|
'Skuad Oren' belasah Ghana 4-1
2010/06/02
ROTTERDAM: Aksi cemerlang pada lewat permainan menyaksikan 'Skuad Oren' - Belanda membelasah Ghana 4-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menjelang Piala Dunia, di sini, awal pagi tadi.
Belanda yang dalam Kumpulan E Piala Dunia selain Denmark, Jepan dan Cameroon, memperoleh gol pembukaan menerusi penyerang Liverpool, Dirk Kuyt selepas sejam permainan. Meskipun tanpa kelibat penyerang Bayern Munich, Arjen Robben, Belanda terus beraksi hebat untuk mendapatkan tiga lagi gol dalam masa 20 minit terakhir permainan. Gol sumbangan pemain tengah Real Madrid, Rafael van der Vaart pada minit ke-72 disusuli gol tunggal menerusi Asamoah Gyan, penyerang Kelab Rennes di Perancis, pada minit ke-78.
Pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder pula menyumbang gol ketiga Belanda pada minit ke-80 manakala penyerang Arsenal, Robin van Persie mengikat kedudukan 4-1 menerusi sepakan penalti ketika perlawanan berbaki tiga minit. - AFP
Belanda yang kini dibimbing jurulatih Bert van Marwijk, meneruskan rekod tanpa kalah 18 perlawanan berturut-turut setakat ini. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
PENJAGA gol Ghana (tengah) melompat di atas Robin van Persie (kiri) dari Belanda dalam perlawanan bola sepak persahabatan Piala Dunia di Rotterdam, awal pagi tadi. Belanda menang ke atas Ghana 4-1. - Foto Reuters
Jun 2, 2010 9:14 am
CRISTIANO Ronaldo, dari Portugal (kiri), cuba merembat ke arah gol sambil dihalang pemain Cameroon, Stephane Mbia, dalam perlawanan bola sepak persahabatan, di Covilha, Portugal, awal pagi tadi. Keputusan Portugal menang 3-1. - Foto AP
Jun 2, 2010 10:14 am |
|
|
|
|
|
|
|
rio injured...abe G bakal capt england..hmm...petanda baik aku bakal kene banhammer sbb age G bakal menjulang wcup |
|
|
|
|
|
|
|
rio injured...abe G bakal capt england..hmm...petanda baik aku bakal kene banhammer sbb age G bakal ...
ryosakazaki Post at 5-6-2010 05:19
carra ganti rio main CB |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak kena banhammer kalau england layak ke Semi |
|
|
|
|
|
|
|
pirlo injured!!! siot jahanam trus italia... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak kena banhammer kalau england layak ke Semi
rapa_jendul Post at 5-6-2010 05:34 hahaha..good..sama cam aku..
england msk semi aku request banhammer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ferdinand terlepas aksi Piala Dunia
2010/06/05
LONDON: Kapten England, Rio Ferdinand terlepas daripada beraksi di Piala Dunia di Afrika Selatan selepas kecederaan lulut menimpanya ketika mengikuti sesi latihan, semalam.
Ferdinand mendapat kecederaan pada lutut kiri itu ketika menyertai latihan terakhir skuad England sebaik tiba di Pusat Sukan Bafokeng, Rustenburg. Imbasan di sebuah hospital tempatan menunjukkan pemain pertahanan Manchester United itu perlu berehat antara empat atau enam minggu. Dengan itu, pemain pertahanan tengah Tottenham, Michael Dawson akan dibawa ke Afrika Selatan untuk menggantikannya.
Steven Gerrard pula akan mengambil tugas Ferdinand sebagai kapten England sepanjang Piala Dunia nanti.
Pengurus England, abio Capello berkata: “Ia berita yang amat malang dan setiap pemain dalam skuad kecewa dan sedih tanpa Rio.
“Kecederaan ini menimpanya ketika berlatih dan tiada kena mengena dengan keadaan padang," katanya. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Skuad Itali tanpa jersi ‘nombor 10’
2010/06/05
Tiada penyerang layak sarung
ROME: Skuad Itali melangkah ke Afrika Selatan dengan misi mempertahankan kejuaraan yang dimiliki empat tahun lalu, namun laluan mereka tambah berliku dengan satu kekurangan - mereka tiada jersi keramat ‘nombor 10’.
Situasi ini tidak bermaksud skuad Azzurri akan beraksi dengan jumlah pemain yang kurang dalam Piala Dunia namun mempunyai makna betapa mereka ketika ini tidak memiliki pemain yang benar-benar mampu bertindak sebagai penyerang berkualiti dan menjadikan corak permainan mereka lebih mudah diramal dengan unit yang kurang efektif. Jurulatih, Marcello Lippi mengakui kelemahan itu dan menekankan barisan pemainnya bahawa pasukan mereka dibina daripada asas corak bertahan yang kukuh dan memberitahu media bahawa corak taktikal yang akan digunakan adalah dengan meletakkan seorang penyerang di depan. Dan perkara ini adalah kebimbangan utama buat penyandang juara itu yang hadir ke kejohanan ini tanpa kelibat pembolos gawang berkualiti seperti sebelum ini - Gianluca Vialli, Roberto Mancini, Roberto Baggio, Francesco Totti dan Alessandro Del Piero yang mengetuai barisan depan.
