CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Bercinta Lagi 2 ? FINALE pag 98...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-3-2010 06:53 AM | Show all posts
apalah aktiviti2 ijal 2 hari ni ek
qimi08 Post at 6-3-2010 22:01



emm nakal seperti selalu....ihihihihi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2010 06:55 AM | Show all posts
detox, ko 1st saturday pun cuti menempek ke? beria2 aku suruh anak dara aku stop, ingat nk merempit kat cni lak lps umah bling td.... kena masuk tido la nmpknya.... org sumer cuti...
merahsilver Post at 7-3-2010 00:11


ye...ater korang jek nak cuti mana bleh ekekekekek

yeay hari ni nak gi tengok Alice in Wonderland.... boyfren aku si Johnny Depp belakon la ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 06:57 AM | Show all posts
saya suka sangat2 cerita ini
tak kering gusi baca kerenah anak Nadim & Nadira
nadim plak  romantik

detox memang penulis novel kah?
makcik_timah61 Post at 7-3-2010 00:25


terima kasih....malam2 jangan gelak banyak2 nanti jiran terkejut ihihihi

saya bukan penulis novel....saya penulis kat sini je

anyway, klu ada masa gi la selak second page, ada Bercinta Lagi 1. tu kisah sebelum Nadira and Nadim kahwin, camna mereka jumpa ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 10:57 AM | Show all posts
603# detox
Salam, detox aku rindu kan kerenah  ijal laaa.....
dah laaa aku sorang sorang ni....nak keluar malas.....
aku nak khatam yg lama  ni .........dah rindu sgt sgt kat depa.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 01:18 PM | Show all posts
detox, ari minggu takde n3 ke...n3 pun ikut working day ya. mmg lah mati kutu ari ni...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 11:21 PM | Show all posts
detox, ari minggu takde n3 ke...n3 pun ikut working day ya. mmg lah mati kutu ari ni...:cry:
azie99 Post at 7-3-2010 13:18


tak pe azie.. biar kutu2 tu mati ari ni...
mulakan hari tanpa kutu esok.. kikikiki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2010 08:37 AM | Show all posts
602# detox

detox..
dh tgk alice in wonderland?
best x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 08:42 AM | Show all posts
midar,

emm...ok la...tapi tak best sangat ihihi...aku prefer other Tim Burton's creation ...

but Johnny Depp best !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 09:38 AM | Show all posts
sambung lagi detox
sy dah baca sikit cerita Part I
memang best in the world
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 09:51 AM | Show all posts
chengkeh,

ko baca la part yang gelak2 pulak, nanti ko nangis lagi, esok nak gi jalan2, camna mata bengkak....camna ???

so ok lah, ko take care....jangan sedih2 dah eh....

klu sms si hh_hs, k ...
detox Post at 5-3-2010 23:26



mmm....kalau cete pasal ijal memang ble gelak....

nanti kot kalau aku sms hh, aku sampaikan salam ko...

rasanya dia tengah bz gila skang nih kot...sbb tuh tak sempat nak tenggek kat cari neh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 09:52 AM | Show all posts
cepat makcik timah lepas ni nak jadi penunggu kat rumah bling & detox
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 10:00 AM | Show all posts
608# detox

ala.. x sempat lg la nk g tgk abg johnny...
kang g sorg2 kn..
ader plak yg meroyan marah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 10:06 AM | Show all posts
Detox,
Bila nak smbg. Nak juga tahu apa perasaan Nazim bila tahu D dgn Zeti sepupu.
Mesti dia teringat akan perjumpaan dia dgn Zeti baru2 ni kan. Sbb dia perasan mcm ada persamaan sj senyuman Zeti dgn seseorg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 10:16 AM | Show all posts
sambung skit, for today....

===============================================================

Selepas sahaja Subuh aku terus keluar ke KLIA menjemput Nadim yang di jangka akan tiba jam 8 pagi. Setiba aku di sana, Nadim sudah pun menanti di luar, sambil menghisap rokok. Mukanya nampak penat.

