|
Smiley....
Apa treatment utk batu karang tu?
Laser ke?
ifah pernah dengar orang amalkan minum zam2 dan air akalil utk bantu menghindar batu karang. Another way is air rebusan sengkuang cina... memang effective... cubalah.. my aunt memang teruk sakit tu.. air sengkuang cina helped her...
Semuga suami Smiley sihat kembali, AMIN! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu semua doakan hasben smiley
haritu dah buat treatment guna ultrasound shock waves tp tak berjaya pecah batu karang tu.
so doctor suruh balik & minum air bnyk2
kalau nasib baik batu karang tu akan pecah dalam 2 -3 hari & pass out masa kencing.
kalau tak, kena guna method lain.... tp last resort kena operate |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 602# AnakPakKassim
tks ifah
nanti boleh cuba
sengkuang cina yg kecil kecil tu kan?
ada gak org bagi petua guna lobak putih, rebus dgn air garam pastu minum |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 604# sang_arjuna
cubalah jalan lain dulu sebelum operate...
mungkin cara apk 2 boleh cuba..mana tahu menjadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 606# bb_75
a'ah... kalau boleh mmg lah taknak operate
lambat nak baik woo
letih tau nak jaga org sakit..... ( lorat punya bini) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 607# sang_arjuna
husband sakit xpe...jangan kita sakit dahlah smiley...
habis huru hara rumahtangga...
operate batu karang kecik je kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 608# bb_75
insyaallah kecik je... doktor buat lubang pastu tembak/ keluarkan
batu karang tu 7 mm. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 609# sang_arjuna
klu tembak rasanya x luka mana2...sbb masa arwah ayah hari 2 dia masuk ikut dubur je(sory klu dot2 ckit)
tapi x tahu menyelurulah macammana sbb tanya pun dia macam mamai nak jawap... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 586# sang_arjuna
hope dia cepat sembuh..... apa2 pun take care both of you ye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 609# sang_arjuna
petua orang dulu-dulu, kalau batu karang tu dah keluar
ia boleh di jadikan ubat ......
ambil batu karang tersebut masukan dalam air dan kita minum air tersebut
itu apa yang arwah bapak buat dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 604# sang_arjuna
salam smiley.....
my hubby pernah kena ...lepas tu ada kwn bagitau minum air lobak putih ....
tiap hari blend dalam 3inci dan minum 2x sehari.dalam sebulan gak minum tu.
alhamdulillah sekarang dah ok.....kebetulan kot lobak tu sesuai dgn my hubby
cuba laaa yer smiley...... |
|
|
|
|
|
|
|
tinggal jejakzz |
|
|
|
|
|
|
|
Reply AnakPakKassim
tks ifah
nanti boleh cuba
sengkuang cina yg kecil kecil tu kan?
ada gak ...
sang_arjuna Post at 13-11-2010 12:07
Yes, tumbuk sikit, rebus dan minum air dia... very effective....
InsyaAllah... cubalah, kalau boleh hundarkan dari potong2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 613# syasya.syaaa
tks... bnyk org recommend lobak putih ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 610# bb_75
betul la.. abg ipar smiley pun cakap kalau tembak tak payah bedah
lega sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 611# detox
tks detox |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 612# mertua
owh... petua ni belum pernah dgr lagi
cuma geli sket la... kalau keluar melalui kencing ..errr |
|
|
|
|
|
|
|
dahlia & the gang menjenguk sekejap
....................................................................
Dahlia merenung sejenak cincin emas putih dalam kotak baldu merah. Kemudian dia meletakkan kotak itu atas meja dan menyambung tugas membilas pinggan. Ekspresi wajah nya susah di telah. Nak kata gembira tidak, sedih pun tidak, terkejut pun tidak. Macam tak berperasaan. Pelik betul anak dara aku ni, fikir Hj Zul.
“ Kenapa? Tak cantik ke cincin tu? Ini baru cincin tanya belum lagi cincin tunang. Kalau cincin tunang dengan cincin kawin nanti, mesti Farid ajak Lia ke kedai emas untuk pilih sendiri. Kamu pilih lah berlian berapa besar kamu nak. Kamu tu seorang saja menantu Leman dengan Zurina. Bukan cincin saja kamu boleh dapat, satu set barang kemas pun dia boleh bagi. Orang bodoh saja tolak pinangan dia” cemuh Usu dengan mulut penuh koay teow baki dari jamuan tadi.
“Bukan pasal cincin lah Usu. Ingat Lia ni mata duitan kah? Kalau cari suami, kita kena cari yang boleh bimbimg kita ke jalan Allah. Harta banyak pun bukan boleh tolong kita di akhirat” Ceh… aku pula pinjam ayat Danial tadi. Usu ni memang sengal lah. Cakap dengan mulut terjuih juih sebiji macam mak mertua Kasim Selamat dalam filem Ibu Mertua Ku.
“ Habis tu, Lia dah ada pilihan lain? Mana lah tahu kot kot di Kuala Lumpur dulu kamu ada boipren” Dahlia menggeleng. Pinggan yang sudah bersih di atur dalam kabinet.
“ Tak adalah Usu. Kerja banyak, tak ada masa nak cari boyfriend.”
“ Farid tu baik. Alim atau tidak, Babah tak boleh nak komen. Biasalah, orang muda bukannya rajin sangat ke masjid. Tapi basic agama tu dia mesti ada. Babah tengok dia tak ada cacat cela. Family dia semua suka Lia. I’m sure you will be happy.” Pujuk Hj Zul.
