|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
cmf_conan posted on 24-1-2014 09:12 PM
Amboiiiiii.. mak tiri xdek.. sakan korang borak
borak meeriahkan benang takapekan..,takla bod ni sunyi je...
nak tunggu TT dapat idea sambungan...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 24-1-2014 03:33 PM
ko dah pernah baca BATC tuh ya?...nobel feveret aku tuh...ahaks....
for sure...watk jebat tuh t ...
BKATC Ada dalam koleksi.
Kan? Si Nanaz macam kureeeng sikit jadi Jebat. Kurang cool..banyak cakap lak tuh... tapi takpe...iols tetap suka...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 24-1-2014 03:48 PM
tak semestinya...kita jiwe lembut pom suka gak novel2 adventure nih...ko ada pernah baca MURTAD fr ...
Murtad belum baca. Setakat ni FIXI yg ada dalam koleksi Kasyaf (paling best), Pecah, Hilang, Katarsis, Infantisid, Paranormal, Zombijaya, Ilusaniti...dan lain-lain...hahahaha...
Iols suka stail Adib Zaini...tapi kena baca dgn minda terbuka..... sebab buku dia ada..ehem...*batuk*...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 27-1-2014 09:00 AM
BKATC Ada dalam koleksi.
Kan? Si Nanaz macam kureeeng sikit jadi Jebat. Kurang cool..banyak cak ...
ikutkn dah terbyg pelakon hong kong si jebat nih...bila shanaz berlakon aku jd out nk follow drama tuh...nengok pom skip2 & secara tak sengaja nengok..dah takde citer...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 27-1-2014 09:06 AM
ikutkn dah terbyg pelakon hong kong si jebat nih...bila shanaz berlakon aku jd out nk follow drama ...
Pelakon Hong Kong tak reti cakap Melayu derrr.....
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 24-1-2014 09:12 PM
Amboiiiiii.. mak tiri xdek.. sakan korang borak
Mak Tiri sinderella dah takdok...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 27
Waktu pagi.
Hujan telah berhenti seawal setengah jam yang lalu menjadikan cuaca pagi di Kuala Lumpur agak sejuk ketika ini.
Aaron juga telah bangun dan bersiap. Tubuhnya di saluti T-Shirt berlengan panjang dan seluar Bermuda berwarna beige. Hanya bergaya ringkas kerana dia tidak berniat untuk ke pejabat hari ini.
Farizah masih lagi lena dalam bilik tidurnya.
Secawan mug diletakkan di Coffee Machine. Bunyi biji kopi yang dikisar memenuhi ruang dapur. Bau aroma kopi sanngat menyegarkan minda di waktu pagi. Sementara menantikan mugnya penuh, Aaron membuka peti sejuk, memerhatikan apa yang ada di dalamnya. Tidak banyak bahan-bahan mentah yang terkandung dalam peti sejuk rumah. Hanya bahan-bahan asas seperti telur, keju, salad sedia di makan. Roti, Marjerin dan mentega kacang. Ada juga dua pek sosej.
American Breakfast.
Aaron tersenyum sambil tangannya mencapai beberapa bahan untuk di buat sarapan. Dia memang pandai memasak tetapi dia jarang memasak. Maklumlah, tinggal bersendirian. Lebih mudah makan di luar saja. Dapur pun kemas, tak bersepah. Tetapi, pagi ini dia berniat untuk menyediakan sarapan buat Farizah.
Izzy…
Bibirnya masih terukir senyum.
Senyuman itu, bagaimanapun…tidak lama. Satu tujahan dibelakang badannya mematikan segala fikiran dalam mindanya. Agak kuat, hampir saja barang-barang di tangannya terlepas.
“How dare you?!”
Satu jeritan langsung menyapa telinga. Di serang rasa terkejut, Aaron segera meletakkan bahan-bahan di tangan ke atas kabinet dapur lantas berpaling.
Sikap manja dan menggoda malam tadi telah hilang. Berganti dengan wajah yang menyinga.
“How could you do this to me?!” Sekali lagi, suara bingit Farizah memenuhi ruang dapur.
Aaron terpinga-pinga.
“Lelaki! Memang tak guna!” Dan pelbagai lagi kata-kata kasar keluar dari mulut Farizah. Bukan itu saja, Farizah bertindak lebih ganas apabila tangan Farizah menggampar tubuhnya.
Dek kerana tergamam, Aaron membiarkan saja Farizah melepaskan geram.
“You. Are. Such. A jerk!”