        “D drive la, you look so tired.”
        “Tak apa, I don’t trust you.” Dia tersengih dan membaling puntung rokok sebelum masuk ke dalam kereta.
        “Tah apa-apa.”

Dia senyum dan cium aku di pipi, “Miss you.”
        “Miss  you too. Imran and Rizal and Ensha miss you too…”
        “Ya, I miss them all ..”
        “How’s the meeting, went well ?”
        “Alhamdulillah, the deal is ours, big project, big headache !”

Dia senyum.

        “Is this the Total ICT Infra project you’re bidding couple of months back ?”
Nadim mengangguk, “Last night we were finalising on the contract, minta discount lagi, aduh… but it was a good meeting, met many high rank officer …”
        “Alhamdulillah….”

Nadim senyum dan matanya memerhati aku.

        “You always look good in baju kurung, I like it very much … ” Nadim mengerling dan dia menangkap senyum yang lebih berseri di wajah isteri kesayangan. “…and you look sparkling today, senyum tak henti-henti je…”
        “Thank you. Emmm….I nak pergi kubur.”
Nadim mengangkat kening,        “OK, we go together.”
        “Tapi bukan kubur Imran..”
        “Whose ?”
        “My mother.”

Nadim membeliakkan matanya.

        “I will tell you everything, now kita kena gi ambil my cousin.”
        “Cousin ? D, I am just away for one night , or have I become the man who slept for hundreds of years ?”

Aku tergelak dan mengelus lembut pehanya.

        “My cousin, Zeti.”
        “Zeti who ?”
        “Zeti Azita..”
        “D, what’s all this ? Jangan la bagi surprises yang I tak suka ni especially when it involved Zeti tu.”

Aku tersenyum saja.

        “I tell you everything after this ok. I am still in the shocked state too.”

Nadim membasahkan bibirnya dengan lidah, dan mukanya berkerut-kerut.

        “Tell me now…”

Aku diam dan memandang Nadim yang menanti aku buka mulut.

        “Now….” Dia berkata tidak sabar-sabar.

Aku pun mula bercerita, semuanya tak satu pun tertinggal. Perjalanan jadi lama kerana Nadim bawa kereta dengan sangat perlahan.

        “Laju sikit boleh ?” kata aku mengakhiri babak dalam kisah aku sambil menyapu air mata.

Dia diam. Aku nampak Nadim beri signal ke kiri, dan dia terus masuk ke lorong kecemasan. Kereta berhenti, dia tenung wajah aku. Tenungannya membuat aku serba salah.

        “Kenapa ?”
        “Hmmmm… smile…”
        “Apa ?”
        “Smile …” dia menyuruh aku senyum.

Aku pelik tapi senyum juga. Nadim menggigit bibirnya dan dia mengangguk-angguk perlahan. Kepalanya tersandar ke tempat letak kepala, dan dia merenung jauh.

        “Abang…”
        “Ye..” dia senyum dan tarik aku ke arahnya.
        “Why ?”
        “Your smile and hers….sama…” jawab Nadim tapi matanya tidak berani menentang aku. “Em…tapi yours are sweeter of course !” Nadim cepat-cepat cover kata-katanya dan terus mencari bibir aku.

Di tepi lebuhraya itu aku rasakan ciuman Nadim sangat hangat, dan aku membalas dengan hangat juga. Ada beberapa minit juga kami berkucupan dan akhirnya aku menolak Nadim, karang jadi cerita lain pula tepi lebuhraya…siapa nak jawab ?

        “Zeti's ..emm her kisses... rasa ice cream jagung juga ke ?” aku bulatkan mata dan Nadim terus gelak.
        “Ntah, I tak sempat rasa.” Dia mengenyet mata dan tersenyum senget.

Aku senyum juga dan menampar pehanya.

        “D, I am glad that the search finally ended Sayang.”

Aku angguk, dan Nadim menggerakkan kereta semula. Tangan ku di ambil dan diletakkan di atas pehanya, sambil mengurut lembut.

