CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 30-1-2013 09:47 AM | Show all posts
fatehana posted on 30-1-2013 09:30 AM
ok akak setia menanti akhirannya

xnak selit bibit cinta farah dgn aqil ke

x cukup idea utk diorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2013 09:49 AM | Show all posts
Aliff menekan papan kekunci pada komputer riba yang diletakkan diatas meja kerjanya. Dia perlu menyiap modul yang perlu digunakan untuk program ‘ Kami Pecinta Kek dan Biskut’ yang dianjurkan kolej komuniti Jelebu, Negeri Sembilan. Sebagai panel jemputan, dia diberi tanggungjawab untuk menerangkan dan mengajar cara menghasilkan kek dan biskut yang lazat lagi berkhasiat.

Sedang ralit dengan tugasan yang dibuat, tiba-tiba sahaja otaknya teringatkan perbualan antaranya dan Shazrina beberapa hari lepas. Rentetan paksaannya supaya Shazrina menerima kek yang dibuat menyebabkan Aqil datang menjengah sekaligus berlagak hero. Hati Aliff menjadi pilu apabila mengingatkan kenyataan yang keluar dari mulut Shazrina yang menyatakan Aqil merupakan kekasih barunya.

‘tak sangka begitu mudah Shaz mendapat pengganti aku.’ bisik Aliff pada dirinya sendiri. sangkanya, Shazrina akan mengambil masa yang lama untuk pulih dari kekecewaan yang dihadiahkan olehnya. Rupanya sangkaannya meleset sama sekali. Belum lagi mencecah 3 bulan perpisahan mereka, Shazrina sudah pon temui cinta baru.

‘mungkin kerana terlalu membenci aku menyebabkan perasaan cintanya boleh padam sekelip mata. Samalah macam aku 10 tahun yang lepas!’ desis Aliff lagi.

‘boleh jadi jugak dia tipu aku je hari tu... mungkin Aqil tu hanya bidan terjun je hari tu. Manalah tahukan!’ bebel Aliff lagi sekali gus mahu menolak kenyataan Shazrina kini sudah punyai kekasih baru. Dia sememangnya tak rela untuk melepaskan Shazrina ke tangan lelaki lain tapi apa kan daya. Salah dia juga yang tidak pandai menghargai cinta suci gadis itu sebelum ini.

‘ahh...perasaan cinta belakang kira. Apa-apa hal pon aku mesti dapatkan kemaafan dia terlebih dulu. Kalo dia sudi maafkan aku, itu pon dah cukup baik. tak payahlah aku nak berangan nak dapat balik cinta dari dia. orang macam aku memang tak layak dapatkan cinta Shaz.’ Putus Aliff akhirnya. Dia kembali menyambung kerja yang tertangguh memandangkan hari sudah lewat malam. Lagi lambat selesai tugasnya, lagi lambat dia boleh masuk tidur.

Last edited by misssakura on 30-1-2013 09:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 09:53 AM | Show all posts
Shazrina menghempaskan punggungnya kasar diatas kerusi. Satu keluhan kasar dilepaskan demi menghilangkan rasa penat yang tak tertanggung. Pagi ini sahaja dia mempunyai 4 waktu mengajar tanpa rehat. Mahu putus anak tekaknya membebel di setiap kelas yang di ajar. Air mineral yang terdapat diatas meja diambil lalu diteguk laju. Cuba menghilangkan rasa dahaga yang tak terhingga. Sedang Shazrina ralit menikmati kelazatan air mineral, tiba-tiba matanya terpandang sekuntum bunga mawar merah yang terselit elok diantara buku-bukunya.

‘masa bila pulak ada bunga kat meja aku ni?’ desis Shazrina sambil mencapai bunga mawar yang masih kelihatan segar.

‘student ke yang bagi? tapi hari guru lambat lagi.’ Shazrina bermonolog sendiri. kad yang terselit pada bunga itu ditarik lembut lalu dibuka dan dibaca.

‘mawar merah memberi maksud perasaan cinta tak berbelah bagi seperti mana perasaan cinta saya terhadap awak..   Aqil.’ Shazrina membaca nukilan yang terdapat pada kad tersebut. Tidak dinafikan, langsung tiada perasaan teruja mahu pun berdebar-debar setelah mendapat bunga daripada Aqil. Jauh sekali kalau dibandingkan perasaan ketika kali pertama dia mendapat bunga daripada Aliff. Pada waktu itu dia sangat gembira sehinggakan sampai ke hari ini bunga itu masih disimpan meski pon telah layu. Ahhh.....Jerit hati Shazrina.

‘kenapa aku selalu nak bandingkan Aqil dan Aliff. Aliff tu dah jadi kisah silam aku! bila aku nak sedar ni.” marah Shazrina pada dirinya sendiri. keluhan kasar dilepaskan. Hatinya sakit setiap kali nama Aliff meniti benaknya. Sakit kerana marah, sakit kerana kecewa, sakit kerana terluka dan dia juga sakit kerana merindu. Semua ini bercampur gaul menjadi satu lalu merumitkan perasaannya.

