CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarah82

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 38

 Close [Copy link]
Post time 25-6-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-6-2021 05:44 PM
Dapnyer...ni nanti nak perabeh eskrem coklat buat moreh  haha...taruh sekut Raya...

paduuu.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 05:55 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 25-6-2021 05:19 PM
kuihbakar replied at 25-6-2021 04:52 PM
Innalillah wainna ilaihi rajiun

Byk infografik lak...awal dah letak...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-6-2021 05:50 PM
Sekrg ada varian Delta Plus plak...

Dah masak bubur lambuk, celur bendi, gulai kari, telur asin ...

Hari ni kume buat ayam masak kicap jer... lain2 tu dema masak ikut lah masing2...ada yg mengoder food panda.


Varian delta ni ganaz kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 05:56 PM | Show all posts

Dpt idea dari gambo KB tu haha...bambam joget le tu...dpt eskrem...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-6-2021 05:50 PM
Sekrg ada varian Delta Plus plak...

Dah masak bubur lambuk, celur bendi, gulai kari, telur asin ...

Lawak mak dan anak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 05:57 PM | Show all posts
kuihbakar replied at 25-6-2021 03:05 PM
bambam lunch aiskrim durian dengan durian...

Ya Awloh...Bambam hepi yahamat le tu...cuaca bahang ni...best kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2021 05:59 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-6-2021 04:55 PM
Hari ni kume buat ayam masak kicap jer... lain2 tu dema masak ikut lah masing2...ada yg mengoder f ...

Sedap.masak kicap...oh...tauhu bergedil.ada lagi...perabihkan gak...
Cuaca paneh pijor ni..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 06:01 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-6-2021 04:56 PM
Lawak mak dan anak ni...

Good sharing

Tu le...tahu pun Delta Plus...ada yg citer...terlepas info...huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-6-2021 05:59 PM
Sedap.masak kicap...oh...tauhu bergedil.ada lagi...perabihkan gak...
Cuaca paneh pijor ni..huhu.. ...

Cuaca sini mcm nyaman...entahle mungkin dlm romah.... hehe.. kat luor panaih kut...tapi nampak mcm x brp panaih sgt...mendung...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 06:03 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-6-2021 05:02 PM
Cuaca sini mcm nyaman...entahle mungkin dlm romah.... hehe.. kat luor panaih kut...tapi nampak mcm ...

82 kematian...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 06:04 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-6-2021 05:02 PM
Cuaca sini mcm nyaman...entahle mungkin dlm romah.... hehe.. kat luor panaih kut...tapi nampak mcm ...

Patut le mendung...sini langit terang...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-6-2021 06:03 PM
82 kematian...

Innalillah...masih tinggi.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 06:07 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 06:08 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-6-2021 05:04 PM
Innalillah...masih tinggi.....

Moga turun le...camna lockdown...senyap je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 06:10 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 06:11 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 06:40 PM | Show all posts
makadek replied at 25-6-2021 02:04 PM
Dah tgk orphan and the thieves ... Mantol

Masih tgh cari...huhu...best plot...dari novel ye?

Semlm nonton The King & The Clown...k-movie...satira sgt...ralit smp habis
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 07:13 PM | Show all posts
seribulan replied at 25-6-2021 11:58 AM
Ni byk dah settle WIO...leh x kuar rumah kale sambung lockdown  haha...

pernah satu ketika sbb bosan duduk rumah masa mco, iols bawa kereta pergi mana2 aje. bila beli grocery,balik rumah lalu jalan jauh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 07:17 PM | Show all posts
seribulan replied at 25-6-2021 11:58 AM
Good morning...pe menu tu?

pagi tadi makan roti canai frozen cicah sambal sardin. dinner apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 6,775 kes (657,739 kes kumulatif, 91.0%);
Kes baharu : 5,812 kes (722,659 kes kumulatif);
Kes import : 32 kes (17 warganegara, 15 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,780 kes [4,214 warganegara (72.9%); 1,566 bukan warganegara (27.1%)];
Kes aktif : 60,117 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 870 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 433 kes;
Kes kematian : 82 kes (4,803 kes kumulatif, 0.66%; 71 warganegara, 11 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 2,741 kluster;
Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 1,868 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 873 kluster.
Sebanyak 82 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 31 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapan (8) kes di Johor, lima (5) kes diNegeri Sembilan, empat (4) kes di Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Pahang, dan Kedah, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Perak, dan Melaka.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

INISIATIF PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL (MHPSS) KKM

Sepanjang pandemik COVID-19, terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku, masyarakat sememangnya terkesan dari segi emosi dan kesihatan mental. Tekanan tidak hanya dialami oleh kakitangan di sektor awam dan petugas kesihatan atau frontliners, tetapi tekanan turut dirasai oleh golongan lain dalam kalangan masyarakat.

Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan semenjak 25 Mac 2020 mendapati, kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan juga kaunseling. Daripada 1 Januari 2021 sehingga 18 Jun 2021, Talian Bantuan Sokongan Psikososial telah menerima sebanyak 122,328 panggilan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 109,806 panggilan (89.4 peratus) adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial seperti;

Kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan;
Hilang tempat bergantung;
Pergaduhan antara ahli keluarga; dan
Masalah rumahtangga (pertengkaran, perpisahan,
penceraian), penderaan (emosi dan fizikal).

Jadual 1: Jumlah Panggilan yang diterima oleh Talian Bantuan Sokongan Psikososial

Dari 1 Januari 2021 Sehingga 18 Jun 2021

No.        Kategori        Kumulatif Jumlah Panggilan        Peratus
1        Sokongan emosi/ Kaunseling        109,388        89.42%
2        Maklumat berkenaan COVID-19        6,163        5.04%
3        Isu perhubungan kekeluargaan        2,660        2.17%
4        Aduan umum        2,526        2.06%
5        Keperluan / Bantuan asas        453        0.37%
6        Kerohanian        446        0.36%
7        Isu kesihatan        437        0.36%
8        Penjagaan anak        99        0.08%
9        Psikiatri        68        0.06%
10        Bantuan kewangan        59        0.05%
11        Keganasan/ Keganasan domestik        29        0.02%
        Jumlah Keseluruhan        122,328        100.00%
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan beberapa inisiatif dalam menangani gejala tekanan yang dihadapi berikut seperti:

a)     Bekerjasama dengan MERCY Malaysia dalam memberikan perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial yang berpusat di CPRC, KKM sejak 25 Mac 2020. Talian ini dikendalikan oleh pegawai psikologi kaunseling KKM serta dibantu oleh sukarelawan pegawai psikologi agensi-agensi lain dan NGO.

b)     KKM juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan mewujudkan talian bantuan masing-masing iaitu KSK Care (JAKIM) dan Talian KASIH.

c)     Manakala di peringkat lapangan seperti hospital dan klinik kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS (Mental Health Psychosocial Support Service) turut disediakan untuk kumpulan sasar iaitu;

Person Under Surveillance (PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah;
Pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital / PKRC;
Petugas kesihatan yang bertugas dalam menangani pandemik COVID-19 di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah;
Petugas daripada agensi lain yang terlibat dalam mengendalikan pandemik COVID-19; dan
Ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat COVID-19; dan
Perkhidmatan kepakaran psikiatri oleh para pakar. Mereka juga melaporkan peningkatan jumlah pesakit yang datang mendapatkan konsultasi.
Perkhidmatan MHPSS yang dilaksanakan adalah:

Pendidikan kesihatan mental atau Psychoeducation     melalui web chat/ messenger dan QR Code;
Saringan kesihatan mental yang diedarkan kepada    petugas kesihatan / PUI / PUS melalui borang google link
Melaksanakan sesi Psychological First Aid (PFA) secara   individuatau berkumpulan kepada petugas kesihatan;
Menjalankan PFA melalui tele-kaunseling kepada pesakit        dan petugas yang disyaki menghidap Covid-19 dan yang        berisiko di hospital dan Stesen Kuarantin seluruh negara;
Memberikan sokongan emosi, sokongan psikososial,      psiko-spiritual dan Grief Counseling kepada keluarga   pesakit Covid-19 yang meninggal dunia;
Melaksanakan intervensi kaunseling yang bersesuaian     kepada petugas kesihatan dan pesakit serta ahli keluarga       mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19; dan
Menyampaikan maklumat mengenai psikologi dan emosi         berkaitan kesan COVID-19 dan Perintah Kawalan    Pergerakan melalui pelbagai media seperti TV, radio serta         melalui maya iaitu Zoom dan Skype.
KKM turut melaksanakan sesi webinar kepada    masyarakat tentang topik kesihatan mental yang berkait         rapat dengan tekanan semasa pandemik COVID-19. Sesi         ini dikendalikan oleh pakar-pakar psikiatri, pegawai         psikologi (klinikal dan kaunseling) dari hospital-hospital      serta kaunselor dari Persatuan PERKAMA International.
KKM ingin menasihatkan masyarakat mengenai beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan impak psikologikal seperti berikut:

