|
|
Semuanya tentang Dewi Remaja (update pg 23 #570)
[Copy link]
|
|
|
baru nampak..tak tau dia dah meninggal..familiar sgt rupa ni kat majalah2..
sakit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 621# ratuiphone
kematiannya misteri, yg trdekat sahaja tau puncanya kut
uolsss baca lah kat link gosip itteww
Al Fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply ratuiphone
Tribute to MIMIE AZIZ.. (Blog Zery Zamry)AL FATIHAH..
baru-baru ...
solstice Post at 5-1-2012 16:35 
xtaulah pulak dah meninggal.....mengejutkn iols jugak....sayanglah....
sheols kalau catwalk memang ada attitude......vogue n confident.....
tinggi sheols pun agak ok la utk jd model catwalk....5'7" kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply ratuiphone
kematiannya misteri, yg trdekat sahaja tau puncanya kut
uolsss baca lah ...
solstice Post at 5-1-2012 16:42 
mek tukang tambah naaa
Izara Aishah. Memang orangnya secantik nama. Sejak menjadi naib johan Dewi Remaja 2010, populariti Izara meningkat naik seperti roket terbang ke bulan. Dan semalam Abang Nara berjaya mendapatkan interview sempoi dengan Izara untuk dimuatkan di dalam blog ini. Sebenarnya, ada 7 perkara yang berkemungkinan besar anda tidak tahu tentang insan yang bernama Izara Aishah ini:-

1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.
2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.
3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.

4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta. Hehehe.
5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.
7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi. Tak percaya? Sila tengok gambar di bawah.
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya r ambut izara ni...rambut idamanku....wow!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya Izzara tanpa mekap, natural beauty
Kulit muka bersih
Putih kemerahan
... sama cam Lopa
  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
peserta dewi remaja yg mak minat banyak dr zaman jun banos.....esp zack n mimi.
pemenang dewi remaja yg mak paling suka aleeza kassim, jasmeen dhillon n neelofa.
pemenang yg paling mak x suka wan khatijah....walaupun dah pakai braces, tp mcm xde perubahan pun.
walaupun mix france tp nampak cam melayu tulen jah....annahita pun mak x suka. masa tu yg menyerlah pushpa n zarina. tp yg petah masa tuh wawa......sbb tu disunting ntv7.yg tu mak tgk kt tv..
kalau tak silap shaleen cheah pun masuk DR sezaman pushpa.....x sure sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dewi Remaja anjuran Majalah Remaja telah melahirkan ramai personaliti popular seperti Scha, Juliana ...
solstice Post at 24-11-2010 00:34 
latest... khas utk kamu..
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
[email protected]
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR
Lokasi Terima kasih Candylicious, One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya
SEWAKTU jurufoto Hits sibuk merakam foto Aiman Hakim Ridza Abdoh di satu sudut dalam kedai Candylicious, datang seorang kanak-kanak perempuan ke arah Izara Aishah yang leka melihat pelbagai bentuk dan warna gula-gula yang dipamerkan di situ.
Dengan gaya malu-malu kanak-kanak itu bersalam dengan Izara setelah disuruh oleh ibunya. Apabila Hits bertanya kepadanya, "Adik kenalkah kakak ini?.
"Kenal... kakak ni berlakon dalam Vanila Coklat," katanya lancar.
Menurut si ibu, setiap hari anaknya akan bertanya, sudah hari Selasa atau belum kerana si anak tidak sabar untuk menonton drama bersiri romantik komedi itu yang bersiaran pada pukul 9 malam setiap Selasa di TV3 menerusi slot Lestary.
Jika seorang kanak-kanak tidak sabar untuk menonton Vanila Coklat setiap minggu, Hits dapat membuat kesimpulan bahawa drama arahan Emi Suffian Sabhe yang diterbitkan oleh Asia Media Content itu mampu meraih rating tinggi seperti Cinta Elysa.
Izara yang lasak
Mengikut skrip Vanila Coklat, watak Zara lakonan Izara, 20, dan Aamir yang dilakonkan oleh Aiman, 23, pantang bertemu kerana mereka pasti bertelagah seperti anjing dan kucing.