“wow...dapat bunga. Sapa yang bagi?” Shazrina tersentak hebat mendapat sapaan dari Mimi yang berdiri disebelahnya. Wanita itu menarik kerusi lalu mendekatkan diri pada mejanya.

“kau ni.. terkejut beruk aku dibuatnya!” bebel Shazrina yang masih lagi mengurut dada.

“macam mana tak terkejut kalau otak tu asyik mengelamun je. Sapa bagi bunga ni?” soal Mimi sekali lagi. Ditilik bunga mawar merah yang masih segar bugar itu. Romantik! Itulah yang terlintas difikirannnya saat ini.

“cikgu Aqil....” jawab Shazrina jujur. Dia tidak merancang untuk menipu sahabat baiknya ini kerana dia sememangnya memerlukan pendapat daripada Mimi.

“hah?? Cikgu Aqil yang mengajar Matematik tu?” Mimi terkejut besar. Makin berminat diadengan perkembangan antara Aqil dan Shazrina. Sememangnya dia boleh menghidu yang Aqil menaruh perasaan terhadap kawannya.

“yer la... cikgu Aqil mana lagi.”   

“boleh tahan cikgu tu... nampak pemalu tapi romantik habis!” ujar Mimi dengan senyuman meleret.

“yang kau tension semacam je muka ni kenapa? Cikgu Aqil tu bagi bunga kat kau..bukannya bagi tahi!” tempelak Mimi. Shazrina menjengilkan matanya mendengar kata-kata dari Mimi yang sesedap rasa je bercakap.

“aku peninglah Mimi... aku tak tahu apa yang aku patut buat sekarang ni.” jelas Shazrina dengan wajah yang berkerut-kerut.

“apa masalahnya... cuba cerita dekat aku.” pujuk Mimi lembut. matanya disasarkan pada raut wajah Shazrina yang kelihatan berserabut. Shazrina akhirnya membuka cerita tentang perasaan Aqil dan Aliff yang merayu kemaafan darinya.

Last edited by misssakura on 30-1-2013 09:58 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 09:58 AM | Show all posts
“kau tak ada langsung perasaan kat cikgu Aqil?” soal Mimi setelah mendengar cerita yang diringkaskan oleh Shazrina.

“hmm.... tak ada langsung Mimi. Aku bukan tak cuba sukakan dia tapi tak dapat. setiap kali dia buat apa-apa mesti aku bandingkan dia dengan Aliff. Macam sekarang aku dapat bunga dari dia, aku tak dapat rasa apa-apa. Macam tak de apa-apa berlaku pon dalam hidup aku. lain sekali masa aku dapat bunga dari Aliff.”Jelas Shazrina. Mimi mengeluh kecil.

“kau masih sayangkan Aliff kan.” tembak Mimi dengan penuh yakin. Shazrina menghela nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

“sayang tu memanglah sayang lagi... tapi aku masih tak boleh maafkan dia. kalau perkara ni hanya melibatkan aku sorang, mungkin aku boleh pertimbangkan lagi sama ada nak maafkan atau tak tapi apabila melibatkan maruah mama dengan papa aku......... aku rasa macam putus asa sangat terhadap dia. lagi pon perbuatan dia dah buat aku hilang rasa percaya.” Terang Shazrina dengan riak bersungguh-sungguh.

“tapi apa yang berlaku bukan seratus peratus salah Aliff kan.. lagi pon dia dah banyak kali datang jumpa kau, family kau sebab nak minta maaf. Kawan kau tu pon dah mengaku salah dia. takkan kau tak boleh lupakan je semua ni? maafkan mereka?” Shazrina diam membukam, cuba menganalisis kata-kata Mimi.

“susah aku nak maafkan diorang Mimi... aku dah tawar hati dengan mereka.” Luah Shazrina lemah.

“aku faham perasaan kau Shaz.. tapi, kadang-kadang memaafkan lebih baik daripada kau terus berdendam dengan mereka. Bukan ke kemaafan adalah dendam yang terindah.”Pujuk Mimi lagi. dia memang marahkan Aliff atas kesalahan yang dah dibuat kepada Shazrina, namun apabila dia mengetahui kisah sebenar yang berlaku antara Aliff, Shazrina dan Farah terus rasa marahnya mula berkurang. Baginya, Aliff juga mangsa dalam hal ini walaupun tak seteruk nasib Shazrina.

“apa guna mulut aku je yang maafkan diorang tapi hati aku tak ikhlas Mimi...mungkin hati aku perlukan masa.” Desis Shazrina tenang. Mimi mengangguk kecil. Mengerti perasaan Shazrina. Kadang-kadang menyuruh lagi mudah daripada melakukan. Kalau dia di tempat Shazrina belum tentu dia berjaya memaafkan Aliff dan Farah.

“yup...memang kau perlukan masa. Mungkin perasaan marah kau akan hilang dengan berlalunya masa.”sokong Mimi sambil tangannya memaut lembut bahu Shazrina. Shazrina tersengih senang. Sedikit sebanyak ada rasa lega dan tenang setelah meluahkan perasaan kepada Mimi.