        “Nadira binti Yusuf, such a nice name.” Nadim bawa tanganku ke bibirnya dan dia cium lama.
Aku hela nafas, “Finally I have my fullname. No words can ever describe how I feel now.”
Aku urut sikit peha Nadim dan dia tangkap jari-jari ku.
        “Abang, you working today ?”
Nadim geleng, “But around 4, I’m meeting someone kat club…”
        “Oh ok….”
        “So nak ambil dia kat mana ?”
        “Her house..”
        “Ampang ?”
Aku senyum, “Konon tak nak tau, tapi tau gak ye dia dok Ampang.”
        “Emmm…” Nadim memperlahankan kereta dan aku dengar dia menarik air hidung.
        “Sorry !” aku cepat-cepat meminta maaf.

Nadim menggeleng kepala.

        “So you never kissed her ?” aku saja je cari pasal lagi.

Nadim senyum senget.

        “Let it just be my little secret.”

Aku tampar kuat pehanya dan Nadim mengaduh kuat juga, sungguh la jawapannya membuat emosi aku tersentap, tapi siapa suruh tanya. Nadim tergelak melihat aku mencebik dan dia terus menekan pedal minyak

        “Slow down..”
        “It’s not me, it’s the car yang tak boleh slow down !”

Aku bulatkan mata dan Nadim tersengih-sengih nakal.

        “I like our old car better…I sayang kereta tu, gi jual buat apa ?”
        “Huh….this is much better la….”
        “Ye, laju cam pelesit !”
        “Pelesit kota ….” Dia ketawa dan menyanyikan korus lagu Search, Pelesit Kota sambil cuba meniru suara Amy.
        “Teruk Abang ni.”

Nadim senyum dan aku diam melihat saja cara Nadim memandu.

        “Strange kan how my mystery unfolded.” Kata ku tiba-tiba sambil melepaskan nafas kecil dan senyum di hujung, memuji kekuasaan Allah. Hebat sungguh aturanNya.
        “It’s a sweet discovery, I am so happy for you Sayang.”
Aku angguk membenarkan kata-kata Nadim, “Although D tak sempat peluk Mak dan Ayah, at least I know I was not abandoned by them, they loved me, as much as I love Ensha, Imran and Rizal.”
        “Kita buat kenduri tahlil for them…” usulnya dan aku terus bersetuju.
        “Can we plan that next week ?”
        “Sure. Nanti lepas Solat Jumaat I jumpa Tok Imam, minta dia datang.”
        “Eh nanti la dulu…kita tak set the date lagi.”
        “Jumaat depan after Isyak .. how’s that ?”
Aku mengangguk. “That will be great.”
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 10:27 AM | Show all posts
ah... so sweet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:00 AM | Show all posts
Nadim membawa aku terus ke rumah Zeti. Sesampai di sana dia hanya menanti di dalam kereta sementara aku mendapatkan Zeti. Nadim menarik nafas apabila nampak aku dan Zeti beriringan menuju ke kereta. Mereka seiras, dua-dua sama cantik, dua-dua sama lemah lembut. Nadim tersenyum senget dan menggeleng kepala, betul-betul tak percaya dengan apa yang terjadi.

Zeti masuk dan duduk di belakang aku, dia teragak-agak samada hendak menegur Nadim, tapi akhirnya dia melemparkan senyum saja tatkala mata mereka bertembung di dalam cermin pandang belakang.

        “Jom Abang.”
        “Kat mana ?” tanya Nadim pada Zeti.
        “Taman Keramat.”

Nadim mengangguk dan terus menghala ke Taman Keramat. Dia memberhentikan kereta di bawah sepohon pokok yang rendang. Aku dan Zeti berjalan dahulu dan Nadim agak ke belakang. Kedua-dua tangannya menyeluk saku seluar sambil matanya memerhati dua wanita di hadapannya. Nadim tidak pernah menduga kisah kehidupannya akan menjadi sebegitu. Dua puluh tahun dahulu Zeti pernah menjadi orang istimewa dalam hidupnya, kemudian datang Nadira yang membahagiakan hari-harinya dan hari ini, Zeti pula menjadi orang yang sangat istimewa dalam hidup Nadira. Nadim melepaskan keluh berat. It’s a small world after all, dia geleng kepala dan melepaskan keluh berat sekali lagi.

