CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 29-1-2018 11:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 11:09 PM | Show all posts
TerkiniJanuary 29, 2018

“Zulfarhan Terbaring Dengan Balutan Di Badan” – Saksi


KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain dilihat terbaring dengan berkain pelikat dan hampir seluruh badannya dibaluti ‘bandage’ di sebuah unit pangsapuri pada 1 Jun tahun lepas.

Penolong Pegawai Perubatan Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan Hospital Serdang Mohd Fadzli Sham Shafii, 36, berkata selepas melihat keadaan itu, beliau terus melakukan pemeriksaan ke atas lelaki yang berumur 20-an itu.

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata semasa pemeriksaan tersebut, beliau mendapati mangsa tidak bernafas, tiada denyutan nadi dan tiada pergerakan anak mata hitam sebelum memaklumkan kepada pusat koordinasi perubatan yang kemudian mengarahkannya membawa mangsa ke hospital dengan segera.

“Dua tertuduh turut menemani mangsa yang tidak sedarkan diri itu bagi mendapatkan rawatan di Hospital Serdang,” katanya.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi iaitu tertuduh kedua yang secara sukarela menemani mangsa di dalam ambulans, katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada hari pertama perbicaraan kes membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di sini.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Fadzli Sham berkata beliau menemui kedua-dua tertuduh ketika tiba di Apartment De Centrum, Bandar Baru Bangi setelah menerima panggilan yang memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri di sebuah unit pagsapuri itu.

“Pada 1 Jun 2017, ketika saya sedang bertugas syif petang bermula 2 petang sehingga 9 malam, pusat koordinasi perubatan menerima panggilan kecemasan pada 8.28 malam mengatakan ada seorang lelaki tidak sedarkan diri di apartment itu.

“Saya bersama pemandu ambulans, Nurul Hisham, bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira 8.40 malam. Sebaik tiba, ada seorang lelaki yang saya tidak kenal pasti sedang tunggu pihak kami di lobi dan bawa naik ke rumah di Blok B,” katanya.

Semasa menjawab soalan Othman tentang berapa individu yang berada di dalam rumah tersebut ketika beliau tiba, saksi itu berkata selain seorang lelaki yang menunggu di lobi dan membawanya ke unit pangsapuri itu, terdapat dua lelaki lain yang sedia berada di dalam rumah berkenaan iaitu lelaki sama yang menemani mangsa di dalam ambulans.

Ditanya bagaimana beliau mengetahui nama kedua-dua individu itu, Mohd Fadzli Sham berkata beliau mengetahuinya selepas melihat pendaftaran nama mereka di dalam buku pendaftaran hospital sebaik mangsa dibawa ke unit kecemasan hospital itu dan diserahkan kepada Doktor Muhd Faiq Nabil untuk rawatan lanjut.

Ketika diminta membuat pengecaman adakah kedua-dua lelaki itu berada di mahkamah hari ini, saksi itu berkata :” Ya, Akmal hujung sekali sebelah kanan, Azamuddin saya tak berapa cam sebab dia pakai topi (pada hari kejadian),” katanya sambil menunjukkan kepada Muhammad Akmal Zuhairi yang berada di kandang tertuduh.

Saksi pendakwaan kelima, bapa Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idrus, 54, pula sebak semasa pengecaman gambar bedah siasat anaknya dan sambil menangis berkata “ya” ketika Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz bertanyakan adakah gambar tersebut gambar Zulfarhan Osman.

Ibu Zulfarhan Osman yang berada di galeri awam juga dilihat menangis teresak-esak.

Terdahulu, Zulkarnain yang juga pemandu teksi dan menetap di Skudai, Johor Baharu, memberitahu bahawa pada 11.45 malam, 1 Jun 2017 semasa beliau berada di rumah, pihak UPNM menghubungi untuk memaklumkan Zulfarhan Osman telah meninggal dunia dan jenazahnya berada di Hospital Serdang, Selangor.

Katanya beliau kemudian bergegas ke hospital itu dan tiba pada 3.30 pagi, 2 Jun 2017 namun hanya dibenarkan melihat dan mengecam mayat Zulfarhan Osman kira-kira 9 pagi hari sama.

Zulkarnain berkata Zulfarhan Osman adalah anak sulungnya daripada empat beradik dan belajar di UPNM pada tahun kedua peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Kali terakhir beliau bertemu Zulfarhan Osman adalah pada April 2017 ketika anaknya itu pulang bercuti selama tiga hari.

Kepada soalan Nurakmal Farhan sama ada Zulfarhan Osman pernah mengadu sebarang masalah sepanjang belajar di UPNM, saksi itu menjawab “tidak pernah”.

Ketika ditanya adakah anaknya itu memiliki komputer riba, lelaki itu berkata Zulfarhan Osman memiliki komputer riba sendiri namun tidak pasti berapa lamakah anaknya telah memiliki komputer riba itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah akan bersambung pada 28 Feb depan. — BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:10 PM | Show all posts
pet_ayut replied at 29-1-2018 11:07 PM
Uish..kalau aku pun pikir beribu kali..anak dah lah sorang..pompuan pulak tu..risiko wehh

keturunan kerabat dan army panglima ala2 sebati dalam darah ...so dah datang sendiri harini dia dah taknak la tu masuk yuuupienem? hahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:21 PM | Show all posts
iloveselangor replied at 29-1-2018 11:04 PM
Iols dah cakap dr thread awal diorg guna sterika wap....

