|
lawak jek moyang punye moyang nye robot pakai tongkat |
|
|
|
|
|
|
|
601# eco_internet
lepas die mng kn die tanggal kan sume sayap jetfire tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
601# eco_internet
kalo x silap masa dier lepas abis tetak the fallen tuh dier buang balik besi buruk tuhh... |
|
|
|
|
|
|
|
597# waja3373
greenday nyer lagu 21 guns tuh ade rrr dalam album dorang 21st century breakdown  |
|
|
|
|
|
|
|
Komen dari pelakon Zahiril Adzim :
Bapak ah! Bosann siott!!!
Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot. CGI. Robot.
Robot yang berkilat - kilat.
CGI yang terlebih - lebih.
Story ntah pahapa.
Sama macam aku tengok Terminator Salvation hari tu. 80% cerita robot je! Robot, robot, robot!
Kalau macam ni, seronok lah pelakon cerita - cerita robot macam ni, berlakon sikit je, yang lain robot. Tapi gaji bersepah.
Lepas tu dah berapa hari aku dengar, pawagam sana - sini penuh. Orang sanggup beratur panjang semata - mata nak tengok. Panggung penuh beb! Kalau filem Malaysia orang support sampai panggung penuh macam ni kan bagus?
Alasannya, filem Malaysia tak best, tak bagus. Hotak kau.
Filem buatan Malaysia "Sell out", yang bagus hari tu apasal tak penuh panggung pun? Penuh dengan satira komedi gelap yang mencerminkan budaya dan sub-budaya kita sendiri, apsal tak ramai? Sebab apa?
Sebab lu banyak sangat baca novel cinta beb!
Aaa... lu tengok. Wa dah start mengarut sampai bahasa wa pun tunggang - langgang. Semua robot CGI punya pasal.
Wa bukan tak minat robot, wa minat. Kecik - kecik dulu wa memang nak jadi robot. Wa kumpul duit beli LEGO semata - mata nak buat robot beb.
Wa tahu ar Hollywood memang gempak habis bab - bab CGI benda alah ni. Tapi banyak sangat beb. Lepas tu, asal je filem Hollywood, dan - dan tu lu cakap lu peminat Transformer.
Banyak sangat CGI beb, tak boleh blah. Terminator pun tak boleh blah.
Macam lu pandai buat nasi lemak ar. Lu punya nasi lemak memang sedap habis, lu bukak gerai lepas tu ramai pelanggan. Kira nasi lemak lu memang power ar! Paling power dari Power Rangers ar! Nasi lemak lu memang tangkap habis! Kira orang lain tak boleh challenge ar!
Tapi lu terlupa nak jual air sekali.
Orang makan nasi lemak mesti nak minum air beb! Lu kerja keras nak mantapkan nasi lemak, tapi lu tak fikir pasal air doh!
Wa tak cakap filem Hollywood semua tak bagus, ada yang sedap.
Wa tak cakap filem Malaysia semua bagus, ada yang hampas.
Wa tak cakap filem Malaysia semua hampas, ada yang bagus.
Wa tak cakap filem Hollywood semua gempaq, ada yang macam lahanat.
Lain orang lain pandangan beb, ada suka, ada yang tak suka.
Lu masuk blog wa, lu kira baca pandangan wa lah kan?
Tu je.
Bahasa wa jahanam sekarang.
Dah filem sci-fi haruslah ada CGI sumer....  |
|
|
|
|
|
|
|
607# Rhyno
saper tuh |
|
|
|
|
|
|
|
607# Rhyno eleh..dier ne mang buta aku rs..mcm lakonan dia bez kat merah putih tu..adoi..aku lgsg x lyn citer tu..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
607# Rhyno
mamat nih xknal transformers ke? hmy3:
dh citer robot,xkn nk org blakon pakai maskot robot kot
kalo razak mohaideen buat filem transformers leh la ambik pie jadi optimus:kant::kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by philipinoe2 at 27-6-2009 08:36
dah tgk midnite show pg td....{:2_70:}
1. da name citer trensfomers, mmg x bley expect acting yg hebat, storyline yg best...bnyk mane pon sikuel/prikuel muvi ni, msti main storyline akan same/lebih kurang same: otobot/diseptikon carik olspak/energon, otobot gado ngan diseptikon...
2. ramai fan x puas ati ngan T1 sbb x bnyk robot, kali ni Bay kasi kaw2 punye...tp bile bnyk sgt robat, aksi main kerekter jd sikit mcm total aksi OP ade la dlm 5-10 menet, bnyk watak tempelan/nk mencukopkan korem mcm arcee dan beberape robat lain, climax scene iaitu fight antare OP/jetfire vs. fallen/megatron/starskrim adela dlm semenet dua...:geram:
3. di samping bnyk robat nk mencukopkan korem, kerekter manusia pon bnyk cmtuh...paling utama mikela, sah2 xde motip kewujudan die kecuali nk tnjuk aset di tgh dezet....