        “Abang ok ?” bisik aku perlahan, apabila aku terdengar keluh beratnya. Kami masih lagi berjalan di antara kubur-kubur yang tersusun kemas.

Nadim hanya mengangguk.

Zeti berhenti di hujung tanah perkuburan itu. Aku baca tanda nama di batu nisan. Marina binti Abdul Latif. Aku duduk di tepi kubur dan menahan rasa pilu. Mak baru saja meninggalkan aku, tak sampai setahun pun. Tanganku mengusap ke batu-batu kecil yang penuh di permukaan kubur itu. Pokok puding hidup segar dan memberi rasa redup di kubur Mak. Aku membaca surah Yasin, Nadim dan Zeti turut ikut sama, selepas selesai, Nadim membaca doa yang diaminkan oleh kami.

Aku duduk diam seketika dan Nadim sabar menunggu di sebelah, aku rasa dia mengambil jari-jari ku dan di urut lembut.

        “Are you ready to leave Sayang ?…” dia bisik perlahan.

Aku yang tadi hanya merenung kosong, tiba-tiba menangis, aku tak mahu tinggalkan kubur itu, rasanya macam nak duduk situ seharian pun tak apa. Nadim tarik kepala aku ke dadanya dan aku melepaskan esakan kecil yang di tahan-tahan. Zeti memandang ke tanah, dan dia juga menahan air mata.

        “Syyyy…don’t cry. I’m sure Mak tak suka tengok D nangis.” Dia pujuk aku lembut, dan aku angguk, terus lap air mata dengan hujung tudung aku yang sudah basah.

Nadim bangun dan menarik aku bangun juga. Kami tinggalkan tanah perkuburan, dan aku diam saja sepanjang perjalanan pulang ke rumah Zeti.

        “Masuk dulu, let’s have tea, and there’s something I want to give to you Dira.” Zeti pelawa aku dan Nadim.

Aku angguk, dan lihat Nadim teragak-agak.

        “Sekejap je ye …” bisik aku.

Nadim akhirnya mengangguk.

        “Sorry, I know you are tired…”
        “It’s ok. Tapi kita balik before 12, I nak rush ke Masjid nanti. Hari ni kan Jumaat.” Dia mengingatkan aku.
        “Ye, I know.. Ensha going to school too…” aku senyum padanya dan kami terus masuk ke dalam.

Setelah mempelawa Nadim duduk di ruang tamu, Zeti terus memimpin tangan aku ke belakang. Aku duduk di kerusi dapur itu sambil memerhati sekeliling. Dapurnya cantik dan teratur.

        “Tea or Coffee ?” tanyanya.
        “Coffee for us, but no sugar.”

Zeti angguk. Dia sediakan dua mug kopi dan satu mug teh hijau, sementara menanti air panas. Telefon bimbitnya berdering.

        “Excuse me ya…” habis saja dia berkata, Zeti terus hilang.

Aku bangun dan menjenguk melihat Nadim yang sedang membaca suratkhabar. Selepas itu aku berdiri di tepi tingkap dan melihat ke laman luar. Kawasan perumahan itu sunyi saja, tak semena-mena aku kasihan pada Zeti yang mendiami rumah semi-d itu sendirian. Kalau ada anak pasti tidaklah sunyi sangat.

        “Dira suka mengelamun ye ?”

Aku terkejut sedikit dan cepat-cepat aku tutup dengan ketawa kecil.

        “Ye, it’s a habit I picked up while at Baitul Saadiah.” Aku senyum sedikit.

Zeti mengerutkan kening mendengar jawapan aku. Aku kembali ke meja bulat di dapur itu sambil memerhati dia membancuh air . Kami berpindah pula ke ruang makan, pintu sliding di buka dan siulan burung kecoh berkicau kedengaran jelas, di kawasan teres tepi rumah itu.

