CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puterikhaleeda

Bunyi Guli dan Kaitannya Dengan Supernatural

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:11 PM | Show all posts
aku duduk apartment mmg selalu bunyi guli time mlm2 especially.
tapi tak pernah fikir pasal hantu ...
ashna Post at 28-6-2006 23:04



    takde lah. Kt malaysia takde engnerring macam tu lagi Kecuali untuk KLCC sahaja, di ulangii, cuma KLCC saja ada ball bearing. So kalau gempa, malaysia banyak bangunan akan runtuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 01:20 AM | Show all posts
terjumpa kat satu blog ayat ruqyah. katanya bunyi guli tu salah satu gangguan jin
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:45 PM | Show all posts
setahun lepas masa duduk kat rawang, umah town house selalu dengar bunyi guli tengah2 malam. bunyi tu mcm dari umah sebelah tapi tak pernah lak terpikir aper2. kekadang rasa pelik jugak sebab umah sebelah tu kosong takder org duduk..lepas baca thread ni baru tau maksud bunyi guli tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:54 PM | Show all posts
ada beberapa kejadian jugak masa duduk umah tu.
Yang Pertama:
Masa tu dalam jam 12 ke 1 pagi, hubby takder kat umah, tinggal dengan anak2, tengah bersantai depan tv, anak yang sulung (dalam 4 tahun masa tu) bangun dan terus duduk mengadap dapur (umah ni dapur dia jenis yg open kitchen, dari ruang tamu terus bole nampak ke arah dapur), anak terus cakap sambil tangan tunjuk ke arah dapur 'mama aper tu', saya pun cakap ler tong sampah la tu (sbb kat pintu dapur tu ada letak tong sampah), anak cakap 'bukan'. pastu terus suruh anak tido.

Yang Kedua
Anak sulung jugak, tengah lepak depan tv, masa tu pun hubby takder gak, dalam jam 12 ke 1 pagi jugak, anak terbangun dan nak pegi kencing, saya pun suh dia pegi kencing bilik air kat dalam master bedroom, dia keluar dari bilik tu terus bagi tau 'mama tadi ada orang kat atas katil mama'. Saya pun terus suh dia tido.

Yang Ketiga
Tengahari. hubby takder kat umah jugak. anak sulung tengah main dgn adik dia (umur dalam 3 tahun masa tu) kat bilik tengah (umah ni ada 3 bilik), pastu tetiba dua2 lari keluar dan bagitau saya 'mama ada hantu la'.

Yang peliknya masa ketiga2 kejadian berlaku takder plak meremang bulu roma
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 612# nuox84

anak jin kot yg ko nmpk tuh.....hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 02:49 PM | Show all posts
Reply 624# no_air7

aku pon nk share jugak kejadian anak2 nmpk menda2 cam tuh.....tiba2 dlm 2, 3 ari dia jadi penakut. tak nak masuk bilik sorang2 if waktu malam atau takkan keluar ke hall bila lampu kt hall dah padam. bila tanya cakp takut....aku tanya lagi takut apa, takut momok. aku tanya momok tu kt mana, dia jawab kt belakang aku. meremang siot, aku tanya lagi momok buat apa. momok tu tgh bogel, hilang takut aku, nak gelak lagi ada...tapi seram gak arr, sbb hubby takde kt umah masa tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2011 04:38 PM | Show all posts
Reply 625# chintalara


    xtau lah anak jin ke apa...nuox slalu gak p lepak kt situ pas kawen tp xpnah lar kna kacau...kdg2 jek lar kakak kna tindih tp dorang xlayan semua tu..buat dek jek lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 05:51 PM | Show all posts
kes main guli nih pun penah jadik kat umah sewa aku 2 thn lepas...
tapi bukan kat tingkat atas yer, kat seblah umah...
dedulu masa baru2 kawen set bilik tido lom beli lagi...
jadik bentang jek la tilam kat ruang tamu...

sblom tido tu tgk tv la kan, dgr bunyik mcm ball bearing, nak kata guli bunyik dia lagi padu & mcm objek lagik kecik...
kalo guli dia nyaring, tapi yg nih mmg clear la bunyik dia, mcm ball bearing jatuh ke lantai & bergolek...
umah jiran tu india + cina, kawasan yg kitorang dgr bunyik ball bearing tu ruang tamu dia la kan...

tapi kitorang pelik la sbb jiran tu cuma dok umah tu masa wiken & cuti sekolah, saper la pulak yg main2 ball bearing tu?..

tingat la citer ila yg umah agama bakar2 colok neh byk jin jenis pendek2 mcm budak2...
mebi bende alah tu la yg memain...
tapi takde la seram sgt psl bunyik kat umah seblah kan...

pastu aku pindah kuarters lak...
masa tu byk umah dah penuh, ada la bbrp yg kosong lagi...
umah atas aku tu ada bunyik perabot diseret2, tapi seret tu pendek2 jek la...
mcm org nak duduk kan, tarik kerusi sket jek camtu...