“thank Mimi. Aku ada kelas la..” ucap Shazrina serentak dengan badannya yang turut bangun untuk mengambil barang-barang yang perlu digunakan didalam kelas nanti. Mimi turut beredar ke mejanya untuk menyiapkan kerja-kerja yang masih tertangguh.

Last edited by misssakura on 30-1-2013 10:02 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 10:03 AM | Show all posts
Shazrina mengelap rambutnya yang pendek separas leher sahaja. Dia baru sahaja selesai mandi dan berpakaian. Bunga mawar pemberian Aqil dikeluarkan dari beg kertas. Sengaja dia membawa pulang bunga itu. Takut pulak ada guru lain perasan kewujudan bunga itu mahu pun Aqil tersalah sangka pula padanya. manalah tahu kot-kot Aqil fikir dia tidak menghargai pemberian ikhlasnya itu. Shazrina merenung lama bunga mawar itu. Beberapa kali isi kad yang diterima dari jejaka itu dibaca.

Cuba mencari perasaan cinta mahu pun sayang yang mungkin ada dilaman hatinya. Namun tiada! Sedikit getaran pon tiada. Tak dinafikan, dia tidak mampu memaksa hatinya untuk membalas cinta Aqil. Lagu Kau Yang Terindah mencecah ke gegendang telinga Shazrina yang sedang ralit memandang bunga mawar merah. Dicapai telefon bimbit lalu disuakan pada telinganya setelah menekan punat hijau.

“waalaikumussalam.”Balas Shazrina pendek. Badannya dibaringkan mengadap siling.

“Shaz dah tengok bunga pemberian saya tu?” tegur Aqil lembut. Lenggok suara direndahkan bagi menghasilkan suasana yang lebih romantik antaranya dan Shazrina.

“dah..thank.” Ucap Shazrina.

“you’re welcome. Suka tak?” Tanya Aqil lagi. manja sahaja nadanya. Shazrina berfikir sejenak. Tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaannya. Nak kata suka, tak jugak. Nak kata benci, jauh sekali. Blurr sungguh perasaannya saat ini.

“cikgu tak payah la bazirkan duit bagi saya bunga macam ni....” Jawab Shazrina. Aqil dihujung talian tersentap. Kecewa dengan reaksi dingin Shazrina. Sangkanya Shazrina akan gembira lalu menerima cintanya. Namun dia silap. Hati Shazrina masih keras dalam mencari sinar cinta baru.

“Shaz tak suka ke? Saya minta maaf la kalau macam tu.” Luah Aqil lemah. Merajuk juga hatinya dengan sikap gadis ini yang tidak pernah menghargai perasaannya. Shazrina mengeluh kecil. Perasaan bersalah bertingkat-tingkat dalam hatinya.

“cikgu.....” panggil Shazrina lembut. Aqil dihujung talian diam sahaja. Hanya terdengar naik turun helaan nafas.

“bukan macam tu maksud saya. saya suka dengan bunga ni tapi....”

“takpe Shaz... saya faham. Saya tak boleh paksa hati awak. Itu hak Shaz untuk suka atau tidak.” Pintas Aqil. Dia kecewa namun belum berputus asa. Tempoh 3 bulan yang dijanjikan oleh Shazrina baru sahaja bermula. Dia masih mempunyai masa untuk memikat Shazrina untuk jatuh sayang padanya.

“cikgu...”teriak Shazrina sekali lagi. perasaan bersalah menjadi-jadi dilubuk hatinya.Dia tahu Aqil sedih dengan jawapannya.

“Dah..Tak payah rasa bersalah Shaz... Saya tak kisah. Hujung minggu ni kita keluar nak? Pergi buat aktiviti riadah sama-sama ke? Nak?” Soal Aqil seraya menukar topik perbualan. Dia tahu Shazrina rasa bersalah dan dia tidak suka Shazrina berasa simpati padanya.

“okey..boleh je.” Terima Shazrina tanpa berfikir panjang. Dia mahu menebus kesalahannya yang telah mengecewakan hati Aqil. Lagi pon, bukankah dia sudah berjanji untuk berusaha mencintai Aqil. Jadi, dia patut berusaha kearah itu.Bukan hanya berjanji dibibir semata-mata. Aqil tersenyum girang mendengar persetujuan Shazrina. Memang jarang sekali Shazrina mahu keluar dengannya dan dia akan gunakan peluang ini sebaiknya.

Last edited by misssakura on 30-1-2013 10:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:07 AM | Show all posts
ada lagi x sakura

sekian dr akak yg tamak dan x puas
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2013 10:07 AM | Show all posts
Setelah hampir seminggu peristiwa pergaduhan Aliff, Aqil dan Shazrina, hari ini sekali lagi Aliff datang ke sekolah Shazrina. Hatinya yakin lagi pasti Shazrina dan Aqil tiada hubungan istimewa. Mungkin Shazrina sekadar menipunya dan dia datang untuk mendapatkan penjelasan dari Shazrina.

“Shaz....” panggil Aliff sambil melajukan langkahnya apabila melihat Shazrina sudah memboloskan diri kedalam kereta. Pintu yang cuba ditutup sempat dihalang Aliff.