Tangan Farizah melayang hampir tepat mengenai pipi namun kali ini, Aaron juga bertindak. Tangan Farizah digenggam kemas. Last edited by Nicki_Meow on 4-2-2014 12:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Stop it, Izzy…”
Farizah seolah histeria. Kata-kata Aaron tidak dipedulikan. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Melepaskan rasa sakit yang terpendam dalam hati.
“Izzy…stop. Listen to me!”
“Listen to you? Lepas apa yang kau buat pada aku…kau ingat aku nak dengar cakap kau?” Farizah menjerit lantang dan masih meronta.
“You dengan Badli…dengan semua jantan kat luar tu…sama je! Dasar buaya!”
“Izzy! I won’t do it if I don’t love you.”
“Love? Bullshit!”
“Izzy. Dengar sini. You yang mula dulu. You yang seduced I …” Kali ini, suara Aaron juga meninggi.
“What?”
“You yang …seduced I…”
Rontaan Farizah terhenti.
“I…what?” Soalan yang sama terkeluar dari mulut Farizah. Namun kali ini, lebih lemah.
“You start it first…Izzy. Last night…you hugged me and then kita…” Aaron menarik nafas panjang, tidak meneruskan kata-kata. Farizah di hadapannya direnung lama.
Farizah pula, kelihatan kabur dan terdiam. Butir kata-kata Aaron mula masuk dalam kepala. Malam tadi…
Malam tadi, bukankah dia bersama Shah?
Nafasnya turun naik. Jika tadi, dek kerana amarah yang terlalu…kali ini, kerana sesalan yang dia pun tak tahu untuk apa.. Kakinya terasa lemah namun mujur tubuhnya sempat disambut Aaron.
“Izzy… I did try to avoid it, alright? But you… you….damn! How do you expect me to turn you down? I mean...look at you...”
Farizah kekal mendiamkan diri, cuba mencari sisa-sisa kekuatan dalam diri…andai masih ada. Fikirannya kembali merewang. Badli. Aaron. Shah. Aaron. Shah. Shah. Aaron…
“Izzy…”
Farizah terasa Aaron menolaknya perlahan namun tangan Aaron masih kekal dibahunya.
“Izzy…look at me…”
Perlahan-lahan, Farizah mengangkat muka. Kini, mereka bertentangan mata. Last edited by Nicki_Meow on 4-2-2014 12:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Do you remember, what happened last night?”
Ingat. Dia bersama dengan Shah.
“Izzy…”
Farizah mendiamkan diri. Dia sendiri terasa keliru, bagaimana pula hendak dia terangkan kepada Aaron?
Sekali lagi, Farizah terasa bahunya dipaut. Tanpa bantahan, dia membiarkan saja Aaron membawanya ke meja makan. Kerusi di tarik untuknya dan perlahan-lahan, punggungnya dilabuhkan di kerusi. Aaron pula terus berlalu. Farizah tak bertanya… ke mana, tak peduli ke mana.
“Coffee…”
Sebiji mug berisi kopi panas diletakkan dihadapnnya, beberapa saat kemudian. Aromanya memberikan sedikit kesegaran pada minda. Tetapi, mug berisi kopi itu tidak di sentuh, hanya dibiarkan kaku disitu.
“Izzy, do you remember...what happen last night?”
Soalan yang sama ditanya lagi. Farizah mengangkat muka. Aaron sudah pun duduk disebelahnya, berwajah tegang. Farizah melarikan pandangan. Apa yang mampu dia buat adalah, membatukan diri dan merenung kosong ke arah mug. Sepertinya, mug itu yang bercakap dengan dia…bukan Aaron.
“Last night…you mabuk.” Suara Aaron mendatar. Farizah membiarkan saja Aaron berkata-kata.
“I nak hantar you balik tapi you tak nak. You cakap, kalau housemate you tahu… you mabuk, mesti housemate you bising. Bila I tanya you nak pergi mana, you…tak jawab. So then, I’ve decided to bring you back to my house. At least…you have a proper place to rest.” Aaron berhenti seketika dari berbicara seraya melihat ke arah Farizah. Menantikan reaksi.
Tiada. Wajah Farizah kekal seperti tadi.
“Then…we chat a little bit before you start crying.”
Kali ini, Farizah mula memberikan sedikit tumpuan walaupun masih tidak mengalihkan pandangannya dari mug.