Mengenal pasti punca kebimbangan dengan mendapatkan maklumat yang tepat dan betul;
Elakkan stigma serta melabel secara negatif mereka yang dijangkiti COVID-19 kerana boleh menimbulkan diskriminasi serta menghalang orang ramai untuk mendapatkan saringan dan rawatan;
Memastikan penjagaan diri yang baik bagi mengekalkan tahap kecergasan yang optima serta mendapat ketenangan jiwa;
Memastikan komunikasi berterusan dengan keluarga dan rakan walaupun terpaksa dikuarantin di mana ia boleh dilakukan secara atas talian atau media sosial;
Segeralah mendapatkan khidmat kaunseling jika perlu kerana sokongan emosi serta mental adalah amat penting; dan
Sentiasa peka terhadap perubahan diri serta individu yang memerlukan sokongan, disamping mengamalkan sikap saling bantu membantu.
Kesimpulannya, impak psikologi perlu diberi perhatian dalam menghadapi ancaman wabak COVID-19 ini. Umum mengetahui bahawa perasaan cemas, gemuruh serta sedih ketika menghadapi tekanan adalah sebahagian dari kehidupan terutamanya ketika berhadapan pandemik COVID-19 ini. Namun keadaan tekanan ini akan menjadi masalah jika ianya berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian individu terbabit. Segeralah dapatkan penilaian psikiatri jika ini berlaku. Perlu diingatkan bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal serta pencegahan pada peringkat awal dapat membantu.

