|
Takdir Kita Berbeza 53
Kak
izinkan daku
menumpang kasihmu
usah pernah rasa terbeban
moga hadirku mengajar erti persaudaraan.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
100pp Sepi

Sepi itu indah! Ya mungkin kepada yang suka menyendiri pun yang bencikan hirup pikuk suara manusia. Sepi itu satu penyiksaan kepada yang mengharapkan kehadiran insan lain. Mereka rindukan gelak tawa dan gurau senda. Apatah lagi, suara itu datang dari keriuhan anak cucu sendiri dalam kemeriahan aidil fitri. Sayangnya, ada yang terlupa bahawa ada insan yang merindu momen itu separuh nyawa. Mereka mungkin insan yang tak pernah lekang dari bibirnya mendoakan kesejahteraan kamu di dunia dan akhirat. Engkau bayangkan dalam hidup mereka seperti dunia ini tanpa kicauan burung di pagi hari dan tiada kemerduan suara katak selepas hujan di malam hari.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
100pp Gema Takbir
Takbir raya menusuk telinga jiwa, rindu pun menerpa ke dada sukma. Terkenang ayah bonda selama hidup di dunia. Tiada kasih setulus kasih ayah bonda. Betapa agungnya tiada ternilaikan. Tiap kali senja melabuh tirai dan tatkala fajar menyingkap sang suria kutitipkan doa buatmu ayah bonda. Redamu kuharapkan bawa sejahtera. Gema takbir menyelinap ke sanggar sanubari timbulkan keinsafan diri, doa mengiringi diri buat meniti hari-hari yang belum pasti dalam mencari reda Ilahi. Kumohon ampun dari segala dosa kekhilafan diri mudahan nanti hadirku sebagai insan yang suci diri dari noda. Ya Allah, ampunkan kami kerana tak termampu menempuh siksaanMu, takdirkan kami ke syurgaMu.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 54
Duhai anak
kubimbing kamu selayak
mengerti ragam hidup di khalayak
mampu bawa diri
disenangi
bukan jadi duri
Usah sama sekali
sakiti ciptaan Ilahi
Tabah dengan uji.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 55
Dari redup
sinar matamu
kumengerti
terbatas upaya diri
selagi ada hayat ini
abah pasti
tiada urusan dunia
melebihi urusan buatmu.
Kekuranganmu pelengkap hidupku
Kelebihanmu kekuatan diriku.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 56
Dia
tak pandai bersandiwara
jika senyum
setulus hatinya
jika merajuk
tertunjuk emosi menjeruk
Anak istimewa
amanah Yang Esa
Syukur
atas pinjaman
buat kami sekeluarga.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
100pp Cuti
Cuti adalah waktu seseorang bebas dari tugas hakiki tanpa bermaksud terputus akan perkhidmatannya. Jugat tidak bermakna seseorang itu langsung lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang yang berjawatan atau mempunyai tugas-tugas khas bersangkutan dengan tugas rasmi. Waktu cuti biasanya digunakan seseorang untuk menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilunaskan semasa bertugas dek terikat dengan rutin tugas serta batasan waktu yang terhad sekirannya perlu berurusan dengan pihak lain. Amat mendukacitakan andai hak cuti yang layak diambil seseorang dinafikan oleh pihak atasan. Apatah lagi kelulusan harus melalui soaal jawap, ungkit mengungkit dan kata-kata yang tidak mengambarkan tahap profesioanalisme seorang ketua. Nilai kemanusiaan makin nipis terhakis!
CNM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 414
... telah ratusan purnama
menyemai semarak cinta
menggembur bibit rindu
berbunga selaut kasihmu
menguntum di jambangan kalbu
melengkapi seri hidupku.
Aku yang memilihmu
aku telah jadi milikmu
dulu dan kini
dan takdirkan kami
ke syurgaMu.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir kita berbeza 57
Adakala
sepertinya rimau
adakala
sepertinya kucing
dialah penghibur kami
dialah pengikat kasih kami
Anugerah terindah dariNya.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 58
Dia
suka meniru
apa yang ibu abah buat
jadi ikutan
jika kepalanya diusap
tatkala hendak tidur
maka itulah yang dibuat
andai kami hendak lelapkan mata
dia yang prihatin.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 59
Di hadapan kamera
dia pun pandai bergaya
anak istimewa
keletahnya mencuit jiwa
ada-ada saja.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 60
...sejak tangisan pertama
kuterima dia
sempurna anggota
padaku tiada cacat cela
hadirmu
melengkapkan hidupku
kita sentiasa diuji
takdir yang perlu dilalui
mudahan direda Ilahi.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 61
...ketika kamu
keperitan melawan kanser
air mata ini hampir tiada
abah hanya mampu berdoa
mohon disembuhkan...
Alhamdulillah
atas kekuatan dirimu
dengan izinNya
kamu hadirkan senyuman
di atas selumbar kepiluan
pergilah duka
berikan dia sejahtera.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 62
Lihatlah dunia
dia pun mampu berkarya
di luar jangkaan
mengaplikasikan ICT
dengan kreativiti sendiri
cantik sekali
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Adab Engkau Tanggung Azab
Jangan disangka
yang lembut tak berbekas
lihat air
lembut menitis
lekuk jua batuan hampar
lihat ombak tsunami
betapa ngeri sisa pukulan
lihat deraian air mata
luluh sekental jiwa
Usah menguji
andai kail panjang sejengkal.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 63
Hari ini
Sekali lagi
Kamu banggakan abah ibu
Telah kamu buktikan
Kamu mampu tempa kejayaan
Syukur kepada Tuhan.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
diri ini,
mampu ada dan bertahan
hanya kerana Mu |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA YANG JAGA HATIMU?
Dalam jerih memikul amanah di bahu
tatkala sendu menerjah bertamu
pabila ada tingkah menyembilu
saat gurisan rasa menyesak kalbu
cikgu, siapa yang jaga hatimu?
Yang mereka tahu engkau ukir senyum bermadu
yang mereka tahu engkau pamer wajah ceria selalu
yang mereka tahu engkau tiada duka waktu ke waktu
cikgu, siapa yang jaga hatimu?
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Rangkap Pertama | Akhir
Pada rangkap pertama
setiap satunya mencuba dan mencuba
melukis rona tiada jelaga
dalam gurisan pancaroba
usaha pasrah doa...
Pada rangkap akhir
setiap satunya mengharap takdir
tersingkap segala tabir
diperlihat yang dikelir
penamatnya biar di atas sungai mengalir...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa Pendatang
Bangsa pendatang
Angkuh bertindak sumbang
Nekad menunjuk belang
Gagal bersikap adik abang
Sesuatu yang amat malang
Anggota keselamatan diserang
Perlukah lagi bersikap tenang
Era berlembut makin diganyang
Nasib rakyat kian dikubang
Dek rakusnya bangsa pendatang
Agenda menunjuk kuasa dijulang
Terlupa diri di tanah seberang
Ada adat ada pantang larang
Nasib sendiri diperdagang
Golongan harus dihalang, ditentang, dipedang...
CNM |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|