pastu pagi2 hari wiken lak, menumbuk dgn batu lesung tak pakai alas...
punya la tensen pagi2 cuti keje tu dengar bunyik org menumbuk...
yg pelik, apsal bunyik batu lesung berlaga tu kemain kuat kat area bilik tido lak?..
dapur tu agak jauh la, kalo berbunyik pun leh dgr kejauhannya...

bbrp bulan lepas tu siling dapur kitorang menitik air, bocor dr tkt atas...
pomen gi tgk, dia kata flood kat tkt atas sbb budak main paip utama...
kisahnya umah atas kitorang takde penghuni, alamak sudah...
so dia amik masa gak la nak amik kunci utk bukak pintu umah atas & tampal paip2 yg bocor tu...

tp thn lepas dah ada penghuni, sbb pasan dorang paang aircond & astro...
bunyik cma biasa la, ada perabot kene seret, org bercakap, org berjalan, berlari...
tapi bunyik lesung dah takde, hatta yg selo pun tak dgr dr tkt atas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 03:32 PM | Show all posts
malam tadi aku sakit pewot dalam pukul 4 pagi.. {:3_84:}

dah siap tgh nak cuci kaki sblm keluar tandas tetiba terdengar (dengan jelasnya) macam sebiji guli dilepaskan dan bergolek sebelum suasana kembali senyap dan sunyi..

bunyi itu sungguh jelas sbb kami duduk umah kampung beratap kan zink.. aku sungguh cuak dan panggil hubby. dia terus tutupkan pintu dan padamkan lampu..

aku tak boleh lelapkan mata, kemudian beberapa minit slps itu aku dan hubby terdengar anjing kat luar melalak dan mengongoi panjang..

apakah????  {:3_83:}{:3_83:}
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:47 AM | Show all posts
Pengalaman ni jadik dalam minggu lepas, saya pegi satu hotel ni (di luar KL) atas urusan kerja. Malam pertama tu takder apa2, masuk bilik hotel terus dapat tido mungkin sebab badan letih. Malam kedua (malam last sebab esok nak balik dah), saya tak dapat tido start masuk bilik hotel tu dalam jam 11 malam sampai la dalam lebih kurang 2 pagi, dengar bunyi orang bejalan, tutup buka pintu almari, ketuk2 (macam nak tampal gambar kat dinding). Bunyi tu cam datang dari atas bilik saya ataupun bilik sebelah bilik saya (Bilik saya ni tepi sekali dekat dengan lift). Tapi kalau bunyi tu datang dari bilik sebelah bilik saya memang tak logik sebab orang sebelah bilik tu dah check out tengahari tadi. Sebelum ni sebelah bilik tu penyewa dia famili ada 3 anak malam sebelum tu mmg bising sikit sbb dgn suara anak2 dia tapi still dapat tido la. Lepas baca ayat kursi minta dengan Allah biarlah dapat tido sbb besok nak pegi airport awal pagi, barulah lena.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 06:41 PM | Show all posts
... bunyi guli jatuh dan bergolek di lantai, dan bunyi kerusi di sorong-tarik jg berlaku kat rumah teres saya. bila baca thread ni, baru tau....ramai jg yg mengalami situasi yg sama.

selama ini saya ingatkan anak jiran sebelah yg bermain guli dan tolak-tarik kerusi kat rumah derang. sbb bunyi nya seakan-akan dari sebelah, bukan dari tkt atas rumah saya..mmg sgt jelas bunyi nya. kdg2 berlaku di awal mlm (around 8-9pm), kdg2 lewat malam. sampai satu ketika saya pernah terfikir, kenapa lah jiran saya bagi anak dia yg berusia 1 tahun lebih tu bermain guli, tak risau budak tu tercekik guli ke?

penah jg sesekali saya terdengar bunyi semacam suis lampu yg dipetik berulang-ulang kali. mcm tgh bermain dengan suis tu tik, tak, tik, tak..... tapi yg ini kebiasaannya saya akan dengar time lewat malam, atau pun bila saya terjaga dari tido. so, anggapan saya selama ini, maybe anak jiran terjaga dari tido dan bermain di tgh malam, bermain dengan suis lampu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 01:06 PM | Show all posts
baru pagi tadi aku dengar bunyi guli...
masa tengah iron baju..
cuak lar jugak..
tapi boleh dikatakan kerap lar jugak bunyi guli nih..
aku tinggal apartment tingkat 13..
ikut hati nih nak jer pegi tanya org atas apasal suka main guli tetengah malam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 12:56 PM | Show all posts
wow banyak sungguh komen pasal gangguan bunyi-bunyian diwaktu malam ni. Apakah makna disebalik bunyi seperti guli, kerusi ditarik dan lain2 bunyi yg tak masuk akal berbunyi pada waktu malam ni. Adakah bermakna ada gangguan jin dirumah yg kita tinggal itu?
ada cara tak utk mengatasinya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 03:11 PM | Show all posts
OUH...
Baru tau bunyi guli ada kaitannya dengan paranormal.