“apa lagi yang awak nak?” tengking Shazrina yang mula berasap apabila melihat kehadiran Aliff. Dia bingkas keluar untuk membuat perhitungan terakhir dengan Aliff. Sangkannya Aliff sudah berputus asa setelah hampir seminggu tidak menghubunginya, rupaya tekaannya meleset sama sekali. Aliff masih lagi tidak malu menunjuk rupanya di sekolah ini.

“awak tipu sayakan... betul tak Shaz.” Tembak Aliff. Wajah Shazrina terkebil-kebil tidak faham.

“awak merepek apa ni? dah saya tak nak tengok muka awak lagi. awak faham tak?” tinggi suara Shazrina.  Matanya membulat membalas pandangan Aliff. Tapi tak dinafikan hatinya mula bergetar kembali tatkala sinar mata Aliff menusuk ke pandangannya. Sampai ke dasar hati. Suasana hening seketika antara mereka. Mata saling menatap antara satu sama lain.

“dah la Aliff... saya dah penat nak layan karenah awak. Awak baliklah. Pergilah.Jangan muncul lagi didepan saya.” arah Shazrina sambil memandang kearah lain.Tak betah untuk terus bermain mata dengan Aliff.

“saya sayangkan awak Shaz.. saya cintakan awak. Tak boleh ke awak terima diri saya semula? ”

“apa?” soal Shazrina terkejut. Meluap-luap perasaan marah dengan kata-kata Aliff yang sangat tidak dapat diterima benaknya.

“i love you.. i need you Shazrina. Terima saya semula. saya janji saya akan bahagiakan awak! Saya akan buat yang terbaik untuk awak dan tak akan sesekali menyakiti hati awak lagi.” Pinta Aliff bersungguh-sungguh. Shazrina tergelak sinis. Kelakar betul Aliff nih.

“awak sedar tak permintaan awak ni permintaan paling bodoh saya dengar Aliff? Saya belum lagi maafkan awak tapi sekarang awak nak saya terima awak balik?” jerkah Shazrina geram. Menggigil badannya menahan pelbagai rasa yang menyerang dirinya kini. Mutiara hangat setitik demi setitik mula melimpah ke pipi Shazrina. Ahh dia tidak peduli lagi dengan air matanya saat ini. apa yang dia tahu, perasaannya makin hangat mendengar butir bicara Aliff yang terlampau  mementingkan diri sendiri. hanya fikir perasaannya sendiri sahaja!

“saya tahu awak masih marahkan saya. tapi percayalah, saya akan lakukan apa sahaja untuk awak berjaya maafkan saya. saya akan bahagiakan awak sehingga awak lupa yang awak pernah kecewa dengan saya.” tutur Aliff penuh perasaan.

“awak tak payah buat semua tu Aliff...”

“saya akan buat Shaz.. saya akan buat apa sahaja untuk awak maafkan saya kembali dan terima diri saya semula.” tegas Aliff.

“awak tak payah buat semua tu!” jerit Shazrina agak lantang. Mulutnya merengus kasar.

“Satu je yang awak perlu buat sekiranya awak betul nak dapatkan kemaafan dari saya...”Sambung Shazrina lagi. Mata Aliff terbuka luas mendengar balasan dari Shazrina.Terasa peluang untuk dia menebus kesalahan dan menggapai semula cinta Shazrina semakin cerah.

“Apa Shaz? Cakap je.. Saya akan buat apa sahaja untuk awak maafkan saya...” Gesa Aliff tidak sabar. Berdebar hatinya menanti jawapan dari Shazrina.

“saya akan maafkan awak sekiranya awak berhenti cari saya, berhenti hantar mesej dan call saya dan yang paling penting saya nak awak pura-pura tidak kenal saya lagi. anggaplah kita berdua tidak pernah kenal antara satu sama lain. Kalaulah,selepas ini kita akan bertembung, buatlah macam awak tak kenal saya dan tak tahu tentang kewujudan saya. Kalau awak boleh buat semua tu, saya akan maafkan kesilapan awak.” Janji Shazrina. Wajah Aliff dipandang untuk kali terakhir sebelum badannya dibolos kembali ke dalam kereta. Dia pantas meninggalkan Aliff yang masih tergamam. Beberapa mutiara jernih merembes keluar dari kolam mata Aliff. Dipandang pemergian Shazrina dengan perasaan sayu.

‘jika itu yang awak nak...... saya akan buat Shaz. Untuk awak gadis yang amat saya cintai saya sanggup lakukan apa saja.’ Bisik Aliff pada hatinya. Air mata yang belum lagi berhenti disapu kasar sebelum dirinya beredar pergi meninggalkan sekolah Shazrina.

