|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 19
[Copy link]
|
|
keypochino replied at 14-10-2020 08:16 AM
Alhamdulillah gaji sy masih full.. tp adik sy kesian. Dept dia kena tutup.. so dia kena retrenched ...
aduhhh.. siannya... tu la i ferl very grateful. And i pikir adalah bagus kita beli kat makcik makcik jual tepi jalan... xbanyak sikit kita tlg. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 14-10-2020 09:34 AM
kita suka.. @Kak-Leen citerrr
Kannn.. dulu masa school aku ni ramai peminat.. naik u takde sape minst sbb muke penuh jerawat batu... sedihhh.. dulu murung tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pe cite ni?
Bod sinun-
SEAWAL jam 7 pagi semalam, ratusan pengamal media dari dalam dan luar negara mula mengerumuni pekarangan pintu Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menantikan kemungkinan terjadinya peristiwa yang didakwa bakal mengubah landskap politik Malaysia.
Peristiwa besar penubuhan kerajaan baharu pimpinan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah dicanang-canang sejak 23 September lalu.
Di sebalik perasaan skeptikal rakyat negara ini, ditambah Anwar pernah mengemukakan dakwaan sama bagi membentuk kerajaan baharu sebelum ini, tanpa sedar rakyat masih tertarik mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan Anwar itu.
Susulan itu, berbondong-bondong analisis dikemukakan banyak pihak bagi menjangkakan kemungkinan daripada mana sokongan ahli Parlimen bakal diperoleh Anwar selain 91 kerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah dimilikinya.
Ini termasuklah dakwaan lebih 20 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bersetuju menyokong beliau untuk membentuk kerajaan ‘bumiputera Islam’.
Polemik penentuan sokongan kepada Anwar semakin mendebarkan apabila Ahmad Zahid mengakui tidak dapat menghalang mana-mana ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Ketua Pembangkang itu, walaupun kemudiannya dinafikan hampir keseluruhan 39 ahli Parlimen parti itu.
Setelah hasrat menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 23 September lalu tertangguh susulan baginda gering, akhirnya Seri Paduka Baginda memperkenankan permohonan Anwar itu semalam.
Namun bagi Anwar, kemaraan beliau mencapai puncak kuasa dan kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya boleh diibaratkan ‘panas tidak sampai ke petang, hujan turun di tengah hari’.
Kejutan bermula apabila Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO dikhabarkan turut dipanggil menghadap Seri Paduka Baginda sejurus selepas pertemuan Al-Sultan Abdullah dengan Anwar.
Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh
Verifikasi
Rakyat kemudiannya menjadi keliru apabila kenyataan sidang media Anwar pada jam 2 petang semalam dilihat sangat bercanggah dengan kenyataan susulan yang dikeluarkan Istana Negara selepas pertemuan itu.
Secara ringkas, Anwar dalam sidang medianya memperjelaskan sudah memiliki bukti sokongan lebih 120 ahli Parlimen dengan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong bagi membuat verifikasi kebenaran sokongan kepadanya.
Bagaimanapun, Istana Negara dalam satu kenyataan menegaskan Anwar hanya mengemukakan senarai angka sokongan ahli Parlimen kepadanya tanpa memperjelaskan nama individu-individu terlibat.
“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan.
Rentetan plot drama politik terkini Anwar itu, ia mengundang persoalan utama adakah Anwar mengulangi skrip lama politik yang dilakukannya pada September 2008 atau benar-benar memiliki sokongan mencukupi kali ini?
Berdasarkan pentafsiran kenyataan Istana Negara semalam, boleh disimpulkan Agong secara tersirat cuba menasihati Anwar untuk membentangkan usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Muhyiddin dalam sidang Parlimen pada 2 November depan.
Ini kerana Istana Negara menjelaskan keadaan yang memperlihatkan Anwar membentangkan bukti sokongan majoriti ahli Parlimen kepada beliau tanpa satu pengesahan konkrit.
“Sekiranya ada bukti surat akuan bersumpah (SD) sekalipun, Seri Paduka Baginda tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan Perdana Menteri sedia ada hilang sokongan ahli Parlimen, sebaliknya kaedah verifikasi sokongan perlu dibuat.
“Paling penting, Yang di-Pertuan Agong terbukti mengambil pendekatan bijaksana apabila memanggil Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan ketua-ketua setiap parti bagi memastikan proses pengesahan bukti sokongan majoriti sedang berjalan,” kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood kepada Sinar Harian.
Namun, bagi Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pula, tindakan Anwar tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong mungkin strategi politik tertentu.
Mengambil iktibar kegagalan ‘Langkah 16 September 2008’, Anwar mungkin merasakan sesuatu ‘luar biasa’ mungkin akan terjadi, termasuk peralihan mengejut sokongan ahli Parlimen daripadanya sekiranya senarai nama itu didedahkan.