Dengan jentera serangan dimiliki ketika ini dilihat lemah berbanding masa lalu, tiada sesiapa yang dilihat layak di antara senarai penyerang yang disenarai seperti Alberto Gilardino, Antonio Di Natale, Vincenzo Iaquinta, Giampaolo Pazzini dan Fabio Quagliarella yang mampu menggantikan kedudukan itu.
Gilardino dikatakan pilihan ramai yang bakal mengetuai serangan di barisan depan di Afrika Selatan namun tugas itu juga diserahkan kepadanya empat tahun lalu di Jerman sebelum kehilangan tugas itu di saat-saat akhir selain turut gagal di AC Milan sebelum berhijrah ke Fiorentina, dua tahun lalu.
Di Natale pula baru menamatkan musim cemerlang bersama Udinese dengan meledak 29 gol dalam 35 penampilan Serie A yang juga pemegang kasut emas namun sepanjang masa dia bertarung bagi mengelakkan pasukannya daripada tersingkir selain usianya yang menjangkau 32 tahun serta mudah dibaca pertahanan bertaraf dunia. Selain itu, Iaquinta, Pazzini dan Quagliarella mungkin boleh dijadikan pilihan namun kesemua mereka mempunyai masalah masing-masing. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
PENYERANG Perancis, Nicolas Anelka (tengah) dicabar dua pemain China, Wang Qiang (kiri) dan Du Wei pada perlawanan persahabatan Piala Dunia di Stadium Michel Volnay, Saint-Pierre, awal pagi tadi. China menang 1-0. - Foto AFP
Jun 5, 2010 9:20 am
* asal lah semua pasukan yg hebat2 ni kalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 629# along3746
dah sah2 la gilardino xlayak...die tu no11...pazzini pun no11...yg boleh no 10 cassano n miccoli tapi lippi dengki...marah sungguh rasanya! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 631# Luca_Pitok
itali bukan saja da ketandusan defender... tapi ketandusan trequartista...
inter, milan semua foreign trequartista.. totti.. dpiero.. da kertu..
micoli injured.. kalo fit pon takde nya lippi nak call-up... sama kes cassano...
dlm skuad 23 org ni paling sesuai pon pazzini tapi tak cukup hebat aa mamat nih...
susah2 sgt letak pirlo je kat atas tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by crankshaft at 6-6-2010 02:06
Arjen Robben Injured..........
Likely to miss the finals...... |
|
|
|
|
|
|
|
England dah tarak Ferdinand. Gantinya si Dawson. Memang habis la dah...
Ledley King plak tak boleh main lebih 90 minit dalam masa seminggu. |
|
|
|
|
|
|
|
England dah tarak Ferdinand. Gantinya si Dawson. Memang habis la dah...
Ledley King plak ta ...
juwaini Post at 6-6-2010 02:07
England to be in the quarter finals at the very least.......... |
|
|
|
|
|
|
|
England to be in the quarter finals at the very least..........
crankshaft Post at 6-6-2010 02:09
... berdasarkan atas pertimbangan apa tu?
Tipikal England akan main 4-4-2. Dia punya midfield axis boleh kata confirm la Gerrard-Lampard, both of them takde attribute defensive yang kuat...
Terry punya stail main, dia kena ada defensive midfield untuk cover dia, sebab dia bukan pemain yang laju. Sebab tu dia digandingkan dengan Ferdinand, sebab Ferdinand ada ciri-ciri libero yang baik dan Ferdinand pandai baca game.
So, aku tak nampak England boleh pergi jauh... |
|
|
|
|
|
|
|
friendly games hanya buat players injured saje...teams that did not made it to world cup are more than eager to prove themselves...... too eager at times..... eagerness at the cost of causing injuries........
kesian drogba.....penat saje pepsi keluar iklan..... |
|
|
|
|
|
|
|
... berdasarkan atas pertimbangan apa tu?
Tipikal England akan main 4-4-2. Dia punya midfield a ...
juwaini Post at 6-6-2010 02:12
Players in depth....... |
|
|
|
|
|
|
|
Players in depth.......
crankshaft Post at 6-6-2010 02:20
John Terry tengah off form. Dorang punya second team kot yang betul-betul boleh kata on form.
Dalam first team, cuma Rooney dan Lampard je yang boleh dikatakan dalam musim terbaik depa. Ashley Cole baru baik dari injured. Glen Johnson dari Liverpool (well, itu menjelaskan segalanya )... |
|
|
|
|
|
|
| |
|