CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hr_ikhlas

‘Nur Amalina tidak hanyut'

  [Copy link]
 Author| Post time 5-1-2012 08:05 AM | Show all posts
Saya tetap Melayu Islam’
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my     

KOTA TINGGI: “Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.

“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.


Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.


Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.


Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.


“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung).




“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.


“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.



Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya.


Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.


“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian.


“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. “Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat.


“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya.


Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2012 08:05 AM | Show all posts
Ibu tak tegah Nur Amalina berfesyen   

  KOTA TINGGI: “Ina jaga diri baik-baik nak, sabar dengan dugaan yang menimpa...jangan mudah patah semangat dan terus berusaha mencapai kejayaan,” demikian pesanan Sabariah Hassan, 52, ibu kepada pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika dua beranak itu berhubung menggunakan panggilan video ‘Skype’ di kediaman Sabariah di Taman Sri Saujana di sini, petang semalam.

Sabariah, yang terkilan dengan penyebaran berita negatif berhubung anaknya melalui laman blog sejak beberapa hari lalu, turut memberi peluang kepada wakil media menemu bual sendiri Nur Amalina secara langsung bagi mendapatkan penjelasan dan komen berhubung penulisan serta gambar di dalam blog berkenaan.


Sabariah mengaku tidak pernah melarang Nur Amalina bergaya dan berfesyen kerana ia adalah kegemaran gadis berkenaan sejak kecil.


“Nur Amalina aktif dengan aktiviti seperti tarian dan nyanyian pada zaman persekolahannya, seingat saya dalam satu majlis dia pernah menyampaikan lagu ‘rock’ tetapi pakaian dikenakan pada waktu itu tidak melampaui batasan atau tidak senonoh.


“Jangan menghukum orang lain berdasarkan penampilan, bertudung atau sebaliknya kerana ia tidak menggambarkan keperibadian seseorang itu hingga membuat andaian negatif berdasarkan apa dilihat,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 08:06 AM | Show all posts
Pesan ayah buat Madihah
Oleh Ismail Muhamad
am@hmetro.com.my      KOTA BHARU: Bapa pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang mendapat 20A, Nik Mohd Kamal Hussin, 43, yakin dengan pegangan hidup anaknya, Nik Nur Madihah, 21, walau di mana saja dia belajar termasuk ketika menyambung pengajian ke United Kingdom (UK), pada Ogos atau September depan.

Nik Mohd Kamal yang juga nelayan, bangga dengan prinsip anaknya yang bukan saja membuktikan kecemerlangan dalam pelajaran, tetapi tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam walaupun jauh daripada keluarga. Malah, katanya, dia dan isteri, Mariani Omar, 44, sentiasa mengingatkan anak sulung daripada empat beradik itu supaya menjadi seorang Islam sejati dan tidak mudah lupa diri. “Saya tak bimbang nak lepas Nik Nur Madihah belajar hingga ke UK kerana yakin prinsip hidupnya dan dia berpegang teguh kepada ajaran Islam. “Saya selalu berpesan kepadanya supaya melakukan solat istikharah jika ada masalah atau keraguan bagi mendapat petunjuk Allah dalam menjalani kehidupan hariannya,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan kunci rumah daripada kerajaan negeri kepada penjaga gol negeri dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.


Beliau ditanya perkembangan Nik Nur Madihah yang akan menyambung pengajian dalam jurusan fizik di UK pada Ogos atau September depan.


Nik Nur Madihah yang dianugerahkan sebuah kediaman sama seperti diterima Khairul Fahmi kini mengikuti pengajian A-Level di Kolej Tuanku Jaafar (KTJ) Mantin, Negeri Sembilan selama dua tahun dan akan tamat pengajian Jun depan.


Semalam, akhbar melaporkan, pelajar cemerlang SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri, 23, didakwa menjadi mangsa fitnah apabila dikatakan gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog.


Nik Mohd Kamal berkata, sepanjang belajar di KTJ, dia selalu berhubung dengan anaknya menerusi telefon dan Internet.




Katanya, dia bangga dengan anaknya yang kekal berjubah labuh walaupun berada jauh daripada keluarga.