“Itu bukan bermakna Anwar mencurigai Seri Paduka Baginda, tetapi beliau mahu memastikan langkah kali ini benar-benar menjadi dengan Agong sendiri akan meminta ketua-ketua parti untuk memberikan pengesahan sokongan mereka kepada siapa dalam sesi wawancara nanti,” katanya.
Selain isu kenyataan Anwar dan Istana Negara bercanggah, peranan sebenar Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li dalam polemik politik membabitkan Istana Negara turut menjadi tumpuan utama seluruh negara.
Mungkin ada kejutan lain
Dari satu sudut, keputusan Agong memanggil Ku Li untuk datang menghadap Seri Paduka mungkin sebahagian daripada usaha Seri Paduka mencapai keputusan bijaksana lantaran bekas Menteri Kewangan itu merupakan ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat.
Bagaimanapun, satu lagi teori politik menarik dikemukakan penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.
Menurutnya, terdapat kemungkinan besar Seri Paduka Baginda bersiap-sedia melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri interim bagi mengendurkan ketidaktentuan politik disebabkan kerajaan sedia ada tidak memiliki jumlah majoriti meyakinkan.
“Apabila Anwar mendakwa cukup numbers, dari segi abstrak senario itu menunjukkan seolah-olah Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen meskipun tiada bukti sahih dikemukakan setakat ini.
“Agong mungkin merasakan langkah penyelesaian alternatif itu perlu disediakan dengan Ku Li dilihat sebagai pilihan terbaik bagi dilantik sebagai Perdana Menteri interim untuk meneruskan pentadbiran negara sehingga pilihan raya umum (PRU) seterusnya diadakan,” katanya.
Ahmad Atory berkata, pelantikan Perdana Menteri interim boleh dilakukan Yang di-Pertuan Agong selepas pembubaran Parlimen dibuat kerana ia di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda.
“Justeru, langkah pelantikan Perdana Menteri interim selepas Parlimen dibubarkan dilihat bertepatan kerana tempoh perkhidmatan Perdana Menteri interim tiada had tertentu.
“Individu dilantik Perdana Menteri pula boleh memastikan sistem pentadbiran negara berjalan dengan baik sehingga satu tarikh pelaksanaan PRU baharu dimuktamadkan, berkemungkinan besar selepas ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) reda.
“Dengan pemilihan Ku Li yang dikenali sebagai pemimpin berkaliber, bersih, paling berpengalaman sebagai Perdana Menteri interim kelak, secara tidak langsung keputusan Agong itu dapat memuaskan hati semua,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 14-10-2020 08:40 AM
Ni yg katanya dah bercerai tu ke? Yg ank kecik2 tu?
Tak.. ade yg lain lagii.. nasib baiklaa Allah tak uji aku ujian mcm.ni.. mau aku meraung.. |
|
|
|
|
|
|
|
@johan-adx
GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Ucapan Bajet 2021 Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Menurutnya, pemberian itu melibatkan 4,009 penjawat awam dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM5.5 juta.
"Pemberian itu bagi menghargai penjawat awam bagi tahun 2020 yang banyak berjasa dengan kerajaan negeri.
"Pembayaran bonus tersebut akan dibuat pada Disember ini. Komitmen jitu yang diberikan oleh penjawat awam telah membantu Pulau Pinang dalam mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam semua bidang.
"Mengambil kira sumbangan penjawat awam yang tidak terhingga dan bagi melonjakkan semangat mereka, saya meluluskan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) akhir tahun iaitu setengah bulan gaji atau minimum RM1,000," katanya di sini hari ini.
Jelas Ketua Menteri itu, pencapaian gemilang yang dikecapi kerajaan negeri pada tahun ini tidak akan dapat dicapai tanpa komitmen dan sokongan jitu daripada penjawat awam.
Kon Yeow berkata, selain penjawat awam, seramai 1,587 penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) turut mendapat imbuhan sebanyak RM300.
"Selain guru Kafa, seramai 343 guru sekolah rendah agama rakyat, 263 guru sekolah menengah agama rakyat serta 590 guru dan staf sekolah persendirian Cina akan menerima RM300.
"Sementara itu, sejumlah 320 guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam (Tadis) Pulau Pinang akan menerima RM200 iaitu melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM898,900. Mereka juga akan menerima pembayaran itu pada Disember depan," katanya.
Kon Yeow berkata lagi, dalam merealisasikan Visi Penang2030, kerajaan negeri menggariskan empat strategi bagi memperkasakan pemulihan ekonomi Pulau Pinang.
"Empat strategi merangkumi menggalakkan pelaburan dan meningkatkan produktiviti pemacu pertumbuhan ekonomi, membangunkan infrastruktur dan komuniti digital ke arah ketahanan mampan, memperkukuh dan mensejahtera kualiti hidup rakyat dan memperkasa peranan dan bakat modal insan.
"Bagi menangani kemelesetan dan menjana semula ekonomi, kerajaan negeri telah meluluskan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang (Penang Lawan Covid-19) menerusi tiga fasa iaitu Fasa 1 dengan peruntukan RM75 juta bermula seminggu selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Menurutnya, bagi Fasa ke-2, ia telah dimulakan sejak Mei lalu dengan peruntukan RM76 juta.