Last edited by misssakura on 30-1-2013 10:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:11 AM | Show all posts

keras sungguh hati shaz
biar hati sendiri terluka dan begitu menyayangi
namun kerana ego dia sprt dah x peduli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2013 10:18 AM | Show all posts
fatehana posted on 30-1-2013 10:11 AM
keras sungguh hati shaz
biar hati sendiri terluka dan begitu menyayangi
namun kerana e ...

yup.. shaz terlalu ego. bila dh kehilangan org tersayang bru nk menyesal agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 10:18 AM | Show all posts
Farah mendongak kepalanya kearah rumah bungalow dua tingkat yang tersergam indah didepannya. Udara pagi yang menenangkan menyapa tubuhnya yang ramping memberikan sedikit rasa keyakinan. Dengan rasa debar dan gementar yang kuat mencengkam jiwa, Farah mara ke pintu pagar lalu menekan loceng bagi menyedarkan penghuni rumah itu tentang kehadirannya. Dengan rasa rendah diri dia berdoa supaya Allah memudahkan segala urusannya hari ini.

“Assalamualaikum..”laung Farah tatkala melihat mak Timah terkedek-kedek menghampiri pintu pagar.Wajah tua yang sudah lama tidak ditemuinya itu sudah banyak berubah. Mak Timah sudah kelihatan uzur.

“waalaikummussalam....”balas mak Timah. Wajahnya sedikit berkerut apabila melihat kehadiran wanita lewat 20an didepannya rumah majikannya. Lama dipandang wajah yang dirasakan begitu dikenali.

“saya Farah mak Timah..” Farah memperkenalkan dirinya dengan senyuman terukir manis. Kerutan pada wajah mak Timah hilang namun diganti dengan riak terkejut pula.

“Farah?? Oooo Farah kawan Shaz masa sekolah tu yer?” teka mak Timah. Namun hatinya cukup yakin tekaan yang dibuat seratus peratus betul. Farah tersengih sambil menganggukkan kepalanya.

“laa kamu ke Farah... makin cantik anak dara sorang ni.. ehh jom masuk.” Ajak mak Timah seraya menolak pintu pagar dan menarik tangan Farah untuk memasuki rumah encik Tarmizi. Farah sekadar mengekor.

“Shaz tak ada kat rumah...” mak Timah memberitahu tanpa disoal.

“ooo ye ke? Dia ke mana mak Timah?” Farah buat-buat tanya. Padahal dia sudah pon tahu Shazrina tiada dirumah. Sebenarnya dia sengaja datang ke rumah ini disaat Shazrina tiada bagi memudahkan misinya yang tertangguh dijalankan.

“keluar dengan kawan sekolahnya... Cikgu Aqil. Tapi mungkin Farah tak kenal kot.” Ulas mak Timah lebih lanjut. Farah mengangguk-anggukan lagi kepalanya tanda mengerti.

“auntie dan uncle ada ke kat rumah mak Timah?” Tanya Farah.

“ada...jom masuk Farah..mak Timah jamu air dulu. lama sungguh tak nampak kelibat Farah. Kalo Shaz tahu Farah datang mesti dia gembira.” Cerita mak Timah lagi .Farah tersengih walaupun ada rasa sayu mendengar kata-kata mak Timah. Shazrina tak mungkin maafkan kesilapan yang telah dibuat. Dia faham bertapa gadis itu benci terhadap dirinya kini. Farah mengekori mak Timah ke ruang tamu rumah bungalow itu. Sudah banyak perubahan yang berlaku didalam rumah tersebut..

Last edited by misssakura on 30-1-2013 10:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:52 AM | Show all posts
misssakura posted on 30-1-2013 10:18 AM
yup.. shaz terlalu ego. bila dh kehilangan org tersayang bru nk menyesal agaknya

tuelah terlalu mengikut kata hati
akhirnya sendiri yg rugi
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 11:14 AM | Show all posts
misssakura posted on 30-1-2013 10:18 AM
Farah mendongak kepalanya kearah rumah bungalow dua tingkat yang tersergam indah didepannya. Udara p ...

adehhhhhhhhhhhhh terputus jiwa raga den...nape stop kt sini sakura .........smbg la lagik....nk tgk penangan parents shaz pulak...mesti depa pun terkejut kan dan semoga parents shaz dpt terima aliff kembali....huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 12:03 PM | Show all posts
suria74 posted on 30-1-2013 11:14 AM
adehhhhhhhhhhhhh terputus jiwa raga den...nape stop kt sini sakura .........smbg la lagik....nk ...

sakura sambung petang sikit.. nk mengedit kejap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 05:05 PM | Show all posts
Farah bingkas bangun apabila wajah puan Rogayah dan encik Tarmizi menjamah pandangan matanya. Jelas dimatanya melihat rambut ibubapa Shazrina sudah mula memutih. Tangannya dihulurkan untuk menyalami puan Rogayah yang tersenyum mesra kearahnya.

“apa khabar uncle, auntie...” sapa Farah ramah setelah memeluk kejap wanita yang sudah berusia hampir separuh abad.

“alhamdullilah..baik... Farah pulak macam mana? Lama Farah tak datang jenguk uncle dan auntie...” balas puan Rogayah. Mak Timah sudah menghilang untuk menyediakan minuman kepada tetamu yang sudah lama tidak menjengah rumah ini.

