|
Reply 620# ariellin
eh dtg je...
tapi bgtau awal2... sbb aku rasa cam nk kunci pintu je |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 22-8-2010 12:55
Aku ambil tempat di sebelah Naim. Kemudian dengan aura gatal yang semakin membuak-buak, aku letak kaki di pahanya. Dia pandang aku, senyum. Aku buat tak nampak. Lepas tu, aku ambil remote Astro, menekan button info. Terminator rupanya, ishh, suka sangat tengok cerita macam ni.
Tanpa izin, aku tekan channel 708. Cerita korea yang baru. Coffee Prince. Lepas tu, aku tekan semula button HBO tadi. Terminator kembali.
"Nak kena gigit ye?", Naim bisik perlahan. Tak dipandang pun TV yang didepan mata.
Aku ni kan, kalau Naim start bisik berbisik, mulalah bulu roma meremang seram. Macam duduk dengan hantu kekdahnya.
"Saja...tak boleh?", aku buat-buat rileks walaupun dalam hati ini...
Kemudian, mata Naim terarah semula melihat aksi Arnold susahbebenornakeja tu. Sekarang ni aku rasa dia dah jadi Gabenor Carlifornia (kut), kat US tu. Eh betul ke? Aku bukan lah ikut sangat perkembangan dunia. Yang dalam Malaysia ni pun, tak sempat nak menghafal. Otak aku memang sempit. Tapi Naim tak kisah pun..
Tiba-tiba Naim memuncungkan bibirnya. Pelik betul ni..
"Nak apa?", soal aku. Kemudian dia menyengih menampakkan lesung pipinya.
"Nak kiss...", selamba dia nyatakan hasrat hati.
Aku buat tak tahu. Kaki yang masih di atas peha Naim, aku jatuhkan. Menjauhkan sedikit jarak dari dia. Untuk keselamatan diri sendiri.
Naim capai remote, kemudian dia tekan button off.
"Nak apa ni?", aku buat-buat tanya.
Bila tengok Naim yang masih mempamerkan wajah gatalnya, aku bangun. Namun tangan Naim sempat mencapai pinggang aku, membuatkan aku terduduk di ribanya.
"Nak awak...", aku pegang mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Mata kami bersatu. Ada rasa yang tak keruan di dalam.
Dan tanpa bersuara, dia dukung aku, bawa ke bilik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 621# ariellin
jgn gaduh2 xbaik ariel bulan2 puasa ni...
apa kata ariel & amanda bertanding n3 spa paling byk...heheh..kami jugak yg kenyang.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai sambung la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
ishhhh....org tengah syok baca,dia berenti pulak...budak ni memang nak kena ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 624# bb_75
wah....
ambil kesempatan nmpak.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak ambik feel dah tarik hand break pulak si airell ni...next2 n3 |
|
|
|
|
|
|
|
################# sat g smbung lik........ada hal pulok !!...
ariellin Post at 22-8-2010 12:05
la hilang pla... |
|
|
|
|
|
|
|
la hilang pla...
amandaatika Post at 22-8-2010 11:39
dah edit.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak ambik feel dah tarik hand break pulak si airell ni...next2 n3
asnita Post at 22-8-2010 11:39
aku dah gerak..skrg gear 5...x men lah keter auto... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku masih di bawah pancuran air di bilik mandi. Sekejab aku tersengih gedik, lepas tu aku geleng kepala macam tak percaya. Betul ke? Ishh...betul lah tu..
Entah..tapi aku yakin bila aku dengan rela hati, dengan sepenuh jiwa raga, dengan status sebagai isteri kepada Naim Najman menyerahkan hak aku kepada si dia yang memang berhak ke atas diri aku.
Mungkin betul, perasaan suka aku kepada Fazdwan dulu hanya perasaan seorang gadis perawan yang ingin menikmati frasa-frasa manis di dalam hidupnya.
Tapi dengan Naim, perasaan itu lain. Semuanya melengkapi hari. Memenuhi ruang rongga tubuh.
