|
- ` If you have to pass by in front of the TV during a game, I don't mind, as long as you do it crawling on the floor and without distracting me.'
p/s nih paling tak tahan tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sengal! tapi masa aku tgk bola kat mamak, bangla yg tukang amik order dok lalu lalang mhalang tv yg aku ngah tgk, mmg tahap baran aku naik laa... uiii, nak je aku baling gelas minuman aku kat dia suh tepi, aku nak tgk bola!!! bahaya ooo kalo dah giler bola nih! haha.... aku pernah rasainya... wahhh... xsabar tgk worldcup ngan adik2 and ayah aku.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
waktu ini para isteri akan merasa antara jeles dan kesepian !!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Maradona janji bogel jika menang
BUENOS AIRES, Argentina - Jurulatih Argentina Diego Maradona berjanji untuk lari berbogel di khalayak ramai jika pasukan bimbingannya menjuarai Piala Dunia.
Maradona berkata demikian dalam satu rancangan radio. Janji beliau yang tidak diduga itu dibuat selepas pasukannya membelasah Kanada 5-0 dalam satu aksi persahabatan, kelmarin.
''Jika kami menang Piala Dunia, saya akan berbogel dan berlari mengelilingi Obelisk,'' katanya yang merujuk kepada monumen tinggi terletak di tengah-tengah tumpuan utama Buenos Aires.
Reaksi Maradona itu terpacul daripada mulutnya selepas seorang wartawan bertanya apa yang akan dilakukannya jika menang Piala Dunia untuk kali ketiga buat dirinya.
Dalam temu ramah itu Maradona juga menjelaskan alasan dia tidak menurunkan Lionel Messi ketika menentang Kanada tempoh hari.
Katanya, Messi adalah pemain terbaik FIFA dan tindakan tidak menurunkannya adalah untuk melindunginya daripada mendapat kecederaan. - AP
* doc RD, setakat banhammer sebulan ape kelas.. kalau berani sahut lah cabaran maradona ni kalau england menang WC.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kecederaan ganggu persiapan Sepanyol
MADRID - Masalah kecederaan pemain-pemain utama merumitkan lagi persiapan juara Eropah, Sepanyol ke Piala Dunia meskipun dianggap pasukan paling sempurna dan seimbang di setiap posisi.
Penyerang Liverpool, Fernando Torres, perancang utama, Cesc Fabregas dan pemain tengah yang kaya dengan kreativiti Andres Iniesta - kesemuanya terlepas mengakhiri musim liga masing-masing ekoran masalah kecederaan.
Keadaan ini menyebabkan jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque 'pening kepala'.
Ketiga-tiga mereka merupakan kunci utama kejayaan Sepanyol menjulang Euro 2008.
Torres, 26, merupakan orang yang membantu kemenangan Sepanyol ke atas Jerman pada perlawanan akhir Euro 2008 dengan jaringan tunggalnya terpaksa menjalani pembedahan lutut.
Dia cedera semasa menentang Benfica dalam Liga Europa pada 8 April lalu.
Masalah kecederaan sebenarnya telah lama membelenggu Torres sejak beberapa musim lalu, malah dia terpaksa berperang dengan masa untuk kembali cergas menjelang pertemuan Sepanyol dengan Switzerland dalam Kumpulan H, 16 Jun ini.
''Tahun ini memang sukar buat saya gara-gara kecederaan. Sungguh memalukan kerana saya tidak dapat bermain dalam banyak perlawanan.
''Sekarang apa yang sama sedang usahakan ialah cuba untuk cergas menjelang Piala Dunia di Afrika Selatan.
''Saya telah menunggu selama empat tahun untuk saat ini dan jika semuanya baik, saya akan berada di sana,'' katanya.
Sementara itu, kapten Arsenal, Fabregas, 23, juga terpaksa diketepikan buat masa ini gara-gara cedera kaki kanan semasa beraksi dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara pada 31 Mac lalu.
Kakinya patah dan terpaksa melupakan keseluruhan musim Liga Perdana England walaupun berasa yakin mampu beraksi di Piala Dunia.
''Saya yakin dapat bersama skuad kebangsaan Sepanyol yang akan menentang Arab Saudi. Buat masa ini, saya hanya perlu bersabar dan memastikan saya cukup bersedia selepas ini,'' ujarnya.
