|
[Jenayah]
Kakitangan TV9 ditemui mati di rumahnya. UPDATE: Suami didakwa membunuh. Page66
[Copy link]
|
|
tetibe lak teringat citer "8 jam"...
shaheizy sam bunuh awek dia sebab x mo bagi pegi kat org lain...
ish.. ish.. ish...
x caye kt jodoh kaaa.... adoyaii..
|
|
|
|
|
|
|
|
si bulat posted on 31-7-2012 11:59 AM ![](static/image/common/back.gif)
tetibe lak teringat citer "8 jam"...
shaheizy sam bunuh awek dia sebab x mo bagi pegi kat org lai ...
off topic..
best ke crite tu??
tetibe teringin nk nengok![](static/image/smiley/onion/childlike.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
- HARIAN METRO-
‘Berat hati beritahu cucu’
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LABIS: “Sampai sekarang, saya berat hati untuk memberitahu Mohamad Danish, 3, mengenai perkara sebenar,” kata Rohani Ariss, 58, ibu kepada kakitangan TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang meninggal dunia disyaki dibunuh di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, Jumaat lalu.
Mohamad Danish kini dipelihara Rohani selepas jenazah ibunya selamat dikebumikan semalam manakala bapanya ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
Rohani berkata, cucunya itu agak keletihan dan hanya sekali memanggil ibunya ketika bangun tidur, semalam.
Katanya, kini cucunya itu dilayan saudara-mara yang bersimpati dengan kejadian menimpa keluarganya. “Mungkin dia sudah biasa tidak berjumpa ibunya kerana dihantar kepada pengasuh setiap kali Liza (Syaleza) bekerja dan hanya berjumpa pada waktu malam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Redong dekat sini, semalam.
Menurutnya, Liza, anak kedua daripada enam beradik itu ada menghubunginya kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu sambil mengadu kurang sihat selain telatah anak tunggalnya itu.
Bagaimanapun, katanya, arwah tidak pernah menceritakan sebarang masalah keluarganya.
Sementara itu, bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarga menyedari rumah tangga anaknya itu bermasalah sejak mula bernikah kira-kira tiga tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
- HARIAN METRO -
Suami ditahan bantu siasatan
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SHAH ALAM: Suami kepada eksekutif TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai, di sini, Sabtu lalu ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam kelmarin di Segamat, Johor selepas selesai majlis pengebumian isterinya. Harian Metro semalam melaporkan mayat eksekutif TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui suaminya di rumah mereka sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.
Tun Hisan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan rapi berhubung kejadian itu berikutan terdapatnya keraguan dalam beberapa maklumat yang dilaporkan. “Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa meninggal dunia akibat sukar bernafas selain terdapat kesan jerutan pada leher,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
- HARIAN METRO -
Mesej terakhir
Oleh Na’imah Mohamed
[email protected]
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Sabarlah duhai hati” itulah kenyataan terakhir dikeluarkan Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, menerusi status BlackBerry Messenger (BBM) miliknya sebelum ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di bilik kedua di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sabtu lalu.
Menurut sumber, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya kira-kira jam 7 malam menyebabkan wanita terbabit merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
Katanya, pertengkaran itu dipercayai berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.
Harian Metro semalam melaporkan seorang eksekutif TV9 ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai di Petaling Jaya oleh suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. |
|
|
|
|
|
|
|
laki x salah...pompuan x salah...yg salah sifat pendirian tu sendiri...napsu mengatas segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat keluarga arwah...semakin menjadi-jadi kes bunuh ni...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarga menyedari rumah tangga anaknya itu bermasalah sejak mula bernikah kira-kira tiga tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rohani berkata, cucunya itu agak keletihan dan hanya sekali memanggil ibunya ketika bangun tidur, semalam
![](static/image/smiley/default/cry.gif) x dpt ku byg kan......kalo aku ada time ...konpem banjiriiii
nti lelama...mesti dia tya ibu dia... |
|
|
|
|
|
|
|
- UTUSAN -
Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza
![](http://www.utusan.com.my/pix/2012/0731/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_02.1.jpg)
Jaffar Bakri bersama isterinya, Rohani Aris dan anak bongsunya Mohamad Afiq menabur bunga di pusara Syaleza di Felda Redong, Segamat, Johor, semalam. - UTUSAN/MOHAMED SA'ARI
SEGAMAT 30 Julai - Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat.
Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas.
"Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini. |
|
|
|
|
|
|
|
- UTUSAN -
Polis tahan suami eksekutif TV9
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
[email protected]
SUSPEK
SHAH ALAM 30 Julai - Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.
Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
reporters pon smell something fishy...kalau tak...takde la derang kuar news pasal neh 3 ari str8 |
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 31-7-2012 12:12 PM ![](static/image/common/back.gif)
laki x salah...pompuan x salah...yg salah sifat pendirian tu sendiri...napsu mengatas segalanya
betul tu...
kalo dok pakat tunding jari sampai kes ni selesai tak abis tunding lagi.
itu bagi yang sape rase nak menang sangat la kan.![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
dragger posted on 31-7-2012 11:26 AM ![](static/image/common/back.gif)
teringat dulu aku sembang ramai2 dgn mmbe aku.. diskusi kitorang lbh krg camni:
Lan: kalau kita ...
hahhahaaa.. celanat punya ayat... sembahyang teleng muka laa woii....![](static/image/smiley/default/laught16.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
dh kena tahan tu....agak2 laki nya kena blasah x....![](static/image/smiley/default/funk.gif)
kalo ada....bgs sgt tu...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
- KOSMO -
Syaleza mati akibat leher dijerut
Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
[email protected]
SAAT BAHAGIA. Gambar Norazman dan Syaleza ketika berkahwin tiga tahun lalu.
SHAH ALAM – Polis semalam mengesahkan keputusan bedah siasat mendapati Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas. Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu. “Selain suaminya, kita juga telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Last edited by LDP on 31-7-2012 12:29 PM \n\n Last edited by LDP on 31-7-2012 12:31 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
LDP posted on 31-7-2012 12:17 PM ![](static/image/common/back.gif)
- UTUSAN -
Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza
![](http://www.utusan.com.my/pix/2012/0731/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_02.1.jpg)
sebak hati bila tengok gamba mak n ayah arwah...Dugaan kehilangan anak dgn cara yg kejam dlm bulan puasa..
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_wombat posted on 31-7-2012 10:18 AM ![](static/image/common/back.gif)
ong tua neh ada sakit kencing manis ka?
biasa effect kaki...die effect ka muka...
nih akibat kecik2 main mercun buatan sendiri.. baru nak bakor meriam buluh, meletup kena pipi...![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
nazadiyah posted on 30-7-2012 01:02 PM ![](static/image/common/back.gif)
alah sedihnya...kaku rasa laki dia or dia ade affair neh...tunggu je siasatan plis..segalanya bakal ...
klau sy yg jd scandal laki tuh, sure terus reject. x pasal2 kang jd mangsa ke-2.. huhu ![](static/image/smiley/onion/stone.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|