Aku goncang tubuhnya. Dia mengeliat. Perlahan membuka mata.
"Dah subuh..", tak sempat aku menghabiskan kata-kata, dia pantas menerkam aku.
"Dah batal air sembahyang saya...", aku merengek. Mengada-ngada. Bukan tak boleh ambil wuduk tu semula. Dia cium aku lagi.
"Dah..nanti terlajak...", aku tolak mukanya perlahan.
Dengan malas-malas, dia lepaskan aku. Mencicit aku masuk semula ke dalam bilik air, mengambil wuduk.
"Breakfast apa pagi ni?", tanya Naim masa aku sedang sibuk menuang milo di dalam mugnya.
"Macam biasa. Roti dengan butter..",
"Emmm...",
"Kenapa? Tak suka?", aku tanya dia.
"Tak cakap pun..", dia sua mug ke mulutnya, hirup perlahan-lahan. Lepas tu, roti yang dah siap aku sapukan butter, dia capai. Selamat hadam di usus besar.
"Oh ye, saya nak jumpa Shila petang ni. Dia nak kawin dengan your staff..", aku bisik perlahan. Sekarang ni, penyakit Naim tu dah berjangkit pada aku. Kami memang suka bisik berbisik. Geli siot !!
Mendengar itu, membuatkan Naim memandang aku. Kenapa? Tak percaya?
"Ya sayang, Shila cakap, boyfriend dia, your staff. Katanya engineer kat your company..saya lupa lah nama dia..", aku pegang dagu, memang lupa.
"Okey, done...malam ni jangan lupa...", dia mengenyit gatal. Menyampah ! Lepas tu bibir dia cium bibir aku. Sekarang aku dah tak payah susah-susah nak kira kambing biri-biri lagi. Lama-lama pun tak apa kalau macam ni. Senyuman terukir di bibir, Dian Juwita gatal !! |
|
|
|
|
|
|
|
"Yang kau ni kenapa, dari tadi asyik tersenyum aje?", aku diam. Nasi lemak di depan mata aku kuis-kuis. Masih teringat-ingat..terkenang-kenang. Kemudian terasa aku senyum sendiri.
"Puan Dian Juwita...kau ni kenapa?", sergahan itu membawa semula aku ke alam realiti. Realitinya aku di sini. DIhadapan Marshila yang dah menyinga. Takut nya...
"Apa dia..?", aku tanya dia pulak..
"Aku tanya kau ni kenapa? Tersengih-sengih macam cipan dapat pokok kaduk?", peribahasa apakah itu Marshila. Seramnya dengar.
"Tak ada apa-apa lah..", aku senyum semula. Indahnya...kalau aku tau lah jatuh cinta dengan Naim itu indah, lama dulu aku terima dia.
"Tengok, kau senyum lagi..", Marshila macam merajuk.
"Ha?? Aku senyum ke?",
"Habis, takkan kau menangis kut?", dia capai sudu, kemudian dia ambil nasi lemak aku yang masih bersisa. Kutip semua kacang goreng yang ada di dalam pinggan.
"Tak ada apa-apa lah...cuma...",
Berkerut-kerut dahi Marshila.
"Aku dah jatuh cinta..", perlahan bunyinya. Malu ni..
"Kau jatuh cinta? Dengan siapa? Kau jangan buat pasal Ju..walau pun kau tak suka Naim tapi berdosa besar kau buat dia macam tu. Aku tau lah kau tu terpaksa kawin dengan dia..tapi..bla bla bla", aku biarkan MArshila membebel. Senak telinga aku ni.
"Habis?", aku tanya Marshila bila dia dah diam. Penat lah tu...tercungap-cungap dia. Padan muka !
Marshila anggukan kepala. Betul.
"Kau ni macam mak nenek. Aku tak habis lagi cakap, dah kena sembur..", aku muncungkan bibir.
"Ya lah..sorry..tapi aku ni kawan kau..takkan aku nak diamkan aje bila kau buat salah..",
"Thank's...tapi aku ni dah jatuh cinta dengan Naim..tengkujuh tu...", terbelalak mata Marshila.