KKM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu misalnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Majlis Agama, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di lapangan. KKM berharap lebih banyak lagi bantuan boleh diberikan kepada KKM dan NGO yang berhempas pulas menangani isu kesihatan mental ini. Diharapkan ianya dapat membantu meringankan beban masyarakat dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        2,187 (21)        237,307
WP KUALA LUMPUR        771 (11)        73,967
JOHOR        196        69,370
SABAH        156        68,388
SARAWAK        673        62,820
NEGERI SEMBILAN        658        41,665
KELANTAN        98        34,184
PULAU PINANG        270        33,863
PERAK        72        25,541
KEDAH        186        24,250
MELAKA        223        17,022
PAHANG        139        12,757
TERENGGANU        46        11,092
WP LABUAN        123        7,630
WP PUTRAJAYA        14        2,223
PERLIS        0        580
JUMLAH KESELURUHAN        5,812 (32)        722,659
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 82 kes kematian pada 25 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian        Negeri        Jantina (Warganegara)        Umur (Tahun)        Hospital / Tempat Kematian        Latar Belakang Penyakit
4722        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        75        Hospital Kuala Lumpur        Darah tinggi, dislipidemia, dan strok
4723        Selangor        Perempuan (WN)        61        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4724        Selangor        Perempuan (WN)        34        Hospital Kuala Lumpur        Obesiti
4725        Selangor        Lelaki (WN)        50        Hospital Serdang        –
4726        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        67        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis
4727        Pahang        Perempuan (WN)        60        Hospital Jempol        Darah tinggi dan jantung
4728        WP Labuan        Lelaki (WN)        58        Hospital Labuan        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4729        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        78        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis dan darah tinggi
4730        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        38        Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan        Jantung
4731        Kelantan        Perempuan (WN)        75        Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian        Kencing manis
4732        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        37        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis
4733        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        69        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi dan jantung
4734        Sarawak        Lelaki (WN)        80        Hospital Umum Sarawak, Kuching        Darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4735        Selangor        Lelaki (WN)        71        Hospital Serdang        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4736        Kelantan        Lelaki (WN)        73        Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai        Darah tinggi
4737        Pahang        Lelaki (WN)        58        Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh        Dislipidemia
4738        Selangor        Lelaki (WN)        43        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi
4739        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        57        Hospital Kuala Lumpur        Kanser
4740        Selangor        Perempuan (WN)        64        Jenazah dibawa ke Hospital Serdang        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4741        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        88        Hospital Rehabilitasi Cheras        Dislipidemia dan kanser
4742        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        76        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis dan darah tinggi
4743        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        84        Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4744        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        64        Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4745        Selangor        Perempuan (WN)        76        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi
4746        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        80        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis dan darah tinggi
4747        Selangor        Lelaki (WN)        89        Hospital Shah Alam        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, paru-paru kronik, dan buah pinggang kronik
4748        Selangor        Lelaki (WN)        69        Hospital Shah Alam        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
4749        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        59        Hospital Sungai Buloh        Autoimmune
4750        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        70        Hospital Kuala Lumpur        Buah pinggang kronik
4751        Kedah        Lelaki (WN)        66        Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar        Kencing manis, darah tinggi, dan tiroid
4752        Selangor        Lelaki (WN)        57        Hospital Ampang        –
4753        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        60        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4754        Selangor        Perempuan (WN)        54        Hospital Sungai Buloh        –
4755        Selangor        Perempuan (WN)        71        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis dan darah tinggi
4756        Johor        Perempuan (WN)        61        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4757        Perak        Lelaki (WN)        80        Jenazah dibawa ke Hospital Parit Buntar, Perak        –
4758        Kedah        Lelaki (WN)        63        Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
4759        Selangor        Perempuan (WN)        62        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi
4760        Selangor        Perempuan (WN)        55        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kanser
4761        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        75        Hospital Rehabilitasi Cheras        Darah tinggi
4762        Johor        Perempuan (WN)        61        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4763        Johor        Lelaki (WN)        45        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        –
4764        Johor        Perempuan (WN)        84        Hospital Segamat        Paru-paru kronik
4765        Kedah        Perempuan (WN)        75        Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani        –
4766        Sarawak        Lelaki (WN)        54        Jenazah dibawa ke Hospital Miri        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4767        Pahang        Lelaki (WN)        55        Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh        Darah tinggi
4768        Sarawak        Lelaki (WN)        67        Jenazah dibawa ke Borneo Medical Centre, Miri        Darah tinggi
4769        Pulau Pinang        Lelaki (WN)        64        Hospital Kepala Batas        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4770        Selangor        Lelaki (WN)        50        Hospital Ampang        Kencing manis dan darah tinggi
4771        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        63        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan kanser
4772        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        77        Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah        Kencing manis
4773        Selangor        Lelaki (WN)        80        Hospital Shah Alam        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
4774        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        74        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4775        Selangor        Perempuan (WN)        74        Hospital Slim River, Perak        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
4776        Selangor        Perempuan (WN)        63        Hospital Kajang        Kencing manis dan darah tinggi
4777        Selangor        Perempuan (WN)        69        Hospital Serdang        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan kanser
4778        Selangor        Lelaki (WN)        61        Hospital Serdang        Jantung dan paru-paru kronik
4779        Selangor        Perempuan (WN)        40        Hospital Sungai Buloh        Buah pinggang kronik
4780        Selangor        Lelaki (WN)        30        Hospital Serdang        Kanser
4781        Johor        Lelaki (WN)        59        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        –
4782        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        71        Hospital Ampang        Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
4783        Selangor        Perempuan (WN)        69        Hospital Selayang        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4784        Selangor        Lelaki (WN)        69        Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur        Darah tinggi
4785        Selangor        Perempuan (WN)        46        Hospital Shah Alam        Darah tinggi dan kanser
4786        Selangor        Perempuan (WN)        24        Hospital Selayang        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4787        Selangor        Lelaki (WN)        60        Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis dan darah tinggi
4788        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        61        Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, tiroid, dan obesiti
4789        Johor        Perempuan (WN)        69        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4790        Sarawak        Perempuan (WN)        39        Jenazah dibawa ke Hospital Kapit        Kanser
4791        WP Labuan        Lelaki (WN)        61        Jenazah dibawa ke Hospital Labuan        Epilepsi
4792        WP Labuan        Lelaki (WN)        36        Jenazah dibawa ke Hospital Labuan        –
4793        WP Kuala Lumpur        Perempuan (BWN)        42        Hospital Kuala Lumpur        –
4794        Johor        Lelaki (BWN)        61        Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat        Darah tinggi
4795        Johor        Lelaki (BWN)        39        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        –
4796        WP Kuala Lumpur        Perempuan (BWN)        43        Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya        –
4797        Selangor        Lelaki (BWN)        53        Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya        –
4798        Selangor        Lelaki (BWN)        33        Hospital Selayang        –
4799        Selangor        Lelaki (BWN)        51        Jenazah dibawa ke Hospital Banting        Kanser
4800        Sabah        Perempuan (BWN)        64        Jenazah dibawa ke Hospital Tawau        Buah pinggang kronik
4801        Melaka        Lelaki (BWN)        31        Jenazah dibawa ke Hospital Alor Gajah        –
4802        Selangor        Lelaki (BWN)        40        Hospital Serdang        –
4803        Pulau Pinang        Lelaki (BWN)        41        Jenazah dibawa ke Hospital Pulau Pinang        –
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 5,812 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI        JUMLAH KES        KLUSTER        KONTAK RAPAT        IMPORT A*        LAIN-LAIN
SELANGOR        2,187        349        1,048        21        769
WP KUALA LUMPUR        771        422        217        11        121
SARAWAK        673        226        357        –        90
NEGERI SEMBILAN        658        239        224        –        195
PULAU PINANG        270        202        40        –        28
MELAKA        223        81        97        –        45
JOHOR         196        45        107        –        44
KEDAH        186        62        77        –        47
SABAH        156        30        81        –        45
PAHANG          139        67        50        –        22
WP LABUAN        123        11        63        –        49
KELANTAN        98        49        40        –        9
PERAK        72        35        23        –        14
TERENGGANU        46        20        13        –        13
WP PUTRAJAYA        14        –        12        –        2
PERLIS        –        –        –        –        –
JUMLAH KESELURUHAN        5,812        1,838        2,449        32        1,493
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara


LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 25 JUN 2021

No.        Nama Kluster        Kategori Kluster        Negeri        Daerah        Jumlah Kes        Jumlah Disaring
1        Tapak Bina Lebuh 2        Tempat Kerja        Selangor        Sepang        28        685
2        Tapak Bina Jalan City        Tempat Kerja        Selangor        Sepang        49        510
3        Industri Jalan Seruling 59        Tempat Kerja        Selangor        Klang        70        178
4        Industri SS Lapan Dua        Tempat Kerja        Selangor        Petaling        115        527
5        Industri Jalan Norton        Tempat Kerja        Selangor        Kuala Langat        7        28
6        Jalan Cyberia Dua        Tempat Kerja        Selangor        Sepang dan Kuala Langat        13        29
7        Industri Kilometer 17 Rawang        Tempat Kerja        Selangor        Gombak        9        29
8        Jalan Ampang Water Front Dua        Tempat Kerja        Selangor dan WP Kuala Lumpur        Hulu Langat, Gombak, dan Kepong        39        51
9        Tapak Bina Jalan Utara        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Lembah Pantai dan Cheras        16        68
10        Tapak Bina Matahari 2        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Titiwangsa        142        220
11        Jalan Taman Ibu Kota        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Titiwangsa        13        43
12        Jalan Raja Muda Musa        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Titiwangsa        9        64
13        Jalan Nirwana Dua        Tempat Kerja        Melaka        Melaka Tengah        23        88
14        Wakaf Aik        Tempat Kerja        Kelantan        Bachok dan Kota Bharu        13        64
15        Jalan Kampung Jawa        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Timur Laut dan Barat Daya        14        824
16        Kailan Tringkap        Tempat Kerja        Pahang dan Perak        Cameron Highlands dan Kinta        17        32
17        Dah 11 Industri Sungai Petani        Tempat Kerja        Kedah        Kuala Muda        21        149
18        Jalan Kidurong Lima        Tempat Kerja        Sarawak        Bintulu dan Sebauh        20        116
19        Pengkalan Gelugor        Komuniti        Terengganu        Kuala Nerus dan Kuala Terengganu        31        90
20        Jalan Laksamana Intan        Komuniti        Perak        Hilir Perak        14        64
21        Kilometer 23 Puncak Borneo        Pusat Tahanan        Sarawak        Kuching        65        122
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.932333 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list