CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 29-10-2011 02:04 AM | Show all posts
Apabila jam tanganku menunjuk ke angka 5 , aku memulakan kembali tunggangan ku setelah melunaskan pembayaran.
Aku berpatah balik menuju ke lokasi yang hendak ku tuju.
Aku memberhentikan kenderaan ku berhampiran dengan rumah pengawal.
Setelah kelengkapan tunggangan ku kemaskan maka aku berjalan ke arah rumah pengawal dan menyapa pengawal yang bertugas.
Sapaanku di sambut baik olehnya dengan kehairanan.

Aku memandang sekeliling dengan ekor mata sambil mencari buah fikiran bagaimana untuk aku memesrakan silaturahim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2011 02:30 AM | Show all posts
Di hadapan ku tersergam kilang berteres 3 tingkat.Dengan ruang pameran di sebelah bawah,
Beberapa model untuk pasaran di tingkat atasnya dan di atas sekali mungkin pejabat ku kira.

"Abang dah lama ker kerja kat sini?" aku memulakan bicara.
Dia seperti acuh tak acuh, mungkin sedikit tidak senang dengan kehadiranku.
Tiada jawapan untuk soalanku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2011 02:49 AM | Show all posts
Aku kemudian mengundurkan diri, pergi ke sebelah dari rumah pengawal dan menghisap sebatang rokok.
Asap rokok tiada kelihatan lantaran angin yang agak kuat.
Aku mencari hala tuju angin.
Setelah dapat, aku menghisap kuat kali ini dan menghembuskannya kuat.
Hampir terbatuk aku namun aku dapat menahannya.
Kemudian aku dengan perlahan menghampiri rumah pengawal.

Sebaik saja aku hampir maka kedengaran satu teguran kepadaku.
"Hisap rokok apa tuh?"
"Suria...ori punyer" sambil aku menghulurkan tin rokok edisi khas kepadanya.
Dia membukanya dan mengambil satu daripada susunan rokok yang berada di dalam tin.
Menyepitkan ke bibirnya dan aku terus memetik pemetik api dan menyuakan ke hujung rokok.
Setelah dua kali sedut lalu dia mengucapkan terima kasih.

Aku memerhatikan gelagatnya.
Ternyata dia sedang berkemas kemas.Buku buku lapuran di susun satu persatu bertimbal menjadi seakan bangunan kecil.

Kemudian dia menyapu lantai, kerusi di tarik ke sana ke mari.
Penampilannya pun memang kemas dengan baju seragam biru muda.
Setelah sudah kemudiannya dia mengambil sebuah buku, menyemak mukasurat dan menulis sesuatu di atasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2011 02:52 AM | Show all posts
KRAAANG

Satu bunyi kedengaran dari arah bangunan.
Aku memandang ke arah di mana datangnya bunyi tersebut.

KRAAANG

Sekali lagi kedengaran dan kali ini adalah kuat sedikit dari tadi.

Aku melihat abang tersebut asyik saja dengan penulisannya, sesekali membuka mukasirat terkebelakang , mebelek belek sambil mulut ngumat ngamit membaca.
Semacam dia tidak mendengar akan bunyi yang kedengaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2012 11:26 PM | Show all posts
Tidak berapa lama kemudian muncul seseorang, datangnya dari arah sebelah kanan dengan menaiki motorsikal.
Dia adalah seorang pengawal keselamatan juga.Teman pengganti.Syif sebelah malam akan diambilalih olehnya.
Aku hanya memerhati cuma sehingga mereka selesai dengan pengakhiran dan permulaan kerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 02:40 AM | Show all posts
Aku perhatikan abang dengan secara terkocoh kocoh memakai jaket hijaunya , kemudian menyarung topi keledar. Sambil dia mengankat sebelah tangannya , kemudia dia memcut meninggalkan kami.