4. psl scene lawak, rasenyer dlm T1 lagi best...T2 ni scene paling lawak yg org bnyk gelak adelah scene electrokiuted tuh...pastu time robat beromen ngan but mikela...
5. rating: 3/5....kalu nk tgk robat begado, scene perang, explosion, mmg direkemen tgk citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by philipinoe2 at 27-6-2009 08:36
3. di samping bnyk robat nk mencukopkan korem, kerekter manusia pon bnyk cmtuh...paling utama mikela, sah2 xde motip kewujudan die kecuali nk tnjuk aset 
tgok ni smlm...kat kuantan...
hmmm mmg beto ni.... bab berlari jer...fokus kat mikela... |
|
|
|
|
|
|
|
gua rasa Transformers 2 = The Matrix+Terminator+Armageddon+The Simpsons+Wall E+Doraemon  |
|
|
|
|
|
|
|
part mana yg mcm the simpsons & doraemon tu? 
btw.. pd aku rotf ni bley bg 5/10 je.
hate shia lebouf. annoying giler.  |
|
|
|
|
|
|
|
best gile cite ni, nak tgk sekali lagi la......... |
|
|
|
|
|
|
|
best cite ni
yg suspen nya bila sam mcm dh mati..
lepas tu..wow...seronok tgk...nk tgk skali lg la |
|
|
|
|
|
|
|
korang perasan tak mase dorang nak tunjuk Shanghai, dorang tunjuk lambang MAS, padahal scene de dalam MI3 jgk... |
|
|
|
|
|
|
|
ade ekk,xpasan pun..huhu..tp bangga gak..logo MAS ade dlm filem ni..suruh org naik kapal malaysia airlines.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penonton akan terpaku melihat aksi pertarungan dua kumpulan robot yang berebut kuasa
MEGAN Fox? Apa hebatnya dia dalam filem Transformers: Revenge of the Fallen?
Dengan segala publisiti yang diterima hasil kemunculannya dalam filem pertama, kemunculannya dalam filem ini tidak lebih sebagai penyeri saja. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai sumbangannya dalam episod kedua filem ini. Selain menjuihkan bibir  nampak seksi, menonggeng di atas motosikal tanpa tujuan  , merengek serta memaksa kekasihnya mengakui menyintainya  dan melunaskan babak cinta bersama si buah hati membuatkan penampilan Megan dalam filem ini seperti tempelan saja.
Tidak syak, dia calon terbaik untuk merampas kedudukan Angelina Jolie sebagai aktres paling panas dan seksi. Namun, pada hakikatnya, lakonan Fox tidaklah sehebat mana. Dia beruntung kerana dianugerahkan wajah yang menarik, tubuh yang menggiurkan dan peluang muncul dalam filem sebesar Transformers ini.
Jika tidak kerana pengarah Michael Bay, mungkin dia hanyalah gadis kalendar yang menjadi penghias dinding.
Lupakan Fox kerana tanpa dirinya pun, Revenge of the Fallen tetap hebat dan mengagumkan. Disokong kerja kamera yang menakjubkan, kesan khas di luar khayalan, kemunculan beberapa watak robot baru (seperti Jetfire, The Twins, Wheelie, The Fallen, Demolishor dan Devastator), serta babak aksi yang merentap jantung, filem ini tentunya pilihan tepat untuk anda berhibur di panggung.
Hakikatnya, selepas berbulan-bulan membuat peminat gelisah menerusi tayangan treler di pawagam dan Internet, kini penantian dua tahun oleh pengikut setia Transformers terubat apabila filem keduanya, Transformers: Revenge of the Fallen, dibawa masuk ke pawagam seluruh dunia Khamis lalu.
Biarpun kurang mendapat tempat di hati pengkritik, kisah sambungan sekumpulan robot Autobot yang bersatu dengan manusia menentang misi jahat robot Decepticon tetap sebuah persembahan yang menghiburkan, penuh dengan babak aksi, komedi serta cerita cinta yang mempesona.
Lebih besar daripada filem pertama yang menemui penonton pada Julai 2007, Revenge of the Fallen tidak mustahil bakal muncul filem musim panas terhebat dan paling berjaya kutipannya di negara ini, seterusnya mengatasi pungutan Terminator Salvation yang dikatakan sudah pun melepasi angka RM15 juta di Malaysia saja.
Menerusi filem susulan ini, penonton dihidangkan dengan cerita kononnya dua tahun sudah berlalu sejak Sam Witwicky (Shia LaBeouf) dan Autobot menyelamatkan bumi daripada penjajahan Decepticon. Kini, Sam bersedia untuk berdepan cabaran lebih besar, iaitu meninggalkan rumah untuk belajar di universiti.
