CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 13-11-2014 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyFinger12 posted on 13-11-2014 02:06 AM
2 cadangan..
1. Wujudksn cik es yg minat kat syakilla. Berebut lah nak qi.
2. Puteri Arania les ...

mentang2 saya tulis L novel/cerpen.

Kait dengan les lak?



Ok..ok je dengan cadangan tu. kihkihkih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Errrrr...cepatlah hapdet.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 01:42 AM
Sila...sila.

Kalau umur cerita ni panjang, kau akan berpeluang untuk muncul jua di Amariya. Be ...

kenapa ragu2 nak jemput Es?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 01:19 PM | Show all posts
Beriringan dengan Syakilla, Qusyairi menapak masuk ke dalam dewan itu. Para tetamu telah pun memenuhi sebahagian dari dewan itu.Yang lelaki, kesemuanya berpakaian hampir serupa dengannya. Hanya warna saja yang berlainan. Para tetamu wanita pula, sama seperti Arania dan Syakilla, yang kelihatan di mata Qusyairi, mereka mengenakan gaun labuh. Tidak pasti pula seandainya itulah pakain yang selalu dipakai oleh golongan bangsawan di Amariya ini.

Tidak terlalu ramai tetamu yang datang. Pada perkiraan Qusyairi, mungkin dalam 30 orang sahaja. Sudah pasti, seorang pun dari para tetamu itu tidak dia kenali. Qusyairi sedar, banyak mata sedang memandang ke arahnya. Apa yang dia buat hanyalah menundukkan wajah dan pura-pura tidak mengambil kisah.

Di hadapan dewan, kelihatan Arania sedang berbual-bual mesra dengan seorang lelaki dan seorang wanita. Qusyairi menarik nafas panjang. Hatinya kuat mengatakan, mereka itulah Raja Amsyar dan Ratu Malaeka.

“Ingat, sentiasa hormat dan tertib. Jangan banyak bicara jika mahu rahsiamu kekal tersimpan.” Syakilla memberi peringatan. Qusyairi mengangguk cuma.

Arania dan kedua ibu bapanya dihampiri. Tidak tahu mengapa, Qusyairi terasa berdebar-debar mahu berjumpa dengan pemerintah Amariya itu. Dia orang asing, datangnya ke tempat ini juga secara tidak sengaja. Tempat ini juga masih belum tersingkap misterinya. Sudah semestinya dia dihujani dengan pelbagai rasa.

“Ayahanda.” Syakila terlebih dulu menyapa. “Bonda. Puteri.” Dihadapan Raja Amsyar dan Ratu Malaeka, gelaran Puteri digunakan buat Arania.
Perhatian Raja Amsyar, Ratu Malaeka serta Arania teralih. Ketiga-tiganya berpaling ke hadapan. Senyuman terukir di bibir Arania dan juga Ratu Malaeka, mesra. Manakala, Raja Amsyar punyai air muka yang serius, masih belum tersenyum.

Syakilla segera membuat tunduk hormat. Qusyairi yang agak tergamam melihat pemerintah Amariya itu, segera meniru perbuatan Syakilla.

“Anakanda Syakilla.” Raja Amsyar berkata, suaranya dalam. Matanya hinggap pada Qusyairi menyebabkan dia semakin tidak tentu arah. Bukan takut, tapi gementar.

“Ayahanda, bonda. Inilah pemuda yang anakanda katakan.” Arania bersuara. “Qusyairi namanya.”

“Tu..Tuanku.” Akhirnya, Qusyairi bersuara. Ada sedikit getaran dalam suaranya. Gugup.

Pandangan Raja Amsyar masih seperti tadi. Tajam. Qusyairi terasa berdebar-debar dipandang begitu. Seolah-olah telah melakukan satu kesalahan besar. Gementar dan mula terasa menyesal pula menurut kata hati. Kan bagus kalau blah aje tadi...

“Ayahanda, ini adalah saudara jauh anakanda. Datangnya dari…” Syakilla menarik nafas seketika. “Lembah Keramat.” Syakilla menyambung kata. Segera, anak mata Raja Amsyar berubah. Dia dan Syakilla kini saling berpandangan, lama.

“Jadi, inilah pemuda dari Keramat itu? Ayahanda mahukan lebih penjelasan tentang asal-usulnya.” Suara itu hanya bergema dalam hati Raja Amsyar. Dan Syakilla, menganggukkan kepalanya beberapa kali dengan perlahan. Tautan mata mereka terputus selepas itu.

“Qusyairi.” Barulah Raja Amsyar tersenyum kali ini. “Beta berbesar hati menerima kedatanganmu sebagai tetamu ke Istana Suriyan.”

“Terima kasih, Tuanku.” Ucap Qusyairi. Lega.