Bagaimanapun, perasaan saling membenci itu hanya dalam drama sahaja. Di luar Izara dan Aiman adalah teman baik biarpun Vanila Coklat merupakan destinasi pertama pertemuan mereka.
"Kami kenal pun dalam waktu singkat tapi tidak ada masalah berlakon bersama sebab masing-masing tahu kerja. Lagipun kami 'satu kepala', saya boleh kutuk dia dan dia boleh kutuk saya.
"Bukan setakat Aiman sahaja, dengan Iqram Dinzly pun pertama kali saya bergandingan dengannya. Setakat ini, saya tidak ada masalah bekerjasama dengan semua pelakon dan krew Vanila Coklat," katanya terus terang.
Izara berkata, wataknya dalam Vanila Coklat tidaklah begitu mencabar berbanding peranan Fiona yang dibawanya menerusi drama bersiri Soffiya.
Katanya, watak Zara dalam Vanila Coklat, sedikit sebanyak berkaitan dengan dirinya iaitu tidak suka ambil kisah hal orang lain dan elak bercinta ketika ini.
"Watak Zara yang brutal itu adalah sikit macam perangai saya yang agresif. Saya ini tak pandailah nak buat manja-manja. Mungkin saya terpengaruh dengan persekitaran adik-beradik lelaki.
"Begitu juga bab lelaki, kalau Zara buat tidak kisah dan marah bila dipaksa berkahwin dengan Aamir, saya pun sama. Buat masa sekarang, saya lebih senang menumpukan perhatian pada kerjaya yang baru dibina. Bab cinta ini tolak tepi dulu," katanya yang pernah muncul dalam drama bersiri Keranamu Laila.
Pemenang tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu berkata, pengalaman menarik sewaktu berlakon Vanila Coklat adalah ketika penggambaran di Cameron Highlands.
Kata gadis kacukan Melayu-Pakistan itu, ketika penggambaran di sana, keadaan cuaca amat sejuk namun para pelakon perlu menunjukkan wajah tenang seolah-olah tidak diganggu dek persekitaran.
"Kena tunjuk muka cool walhal waktu itu teramatlah sejuk. Ia pengalaman indah bagi saya sebab itulah pertama kali saya menjalani penggambaran di luar ibu kota," katanya turut berlakon dalam telefilem Hantu Gigi.
Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik yang dilahirkan di Johor Bahru itu berkata, walaupun masih baru dalam bidang seni namun dia cukup serius dengan tanggungjawab yang digalas.
Menurut Izara, dia lebih senang jika masyarakat melihat kehadirannya dalam bidang seni berdasarkan bakat dan bukan paras rupa atau cerita-cerita sensasi.
Dia yang menjadikan pertandingan Dewi Remaja sebagai platform untuk menembusi dunia seni berharap di masa depan berpeluang melakonkan watak penari.
"Selain berlakon, saya minat menari sejak dulu lagi. Itulah kalau dapat lakonkan watak sebagai penari macam dalam filem Step Up itu kan best.
"Dulu saya memang ada kumpulan menari tapi sekarang kawan-kawan sudah bawa hal masing-masing. Saya boleh menari tarian tradisional, hip hop dan gelek. Selain watak penari, saya juga suka watak pengintip macam Angelina Jolie dalam filem Salt dan cerita Ong Bak," katanya.
Menurut gadis jelita itu, dia mengidam melakonkan watak pertarungan seperti dalam filem Ong Bak kerana tidak ada masalah untuknya melakonkan adegan sebegitu.
Kata Izara, membesar di kalangan adik beradik lelaki mendorongnya untuk turut serta belajar seni mempertahankan diri.
"Saya rapat dengan adik beradik lelaki dan sebab itu jugalah saya belajar seni mempertahankan diri seperti mereka. Saya pilih muay thai," dedahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya r ambut izara ni...rambut idamanku....wow!!
mizzany Post at 6-1-2012 11:13 
Rambut sheols memang cantik
cam x prcaya rambut asal beliyau kerinting
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 629# samshik
iolsss suka drama ni, walau xsehangat fiona
Tapi x suka Iqram... manalah gadis2 Msia ni nak tengok Iqram fonen blakun
x merembes langsung |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply samshik
iolsss suka drama ni, walau xsehangat fiona
Tapi x suka Iqram... manalah ...
solstice Post at 9-1-2012 10:49 
mek kureng ngan ID.. rela tengok FK lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply samshik
iolsss suka drama ni, walau xsehangat fiona
Tapi x suka Iqram... manalah ...
solstice Post at 9-1-2012 10:49 
ni ha heroin peberet ko...