Acik2 gigeh percaya perkataan TEKAP  ...

Sampai termimpi2 haaa...lagi apa lagi dalam mimpi tu...cer share lagiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 29-1-2018 11:08 PM

Mksd kamal ni..heri teruja dgr paan menjerit sakit. Lg kuat paan jerit..lg dia seronok.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
irise666 replied at 29-1-2018 10:36 PM
Kenapa mereka ada access utk guna pintu belakang? Special dari segi apa?

Dr segi menjaga reputasi pihak u & mindef kottt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2018 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa hakim tak datang ye ? First time dengar kes perbicaraan hakim tak dtg
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 29-1-2018 11:21 PM
Sampai termimpi2 haaa...lagi apa lagi dalam mimpi tu...cer share lagiii

I dah share dlm thread lepas....

Rohnya dah aman pon lepas ibunya melihat jenazahnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 29-1-2018 11:04 PM
Iols dah cakap dr thread awal diorg guna sterika wap....

Acik2 gigeh percaya perkataan TEKAP  ...

Dulu mati2 ingat iron gosok. Kalau dah gosok sampai melepuh, susah la nak gosok bila dah melekat kan. Tak terpikir lak iron macamtu

Ni mmg dah iron camgitu, lagi best la dok layang2. Even tak lekap kat badan lagi, mesti dah rasa haba wap tu. Huuuuuu sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 29-1-2018 11:09 PM
TerkiniJanuary 29, 2018

“Zulfarhan Terbaring Dengan Balutan Di Badan” – Saksi

Kesiannya arwah terbaring macamtu ja without proper treatment. Kesiannya dia

Bila dah bicara ni, baru tau kisah sebenar drp saksi2 masa kejadian. Tak sabar nak tunggu 28feb pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
PyoNaRi replied at 29-1-2018 11:34 PM
Dulu mati2 ingat iron gosok. Kalau dah gosok sampai melepuh, susah la nak gosok bila dah melekat k ...

Luka wap tu dibungkus pula dengan kain kecuali muka dan tapak tangan. Auchh.. pedih nya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
PyoNaRi replied at 29-1-2018 11:34 PM
Dulu mati2 ingat iron gosok. Kalau dah gosok sampai melepuh, susah la nak gosok bila dah melekat k ...

Sebab tu diorang boleh layang sekali sterika wap kat kon*k arwah sister.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
irise666 replied at 29-1-2018 11:37 PM
Luka wap tu dibungkus pula dengan kain kecuali muka dan tapak tangan. Auchh.. pedih nya

Luka dah bernanah sakan. Kita yg melecur sikit pun tak tahan pedih dah. Ni kena satu badan. Kesian arwah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 29-1-2018 11:38 PM
Sebab tu diorang boleh layang sekali sterika wap kat kon*k arwah sister.

Hmmm betui tu sis. Dok teringat jugak dulu rajin pulak depa tekapkan iron kat every part of arwahs body. Sah2 iron berat jgk. Iron tu mesti ringan sikit, layang sikit pun dah rasa. Ish tergamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 12:05 AM | Show all posts
PyoNaRi replied at 29-1-2018 11:42 PM
Hmmm betui tu sis. Dok teringat jugak dulu rajin pulak depa tekapkan iron kat every part of arwahs ...

kalau dah ringan camtu cucuh sambil pejam mata pon bolehhh dgn wap haba tu disperse ke udara...eiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 29-1-2018 11:33 PM
I dah share dlm thread lepas....

Rohnya dah aman pon lepas ibunya melihat jenazahnya.

I igt sis cerita pasal mimpi sis..
Tp I igt ala2 cerita sis hasanah so I baca tanpa percaya saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2018 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 29-1-2018 11:08 PM

Sadist
Tak blh dibiar lepas bebas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat gambar diorg bersama kt ig farhan.. tgk dr pic tu mmg kite akn aggap diorg mmg berkwn baik.. tp spe sangka smpi sggup menyeksa arwah smpi mati.. xdpt bygkn keadaan arwah terseksa cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 08:11 AM | Show all posts
queenhua replied at 30-1-2018 02:02 AM
Sadist
Tak blh dibiar lepas bebas.

betul..kalo dibiar lepasesok mendabik dada aku dah bantai bunuh anak orang pun hebat boleh terlepas
lepas ulang buat lg jenayah



Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 08:38 AM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 29-1-2018 03:10 PM
keturunan kerabat dan army panglima ala2 sebati dalam darah ...so dah datang sendiri harini d ...

kah kah..tak tahu lah..nanti aku tanya..tak jadi lah kot agak nya..ngeri pikir ape bakal jadik kalau die masuk..

Semalam bile kena tegur pasal hp dgn polis bantuan tu pun muka dah mencebik..apetah lagi kalau kena jerit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.430681 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list