"Prihatin dengan rintihan rakyat, Fasa 2.1 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM4.5 juta diluluskan pada Ogos, menjadikan peruntukan keseluruhan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang (Penang Lawan Covid-19) mencecah RM155.5 juta.
"Kajian menganggarkan bahawa kadar pengangguran meningkat melebihi tiga peratus di Pulau Pinang pada tahun ini berbanding dua peratus pada tahun lalu dan 2.2 peratus pada tahun 2018.
"Trend pemberhentian pekerja susulan penularan Covid-19 terutama dalam sektor perkhidmatan meliputi perkhidmatan hospitaliti, perdagangan borong, penjualan runcit, pelancongan dan harta tanah banyak menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran ini," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 14-10-2020 08:48 AM
hehehe.. yup ikut reaksi badan individu tu. Yg pasti kesan akan ada. Few our circles dah kena covi ...
Aku duk dlm gua jee.. keluar utk beli barang.. pas tuu masuk gua balik |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 14-10-2020 09:00 AM
Pagi ni bekpes, kolig nak bayarkan...mujur dah bayar siap2 sebab ada tapau peria katak dan ayam go ...
I is jeles.. i mkn kat umah jee |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 14-10-2020 09:19 AM
Jgn lupa bekpes plak...nak JJCari Forum jap...
Jap lagi.. Baru siap kemas baju. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 14-10-2020 08:53 AM
Ang rasa mana lagi penting antara rasa bosan dgn kekayaan dan sanjungan dunia?
Alaaa.. nuar ni dah kaye laaa.. aku kalo dah mcm dia ni aku duk diam diam jahhh.. ngumpat pun tak mo.. sbb rasa perfect sgt dah Allah bagi kat aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
I is jeles...nak dok rumah gak 
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 14-10-2020 09:45 AM
Alaaa.. nuar ni dah kaye laaa.. aku kalo dah mcm dia ni aku duk diam diam jahhh.. ngumpat pun tak ...
Apa yg dia ada tak cukup bagi dia skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 14-10-2020 09:41 AM
Aku duk dlm gua jee.. keluar utk beli barang.. pas tuu masuk gua balik
gua apa? hehehehe... ishhh kakak ni |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 14-10-2020 09:46 AM
I is jeles...nak dok rumah gak
Dok rumah tadak duittt |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 14-10-2020 09:36 AM
Kannn.. dulu masa school aku ni ramai peminat.. naik u takde sape minst sbb muke penuh jerawat bat ...
xpe doh... skrg flawless dahhh.. putih gebu |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 14-10-2020 09:46 AM
Apa yg dia ada tak cukup bagi dia skrg..
Tu laaa.. nmpk tamakkk sungguh dr wajah dis.. nak nak nak.. sama jah nuar dgn atuk tuu.. dua dua gila |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 14-10-2020 09:50 AM
xpe doh... skrg flawless dahhh.. putih gebu
Lps kawin baru elok mukaaa.. nasib baik la laki aku nakk.. tak byk pilihan utk mengorat sbb asyik kena reject |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Seorang kakitangan Public Bank di Menara Public Bank di sini telah disahkan positif COVID-19 semalam.
Menurut Public Bank, pekerja itu tidak datang bertugas di ibu pejabatnya di sini sejak 10 Okt lepas.
”Aktiviti pembersihan dan sanitasi menyeluruh telah dijalankan di setiap tingkat bangunan yang terjejas selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan.
”Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, bank juga telah membersihkan dan menyanitasi semua kawasan umum. Pembasmian kuman juga akan dijalankan di seluruh bangunan,” katanya dalam satu kenyataan.
Semua kakitangan yang telah berhubung dengan kakitangan terbabit telah dikuarantin di rumah dan diuji untuk COVID-19 di hospital swasta yang dilantik oleh bank itu.
Di samping itu, pengurusan Public Bank sentiasa mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan kakitangan untuk menangani sebarang potensi risiko.
”Semua kakitangan bank telah dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, serta akur sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” kata kenyataan berkenaan.
Public Bank berkata ia telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelanggannya di premis bank itu.
Sumber: BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 14-10-2020 09:50 AM
Tu laaa.. nmpk tamakkk sungguh dr wajah dis.. nak nak nak.. sama jah nuar dgn atuk tuu.. dua dua g ...
Dia tu rasa jawatan tu hak dia.. Tu dia meroyan sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 14-10-2020 09:49 AM
gua apa? hehehehe... ishhh kakak ni
Bagi aku duk rumah tu kira gua las.. ye la dah ade pintu jah.. tingkap pun ade secoet.. bhgn sisi takde sbb kongsi dgn jiran sebelah..
Kawan lagi setan. Dia ckp rumah teres ni rumah kongsi hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Bekpes bekpes ni krup krap peria katak goreng...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|