“baik auntie... Farah sibuk sikit sebab tu tak sempat nak datang ke sini.. Shaz macam mana? Sihat?” Farah beralasan.. biarlah perkara lepas dijadikan kenangan.. hari ini dia datang untuk memulihkan keadaan yang berlaku kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri. sudah tiba masanya untuk dia memikul segala kesilapan yang pernah dibuat.

“Shaz macam tu la.. sihat. Farah langsung tak berhubung dengan Shaz ke lepas sekolah dulu-dulu?”

“tak auntie... masing-masing sibuk sambung belajarkan.. sekarang sibuk dengan kerjaya pulak..” balas Farah sopan.

“tak lama lagi sibuk dengan anak dan suami pulak kan..” gurau puan Rogayah kemudian mereka bertiga ketawa kecil.

“amin auntie... doa-doakan lah ada orang nak kat Farah ni... Shaz bila lagi auntie? ”

“insyaAllah auntie akan doakan supaya jodoh Farah cepat sampai. Farah tak payah risau la.. orang cantik macam Farah ni ramai yang nakkan.. Farah je kot yang jual mahal.” Giat puan Rogayah lagi. encik Tarmizi sekadar mendengar celoteh isteri dan kawan baik anak mereka.

“Shaz tu pon macam kamu la. Belum sampai jodoh lagi.” Sambung puan Rogayah dengan persoalan Farah yang belum terjawab. Farah mengerti dengan jawapan yang diberikan oleh mama Shazrina.

“Farah sekarang kerja apa? Tinggal kat taman ni lagi ke?” encik Tarmizi akhirnya bersuara setelah sekian lama menjadi pemerhati dalam perbualan isterinya dan Farah.

“Farah ada butik sendiri uncle kat Terminal One.. rumah yang kat taman ni mama dan papa dah jual.. kitorang dah pindah ke kl lepas Farah dah habis SPM dulu. Sekarang Farah sorang je la duduk kat seremban ni.” ulas Farah sopan. Puan Rogayah dan encik Tarmizi mengangguk-angguk kepala tanda mengerti.

“uncle,auntie..............” panggil Farah apabila suasana menjadi hening diantara mereka. Mungkin ketandusan topik perbualan menyebabkan suasana menjadi bisu.

“ye Farah?” serentak mama dan papa Shazrina membalas.

“sebenarnya Farah datang sini ada perkara penting nak bincang.. Farah harap uncle dan auntie sudi dengar cerita Farah ni.” Farah akhirnya membuka mukadimah tentang perkara yang ingin dibincangkan. Wajah orang tua yang berkerut didepannya diperhatikan. Nafas ditarik dalam bagi mendapatkan bekalan oksigen sebanyak mungkin. Dengan lafaz bismillah Farah memulakan segala cerita yang disimpan selama ini.

Last edited by misssakura on 30-1-2013 05:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 05:12 PM | Show all posts
Tergamam puan Rogayah dan encik Tarmizi mendengar segala kisah yang disingkap oleh Farah. wajah kedua ibubapa Shazrina mula menegang, memandang bengis kearah Farah yang tertunduk dihadapan mereka.

“kau cakap betul-betul Farah. betul ke kau yang menyebabkan Shaz dan Aliff tak jadi bertunang baru-baru ni?” tengking encik Tarmizi dengan badan yang sudah terketar-ketar. Menggigil badannya menahan rasa amarah yang menggila.

“sampai hati kau Farah... kami dah anggap kau macam anak kami sendiri tapi tak sangka kau sanggup buat kami macam ni? apa salah Shaz? Dia kawan baik kau kan sebelum ni!” bentak puan Rogayah pula. Kalau ikut perasaannya dah mampus Farah diganyang. Tak sangka gadis sebaik dan secantik Farah tegar melakukan perkara terkutuk ini.

“maafkan Farah auntie, uncle. Farah sedar Farah silap. Farah sangka Aliff akan sayangkan Farah kalau Farah pisahkan dia dan Shaz.. tapi Farah silap dan Farah sangat menyesal dengan apa yang Farah dah lakukan.” Rayu Farah sambil memeluk kemas kaki puan Rogayah. Air matanya melimpah lebat dari kolam matanya.

“mudah kau cakap... lepas anak aku dimalukan dengan bakal tunang sendiri, baru kau nak menyesal. Itu pon sebab Aliff tak nak kat engkau. Dah kau berambus sekarang dari rumah kami Farah.. berambus sekarang!” jerit puan Rogayah lantang sambil menolak kasar tubuh Farah yang memeluk erat kakinya. Benci sungguh dia melihat Farah saat ini.

“auntie...jangan buat Farah macam ni. Farah tahu Farah silap. Tapi Farah betul-betul dah menyesal auntie, uncle. Farah sedar, Farah terlalu ikutkan perasaan cemburu. Tergamak fitnah kawan baik sendiri yang bukan-bukan hanya kerana lelaki, tetapi Farah betul-betul dah insaf sekarang. Farah menyesal uncle, auntie.” Luah Farah lagi. Dia rela berulang kali mengaku kesilapan yang telah dibuat demi memperoleh kemaafan dari Shazrina dan keluarganya.