Aku merapati pengganti abang tadi dan mula menyapanya.
Dia ketika itu berdiri tegak di muka pintu pos pengawal.
Aku berdiri dihadapan mengadap.
Sambil tersenyum aku memula bicara dengan memberi salam.
Dia menyambut salamku dengan kumis yang bergerak gerak.
Mungkin cara dia apabila selesai berkata kata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 12:04 PM | Show all posts
wahh...tred berzaman naik balik....

bro, dah lama tak baca citer bro.....sekejap citer ilang, sekejap ilang balik....cam beskut chipsmore la pulok....citer yg neh mcm menarik jer  neh....harap dpt sudahkan....

anyway, welcome back...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 11:19 PM | Show all posts
salam tuan tanah & kawan2
habis jgk aku baca nukilan bro rdzaccess (dri 2007-2012) dri rumah
http://mforum.cari.com.my/viewth ... p;extra=&page=1
smpai la kemari selama seminggu,mmg bestterbaik...klu ada kerajinan & masa sambung lah penceritaan bro,yg lepas2 pon ada yg x abeh crita
terimkasehhhh{:4_182:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 10:09 PM | Show all posts
salam sume..
x sbr nk tggu sambungan rdzaccess ni..hehe..da ramai peminat setia ni..harap2 xde halangan utk beliau menyambungnyer..

kami semua ternanti2..huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2012 11:37 PM | Show all posts
Salaam
Minta maaflah sesangat...kena tunggu sikit kerana workshop tersebut nak berpindah ke Segambut...bila dah pindah barulah sambung cerita...sebabnya ingin menjaga keharmonian tempat tu, nanti adalah pulak forummers yang pergi melawat tempat tu...
Tak aman rasanya nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 03:06 PM | Show all posts
Reply 610# rdzaccess


    Assalamualaikum saudara rdza, sy dh pm..tunggu balasan jawapan shj..tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2012 08:04 PM | Show all posts
Dah balas ...checking...aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 12:11 AM | Show all posts
Dah balas ...checking...aaaa
rdzaccess Post at 9-4-2012 20:04



    Syukran jazilan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 02:20 AM | Show all posts
Marilah masuk …duduk…
Dia mempelawaku sambil itu menarik datang sebuah kerusi plastik.
        Tanpa bicara aku pun melabuhkan punggungku di kerusi. Dia duduk disebelahku dengan kedua tangan melengan di atas meja. Muka menghadap ke depan, pemandangannya melepasi jeriji tingkap.
        Sambungan ....paling lama....

Aku memandang sekeliling bilik pengawal yang kecil. Kemas dan bersih. Bila memandang ke lantai , aku dapat melihat sepasang kasut hitam yang berkilat yang disarungkan olehnya.
Rokok yang sekarang hampir mencecah puntung ku segekkan ke dalam tempat abu rokok yang berada dibucu meja.
        Kemudian dia bangun dan memetik suis kipas. Berputar bilah kipas menghamburkan anginnya di sekelililng bilik. Aku melihat jam tangan yang dipakainya. Aku amati dan ternyata ia menunjukkan ke waktu solat Maghrib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 02:21 AM | Show all posts
Bang, saya nak solat ni. Nak ambik wudhu’ , di mana? Aku bertanya.
Dia kemudian menunjukkan arah ke bangunan dan sedikit penerangan maka tahulah aku di mana lokasinya untuk aku berwudhu.

Setelah aku kembali. Dia kemudian keluar dari bilik pengawal sambil berkata ” Sembahyang di dalam’. Aku cuma menganggukkan kepala. Ruang pengawal agak sempit dan memanjang, tidak memungkinkan kami berdua solat berjemaah.
        Aku membentang kain pelikat yang ku ambil dari motorsikal dan menjepit keluar ketayap dari poket belakang seluar.
Kemudian aku solat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 02:22 AM | Show all posts
Setelah sudah solat dan mengemas aku mendapatkan dia dan kemudian sama sama masuk ke dalam semula.

“Oooh ya…, maaf bang, saya Z, kawan saya bagitahu yang abang ni bertugas waktu malam.
J bagitahu supaya berjumpa dengan abang.”
Aku menyampaikan maklumat.

‘Ya,…dia ada jumpasaya semalam masa dia nak balik’.
Aku tetap memanggilnya abang walaupun aku rasa aku lebih berumur darinya . Senang begitu.

‘ Jom kita ronda.’ pelawanya.