Seperkara yang kami ingat dari zaman kanak-kanak ialah drama-drama arahan Aziz M. Osman. Satu perkara yang membezakan beliau dengan kebanyakan pengarah lain waktu itu ialah kegemarannya untuk bereksperimen dengan pelbagai genre drama dan menampilkan kelainan. Kalau anda masih ingat, drama arahannya sering disiarkan di slot Cerekarama TV3 sekitar akhir 80′an dan awal 90′an dan yang paling kami ingat ialah sebuah telefilem arahan Aziz yang menampilkan 3 buah cerita seram ala Twilight Zone, tajuknya sudah kami lupa. Pada pendapat kami karya Aziz yang seperti ini underrated berbanding drama-drama nya yang popular seperti Cili Padi dan Puteri.

Tahun 2012 bakal menyaksikan sebuah lagi filem arahan Aziz M. Osman berentap di pawagam. Filem Azura versi kini ialah merupakan adaptasi dari filem romantik berjudul sama arahan Deddy M. Borhan keluaran tahun 1984. Kami pasti anda masih ingat watak Zack yang dilakonkan oleh Jamal Abdillah dan Azura yang dilakonkan oleh Fauziah Ahmad Daud yang memang hot babe pada ketika itu.
Antara yang menarik, filem Azura ialah filem Melayu pertama yang mencecah kutipan RM 1 juta di pawagam dan filem ini turut menampilkan Syed Sobrie, Allahyarham Raffi Hussain dan Allahyarhamah Yusni Jaafar. Pelakon utama Azura 2012 ialah artis yang dulunya dikenali sebagai Shahz Jaszle tapi kini mahu dikenali sebagai Shahrizal, dan muka baru yang sensasi, Neelofa Mohd Noor.
Filem Azura tebaru ini, dakwa Aziz, ialah ‘air tangan’nya dan isteri, Puteri Lily Lokman 100%. Lagi16 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook filem Azura. Sila like beramai-ramai.
P/S: Filem ini akan ditayangkan secara serentak di pawagam pada 2 Februari 2012.
                     |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 633# samshik
Oh... dah nak tayang ekkkk
Tengs mek, nak tepek kat tred 'Lopa - Azura' pulok utk promosi dlm cari |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply samshik
Oh... dah nak tayang ekkkk
Tengs mek, nak tepek kat tred 'Lopa - Azura' pu ...
solstice Post at 11-1-2012 09:54 
silakan .. mek pun kebetulan ader yang bagi ... no hal la .. at least meriah siket.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kosmo 16 Jan 2012
Yakin popular tanpa cerita sensasi
TIDAK dinafikan, terdapat persepsi sesetengah pihak yang beranggapan bahawa kontroversi adalah salah satu langkah yang paling berkesan untuk dikenali ramai dalam tempoh yang cepat.
Justeru, bukan lagi suatu perkara yang luar biasa apabila ada sebilangan artis yang sengaja menjaja kisah sensasi semata-mata mahu mencari jalan mudah untuk menjadi lebih popular.
Bagi pelakon yang kini sedang mencipta nama dan semakin meningkat naik dalam bidang lakonan, Izara Aishah ternyata mempunyai prinsip iaitu lebih gemar jika dikenali kerana bakat lakonan yang ditonjolkan.
"Mungkin saya masih lagi baru dalam bidang ini dan ia antara salah satu sebab saya jarang dikaitkan dengan kisah-kisah hangat. Apa pun kontroversi adalah perkara yang seboleh-bolehnya saya cuba untuk elakkan.
"Namun, apabila mengambil keputusan untuk menceburi bidang lakonan, saya akui tetap tidak akan dapat lari daripada melalui kontroversi dan memang saya sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Izara, kini dia masih lagi selesa berada dalam situasi sebegini dengan perjalanan seninya terus lancar tanpa perlu merasa tertekan dengan cerita-cerita kurang enak terhadap dirinya.