        “My late husband selalu beri beras to all the birds…” katanya dan mencapi satu tin Teh Boh yang terletak di atas kabinet, dia mencurah beras segenggam dan membaling ke luar, aku dapat lihat wajahnya yang tersenyum dan seketika dia menikmati waktu itu. Tentunya kenangan dulu menerpa kembali, hatiku tiba jadi sebak, aku pernah melalui waktu-waktu sunyi sebelum itu. Aku kalih muka ke Nadim yang sedang asyik dengan handphone, kemudian aku kalih pula muka ke Zeti yang masih lagi memerhati burung-burung mematuk beras yang bertaburan di atas rumput carpet.

        “Minum dulu, while I get the things for you ye Dira…” katanya setelah kembali dari lamunan sekejap itu.

Zeti menghilang naik ke atas. Aku dan Nadim mula menghirup kopi panas, ada kek carrot yang di hidang bersama. Nadim mengambil sepotong dan menyuap sedikit demi sedikit, setiap kali makan carrot cake pasti dia akan ingat kembali detik-detik di awal pertemuan kami, pastinya dia akan senyum lebar.

        “Yours are nicer…” bisiknya.
        “Ish…tak baik Abang ni..”
        “Betul lah, she got this from Secret Recipe….tak sedap !”
        “It’s not nice of you to say that…”

Nadim mencebik, tapi aku tengok habis juga kek itu.

        “Habis juga…”
        “I lapar…” selamba dia balas, sambil terus mengambil sepotong lagi dan aku tergelak kecil.

Kami diam ketika Zeti turun semula dengan sebuah beg.

        “These belongs to Aunty Rina..” Zeti menyerahkan kepada ku. “I am sure she wants you to keep it.” Zeti senyum dan meneliti aku.
        “Thanks Zeti.” Ucap ku perlahan.

Aku hanya mengusap beg itu dari luar sahaja.  Aku diam, dan seribu macam perasan timbul. Barang-barang itu tidak akan aku keluarkan, aku mahu bersendirian ketika melihat semuanya. Zeti duduk di sebelah aku dan meneguk teh.

        “Dira, Mama’s so excited, I called her this morning and she really wants to see you. You guys have any plans tomorrow ?”
Aku tengok Nadim, dan dia menggeleng.
        “No….can I visit her ?” tanyaku
        “Of course, well in fact we are planning for a small family reunion, you will meet all other aunties and uncles. Tok Ma will be there too…”
Jantungku bergetar mendengar Tok Ma.
        “Mak have other brothers or sisters too ?”
        “Ya, Uncle Adlan, the eldest, Mama, second, Uncle Kamil, then your Mother the youngest.”

Aku mengangguk dan tersenyum.

        “OK, tell us where and what time.” Kata Nadim.
        “My mom’s place, lunch.” Jawab Zeti, dan Nadim terus mengangguk.
        “We meet tomorrow then, D, I am sorry but we better make a move.” Nadim bangun dan mencuit bahuku sebelum senyum ke arah Zeti.
        “Ya….” aku bangun, Zeti juga dan terus berpelukan. “Jumpa esok, and send my regards to Aunty Farina. Tak sabar !”
        “Insya Allah. Ya, semua pun tak sabar to meet you.” Zeti melepaskan pelukan dan kami bertukar ciuman di pipi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 11:04 AM | Show all posts
Happy sesangat.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:06 AM | Show all posts
Aku duduk di tengah katil. Beg canvas yang bertulis Conference of the Mind 2007 aku renung. Aku keluarkan satu persatu barang dan susun di atas katil itu. Dua album gambar, tiga buah diary, satu kotak kayu, sepasang telekung dan sebotol perfume Elizabeth Arden, Green Tea yang sudah tinggal separuh. Aku buka penutup botol berwarna hijau itu dan aku sedut pewangi itu, bau Mak menerpa dan aku terus semburkan sedikit pada pergelangan tangan. Hari ini aku mahu wangian itu berlegar di sekeliling ku, seolah dia ada bersama-sama ku.

