar kembali ke laut selepas bertelur.
|
Terengganu sememangnya bertuah kerana dikurniakan pulau-pulau magnet pelancongan seperti Pulau Redang, Perhentian, Lang Tengah dan Kapas. Setiap satu membawa tarikan tersendiri. Namun keindahan khazanahnya saling berangkai antara satu sama lain.
" Pulau-pulau ini sungguh istimewa kerana manusianya serta segala yang ada sejak lama dahulu," teringat kata seorang penduduk kampung di Perhentian Kecil dalam pekat loghat negeri.
Barangkali dia kini sedang sibuk melayan tetamu luar yang berkunjung, apatah lagi canang Tahun Melawat Terengganu 2008 sedang rancak dipukul.
| PERMAINAN wau yang mengujakan penonton di tepi pantai.
|
Dia memaksudkan warisan budaya, adat tradisi dan rahsia alam semula jadi yang sekian lama menjadi aset paling berharga.
Sama seperti pulau-pulau lain di perairan negeri ini, Pulau Redang paling banyak disebut-sebut.
Terkenal dengan airnya yang jernih dan pada kebanyakan masa membiaskan warna firus, ia menyegerakan panggilan untuk membasahkan diri bagi sesiapa yang tiba dari Jeti Merang atau Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu.
Berbanding Pulau Perhentian yang lebih diminati golongan backpacker, Redang dilihat sebagai destinasi yang up-market kerana kebanyakan pusat penginapannya bergaya resort.
| ANTARA kegiatan sosioekonomi orang kampung yang berkait rapat dengan laut.
|
Namun walau apa pun bajet dan tujuan kedatangan, mencari tempat bermalam bukan sesuatu yang sukar. Menempah lebih awal walau bagaimanapun sangat digalakkan.
Di mana pun anda menginap, aktiviti seperti snor******, selam skuba, rentas hutan dan singgah pulau (island hopping) boleh dilakukan dengan keperluan minimum dan kos yang berpatutan.
Jika sesuai dengan musimnya, seseorang boleh menyertai keseronokan acara khas seperti mencandat sotong (sekitar bulan Mei), melihat penyu bertelur (lokasi seperti Pantai Mak Kepit, Pulau Redang) atau mendekati pelbagai program pengkayaan sejarah dan warisan pulau.
| PULUT panggang yang berinti ikan menjadi snek popular selain keropok lekor.
|
Umpama permata zamrud yang berserakan, semua pulau-pulau ini memiliki elemen penarik seperti pantai memutih, penginapan bergaya serta hamparan laut yang menyimpan taburan lokasi terumbu karang yang menjadi habitat ribuan spesies hidupan marin.
| GAYA santai mewah sambil menghadap laut seperti ini mudah ditemui di beberapa buah penginapan bertema resort di sepanjang hamparan pantai Pulau Redang.
|
Apakah lagi yang boleh menambah nilai kunjungan? Selain beriadah dengan perlawanan bola sepak pantai atau bola tampar dengan anak muda tempatan, mungkin ada yang tertarik pada aktiviti eksklusif tepi pantai ini - menaikkan wau! Permainan tradisi berseni ini bukan calang-calang tangan boleh berjaya melayangkannya ke udara.
Tidak dilupakan, aura mistik dan pesona yang hebat juga dirasakan jika pihak hotel menghadiahkan tetamu dengan persembahan kebudayaan Ulek Mayang. Dendang instrumen dan nyanyian merdu dalam bait-bait lagu cerita dongeng ini sudah lama memukau pelancong asing.
| SELAIN penganjuran Piala Monsun pada musim tengkujuh, aktiviti mencandat sotong turut tersenarai dalam kalendar pelancongan negeri.
|
Paling tidak, hayati sahaja panorama alam dan aktiviti harian masyarakat tempatan. Nelayan yang pulang dengan habuan samudera, atau orang kampung yang mengeringkan ikan dan sotong begitu mengujakan pencinta fotografi.
Oh ya, jangan sesekali ditinggalkan yang satu ini - sekadar bersantai dan menghabiskan masa di atas kerusi malas sambil dibelai bayu laut. Mulut pula leka menjamu delikasi tradisi seperti keropok lekor, pulut panggang atau satar. Aduh, enaknya sebuah percutian!
|
|
|
|
|
|
|
|
terujanya aku..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #596 sweetpea911's post
sweetpea, u dari kl ke?
bila bertolak ke tganu?
klu gerak mlm ni leh saing.. |
|
|
|
|
|
|
|
im going to laguna redang 3 days 2 nites on the 28th july. sapa sapa ada kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #616 jlita's post
jilita, i mmg gerak mlm 8 julai tu..
flight pkl 8.40 dr subang..
i stay dkt redang holiday..
average rating tp ok sgt2..
staff pun friendly..mkn sedap..bilik bersih..
yg penting mcm ada personal touch dgn resort tu..
kalau yg commercialised sgt mcm laguna or berjaya, org ramai
sgt..so, org sana mgkin x notice sgt kehadiran kita..
i mmg ada intention nak pg lagi..
nak stay resort sama tp nak try bilik lain..
x puas rasanya snor******.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #619 tulip's post
ko ni mmg... |
|
|
|
|
|
|
| |
|