Setakat ini, dia lebih gemar untuk menjadi diri sendiri dan bermuka-muka terutamanya di hadapan peminat serta tidak melakukan sebarang perkara yang buruk dan boleh menjejaskan nama sendiri.
"Adakalanya kontroversi terjadi tanpa dijangka dan saya tidak mahu ia menjadi batu loncatan untuk cepat popular. Saya yakin tanpa kontroversi seseorang pelakon itu masih boleh dikenali ramai, asalkan menampilkan lakonan bermutu dan digemari ramai," jelasnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Izara memberitahu sejak muncul dalam drama bersiri Soffiyya, namanya semakin menjadi sebutan peminat berdasarkan impak kepada watak antagonis yang dibawakannya.
Memainkan peranan sebagai Fiona, pelakon yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu berjaya menimbulkan kebencian terhadap dirinya, tetapi ia dianggap satu kejayaan tersendiri buat dirinya.
"Sebelum ini saya sudah banyak membintangi drama dan telefilem tempatan, tetapi menerusi drama Soffiyya yang membuatkan para peminat dapat melihat kebolehan sebenar saya dalam bidang lakonan.
"Walaupun ada yang membenci saya kerana karektor yang dipegang dalam drama itu, tetapi saya tetap puas dan gembira kerana ia membuktikan pembabitan saya tidaklah berlandaskan kepada paras rupa semata-mata," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cont:

| IZARA mengakui masih berkira-kira sama ada untuk menerima atau menolak tawaran-tawaran berlakon di layar perak yang diraihnya.
|
Pada masa yang sama, Izara memberitahu bahawa kerjaya seninya kini semakin berkembang dengan tawaran yang semakin banyak, termasuklah tawaran untuk beraksi di layar perak.
Bagaimanapun, pelakon itu mendedahkan dia masih lagi belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolaknya kerana merasakan masih belum lagi belum bersedia untuk berlakon filem.
"Lagipun berlakon filem agak berbeza dengan drama atau telefilem dan saya akui masih lagi gugup tampil di layar perak. Jadi, buat masa ini saya lebih selesa terus muncul di kaca televisyen sahaja," ujarnya.
Tidak bersaing dengan Neelofa
Pastinya ramai yang sudah tahu mengenai hubungan persahabatan yang terjalin rapat di antara Izara dan Neelofa apabila kedua-duanya adalah bekas peserta kepada pertandingan Dewi Remaja 2010.
Biarpun sekadar berada di tempat kedua dan menyaksikan Neelofa dinobat sebagai juara dalam pertandingan berkenaan, kini mereka berdua dikenali sebagai antara pelakon wanita yang sedang meningkat naik.
Lebih menarik lagi, Izara dan Neelofa juga baru-baru ini turut tercalon dalam senarai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular.
"Pastinya saya amat bersyukur apabila nama saya turut tersenarai pada ABP kali ini. Malah, saya juga sudah dapat mengagak yang nama Neelofa akan turut tercalon untuk kategori yang sama.
"Bagaimanapun, saya tidak melihat penyertaan kami berdua ini sebagai satu persaingan kerana saya sendiri tidak terlalu mengharap untuk menang dan semuanya terpulang pada rezeki masing-masing," jelasnya.
Mengenai hubungannya dengan Neelofa, pelakon itu memberitahu mereka berdua sudah saling mengenali sejak sama-sama bergelar model iklan dan semakin rapat ketika menyertai Dewi Remaja 2010.
Ujarnya, sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan, Neelofa juga adalah antara rakannya yang paling banyak memberikan tunjuk ajar serta nasihat dan sangat menghargai apa yang dilakukan oleh rakannya itu.
"Walaupun sekarang ini nama kami sama-sama naik pada waktu yang sama, tetapi tidak pernah terbit rasa cemburu sesama sendiri. Sama ada saya atau Neelofa yang lebih menonjol dan banyak mendapat tawaran, bagi saya ia semua adalah rezeki masing-masing," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 637# solstice
Comeyyyynya pose ni.
Latar belakang pon kena... comeyyy |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni dia berlakon vaila coklat kan???
aku tak tgk pun..
kalau soffiya aku tgk la.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 639# tekken
Yes uolsss... soffiya tu best |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|