Aku ambil pula album gambar, banyak gambar-gambar Mak di merata tempat semasa dia bersama misi kemanusiaan. Setiap gambarnya aku tatap lama-lama dan cuba merasakan apa yang Mak rasa ketika itu. Aku tenggelam dalam waktu yang berbeza-beza mengikut gambar-gambar itu.

        “Mummy….” Rizal memanjat katil dan terus duduk di riba ku, terpaksalah aku tarik album yang di bawah bontot dia. “Who’s this ?” tanyanya sambil menunjuk ke sekeping gambar Mak berdiri di tepi sebuah rumah berbentuk Minangkabau, aku agak Mak ketika itu berusia dalam lingkungan 30-an.
        “Owh, this is Tok.”
        “Tok ?”
        “Mummy’s Mummy.”
        “Mummy ada Mummy ?”

Aku tergelak kecil mendengar pertanyaan dia dan terus mengangguk.

        “Tok macam nenek ?” tanyanya.

Aku angguk.

        “Dia muda…..macam Mummy je…”
        “Because, this photo was taken while she was younger…”
        “Owh, like me when baby Babah took a picture of me kan ?”

Aku angguk lagi.

        “She is pretty like you.” Rizal melangut dan mencium dagu aku. Hati aku tersentuh.
        “Thank you, that is so nice of you.”
        “You smell nice.” Dia cium aku lagi.
        “Really ?”
        “Ya…Mummy tak pernah pakai wangi ni pun…”
        “Because the perfume is Tok’s.”
        “Owh…she smell nice too…” Rizal tersengih dan jari kecil itu menyelak ke muka sebelah. “Mummy can we go to her house ?”

Aku terdiam mendengar soalan dia.

        “Tok dah tak ada, she passed away a year ago…”
        “Owh….dah mati ?”

Aku angguk perlahan, air mata terkumpul lagi.

        “Why Mummy cry ?”
        “Because I miss her..”
        “Owh… I don’t want you to die…Ijal nanti cry like Mummy…”

Aku terus peluk dia erat-erat.

        “Mummy loves you so much Rizal.”
        “I love you too Mummy…”

Dia peluk aku dan mukanya di sembam ke dadaku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:14 AM | Show all posts
Ijal tu mmg sweet aje.....
Pandai sgh menghiburkan hati Dira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:15 AM | Show all posts
“Babah dah balik, I want to ask him to take me to 7-eleven.” Dia terus meleraikan dakapan aku bila dengar suara Nadim bercakap telefon. Dia lari terkedek-kedek mendapatkan Nadim, tapi tiba di muka pintu dia berpusing dan tersenyum nakal.
        “Mummy don’t cry lagi ok. Ijal beli aiskrim. Jagung kan ?”

Aku tersenyum sedikit dan mengangguk perlahan.

        “Thank you dearie…”
        “Ok…”

Rizal terus mendapatkan Nadim, dia terlompat-lompat sambil memaut peha Nadim.

        “One second…” Nadim menjauhkan telefon dan Rizal yang melompat tak henti-henti di tarik ke atas. “Be quiet will you..”

Nadim mendukung Rizal dan terus masuk ke bilik, dia letak Rizal di atas katil dan memberi isyarat supaya jangan bising, Rizal menjeling dan terus mendapatkan aku semula. Nadim terus keluar dan menyambung perbualan.

        “Babah asyik cakap phone cakap phone…geram Ijal…” dia memeluk tubuh dan membebel kepada ku.
        “Where’s Imran ?”tanya ku, selepas makan tengahari tadi, Imran terus hilang membawa diri ke biliknya.
        “He’s reading….don’t he ever get bored. Ijal tengok pun Ijal naik pening.” Dia pegang kepalanya dan goyang-goyangkan, aku tergelak melihat aksinya yang lucu.
        “You’re so funny little boy.” Aku bisik dan membetulkan bajunya yang tersingkap ke atas.

Nadim masuk semula dan terus membuka baju melayu. Dia menyarungkan t-shirt dan mendapatkan aku dan Rizal.

        “Apasal tadi lompat ? I told you don’t jump like that…”
        “Like this ?” dia bangun dan terus melompat di atas katil.