“Lepas tu..you cakap…yang you…” Aaron menelan air liur. “You said that you love me so much. You hugged me…and we start to…”
Pandangan Farizah bertukar dari mug kepada Aaron, merenung tajam. Last edited by Nicki_Meow on 4-2-2014 12:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaron mengeluh. Malam tadi, dia benar-benar menyangkakan yang Farizah turut mahukannya. Malam tadi, dia menyangka Farizah cintakannya. Dia lelaki normal dan dia tak mampu menangkis godaan dari wanita yang dia sayang.
Dan dia, benar-benar cintakan Farizah.
“I tahu… malam tadi you mabuk. Mungkin you tak sedar apa yang you cakap. But, for some reasons Izzy... bila you cakap yang you cintakan I… I…thought you’re really meant it…”
Farizah memejamkan mata lalu menggelengkan kepala.
“But now I know…I’m wrong. You sebenarnya…langsung tak cintakan I…” Nada yang benar-benar kecewa terluah dalam kata-kata itu.
“Izzy…please…look at me. I sayangkan you, I love you Izzy and I really mean it. And please…tolong jangan anggap I sama macam Badli. I bukan Badli. Okay? I will not sleep around with just any girls or force them to be with me. But last night, I really thought that… we share the same feelings. I takkan buat semua ni kalau I tahu yang you….” Kata-kata Aaron terhenti sekali lagi.
“Kalau I tahu yang you tak sayangkan I…macam mana I sayangkan you…”
Farizah merenung mata Aaron dan untuk kesekian kalinya. Mencari seandainya ada ketidakjujuran dari raut wajah itu.
Tiada. Farizah tahu, apa yang dituturkan Aaron sebentar tadi…benar belaka.
Saat ini, dia tidak tahu mana yang lebih menyakitkan hati. Kejujuran Aaron…atau keterlanjuran dirinya sendiri?
Saat ini, betapa dia berharap Aaron berbohong supaya dia dapat membenci lelaki itu…dan bukan dirinya sendiri.
“Izzy…”
Bibir Farizah bergerak-gerak, cuba menyatakan sesuatu namun, tiada bicara yang mampu diluahkan hingga akhirnya, dia mula teresak-esak.
“Ssshhh….don’t cry. Hati I sakit tengok you macam ni… ” Aaron menarik Farizah rapat ke dada.
“Izzy…listen. I’ll do whatever it takes to be with you. I janji, apa-apa yang jadi pada you, I akan bertanggungjawab.”
“I sayangkan you, okay? I really…really love you.”
Aaron tetap cuba memujuk tetapi Farizah seolah-olah tenggelam dalam tangisan. Akhirnya, Aaron membiarkan saja Farizah menangis semahunya.
Agak lama berkeadaan begitu, akhirnya…tangisan Farizah berhenti. Dia lantas menjarakkan diri dari Aaron.
“Izzy…are you okay?”
“Hantar I balik.” Suara Farizah dingin sekali.
“Izzy…you…”
“Hantar I balik.” Ulang Farizah, lebih tinggi kali ini. Dia kemudiannya bangun dan pergi dari situ.
Aaron menarik nafas panjang sebelum bangun perlahan-lahan. Rasa bersalah, marah, kecewa dan buntu berbaur menjadi satu. Satu keluhan panjang dilepaskan. Last edited by Nicki_Meow on 27-1-2014 01:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 27-1-2014 09:04 AM
Murtad belum baca. Setakat ni FIXI yg ada dalam koleksi Kasyaf (paling best), Pecah, Hilang, Katar ...
kasyaf...mmg ada ura2 nak beli... aku pom baru berjinak2 ngan fixi...kekadg jemu gak genre cintan-cintun nih...nak baca luar kotak lak...aku takat nih..Murtad (paling best,citer yg stylo abis) Paranormal, Gergasi, Asrama...lejen pres pom aku beli sebuah...langit nan gelap...komedi seram...takat nih tuh aje...
Yg pasti fixi nih mmg celupar2 tuh aku just ignore...dah itu cara fixi...aku no hal jek...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 27-1-2014 09:07 AM
Pelakon Hong Kong tak reti cakap Melayu derrr.....
...boleh dubbing aper?...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-1-2014 03:14 PM
Episode 25
“Izzy, dah sampai.”
asal high class jek kebaratan kan...ahaks...
best ler citer ko nih niki..salute...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-1-2014 04:31 PM
“Stop..Izzy. Dah empat kali you minum…” Suara Aaron menerjah telinga.
Empat? Tidak sedar yang ...
farizah nih out from list jodoh2 zack... zack jejaka soci murni... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|