“Saya yakin Nik Nur Madihah tahu tanggungjawab sebagai seorang remaja Islam walaupun belajar atau berada jauh daripada keluarga,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:10 AM | Show all posts
sejujurnya, majoriti dlm ni, kau tgk menegur ka sekadar mencaci sesambil feeling aku-lebih ...
hzln Post at 5-1-2012 07:26

mestikah mek mengambil ahkak sebagai contoh??
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:22 AM | Show all posts
Reply 317# Babai


    yupp...aku setuju!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:24 AM | Show all posts
kesian kat budak ni
nakkata seksi sangat tidak
cuma lebih mendedahkan aset diri berbanding penampilan dia sebelum ini bertudung cantik
ini terkena kejutan budaya kot sebab dulu2 agaknya dokkk asyikk membaca buku ---

ramai je budak OS yang ok menten ayu cantik bertudung

Amalina ni satu contoh +ve bertukar -ve --------
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2012 08:28 AM | Show all posts
Hahahahaha.... dah 25 page ni...

SO, hanyut ka tak hanyut?

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:29 AM | Show all posts
lambat inzal ler korang ni.. dah 25 page pun x habis pung pang lagi...

guna minyak sudan ke hapa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 08:32 AM | Show all posts
tapi kalau betul dia ambik kedoktoran.. mmg kursus tu payah kan... hidup pun tak mcm student lain.. kesilapan dia ialah mungkin dia takapakai tudung and melaram jer... tapi salah ttp salah... kita pun selama ni tgk dia pakai tudung jer... huhuhu semoga dia masih ttp di jalan yg lurus...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:39 AM | Show all posts
syukurrr dia masih virgin
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:40 AM | Show all posts
lepas ni korang tolong ler dia pilihkan kain baju kurung... nak corak bunga2 ke.. nak corak abstrak ke...

pastu tudung plak nak pakai tudung bawal ke, tudung indon ka... tudung multi level yg berlapis2 tu ka..

then korang upahlah professional islamic cameraman khas utk ambil gambar dia...dan seorang islamic IT consultant utk uruskan akaun facebook dia supaya sentiasa berjiwa islamic...

takat pung pang kat CI tak de maknanya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:40 AM | Show all posts
kesian kat budak ni
nakkata seksi sangat tidak
cuma lebih mendedahkan aset diri berbanding penampi ...
sayawifenikmie Post at 5-1-2012 08:24


kak..cara hidup dia mmg mcm tu...bukan dia kena culture shock..kita2 yg ter'shock sbb kita tgk media potray dia dgn me bertudung...so kalau nak cari salah..salah media la sbb bg gambaran yg salah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:42 AM | Show all posts
Saya tetap Melayu Islam’
Oleh Salman Hamat
     

KOTA TINGGI: “Saya tetap Melayu Islam. Wala ...
“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.

hr_ikhlas Post at 5-1-2012 08:05


ha ni anak sendiri dah ngaku yang mak dia yang belikan baju tu. so konpim la bukan mak dia just nak cover anak dia.

TERBAIK!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:43 AM | Show all posts
Si amalina ni nak kena naik masjid bersumpah pegang quran baru deme ni puas hati agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:49 AM | Show all posts
ikut engko laaaa Amalina weih....... kubur lain lain wakakakakakaak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:49 AM | Show all posts
ha ni anak sendiri dah ngaku yang mak dia yang belikan baju tu. so konpim la bukan mak dia just  ...
minah_tompel Post at 5-1-2012 08:42



    tu dia dah berpakat ngan mak dia jawapan kena same......mak dia setakat kerja gomen tak ada maknanya up to date.........cikgu pulak tu...........lain la pegawai besar ngan company selalu travel oversea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 08:50 AM | Show all posts
Tak hanyut la ni??
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:50 AM | Show all posts
Kalo kat Kay El nie.. berlambak lagi awek awek melayu yang melaram tak henggat dunia...

Mungkin disebabkan masa pesttime gambo dia diambik, dia pakai tudung...tu ramai yg ingat dia ni bertudung...sedangkan kat luar sekolah, dia kasi free jer hair dia... biler tgk FB dia time dia katy oberc... tu yang ramai melatah....

Zaman sekarang ni...ramai jer student pompuan yang pakai tudung pi skolah or kuliah.... luar skolah, or luar kampus.... mereka pakai baju baju up to date... dan tak bertudung...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:52 AM | Show all posts
tu dia dah berpakat ngan mak dia jawapan kena same......mak dia setakat kerja gomen tak ada maknanya up to date.........cikgu pulak tu...........lain la pegawai besar ngan company selalu travel oversea
pluto Post at 5-1-2012 08:49


Pergggghhh... org gomen x up to date... tak buleh nak berfesyen...

geng2 CI ni memang mcm2 ler...


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:00 AM | Show all posts
bukan ka set2 gomen yg paling pprt pasal pesen2 ni.....??
mesti tak nak kalahnye bab2 pesen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.096665 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list