“ A’ah.. bertuah siapa dapat Farid. Tak sangka dia pilih kamu. Ramai yang teringin nak bermenantukan dia” Usu menokok.
Betul kata Babah , Farid tak ada cacat cela. Setakat yang aku nampak lah. Mana tahu kalau dia ada “ dark side” yang dia pandai sembunyikan. Setakat kenal baru dua tiga minggu, jumpa sekali dua masih banyak yang aku belum tahu tentang Farid. Lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat. Ramai syaitan bertopeng manusia. Orang masjid pun ada yang kena tangkap khalwat. Orang yang dah kahwin pun ada yang “ cik gayah”. Ada pula lelaki yang sikit punya romantis dan budiman bila waktu bercinta tapi lepas kawin isteri jadi punching bag. Eee…selisih malaikat. Patutlah ramai perempuan lebih rela hidup solo.
“ Memang dia baik tapi Lia baru kenal dia. Lia tak tahu lagi macam mana perangai sebenar dia. Maybe he has a split personality or likes to cross dress? Or maybe he has a girlfriend that we don’t know about. ” Sengaja dia bercakap bahasa Inggeris supaya mak saudaranya tak faham. Jangan bagi peluang kat Usu nak tokok tambah.
Hj Zul mendengus “ Kamu ni! Takkanlah mak bapa dia nak pinang Lia kalau anak dia macam tu. Uncle Leman dengan Auntie Zurina kawan karib Babah. Takkan dia nak main mainkan Lia.”
“ I’m just giving an example. I’m not saying that he is abnormal. What I mean is, give me time to get to know him better. I can’t give an answer now.” Usu terkebil kebil. Kurang asam betul budak Lia ni. Mentang mentang aku tak pandai spiking.
“ Why don’t you give him a chance? After the engagement you can get to know him better. Itulah sebab orang bertunang dulu sebelum kahwin, supaya dapat kenal satu sama lain. Tapi bertunang bukan lesen untuk buat maksiat.”
“ Ala Babah.. kalau dah tunang lepas tu Lia tak ngam dengan Farid, kita juga malu bila putus tunang.” Putus tunang di sini sama stigma nya dengan bercerai. Jenuhlah satu kampung mengata dan mengumpat. Aku kena pakai topeng tutup muka kalau nak keluar rumah. Saham aku akan turun menjunam macam Dow Jones selepas 9/11.
“ Bukan kamu tak kenal Farid. Dari kecil lagi kamu bermain sama sama. Kalau tak suka kenapa keluar juga bila dia ajak. Jangan cakap banyak lah Lia. Terima saja. Kalau anak Usu, tadi juga Usu dah bagi jawapan kat Noraziah dengan Tarmizi” Usu mendesak.
“ Kalau Usu nak sangat ambil lah. Suruh Kak Suriani kawin dua. Kalau tak, chup dulu untuk Shakira. Lepas SPM dah boleh kawin.” perli Dahlia. Nadanya tenang walaupun hatinya menggelegak. Eii… geramnya dengan Usu ni. Pandai pandai nak atur hidup orang. Sebab Mak dah tak ada, dia asyik nak campur tangan. Babah pun satu, suka dengar cakap adik dia.
Hj Zul mula cuak. Takut jadi perang saudara dalam rumah ni. Dahlia memang degil. Makin di desak, makin membantah. Dia kenal sangat perangai anak dia. Mulut si Saidatul pula memang celupar. Patutlah suami dia Anas selalu mengadu kat aku.
“ Tak apalah Lia. Lia fikir dulu. Jangan buat keputusan terburu. Babah suka Farid tapi Babah tak nak paksa Lia” Hj Zul berdiplomasi. Dahlia senyum tanda kemenangan
“ Yes, thank you Babah. Biar Lia fikir dulu, buat solat istikharah. Insyaallah, Lia akan bagi jawapan dalam masa seminggu.”
“ Seminggu? Apa pasal lambat sangat? Orang buat sembahyang istikharah tiga kali pun dah cukup” Usu tetap tak puas hati. Dia sudah terbayang bayang jawatan sebagai wedding planner. Baju aku mesti meghelit meghelap. Aku lah yang akan menguruskan kenduri kendara sementelahan Dahlia tidak beribu dan kakaknya jauh. Kakak sulung dia dan Hj Zul pula tak berapa sihat.
“ Lia tengah uzur lah Usu. Sabor le. Kalau Farid jodoh Lia, awal atau lambat kami akan kahwin juga “ Dahlia melangkah gontai masuk ke bilik. Dia menghempas tubuh ke katil dan menekup muka dengan bantal. OMG! AKU KENA KAWIN DENGAN FARID BUNCIT YANG DAH TAK BUNCIT?? Kalau Kak Darina dengan Danial dengar, mesti bertahun tahun aku jadi bahan gelak. Pelbagai soalan bermain di mindanya.
1) Sukakah aku pada Farid? OK lah. Suka juga.
2) Cinta kah aku pada Farid? Nehi. Tapi org kata cinta boleh di pupuk
3) Aku dah bersedia nak jadi isteri? Belum. Tak ready. Takuttt.
4) Ada tak lelaki lain yang aku suka selain Farid? Er..uhm… Cikgu Amir tu boleh tahan juga.
Eleh… lupakan saja. Lelaki macam Cikgu Amir ramai peminat. Entah entah dia dah ada kekasih menunggu di kampung. Nampak gayanya aku tak ada pilihan ….. uhuk ..uhuk… |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|