Nadim terus tangkap dan melambung Rizal tinggi-tinggi sebelum menggigit perut budak itu.

        “Jom gi 7-11..”
        “Malass…..”
        “Tak baik malas, Allah tak suka…” dia cubit pipi Nadim, “where were you last night ?” tanyanya tiba-tiba.
        “I went to Brunei..”
        “For what ?”
        “Work.”
        “Where’s Punai ?”
        “Not Punai, its B-R-U-N-E-I.”
        "OK. Where’s P-U-N-A-I ?”

Aku tergelak dan Nadim menggeleng.

        “This is PUNAI….” Nadim tunjuk ke bahagian itu.
        “Don’t say that, a’ha… Mummy will cut your PUNAI…” katanya  mengundang ketawa aku dan Nadim.
        “Go get Imran, we are going to 7-11” Dia menurunkan Rizal yang terus berlari ke arah bilik mereka, sekejap lepas itu, aku dan Nadim mendengar ketukan kuat berserta tendangan.
        “YOU STUPID…OPEN THE DOOR…DON’T LOCK….” Rizal menjerit-jerit dari luar.
Aku yang memang tak boleh mendengar perkataan STUPID laju sahaja hendak bangun tapi segera di halang Nadim.

        “You smell very sweet.”
        “I am wearing Mak’s perfume.”
        “Nice.”

Nadim berdiri dekat dan mengambil tangan aku, dia lingkarkan ke pinggangnya, Nadim membongkok sedikit dan mencium ubun-ubun aku. Mata Nadim terarah ke atas katil, dia duduk dan terus mengambil album gambar yang belum pun aku buka lagi.

        “Ini Mak..…” aku tunjuk pada gambar pertama.
        “You look like her D.” Nadim senyum.
        “I do ?”
        “Yeah, the eyes especially.”

Aku senyum.

        “That’s why you are so pretty, and sweet, and vibrant….now I know …” Nadim tarik aku dekat dan mencium dahi aku.
        “Thank you Abang. Emm esok kita pergi ye ? You know Zeti’s parents place kan ?”
Nadim mengangguk.
        “I am nervous..” bisik aku.
        “Don’t be…. But if you are not comfortable and want to leave anytime just tell me. OK ?”

Aku angguk dan kami berdua melihat album gambar itu sebelum Imran dan Rizal masuk kembali.
        “Who is this ?” tanya Imran pula.
        “This is Tok.” Rizal menjawab.
        “Tok ?” Imran tanya lagi.
        “Mummy’s Mummy, but she already died.” Terang Rizal bersungguh, dia rasa hebat saja dapat memberitahu Imran.
        “Thank you Rizal.”

Imran mendekatkan mukanya.

        “She looks like you. Very pretty.” Imran senyum dan memandang pula ke arah ku.
        “Yupe, she’s pretty.” Nadim menutup album tersebut dan berdiri. “Come along boys, we are going to 7-11. Let Mummy have some private time..OK ?”

Imran dan Rizal tidak tunggu lagi, mereka terus berlumba turun ke bawah.

        “Don’t run…” kataku terlambat, budak-budak itu sudah pun berlari menuruni anak tangga, berdentum-dentam mendengar hentakan kaki mereka. Aduhai budak-budak ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah (Page 45)
maklukpenggodaSAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu
Views : 42251 Replies : 953
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 355842 Replies : 7004
Edisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v Port Dickson
YgBenarEdisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v P
Views : 29560 Replies : 49
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 19800 Replies : 15
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 126822 Replies : 8142
ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
debab_78ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
Views : 47271 Replies : 210
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 26059 Replies : 652
Kanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir cipta sejarah menjadi pelajar termuda yang telah mendaftar masuk Universti Malaya dalam bidang  Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik
YgBenarKanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir ci
Views : 20628 Replies : 62
jom kongsi gambar tanaman sekeliling rumah
annabellaruz2jom kongsi gambar tanaman sekeliling rum
Views : 216912 Replies : 809
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127533 Replies : 1776

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.141021 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list