"Betul..? Betul ke?",
"Amboi...kau pulak yang excited..",
"Ye lah..boleh lah aku bagitahu Mama, lepas sembilan bulan dari sekarang, Mama dengan Papa dah boleh timang cucu", dia menyeringai.
Kepala otak hang lah Shila..mengarut betul..!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 23-8-2010 06:52
Lepas menikmati hidangan dinner hasil dari jari telunjuk Naim, kami menonton TV. Entah apa punya cerita lah sekarang ni. Ada Kevin Costner jadi orang laut yang tak pandai bercakap. Lepas tu, ada scene lawak. Terhenjut-henjut bahu kami ketawa.
Aku sandarkan kepala di bahu Naim. Wangi je dia ni. Waima dia baru bangun tidur pun wangi. Emm...orang kalau dah suka, bau kentut pun macam bau durian..
"Dian Juwita..", dia usap bahuku perlahan.
"Emmmm..", mata masih menyaksikan aksi si Kevin di TV.
"Awak tak nak sambungg study? Result bagus, kan..?", kaget aku dengar soalan itu. Betul jugak tu. Rasanya macam boleh.
"Alah..malas lah. Nanti penat. Terkejar-kejar nak pergi kerja. Lepas tu weekend nak ke kelas. Tak nak lah..", seribu satu alasan aku berikan.
Dia tak pe lah. Tak payah penat-penat nak study lepas dapat result yang cemerlang masa SPM dulu, sebab harta Walid dah berlambak-lambak. Tak habis tujuh keturunan.
"Tak payah kerja lagi. Just pergi study je", berhenti kerja?
"Alah...sayang lah kerja tu..dah lama saya kerja kat situ..", aku mencipta alasan lagi.
"Dian Juwita...", nada dah bertukar tapi tangan Naim masih bermain-main dengan rambut aku yang panjang mengurai tu. Lepas tu bibir dia dah menjalankan tanggjungjawab macam biasa. Aku tahan-tahan rasa geli.
"Naim...", aku panggil dia.
"Hmmmm..." perlahan suara dia.
"Naim....", kalau macam ni hari-hari...aduhai...
"Tak payah belajar, boleh tak? Otak ni dah berkarat",
"Hmmmm..."
Dia ni kan...aura marah dah membara. Time aku serius dia boleh buat dek pulak. Padahhal dia yang bangkitkan perkara ni.
"Naim...!", suara yang sedikit tinggi nadanya membuatkan Naim berhenti tiba-tiba. Nafsu macam buaya, hati mengomel.
"Nak apa, sayangku Dian Juwita?", lembut suaranya mendamaikan.
Takkan lah tak ada perempuan di luar sana yang tergoda dengan si tengkujuh yang seorang ni? Mustahil tak ada..tapi Naim tak pernah cerita pasal perempuan lain dengan aku. Tak pernah cerita pasal staff perempuan dia. Tiba-tiba macam pelik..
"Sayang...", aku ulas lembut tangan dia sambil tersenyum.
"Dian Juwita kalau dah manja-manja macam ni, mesti ada something..", dia genggam tangan aku. Kemudian dia cium pipi aku.
"Just nak tanya, staff perempuan dekat office tu, tak ada ke yang jatuh cinta dekat awak..", aku tersipu-sipu. Maklumlah, orang baru nak bercinta. AKu pun dalam fasa nak kenal siapa Naim Najman Naufal yang menggetarkan dada ni..
"Ada..ramai...", dan tangan aku cepat menjalar di lengannya. Naim mengaduh kesakitan. Rasakan..! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mikoodette
betullah miko... baru sy baca page 1 balik..naim pergi tak kembali2..
bb_75 Post at 21-8-2010 15:49
salam, murning..... itulaaaa...... speku dah mcm ye ye jek nie.... :re: |
|
|
|
|
|
|
|
tu bkn lagu rabbani ke...
ariellin Post at 21-8-2010 17:06
ha'ah... lagu rabbani laa tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|