I pernah duduk rumah sewa area Muar, Johor.
Pernah satu malam tu, semua housemates keluar pegi wayang, jalan-jalan pekena McD segala.
I malas nak follow, atas sebab kekangan ekonomi.
So bila dok lepak sensorang kat rumah, kerap jugak lah bunyi guli tuh.
(OK rumah sewa I single storey jer)
Malas nak lepak kat hall, I stay jela dalam bilik, sambil layan movie.
Bunyi guli tue, bunyi dia sebijik-sebijik, dari atas siling.
I mean, bukan bunyi guli banyak2 berterabur, just bunyi sebijik guli.
Bunyi seolah-olah guli yang dijatuhkan ke atas lantai mozek gitu.

Maka, waktu tu I tak pernah tau pun bunyi guli ada kaitannya dengan aktiviti paranormal.
Jadi, buat tak tau jela.
Dalam 5 minit camtu, bunyi pun hilang.

Tapi, lepas tu, memang kerap jugak la bunyi tu datang.
Even so, dah benda kita tak sedar pun, buat macam takde pape berlaku, dan takde rasa takut pun.
Yela ingatkan bunyi tikus ke apa ke dok joging-joging atas siling.

And now, rumah tu pun dengar ceritanya dah roboh.
Sebab apa, I sendiri tak tau.

Tu jela sharing nye.
(Sorry kalau tak berapa seremm hohoho)
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 03:59 PM | Show all posts
Bulan lepas ( tarikh aku tak ingat ), jam 3 pagi sedang aku layari thread dalam forum ni, aku ada dengar gak bunyi guli jatuh atas mozek.
Bila dah kerap , aku berhenti kejap patu dengar lagi.
Pastu aku fikir pulak, macam mana detingan guli tu atas mozek sedangkan tangga yang ada dari kayu?
Masa dia berbunyi tu dengan perlahan aku bangun dan pergi kat tangga.
Dia bunyi lagi, semacam dalam dinding. Aku dekapkan telinga pada dinding.
Senyap pulak dia. Lama gak aku berdiri , tahan nafas kemudian perlahankan nafas.
Langsung dia tak bunyi lagi.

Kemudian aku teruskan duduk mengadap komputer. Dia bunyi pulak balik.
Aku terus bangun, tepuk tepuk dinding tu....
Terus senyap sampai lah aku tidur selepas solat subuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 11:47 PM | Show all posts
a'a ek..ingat2 balik masa duk rumah teres 2 tingkat kat KL dulu bunyi tu macam dalam dinding. macam jiran sebelah yang main guli. bunyi sorong tarik kerusi pun selalu gak dengar. peliknya mesti area tengah malam. tapi masa duk kat kampung ni dengar bunyi tu kat atas siling, rumah sebijik je. yang peliknya siling ni bukannya simen atau plaster, macam tak logik lak bunyi guli melantun tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 01:48 PM | Show all posts
kt umh sy skng (apartment kuarters gomen) tiap2 mlm akn dgr bunyi2 mcm ni :
1. Guli melantun
2. Perabot yg ditolak-tarik
3. Bunyi tapak kaki budak berlari hentak2 kaki tu.

padahal dh tgh2 mlm tu..tp kdg2 siang pn dgr jgk..
hmmm tp sbb dh biasa biar je la kt deme..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:49 PM | Show all posts
rumah saya sekarang pun kadang2 ada dengar jugak bunyi guli ni.. yup sama macam description korang, bunyi guli, sebijik je, melantun2, macam bunyi bola bearing pun ada.. rumah saya ni rumah teres dua tingkat.. bunyi guli mcm datang dari rumah yg sebelah kiri, area ruang tamu..

dari rumah sebelah kanan plak selalu dengar bunyi orang tarik2 perabot, dan kadang2 tukul2 dinding.. bunyi ni selalu dengar kat master bedroom..

apa maksudnya? ada jin dok kat rumah saya or jin dok kat rumah sebelah? tak larat nak khatam benang ni page by page..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 08:20 PM | Show all posts
dalam 100 org, ada sorang yg selalu buat kecoh or kacau,
dalam 100 org, ada sorang yg tak bleh tido,
aku la antara sorang tu dan selalu main ball bearing memalam..sb x leh tido..
kekdg saja alih meja atau kerusi..sorry on behalf of the pricks yg buat kacau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 03:16 AM | Show all posts
jadi,bunyi guli ialah jin ke apa?

yup,pernah dan masih mengalaminya hingga sekarang.
kitorang satu family tinggal kat apartment kat wangsamaju.
kat umah atas ni orang tu dah pindah.
tapi kan,setiap malam mesti dengar ada bunyi cam guli yang hentak lantai.

kirenye bukan guli la,tapi cam bola solid dari besi yang besar dari guli dijatuhkan kat lantai.
dia biasanya jadi time malam2 pas 11 camtu.kadang2 kalo dia rajin,awal la dia main
dah selalu dengar,sampai dah biasa.
Alhamdulillah takde perasaan takut,sebab dah lumrah harian.
lagipun kadang2 mak solat sunat kat bilik malam2 + saya selalu outstation
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.077614 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list