“Terima kasih kerana sudi menjadi tetamu kami.” Ratu Malaeka pula berkata. Pada pendengaran Qusyairi, sangat merdu suaranya. Wajah Ratu Malaeka itu pula lembut dan penuh keibuan.

“Sama-sama…” Jawab Qusyairi dan, hanya itu saja perbualannya. Kata-kata Syakilla tersemat kukuh dalam fikiran. Lebih baik berdiam dari banyak bicara.

“Tuanku.” Hadir seorang sahaya lelaki. Dihadapan pemerintah Amariya dan seluruh keluarga di raja, dia membuat tunduk hormat.

“Iya…Adin?” Jawab Raja Amsyar.

“Bolehkah majlis dimulakan sekarang?” Adin meminta kebenaran.

“Baiklah.”

Adin mengangguk dan segera berlalu.

“Marilah.” Raja Amsyar mendepa tangan, bahu Ratu Malaeka dipaut. Matanya memandang pula pada Arania dan tersenyum. “Tiada apa yang ayahanda harapkan, selain kebahagian dan kegembiraan anakanda.”

“Terima kasih, ayahanda.”  

Mereka semua bergerak menuju ke arah meja panjang di tengah dewan.

Para tetamu majlis juga mula menumpukan perhatian. Yang duduk, bangun. Yang sedang berbicara, berdiam. Tunduk hormat diberikan buat keluarga Di Raja itu.

Qusyairi memerhatikan tetamu yang hadir satu demi satu. Secara tiba-tiba, pandangannya terkunci pada seseorang yang turut memerhatikannya dengan tajam.

Pemuda itu.

Zuhril.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 01:43 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-11-2014 10:56 AM
Seriously @Nicki_Meow ... kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan... suka sangat... kudoakan semog ...

Errr...bukan apa...

Nickname korang semua agak unik. Sesuailahkan jadi rakyat Amariya yg nama semua unik-unik pelik gitu.

Malas nak memikir nama pun iya. Letak nama susah nak sebut kang, takut berbelit lidah. Nak-nak si Mod Conan tu. Zuhril dia bantai jadi Kuzhril. Arania jadi tudung Ariani....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 01:49 PM | Show all posts
Esmiria posted on 13-11-2014 10:37 AM
So. 5 pages?

asal 10  page dlm fon saya ialah 1k?

Tak faham. Ko copy masuk dalam software? Bab mana yg 10 pages?

Macam akak bagitau tadi, akak tak ambik kisah pun jumlah perkataan. Tak penting. Yg penting jumlah mukasurat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2014 01:58 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 13-11-2014 11:30 AM
awal2 pon ku ingatkan arania ngan syakilla neh lesbo

Heh. Motippp?

Yg cuba di tekankan adalah 'sisterhood' dan nilai persahabatan. BFF bak kata org sekarang yg sanggup bersama susah dan senang.

Susah nak cari BFF skang . Hargailah cukup2 kalau ada...

Miss you Z...tetibaa....hahahahha



Last edited by Nicki_Meow on 13-11-2014 02:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 02:10 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 09:42 AM
Sila...sila.

Kalau umur cerita ni panjang, kau akan berpeluang untuk muncul jua di Amariya. Be ...

Mohtip Nayla terjebak sekali ke Amariya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 02:53 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 13-11-2014 02:10 PM
Mohtip Nayla terjebak sekali ke Amariya

ni yang tak sabor nakperang neh.. kita cari 6 org cukup jadi Enam Jahanam..
bergandingan dengan geng kampung pinang patah..
@Ipo nanti jadi kepala geng hulubalang siam


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 03:22 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 09:21 AM
Pssttt Nay...

Dah masuk bab seterusnya ni. Tak lama je lagi (kot...) masuk Bab 25....

adoii garu kepala.. nampaknya terpaksa lah menghupdate cerita yang tak seberapa best itew
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 04:06 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 01:43 PM
Errr...bukan apa...

Nickname korang semua agak unik. Sesuailahkan jadi rakyat Amariya yg nama s ...

boleh aje Nicki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 11:03 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 13-11-2014 02:10 PM
Mohtip Nayla terjebak sekali ke Amariya

Saja nak bodek, kot dapat tacang free.....







Tulus dan jelas tanpa berkias sungguh jawapan aku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 11:05 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 13-11-2014 03:22 PM
adoii garu kepala.. nampaknya terpaksa lah menghupdate cerita yang tak seberapa best itew
...

Awat Nay? Siapa cakap cerita tu tak best?

Storyline bagus. Cuma perlu penambahbaikkan....giteewww. Ai nak tau ending dia camna....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 11:09 AM | Show all posts
BAB 22

Sepanjang majlis itu, Qusyairi lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap. Pesanan Syakilla benar-benar dipatuhi. Andai tersilap kata, buruk padahnya. Pada para tetamu, dia diperkenalkan sebagai saudara jauh Syakilla dari Lembah Keramat. Dan setiap kali diperkenalkan begitu, kebanyakannya membuat riak wajah tergamam dan kemudian, terangguk-angguk.

