|
Laut Kasih 140
malam yang kian mendingin
merasuk rinduku menyelinap ke kamar laut kasihmu
menyingkap kelambu asmara
mencumbui mulus sekujur tubuh cintamu
dalam haruman aroma kasih yang menusuk kalbuku.
malam yang kian membeku
menarik rinduku memasuki sanggar mimpimu
menyelak tirai asmara
memeluk hangat sekujur tubuh kasihmu
dalam haruman wangian laut kasihku.
CNM,23/6/12, 11.31pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 141
ke mana pun kuberdiri
bayangan laut kasihmu tetap memayungi
tak tergugah dek pesona dunia
cintaku dan cintamu
bertaut menyatu padu.
ke mana pun kuberlari
bayu laut kasihmu tetap membelai
tak terluluh dek sandiwara dunia
kasihku dan kasihmu
bersemi menyeri waktu ke waktu.
ke mana pun kuberkelana
wangian laut kasihmu tetap harum mewangi
tak terlarut dek olahan dunia
janjiku dan janjimu
jadi saksi ampuhnya dua jiwa menjadi satu.
CNM, 23/6/12, 11,52pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 142
hari ini hatiku terus tersenyum
bercandaran menjiwai nikmat laut kasihmu
kerana cinta siapa yang kudapat
kalau bukan cintamu
kerana rindu siapa yang kudapat
kalau bukan rindumu.
sungguh mengasyikkan
warna-warna aura laut kasihmu.
CNM, 24/6/12, 2.32pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 143
jujur kukatakan
cintamu tak pernah kusangsikan
kerana kutahu
dan sememang kunikmati
limpahan laut kasihmu.
ikhlas kukhabarkan
cintamu tak pernah kuragukan
kerana kumerasa
dan sememang kumiliki
abadinya titisan kasihmu.
aku jadi rindu
setiap detik bersamamu.
CNM, 24/6/12, 4.12pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 144
andai aku digelar pencuri
ya aku akui kupernah mencuri
telah kuretus cinta dari tangkai hatimu
untuk kusimpan di kamar asmaraku
biar wangian cintamu setiasa menyemarak rindu
menyubur rasa kasih dan sayang
menyatu dan berpadu menjadi kepulauan di laut kasihmu.
andai aku digelar peragut
ya aku akui kupernah meragut
telah kupetik cinta dari taman kasihmu
untuk kukalungkan ke leher asmaraku
biar kerdipan cintamu setiasa menyinar menyemarak kasihku
menyubur rasa kesetiaan
sabar menunggu bisikan asmara laut kasihmu.
CNM, 24/6/12, 4.48pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
saat inikah
saat lafaz inikah paling berbangga
aku cinta kamu sayang
sepenuh jiwa dan ragaku...
saat lafaz inikah paling berharga
sudikah kamu menjadi isteriku
susah dan senang tempuhi bersama...
saat lafaz inikah paling bahagia
aku terima nikahnya dikau berbintikan ayah dikau
dengan satu lafaz bersaksi...
cuba kamu puisikan untukku jawapanmu...
CNM, 24/6/12, 5.26pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 145
telah kusediakan
sebuah kamar di sudut hati
buat menempatkan sekuntum cintamu
telah kubina
sebuah taman cinta di sudut sukma
buat menyemai pohon rindumu
utusan bayu laut kasihmu datang menyapa
mengucap salam bersulam senyuman mesra
tanda rasa bahagia.
CNM, 24/6/12, 9.02pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-6-2012 21:51
Anak Istimewa
Anak istimewa
Nampak kekurangan segala
Anugerah Allah tak ternilai harganya
Kepayahan menguji keimanan di dada.
Istimewa anakku
Sungguh manja sepanjang waktu
Tak terasa perih jerih membesarkanmu
Itulah kelebihan kurniaan Yang Satu
Memberi kesabaran yang padu
Esok penuh kecerian buatmu
Walau takdirnya belum kutahu
Akan kucuba memberi yang terbaik buatmu.