Iniesta, 25, salah seorang lagi pemain berstatus bintang yang masih dirawat selepas otot kaki kanannya koyak.
Pemain tengah Barcelona itu tidak beraksi ekoran insiden itu sejak 10 April lalu dan buat masa ini masih berperang untuk cergas menjelang Piala Dunia.
''Saat ini merupakan yang paling sukar dalam hidup saya tetapi saya tidak boleh berputus asa,'' kata Iniesta.
Akhbar-akhbar Sepanyol turut menyatakan rasa kebimbangan terhadap nasib yang menimpa tiga pemain itu dan lebih memburukkan keadaan, seorang lagi pemain tengah berpengalaman, Xavi turut dilaporkan cedera.
Pemain berusia 30 tahun itu yang dinobatkan selaku Pemain Terbaik Euro 2008, mendapat kecederaan belakang betis sepanjang kempen membantu Barcelona memburu kejuaraan liga.
Sepanyol sebelum ini memiliki rekod bersih tanpa kecederaan ketika menjulang kejuaraan Eropah di bawah Luis Aragones.
Namun, berlaku sebaliknya semasa del Bosque yang terpaksa berdepan dengan barisan yang sarat dengan kecederaan dan jika pulih sekali pun dia mungkin menghadapi masalah lain - ketumpulan serangan gara-gara mereka sudah agak lama tidak beraksi dengan kompetitif.
Mungkin agak bernasib baik bagi Sepanyol apabila diundi bersama Switzerland, Honduras dan Chile dalam saingan peringkat kumpulan.
Apa pun, Sepanyol masih memerlukan Torres, Fabregas, Xavi dan Iniesta dalam saingan 16 akhir kerana mereka mungkin berdepan Brazil atau Portugal. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
kalau england menang, suruh maideen lari bogel |
|
|
|
|
|
|
|
aku sukung jerman.tak tau laaa apsal tapi firasat aku yakin jerman menang tahun nie. |
|
|
|
|
|
|
|
isu lari bogel ni aku rasa agak sensitif lah dlm CI ni pasal seingat aku ada sorang forumer pernah kata nak lari turun bukit sambil berbogel masa PRU bila ntah.. aku pun ingat2 lupe.. siapa yg masih ingat lagi isu ni??hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
kalo belanda juara aku bagi duit ni kat sume nak????
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo belanda juara aku bagi duit ni kat sume nak????
lkick2113 Post at 28-5-2010 19:36
duit tu blh guna kat dlm kubur ke??
hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
duit tu blh guna kat dlm kubur ke??
hehehe..
along3746 Post at 28-5-2010 19:45
boleh2...x de hal...sah diperlakukan dgn nilai... |
|
|
|
|
|
|
|
forumer tu nama dia apa ntah daisy ke daisa ka apa ka |
|
|
|
|
|
|
|
isu lari bogel ni aku rasa agak sensitif lah dlm CI ni pasal seingat aku ada sorang forumer pernah k ...
along3746 Post at 28-5-2010 18:48
yg aku ingat ialah ada mamat tu konfiden nak lari bogel kalo Msia menang gold bola sea games...
da tukar nick kot... |
|
|
|
|
|
|
|
'Kami tidak rasa gentar'
LONDON - England tidak gentar berdepan dengan mana-mana pasukan pada kempen Piala Dunia 2010 yang akan membuka tirainya 11 Jun ini.
Bagaimanapun, di kalangan 32 pasukan yang layak beraksi di bumi Afrika Selatan nanti, hanya Argentina yang dianggap sebagai ancaman terhadap misi mereka mengulangi pencapaian bergelar juara pada Piala Dunia 1966.
Secara terbuka, jurulatih England, Fabio Capello mengakui bahawa Argentina adalah pasukan yang paling digeruninya pada kempen kali ini.
Ini kerana kedua-dua pasukan itu mempunyai 'dendam peribadi' yang peru dilunaskan.
Pada kempen 1966 dan 2002, kemenangan memihak kepada England manakala pada edisi 1962, 1986 dan 1998, ia dikuasai pasukan dari Amerika Selatan itu.