“ahh aku tak kisah la kau menyesal ke, tak menyesal ke. Apa yang penting kami sekeluarga tak ingin nak tengok muka kau lagi. dasar gunting dalam lipatan!” jerkah encik Tarmizi.

“uncle,jangan cakap macam tu... Farah....”

“kau berambus sekarang Farah. jangan jejak lagi didepan rumah kami!” potong puan Rogayah pula. Mencerlung matanya memandang kearah Farah yang masih menangis hiba dihadapan dia dan suaminya. Nak tarik simpati lah tu! Kutuk puan Rogayah didalam hati.

“auntie...Farah..” belum lagi habis Farah mahu meluahkan perasaannya, tangannya ditarik kasar oleh puan Rogayah lalu diseret ke muka pintu. Encik Tarmizi sekadar melihat tingkah isterinya. Biar padan muka Farah yang tergamak merosakkan hubungan cinta kawan baik sendiri. orang seperti ini memang tak layak diberi keampunan!

“mama,papa, Farah..... kenapa ni?” celah Shazrina didepan pintu rumah. Terkejut dia melihat emaknya melayan Farah dengan kasar.

“aku minta maaf Shaz... aku tahu, aku dah buat banyak salah kat kau. Tolong maafkan aku.” Farah meluru kearah Shazrina pula. Shazrina terpinga-pinga tidak tahu hujung pangkal hanya mampu menolak tubuh Farah yang melutut sambil memeluk kakinya.

“dah kau tak payah nak berdrama sangat Farah. berambus sekarang dari rumah aku.”teriak puan Rogayah lagi. Farah yang sedang melutut dihadapan Shazrina ditarik dan ditolak kasar supaya keluar dari rumahnya.

“mama...jangan buat macam ni. biar Shaz jumpa Farah sekejap.” Minta Shazrina yang kurang senang dengan sikap puan Rogayah.

“tak payah Shaz.. nanti apa pulak dia nak buat cerita lepas ni. Shaz tak payah jumpa dia lagi!” tegas puan Rogayah.

“betul tu Shaz.. tak payah dilayan orang macam Farah ni. dasar suka melaga-lagakan orang.” Sokong encik Tarmizi. Shazrina terseyum kecil dengan celoteh ibubapanya. Dia menghampiri mama dan papanya.

“takpe mama, papa. Shaz tahu apa yang Shaz nak buat. Mama dan papa tak payah risau yer.” Pujuk Shazrina lembut. encik Tarmizi dan puan Rogayah memandang antara satu sama lain untuk seketika. Akhirnya mengangguk setuju dengan permintaan anaknya.

Last edited by misssakura on 30-1-2013 05:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 05:18 PM | Show all posts
Farah dan Shazrina duduk dibangku yang disediakan di taman permainan. Suasana pagi yang tenang lagi nyaman memudahkan perbincangan antara mereka.

“kau buat apa datang rumah aku?” Shazrina memecahkan kesunyian antara mereka. Suasana ditaman permainan itu agak lapang memandangkan jam hampir mencecah tengahari.

“aku nak mohon kemaafan dari mama dan papa kau. Aku sedar kesilapan aku ini telah  menyebabkan mereka menanggung malu. lagi pon, mereka patut tahu apa yang aku dah buat terhadap kau dan Aliff.” Jelas Farah tenang. Matanya memandang kearah Shazrina yang kelihatan bersahaja. Tiada riak marah, sedih, kecewa mahu pun gembira diwajah gadis itu.

“kau fikir aku akan maafkan kau ke kalau kau cerita semua kesilapan kau tu kepada mama dan papa aku?” soal Shazrina sinis. Matanya mengerling kearah Farah yang mula kelihatan sayu. Farah sekadar diam membukam. Wajahnya mula merembes air mata.

“kau tak akan maafkan aku ke Shaz?” desis Farah dengan suara yang bergetar. Dia sedar, Shazrina cukup terluka dengannya.

“kalau kau jadi aku, kau akan maafkan aku ke Farah?” soalan berganti soalan. Matanya menyorot kearah Farah.

“aku sanggup buat apa sahaja untuk peroleh kemaafan dari kau Shaz... kau cakap je apa yang kau nak aku buat. Aku akan usahakan.” Luah Farah lagi. dipegang kedua belah tangan Shazrina untuk menunjukkan kesungguhannya. Shazrina menarik tangannya dari genggaman Farah. Satu keluhan dilepaskan dari mulutnya.

“kau tak perlu beritahu mama dan papa aku tentang kisah kita bertiga Farah.”

“aku tak kisah kalau mereka tahu semua tu Shaz... memang silap aku yang dah jahanamkan hubungan kau dan Aliff. Aku patut bertanggung jawab atas apa yang aku dah lakukan.” Balas Farah. Shazrina diam lagi.

