CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NoorMasri

ANEKA PASTA & LASAGNA

  [Copy link]
Post time 28-9-2008 12:08 PM | Show all posts
Kat botolnya ada logo halal tak. Kenakah jadi habit kini setiap kali beli produk makanan check dulu logo halal. Hilang rasa was-was.
Originally posted by chempaka_ku at 21-6-2007 09:52 PM
setiap kali beli barang mesti tengok ingredients dan product dari mana......kalau ada daging dan ayam specifically untuk pasta skip je la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2008 12:49 PM | Show all posts

Reply #634 mamicumi3's post

ada halal ada tidak depending buatan negeri mana...... kadang-kadang ada tulis suitable for vegetarian........
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 04:46 PM | Show all posts

Reply #633 mamicumi3's post

Kalau masak sendiri lagi murah dari makan kat Pizza Hut dll.  Lagipun kita boleh tambahkan ingredients jadi lebih sedap.  Pizza Hut dll kedekut ingredient.  

Example lasagna kat Pizza Hut tu.  Cenonet je tapi almost RM10.  Pizza pun lebih roti dari ingredient.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 12:20 AM | Show all posts

sape ada simple recipe on spaghetti gravy : cream sauce

dah lama dah carik......kalo ada please paste it here

slama ni pndai wat bolognese jek

pastu black pepper

kalo nak cream punya, kena dine in kat kedai......

plss....paste it here!!!

thanx
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by iza_yuss at 29-10-2008 12:20 AM
dah lama dah carik......kalo ada please paste it here

slama ni pndai wat bolognese jek

pastu black pepper

kalo nak cream punya, kena dine in kat kedai......

plss....paste it here!!!
...


Dalam thread Aneka Pasta ada byk variasi...boleh check di sini
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=185346&page=1

boleh jugak check di archive
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=177517&page=1

nanti akan merge thread ni dgn yg dah sedia ada ok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 09:07 PM | Show all posts

Tolong merge kan resepi lasagna nie

LASAGNA


1)
SOS DAGING


-
Bawang putih dgn bawang besar dipotong dadu dan ditumis (sukatan agak2 lah yer)

-
Masukkan sekilo daging cincang

-
Masukkan 1 tin pati tomato/tomato paste (cap Kimball tin warna hijau)

-
Garam secukup rasa

-
Bay leaf 2 helai (nak koyakkan pun boleh juga daunnye)

-
Masukkan mix herb (cap Mcckormick) ikut selera, kalau boleh sampai naik baunye

-
Sos cili (terpulang nak banyak pun boleh)

-
Sos tomato (terpulang nak banyak pun boleh)

-
Gula secukup rasa

-
(bila semua dah masuk bahan then rasa lah kalau terkurang gula ke sos ke tambah ler yer)



2)
SOS PUTIH


-
Cairkan butter (2 sudu besar)

-
Masukkan 5 sudu besar tepung gandum dan kacau rata

-
Masukkan air 3 cawan

-
Sedikit garam teruskan kacau rata

-
(kalau cair sangat tambah tepung. Kalau adunan tu bergentel kena tapis lah yer)


3)
CARA NAK SEDIAKAN


-
Boleh letak dlm kotak aluminium atau loyang yang sesuai

-
Lapisan bawah sekali letak sos daging ratakan

-
Kemudian letak sos putih

lapisan lasagna

-
Pastu letak 1 keping lasagna (cap San Remo)

-
Lepas tu ulang balik step lapisan lasagne tu sampai penuh bekas.

-
Remember lapisan terakhir tu jgn letak kepingan lasagna. Cukup sekadar letak sos daging dan sos putih. Kemudian taburkan keju cheddar (KRAFT) yg dah diparut serta taburkan juga parutan keju mozzarella (paling penting).

-
Keju mozzarella tu kalau nak beli yg murah boleh beli kat BAGUS.

-
Then boleh bakar dlm oven 180 degree celcius sampai kejunye masak ok dan bila cucuk kedalam lasagna nya dah lembut.... kalau keras lagi belum masak lasagnanya...

SELAMAT MENCUBA

Sebelum dibakar


dah bakar




*ARI TU ADA FORUMER MINTAK YED TAPI YED LUPA NAMA DIE.....

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 25-11-2008 09:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2008 01:01 AM | Show all posts


[ Last edited by  sweetlilly01 at 23-11-2008 03:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 02:19 PM | Show all posts
kalau kecikkan sket gambo2 tu..bleh ler kita kasik tacang
sat gi kita mergekan yerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 03:15 AM | Show all posts
nak nyampuk bleh tak. oregano adalah dlm kumpulan herb.  my house ada tanam oregano, basil, rosemary, bay leaves etc.  skang ni dah sejuk sangat mati sumer pokok2 nie except for my bay trees n rosemary.

my daughter suka makan pasta so mcm2 styles pasta i buat.  dah dok negara barat nie tekak dah jadi orang putih lak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 11:34 AM | Show all posts

Balas #647 Yed\ catat

nak tanya Kulit Lasagna (cap San Remo) tu nak kena rendam dulu kerr.. ataupun masuk sekeping2 keras.