‘Jom ….’ Balasku kembali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2012 02:23 AM | Show all posts
Dia mencapai alat kunci jam dan sebuah lampu suluh.
Kami pun berjalan seiringan , menyusuri jalan di sebelah pagar kawasan. Terdapat beberapa titik untuk dia mengetik jam.
Kami berjalan mengelilingi bangunan dengan menyusuri pagar kawasan.kami tiba di hadapan pintu masuk utama dan kemudiannya menaiki dua anak tangga lalu menyusuri sebelah bilik air di mana aku mengambil wudhu’  tadi. Terdapat sebuah pintu di situ.
Dia membukanya dan aku melihat di antara dalam kegelapan terdapat satu ruang yang amat luas.
         Dia memetik lampu suluh dan mengacukan cahayanya dengan cepat di sekeliling ruangan luas itu.
Kelihatan beberapa buah kereta mewah dan juga barangan peralatan lainnya. Kereta kereta tersebut adalah untuk dibaiki, mungkin saja terlibat dalam kemalangan atau terdapat masalah teknikal.
        Kami kemudiannya menyusuri dinding di sebelah kiri fdan kemudian menaiki anak tangga yang agak curam. Di atas tangga ini terdapat satu platform yang agak luas juga dan merangkumi suku bahagian keluasan lantai di bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 02:24 AM | Show all posts
Di sini terdapat barang barang gantis untuk servis berkala dan satu bilik yang di buat sebagai bilik rehat seperti yang di terangkan oleh Abang Hamid kepadaku.
Dia menyuluh cepat dan sambil lalu saja. Pada satu titik suluhan aku terperasan sesuatu. Suluhan yang terkena imbasan menerbitkan satu bentuk yang aku amat maklum,.

        “Bang, suluh sini kejap.”

Suluhan nya tertumpu di satu longgokkan panel badan kereta yang tersusun.
Namun bukannya itu yang aku mahukan tetapi sengaja aku. Suluhan tertumpu di situ tetapi mataku menjeling ke arah yang lain.
        Dibalikkan panel cermin tingkap kereta yang banyak tersusun, aku terperasan sesuatu yang pasti bukan sebahagian dari cermin tersebut. Aku merapati perlahan ke arah tumpuan lampu suluh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 02:25 AM | Show all posts
Ternyata perasaan ku benar. Suatu objek berbentuk manusia berdiri dalam separuh badan, mengadap kami dari belakang. Terpaku di situ tidak bergerak,.

“aaah…okay”…keluar suara perlahan dariku.

Aku pun menyimpang ke sebelah kiri kemudiannya diikuti oleh Abang Hamid. Langkah ku perlahan tapi panjang panjang.
Seketika kemudian , kami telah berada di luar bangunan. Sampai di pondok pengawal kembali lantas aku menunaikan solat Isya’. Aku kemudian dalam berdoa dan langsung 'menaikkan dinding' untuk diriku.
        Aku tidak menceritakan apa apa pun kepada Abang Hamid pada malam itu, kerana dia hanya seorang cuma dan rakan yang lain yang mengawal bersamanya hanya akan tiba pada waktu tengah malam kerana ada hal yang harus dibereskan pada malam itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 02:55 AM | Show all posts
Last edited by rdzaccess on 29-7-2012 03:25 AM \n\n
Selingan Ramadhan ~ dari buku lama..baca waktu lepas sahor...ok....


Bercakap Dengan Jin...


  Suatu petang dalam tahun 1960, datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya.


Dengan tenang dia berkata pada saya “Kamu usah jadi pemburu.”


“Kenapa tok?”


Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak. Dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk.


“Aku tak mahu cucu-cucu aku jadi pemburu,” tiba-tiba datuk bersuara.


Datuk duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak-anak cucunya sendiri. Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang Kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya.

Orang- orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan.


Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan dia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatang buruannya. Dia akan memilih tepat di kening di antara kedua-dua kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya. Dilemparkannya sebelah kiri.


Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhi oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara-perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita-cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadang-kadang menjadi temannya ke surau.


Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemarannya. Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al-Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya. Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya.

Pernah datuk bercerita pada saya: Suatu ketika datuk dan kawan- kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran dengan Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan- kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk menghala muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing.


Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang. Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun-daun kering yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing- pusing di situ, seekor rusa lain muncul di depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan.


Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah. Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi tiga,empat,lima,enam dan tujuh.


Kokok ayam hutan bertambah nyaring. Daun-daun hutang di keliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Di rasa daging pangkal lehernya bergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu. Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.


“Kurang ajar, manusia laknat,” suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin.


Datuk diam bertafakur.


“Kau tahu kesalahan kau manusia ?” tambah suara itu .


Belakang datuk terus dibasahi peluh. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.


“Tidak,” jawab datuk dengan berani.


“Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku.”


“Aku sudah meminta kebenaran.”


“Aku tidak membenarkan.” Jawab jin itu dengan keras.


Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.


“Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi.”


Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.


“Kau manusia biadap,” pekik jin itu, pokok hutan bergerak- gerak…..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062198 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list