"Saya hanya bimbang dengan Argentina. Mereka pasukan yang mempunyai paling ramai pemain berbakat dan mampu menonjol di Afrika Selatan kelak.
Meskipun mengakui Argentina pasukan yang digeruninya, namun Capello tetap waspada dengan ancaman pasukan lain seperti Brazil.
Capello berkata, pasukan-pasukan dari Eropah yang perlu di- beri perhatian termasuk Sepanyol yang telah muncul juara Euro 2008 serta Itali yang meme- gang reputasi sebagai juara bertahan Piala Dunia.
"Kami juga perlu memberi perhatian kepada Jerman dan Belanda. Mereka mampu menghadirkan kejutan," katanya.
Sementara itu, kem England tersentak apabila kapten Liverpool, Steven Gerrard dilapor mengalami kecederaan betis ketika sesi latihan kelmarin.
Disebabkan kecederaan yang dialami, besar kemungkinan dia tidak akan diturunkan pada aksi persahabatan menentang Jepun di Granz, Austria esok. - Agensi
~hoho...takutnye dengan england |
|
|
|
|
|
|
|
Torres ceriakan Sepanyol
MADRID - Penyerang Sepanyol, Fernando Torres dijangka cergas untuk beraksi pada Piala Dunia selepas dia menjalani latihan, kelmarin.
Ia merupakan kali pertama penyerang Liverpool itu menjalani latihan, setelah menjalani pembedahan lutut pada 18 April lalu.
Torres berada bersama 22 rakan sepasukan yang lain di atas padang dan menjalani latihan selama 45 minit.
Aksi Torres di atas padang kelmarin merupakan penampilan pertamanya pada sesi latihan, selepas dia menjalani pembedahan bahagian lutut kanan kerana koyak tisu rawan.
"Ia perkhabaran sangat gembira apabila Fernando Torres kembali berlatih bersama kami.
"Dia merupakan pemain penting untuk skuad kebangsaan.
''Malah dia juga sering menjaringkan gol-gol penting.
"Saya berharap dia boleh beraksi pada perlawanan pertama kami pada Piala Dunia nanti," kata pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique.
Torres beraksi 72 kali di peringkat antarabangsa dan menjaringkan 23 gol buat skuad Sepanyol.
Dia juga menjaringkan gol kemenangan Sepanyol ke atas Jerman pada perlawanan akhir Kejuaraan Eropah 2008.
Dalam pada itu, seorang lagi tonggak Sepanyol, Cesc Fabregas turut dilihat menjalani latihan biasa, kelmarin.
Pemain tengah Arsenal itu masih meneruskan sesi pemulihan kecederaan kaki yang dialaminya sebelum ini.
Sepanyol akan memulakan aksi pertama mereka dalam Kumpulan H bertemu Switzerland 16 Jun ini dan pertemuan seterusnya menentang Honduras serta Chile. - AP
~viva espana..get well soon nando |
|
|
|
|
|
|
|
england menang 2 gol "ehsan" lawan jepun |
|
|
|
|
|
|
|
Xavi tips England as nearest rivals
Spain midfielder Xavi claims that England represent the biggest threat to his side at this summer's World Cup - not the likes of Brazil, Argentina, or current champions Italy.
Xavi is seen as one of the best midfielders in the world and will be a key player for Spain in South Africa and, while he expects his side are the favourites to land the trophy, he thinks Fabio Capello's men come a close second.
''People say that the strongest nation on paper is Spain - but after us I really think it is England,'' he told the Daily Star. ''Perhaps their goalkeepers aren't world class but apart from that you struggle to see a weakness."
Xavi, 30, has formed a great partnership with fellow Barcelona team-mate Andres Iniesta in midfield, but also believes that the English side have players to match them.
"The World Cup isn't won on paper but after us I think England have the second-best team,'' he said. ''It's not a surprise really when you consider so much of the England set-up is made up of players from Manchester United and Chelsea.
''Over the last five years they have been the strongest teams in Europe alongside Barcelona, so with a nation full of their players it comes as no surprise they are so strong. There is Lionel Messi then a group of players behind him and Wayne Rooney is in that group. Rooney particularly impresses me.