Walaupun dia pernah menjadi wira tidak lama dulu, namun cerita itu menjadi legenda kota dengan hanya pereka teori konspirasi yang mempercayainya. Sam masih seorang remaja yang teruja untuk menuju alam dewasa, keluar daripada rumah ibu bapanya (Kevin Dunn dan Julie White) buat kali pertama, serta menyatakan kesetiaan kepada kekasih, Mikaela (Megan Fox). Sudah tentulah, dia juga perlu menjelaskan pemergiannya kepada robot yang menjaga keselamatannya selama ini, Bumblebee.
Ketika yang sama, Autobot terus menetap di bumi dan bersatu dengan tentera dalam pasukan rahsia yang diberi nama NEST. Optimus Prime dan rakan Autobot lain bekerjasama dengan ketua pasukan, Mejar Lennox (Josh Duhamel) dan Sarjan Epps (Tyrese Gibson), dalam usaha mereka memburu saki-baki Decepticon yang masih bersembunyi di bumi. Malangnya, ketika berusaha membina hidup baru buat manusia, Autobot mendapati kehadiran mereka kini tidak lagi disenangi.
Optimus Prime, ketua Autobot, setuju untuk meninggalkan bumi jika itulah yang dikehendaki pemimpin dunia. Namun dia memberikan amaran, apakah akan terjadi jika pemergian Autobot sebaliknya mendedahkan dunia kepada bahaya lebih hebat?
Di kolej, Sam ditemukan dengan rakan yang berangan hebat dengan dunia mayanya, Leo (Ramon Rodriguez), serta pelajar perempuan yang cuba menggoda dirinya dengan apa cara, Alice (Isabel Lucas). Cuba menangani kehidupan baru sebaik mungkin, Sam bagaimanapun diganggu bayangan yang sering terpancar dalam mindanya. Dia bercelaru dengan pelbagai simbol yang timbul dalam otaknya. Decepticon kini menyedari, remaja itu sebenarnya memegang kunci kepada punca pertelagahan antara kebaikan dan keburukan.
Terpaksa melupakan kehidupan normal, dengan bantuan Autobot, askar Nest, bekas ejen kerajaan, John Simmons (John Turturro), Sam dan Mikaela kini mesti mendedahkan rahsia kehadiran Transformer di bumi, serta pengorbanan harus mereka lakukan demi menyelamatkan dunia daripada ancaman masa lampau yang penuh dendam, robot Decepticon yang dipanggil The Fallen.
Lakonan LaBeouf makin matang
PADA setengah jam pertama cerita, penonton dihidangkan dengan minit imbas kembali bagaimana bangsa robot sebenarnya pernah datang ke bumi serta babak di mana pasukan NEST cuba mencari saki-baki robot jahat yang bersembunyi di bumi. Tidak dilupakan, kemunculan Sam serta keluarga dan kekasihnya, serta bagaimana masing-masing cuba meneruskan kehidupan selepas insiden kehadiran makhluk asing dua tahun lalu.
Selepas babak huru-hara di Shanghai, mungkin suasana agak suram seketika apabila Sam berpindah ke kolej. Nasib baik karakter si ibu (Julie White) banyak menyelamatkan keadaan. Wataknya cukup seronok untuk ditonton, dengan sikapnya yang kelam-kabut dan kelakar. Namun, sebaik saja Sam mula menyedari kehadiran Decepticon di kampus, Revenge of the Fallen bertukar rentak menjadi lebih pantas dan babak mendebarkan silih berganti memenuhi layar lebar.
Paling tidak, tiga atau empat babak pertarungan sama ada antara robot baik dan jahat, serta manusia dan robot membuatkan penonton tidak senang duduk di kerusi. Aksi pertarungan di pinggir hutan antara Optimus Prime bersama beberapa robot Decepticon mungkin babak aksi paling menarik pernah dihidangkan di layar lebar sehingga kini.
Jika White menceriakan suasana pada separuh pertama filem ini, separuh keduanya pula menjadi milik pelakon John Turturro. Digarap lebih kelakar, lakonan sebagai bekas ejen kerajaan yang ditutup sektornya, cukup menjadi. Dia berjaya menghidupkan lagi babak komedi yang sememangnya ada saja diselit di mana-mana sepanjang lebih dua jam tayangan filem ini.
LaBeouf pula masih mengekalkan lakonan berkesannya sebagai anak muda yang terperangkap dalam misi menyelamatkan dunia. Cuma, kali ini dia lebih serius dan tampak matang, sesuai dengan kemasukannya ke universiti. |
|
|
|
|
|
|
|
607# Rhyno
sapa mamat yg komen tu??? aku tgk mala sabtu, macma nak g tgk lagi jer...... best siottt......... biar la org kata mikela tak der peranan dalam filem tu, aku rasa ada jer..... hehehheehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekarang aku duk terpikir cam mana mak bapak Sam boleh ada kat padang pasir? |
|
|
|
|
|
|
| |
|