Mengapa mereka bersikap begitu, sudah pasti Qusyairi tiada jawapan. Mungkinkah ada kena-mengena dengan Raja Zulkhan?
Dia duduk bersebelahan dengan Arania. Raja Amsyar dan Ratu Malaeka melayannya dengan baik, sekali seolah-olah dia tetamu istimewa pula. Begitu juga dengan perhatian dari Arania membuatkan Qusyairi berasa sedikit segan. Dia hanyalah orang asing yang ‘tercampak’ di sini. Tidak perlu rasanya dilayan berlebih-lebihan.

Beberapa kali, Qusyairi menjeling ke arah Syakilla yang duduk berhadapan dengannya. Gadis itu juga lebih banyak berdiam diri dari berbual. Hanya sesekali, kelihatan Syakilla melayan perbualan dengan Raja Amsyar. Sesekali, mata mereka bersatu dalam renungan. Dan Syakilla, akan terlebih dahulu melarikan anak mata.  

Senyum dalam diam. Itu yang dilakukan Qusyairi melihat tingkah Syakilla.

Dalam pada itu, Qusyairi tahu dia masih lagi diperhatikan oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Zuhril. Baru kini Qusyairi tahu, Zuhril itu adalah anak kepada Penasihat Diraja, Memanda Zaffar. Dan dia juga tidak tahu, mengapa Zuhril perlu memerhatikan dia sebegitu rupa.

Adakah kerana dia menjadi tetamu Arania pada hari ini?

Atau adakah layanan istimewa yang diberikan oleh keluarga Di Raja itu kepada dia?

Walau apapun sebabnya, tindakan Zuhril itu mendatangkan sedikit rasa kurang senang pada Qusyairi. Seboleh mungkin, dia cuba untuk tidak memperdulikan Zuhril. Adalah lebih baik orang asing sepertinya mengelakkan diri dari bermusuhan dengan sesiapa terutama, dengan anak pembesar seperti Zuhril itu. Bukan itu tujuannya hadir ke sini. Tujuannya hanyalah…

Hanyalah untuk…

Qusyairi melepaskan nafas berat. Kurang pasti, kenapa dia berada di sini atau mengapakah pautan  misteri itu membawa dia ke dunia ini.
Syakilla di renung lagi dalam diam. Tidak jemu dia memandang wajah gadis bermata bak helang itu…

Juadah yang disediakan kelihatan sangat menyelerakan. Tidak jauh bezanya dengan makanan di dunia nyata. Tapi, itu semua hanya dari pandangan sahaja. Qusyairi tidak tahu, mengapa semua makanan dan minuman yang ditelan tiada rasa. Air yang dikatakan air buah-buahan itu rasanya seperti air putih. Roti manis yang dimakan seperti mengunyah getah gelang. Payau, tawar dan hambar.  

Sebenarnya, dia sedikit cuak mahu menelan makanan itu. Kisah-kisah misteri yang pernah dibaca sebelum ini bagai mempengaruhi. Demi untuk menghormati keluarga di raja itu, Qusyairi pura-pura menikmati hidangan. Lagipun, dia mahu menjaga air mukanya di hadapan Arania. Bimbang jika Puteri itu berkecil hati dengan perbuatannya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 11:35 AM | Show all posts
Juadah yang disediakan kelihatan sangat menyelerakan. Tidak jauh bezanya dengan makanan di dunia nyata. Tapi, itu semua hanya dari pandangan sahaja. Qusyairi tidak tahu, mengapa semua makanan dan minuman yang ditelan tiada rasa. Air yang dikatakan air buah-buahan itu rasanya seperti air putih. Roti manis yang dimakan seperti mengunyah getah gelang. Payau, tawar dan hambar.  

Sebenarnya, dia sedikit cuak mahu menelan makanan itu. Kisah-kisah misteri yang pernah dibaca sebelum ini bagai mempengaruhi. Demi untuk menghormati keluarga di raja itu, Qusyairi pura-pura menikmati hidangan. Lagipun, dia mahu menjaga air mukanya di hadapan Arania. Bimbang jika Puteri itu berkecil hati dengan perbuatannya.


entah2 sedap dok minum air masak, kunyah kertas, gigit pemadam getah dlm tido
Qi baca doa banyak2 tak sebelum makan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 11:58 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2014 11:03 AM
Saja nak bodek, kot dapat tacang free.....

memang sungguh tulus dan ekhlasss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 12:19 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-11-2014 11:58 AM
memang sungguh tulus dan ekhlasss

kalo kita kata setiap hapdet dpt berpoloh2 tacang.. mesti sume gigih hapdet hari2 kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 12:55 PM | Show all posts
Raja Amsyar, Ratu Malaeka dan Arania kini sedang berbual-bual santai dengan beberapa orang pembesar. Di usia muda sebegitu, nampaknya Arania sudah mula menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin. Langsung tidak kekok memberikan pendapat dan buah fikiran walaupun yang berbual dengannya adalah para pembesar yang usianya jauh lebih tua.