“maafkan aku Shaz... sungguh aku menyesal sangat dengan apa yang aku dah buat.Kalaulah masa boleh diputarkan, pasti aku akan baiki kesilapan yang dah aku lakukan.” Tokok Farah lagi. Shazrina masih diam membukam. Perasaan serba salah menjerut lehernya. Farah mengeluh lemah melihat tingkah Shazrina yang tidak mempedulikan setiap bait bicaranya. Sungguh keras hati Shazrina. Namun, dia tidak boleh salahkan Shazrina kerana semua itu berpunca darinya.

“aku tahu kau sukar untuk maafkan aku.. tapi percayalah Shaz, aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan kembali dari kemaafan dari kau dan keluarga kau. Aku balik dulu lah.” Mohon Farah seraya bingkas berdiri. Dia masih ada hal penting yang perlu dilakukan sebentar lagi.

“Farah.....”panggil Shazrina perlahan. Farah yang sudah berjalan beberapa tapak menhentikan langkahnya. Badannya yang ramping dipusingkan untuk mengadap wajah Shazrina yang turut berdiri didepannya.

“aku maafkan kau....” ucap Shazrina lembut dengan senyuman kecil. Walaupun hatinya bukanlah 100 peratus ikhlas memaafkan Farah, namun dia yakin inilah yang terbaik untuk masa ini. Mungkin hatinya akan lebih tenang selepas ini. Farah terperanjat dengan kalimah yang tidak disangka akan meluncur dari mulut Shazrina. Pantas badan gadis itu ditarik dan dipeluk kemas.

“Terima kasih Shaz..Terima kasih.. Aku janji aku tak akan sia-siakan persahabatan kita selepas ini dan aku janji aku tak akan guriskan hati kau lagi..” Farah melaungkan ikrar. Air mata kegembiraan dan terharu merembes laju membelah pipinya. Bertapa dia bersyukur dengan apa yang dia dengar saat ini. Tak henti-henti hatinya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi.

Last edited by misssakura on 30-1-2013 05:24 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2013 07:11 PM | Show all posts
kdg kala hati kecil ini mmg susah nak maafkan insan seperti farah yg dianggap gunting dlm lipatan
sungguh hati shaz begitu lembut
hrp2 akak akan punya hati selembut shaz utk memaafkan mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 07:33 PM | Show all posts
fatehana posted on 30-1-2013 07:11 PM
kdg kala hati kecil ini mmg susah nak maafkan insan seperti farah yg dianggap gunting dlm lipatan
s ...

mungkin shaz dah nampak farah btol2 ikhlas nk bermaaf-maafan dengan dia kot... tp, biasanya lepas ni persahabatan yg bakal terjalin dah x sme dengn persahabatan dlu. dah x boleh rapat macam dlu lagi dah.. just bleh memaafkan jer.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 09:30 AM | Show all posts
misssakura posted on 30-1-2013 07:33 PM
mungkin shaz dah nampak farah btol2 ikhlas nk bermaaf-maafan dengan dia kot... tp, biasanya lepas  ...

mmg betul tu sakura persahabatan yg pernah tercalar xkan kembali seperti dahulu, ianya ttp cam so so aje
xde lagi istilah kemanisan dlm bersahabat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 09:39 AM | Show all posts
“Yah rasalah bang, kita patut maafkan Aliff sekeluarga.” Cetus suara puan Rogayah yang setelah pemergian anaknya dan Farah beberapa minit yang lalu. Encik Tarmizi memandang kearah isterinya. Satu keluhan kecil dilepaskan.

“abang pon rasa macam tu Yah... memang salah Aliff yang tak datang ke majlis hari tu,tapi kita pon pernah buat  silap terhadap dia sebelum ni. Kira kosong-kosonglah antara dia dan kita.”

“maksud abang?” puan Rogayah tidak mengerti dengan kata-kata suaminya.

“yelah... kita pernah tuduh dia macam-macam sebab mulut jahat Farah tu... Yah lupa ke?” ungkit papa Shazrina. Masih dia ingat segala makian yang dibuat terhadap Aliff hanya kerana terpedaya dengan helah Farah hampir 10 tahun yang lepas. Padahal, kalau ikutkan Aliff langsung tak bersalah. Kerana dia dan isteri, Aliff dan Shazrina putus persahabatan.

“betul tu bang... patutlah Farah beria-ia benar menghasut kita supaya bencikan Aliff dulu, rupanya ada hati dekat budak tu. Memang dasar perempuan tak tahu malu!” bebel puan Rogayah geram. Sakit sungguh hatinya bila mengingatkan segala tindakan Farah terhadap anaknya dan Aliff.

“tapi abang tak sangka Farah yang nampak lembut, baik tergamak buat macam tu.”

“manusia bang... rambut sama hitam tetapi hati lain-lain... patut lah Aliff marah benar terhadap Shaz.”

“itulah Yah.. kalo abang di tempat Aliff, memang abang pon sakit hati. Memang pantang benar kalau dicuit perihal emak! Lagi-lagi Aliff tu hanya ada emak dia je.”Ujar papa Shazrina. Puan Rogayah terangguk-angguk menyokong kata-kata suaminya. Mereka mula sedar istilah ‘salah faham’ yang dikatakan Shazrina sebelum ini.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 09:41 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.058318 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list