''The spine of England's team is very strong. John Terry, Frank Lampard and Rooney are all among the best in their positions in the world.
''Like Spain, England need to start believing that they can win a major tournament. If they do that with the players they have, they will be very dangerous. After so many years of hurt and disappointment you have to get the belief back, without it you won't win anything.''
Teangok xavi pon kata englang kuat |
|
|
|
|
|
|
|
England gugurkan Walcott
| Theo Walcott
|
LONDON - England melakukan kejutan terbesar apabila menggugurkan pemain sayap Arsenal, Theo Walcott dalam senarai 23 pemain skuad Piala Dunia yang diumumkan jurulatih, Fabio Capello, semalam.
Walcott, 21, berada dalam skuad sementara 30 pemain dan disenarai sebagai pemain utama dalam kedua-dua perlawanan persahabatan terakhir, yang menyaksikan England menewaskan Mexico dan Jepun.
Capello sebaliknya lebih berminat dengan gandingan berpengalaman apabila memasukkan pemain tengah Chelsea, Joe Cole dan pemain sayap Manchester City, Shaun Wright-Phillips, selain turut mengekalkan pertahanan Tottenham, Ledley King.
Capello turut menggugurkan Darren Bent, Tom Huddlestone, Adam Johnson, Scott Parker, Michael Dawson dan Leighton Baines dari skuad ke Afrika Selatan.
Pemain tengah, Gareth Barry turut disenarai sekalipun masih mengalami kecederaan buku lali, yang memungkinkan dia diketepikan dalam aksi pembukaan menentang Amerika Syarikat, 12 Jun ini.
Penyingkiran Bent bermaksa Emile Heskey akan beraksi dalam Piala Dunia keduanya, meskipun tidak banyak beraksi buat Aston Villa dalam Liga Perdana England, musim ini.
"Saya sangat kecewa tidak disenaraikan dalam skuad ke Afrika Selatan tetapi ia adalah keputusan Capello.
"Saya mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan dan harap mereka akan mencapai kejayaan pada Piala Dunia kali ini,'' kata Walcott dalam satu kenyataan.
Wayne Rooney, Peter Crouch dan Jermain Defoe mengisi posisi penyerang, manakala England turut membariskan tiga penjaga gol, lapan pertahanan dan lapan pemain tengah.
Walcott pada awalnya tampak hampir pasti akan mengisi skuad Piala Dunia selepas menjaringkan hatrik ketika membantu England menundukkan Croatia 4-1 dalam aksi kelayakan, September 2008.
England memenangi semua 11 perlawanan di mana Walcott turut beraksi, tetapi kecederaan menyebabkan pemain berusia 21 tahun itu tidak dapat beraksi buat Arsenal dalam sebahagian besar saingan liga pada awal musim.
Walcott turut dibawa dalam skuad Piala Dunia England, empat tahun lalu meskipun tidak pernah beraksi dalam sebarang perlawanan liga bersama Arsenal ketika itu.
Bagaimanapun dia tidak langsung diberi peluang beraksi, sekalipun England mengalami masalah kecederaan kronik Michael Owen, manakala Rooney dilayangkan kad merah ketika menentang Portugal di suku akhir.
Sementara itu, kemasukan King, 29, agak mengejutkan kerana dia sebelum ini ditimpa masalah kecederaan lutut, yang membataskan keupayaannya untuk beraksi dengan lebih kerap.
Pemain itu tampil buat pertama kali di bawah pengendalian jurulatih, Capello sewaktu England menentang Mexico pada 24 Mei lalu dengan menjaringkan gol menerusi tandukan pada babak pertama.
Barry pula perlu menjalani ujian kecergasan ekoran kecederaan buku lali, pagi semalam, dengan laporan awal menunjukkan perkembangan positif buat England.
Pemain tengah Manchester City itu tidak bermain sejak dia dibelenggu kecederaan ligamen ketika beraksi dalam Liga Perdana menentang Tottenham pada 5 Mei lalu.
Sementara itu, Joe Cole disahkan cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan ligamen lutut yang serius dan pemain itu mempamerkan prestasi mengkagumkan sewaktu dibawa masuk pada separuh masa kedua ketika England menewaskan Jepun 2-1. - reuters |
|
|
|
|
|
|
| |
|