Duduk bersama-sama dengan pembesar dan pemerintah ini membuatkan Qusyairi terasa agak bosan. Untuk mencelah perbualan mereka, Qusyairi tidak mampu. Yang menjadi topik perbualan adalah perihal Amariya dan segala yang berkaitan tempat ini. Celah mana dia nak menyampuk? Apa yang dia mampu buat hanyalah mengangguk dan sesekali tersenyum. Buat-buat faham walhal, tidak.

Bosan. Untuk menjamah lebih banyak makanan, tidak pula Qusyairi lalu.

Raja Amsyar dan Ratu Malaeka masih rancak berbual-bual dengan para tetamu. Begitu juga Arania. Secara senyap, Qusyairi bangun dan meninggalkan tempat itu.

Qusyairi hampir-hampir saja melangkah keluar dari dewan tatkala bahunya ditepuk kuat. Segera, Qusyairi berpaling.

Zuhril lagi. Dan jarak pemuda itu hanya dua langkah darinya.

Qusyairi menarik nafas panjang. Cuba untuk senyum tapi langsung tak terbias di bibir.

Apa yang Zuhril mahu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 04:06 PM | Show all posts
Qusyairi melewati jalan menuju ke Taman Diraja yang terletak bersebelahan dengan dewan. Terasa malas mahu kembali ke dewan. Lagipun, sedikit sebanyak dia merasakan kehariannya di situ sebenarnya tidak dialu-alukan walaupun layanan yang diterima dari Raja Amsyar dan Ratu Malaeka begitu baik sekali. Pandangan yang diberikan dari para tetamu yang hadir juga membuatkan dia merasa serba-salah.

Kata-kata Zuhril juga masih panas di telinga.

Dia tidak ke sini untuk bermusuh dengan sesiapa apatah lagi sengaja mencari pasal. Tapi pemuda bernama Zuhril itu tampak tidak senang dengan kehadirannya.

Pedulikan saja. Harap-harap, itu adalah kali terakhir dia berjumpa dengan Zuhril.         

“Tepi sikit. Tepi sikit.”

Suara halus seperti kanak-kanak lelaki itu tiba-tiba menerjah telinga. Qusyairi memandang ke bawah. Megatron berlari-lari anak bersama dengan seekor…

“Pretty. Tunggu.” Megatron bersuara lagi, seperti berlagu. Qusyairi melopong dibuatnya. Pretty juga adalah seekor kucing tapi bersaiz sekali ganda lebih besar dari Megatron dan persis kucing Parsi.

“Tron.” Walaupun terasa sewel kerana bercakap dengan kucing, Qusyairi tidak dapat menahan diri dari menegur. Megatron berhenti dari berjalan dan memandang saja muka Qusyairi, seolah-olah menantikan kata-kata seterusnya.

“Kau nak pergi mana?” Soal Qusyairi.

“Sana.”

“Sana tu mana?”

“Kenapa…sibuk?” Megatron menyoal kembali, kurang senang. Terkebil-kebil Qusyairi dibuatnya. Tanpa berkata lebih banyak, Megatron terus berlalu pergi, mengekori kucing yang dipanggil Pretty itu. Qusyairi menggeleng sendiri sambil menyoroti langkah Megatron yang mulai berlari-lari anak di samping Pretty menuju masuk ke dalam Taman Di Raja.

Sebab itu agaknya Megatron teruja bila ke Amariya.

Qusyairi meneruskan langkah, juga menuju ke Taman Diraja. Qusyairi mencongak-congak masa. Rasanya, sudah terlalu lama juga dia berada di Istana ini. Mungkin, bila-bila masa saja dia akan ‘pulang’. Dan jika itu berlaku, adalah lebih baik sekiranya dia ghaib di tempat yang tiada orang. Ghaib dihadapan orang, takut timbul pula kontroversi.

“Eh…”

Pandangan Qusyairi tertancap pada seseorang.

Gadis itu hanya duduk sendirian di hadapan sebuah kolam kecil. Termenung.

Sejak bila pula dia ada kat situ?

Perlahan-lahan, Qusyairi menghampiri gadis itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 04:07 PM | Show all posts
Post tah hapa-hapa.

Entah hapa yang aku merepek pun, aku tak tau....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.388061 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list