Kalau kena rendam: rendam air biasa jer ker ( berapa minit)
ataupun.. kena rendam dalam boiled water macam macroni.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 12:46 PM | Show all posts
beberapa minggu lalu kakliza diminta oleh sesaorang [sorila kakliza dah lupa siapa gerangan] mengenai resepi Pasta Bakar yg telah diujimasak..
so kebetulan kakliza menghadiri majlis solat hajat dan bacaan yassin untuk anak2 yg amik SPM so kakliza sediakan pasta bakar...




PASTA BAKAR

Bahan Pasta

500 g pasta [makaroni/spiral/fennel]
2 s/b minyak

Bahan Inti
500 g daging cincang – boleh juga gunakan ayam fillet [potong kecil& nipis]
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cencawan butang [hiris nipis]
6 biji tomato [dadu kasar]
2 biji cili capsicum hijau
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering
3 s/b minyak
garam

Bahan Sos Putih
2 s/b butter
3 s/b tepung gandum
1 tin susu cair ]
1 tin air biasa ]
2 biji telur ] kacau rata
1 s/b lada sulah ]
125 g keju cheddar parut

Cara
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah, capsikum, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Masukkan cili capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
8. Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau dengan whisker.
9. Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.Tutup api.
10. Masukkan keju cheddar yg telah diparutkan. Kacau rata.
11. Sapukan minyak dalam pie plate atau caserolle tahan panas. Masukkan campuran pasta dan inti.
12. Tuangkan sos putih dan dan ratakan. Taburkan oregano kering.
13. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit.
14. Bila dah masak sejukkan sebentar.
15. Potong dan sedap hidangkan dengan cili sos.

Nota
boleh gantikan susu cair + air dgn susu segar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:00 PM | Show all posts
ari tue ina ada buat gak makaroni bakar. tapi result nyer tak ler secantik kak liza nyer...

sebelum dibakar


selepas dibakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:26 PM | Show all posts
ina pakai cheese apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 01:47 PM | Show all posts

Reply #654 ayinanaz's post

ina pakai cheddar. tue jer pun yg ada kat umah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:36 PM | Show all posts
nak tanye korang..
cheese brand apa yang halal ye?
nak cari parmesan cheese (Serbuk) yang halal susah betul..
aku ni suke makan marinara (Seafood) spaghetti ngan cheese baru la ngam rasanya.. spaaghetti tanpa cheese rasa kosong ja
tapi semalam duk belek2 parmesan cheese kat cold storage,semua ada rennet.. tensen gue
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 05:20 PM | Show all posts
penah tgk resipi carbonara guna "capers"..
n dari gambar npk mcm terung pipit (heheee)... katanya untuk bg rasa masam..
sapa yg penah guna... kalo kat C4/tesco/giant tu dia ltk kat bhgn mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 06:47 AM | Show all posts

Reply #656 mesmerize's post

mesmerize,

so far yg tau halal ialah brand beqa. brand2 yg lain x berani nak guna. tapi parmesan cheese brand beqa ni susah nak jumpa. kengkadang aje ada jumpa kat shelf di supermarket tu. so terpaksa la amik yg shreded punyer....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 03:41 PM | Show all posts
Come and read my entry on "Spaghetti Bolognese" at :-> http://www.lealaurielle.com/blog ... ah-ade-blog-sendiri - meh meh! It might be slightly different that how you normally would prepare your spaghetti, I don't know, just a wildy guessie - LOL! Come come!

Seach through my archive for RECIPES and FOOD AND DRINKS - it'll prolly take you across my Fotopages, my Flickr, maybe through my oldie bloggie; so come la eh, bile free! Hiks! Mati la it started off as promoting the spaghetti, initially! LOL! Alig2, lain jer kan? LOL!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 11:21 PM | Show all posts

Reply #657 ayinanaz's post

tadi pi Cold Storage ternampak capers tapi rasanyer mcm dijerukkan or letak dalam oil..ada kat bahagian sos2 atau bahan makanan yg dijerukkan atau tempat sos2 ker taucu tu ker or buah olive yg yg dibalangkan etc..

[ Last edited by  cupcakes at 4-12-2008 08:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by cupcakes at 3-12-2008 11:21 PM
tadi pi Cold Storage ternampak capers tapi rasanyer mcm dijerukkan or letak dalam oil..ada kat bahagian sos2 atau bahan makanan yg dijerukkan atau tempat sos2 ker taucu tu ker or buah olive yg yg ...


owhhh...TQ cupcakes...
nanti ayin cari kat area situ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.710750 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list