CNM, 24/6/12, 9.46pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
jangan gelak
Mangsa Cinta:
doktor mengapa cinta saya gagal menggigit kejat...?
seringkali cinta saya terlepas...
Pakar Psikiatris:
ketahuilah bahawa cinta kamu memakai gigi palsu...
cintamu dah di usia emas...
CNM, 24/6/12, 10.05pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
jangan gelak
wartawan:
game tadi pasukan anda bermain dengan baik
menguasai permainan sepenuhnya
tapi mengapa gagal menjaringkan gol...?
ketua pasukan:
memang kami bermain baik dan menguasai permainan
kami bukan gagal menjaringkan gol
coach arahkan kami bermain cantik tiada arahan menjaring gol...
CNM, 24/6/12, 10.29pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
bicara pada malam
tak mengapa jika malam ini
layar kegelapan yang berkibaran
telah terang hati ini dengan cahaya purnama
menyuluh denai kehidupan mencari sebuah redha
aku berdoa moga lorong ini yang membawa kepada-Nya
dan malam satu anugerah penunjuk keagungan-Nya
CNM, 25/6/12, 11.22pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 26-6-2012 16:21
Laut Kasih 146
bisikan cinta telah memadai
kerana hatiku
sentiasa dibelai asmara laut kasihmu.
lafaz rindu telah menyelubungi
kerana jiwaku
seringkali dipayungi kerinduan laut kasihmu.
telah ditakdir cintaku hanyut ke kepulauan laut kasihmu.
CNM, 26/6/12, 4.07pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 147
kuutuskan doa
dalam jaga dalam lena
kupohon moga dikurnia Yang Esa
limpahan laut kasihmu yang berpanjangan
tiada tepian tiada akhiran
sehingga dijemput kembali menemui Yang Mengurniakan.
Semoga kita bersama-sama tiba ke sisi-Nya.
CNM, 26/6/12, 6.32pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
senja merenjis warna
senja yang merenjis warna
seakan dapat meneka
jiwa yang sedang merona
sebuah kisah cinta
aku dan dia.
senja yang merenjis warna
seperti dapat menduga
sukma yang sedang bergelora
menanggung rindu asmara
aku dan dia.
senja yang merenjis warna
seringkali dapat merasa
naluri lelaki yang kupunya
sering memelodikan nada bahagia
aku dan dia.
CNM, 26/6/12, 6.51pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 148
saat senja bertamu
hati bertambah rindu
akan cumbu dan rayumu.
saat senja mengufuk
hati semakin dirasuk
indah gurau dan rajukmu.
saat senja melambai
hati kian terbelai
kasih mesramu yang membuai.
Laut kasihmu menggebu di kala senja.
CNM, 26/6/12, 7.15pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Satira Peria
Peria itu
kalau ditanam di atas sakar
dibaja dengan madu
disiram dengan manisan
dibasuh dengan air tebu
apabila dimasak
pahit juga...
dia itu
buai diayun
anak dicubit-cubit...
CNM, 26/6/12, 9.46pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Satira Gagak
Gagak itu
jika dimandikan dengan mawar sekalipun
tiada akan menjadi putih warnanya...
aarg! aarg!
buruk muka
cermin disalahkan...
CNM, 26/6/12, 10.19pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Satira Mana
Mana ada busuk yang tak berbau
Mana dapat ekor anjing diluruskan
Mana kerbau yang bencikan kubangnya...
Manusia tahan kias,
Binatang tahan palu...
CNM, 26/6/12, 10.34pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
takat didih
kata-kata bersalut bara
memaksa darahku mencecah takat didih
mengelegak meruap menjadi amarah
namun hati segera menguntum senyum
membenam kemarahan
ke kaki kesabaran.
CNM, 27/6/12, 5.47pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Campak
belit
pusing
belit pusing
simpul ikat mati
gantung batu
campak ke laut
buat sarang udang
teratak ikan.
ini cerita tukun tiruan...
CNM, 28/6/12, 5.55pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|