CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
 Author| Post time 23-2-2022 11:32 AM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ni

1) Damai

2) Duka

3) Derita

4) Duta

5) Dambaan

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 02:11 PM | Show all posts
1) Damai
Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.

2) Duka
Rasa sedih atau duka cita adalah asam garam kehidupan.

3) Derita
Fatimah berharap derita yang ditanggung selama ini segera berakhir.

4) Duta
Sejak menjadi duta produk kosmetik Atiqah rajin bersolek.

5) Dambaan
Meninggal dunia dalam husnul khatimah sering menjadi dambaan mereka yang beriman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 03:26 PM | Show all posts
1) Damai
Lokasi pertemuan hari ini ialah di tepi tasik sambil menikmati suasana aman dan DAMAI.

2) Duka
Khabar DUKA itu diterima dengan hati yang penuh redha dan sayu.

3) Derita
Dia menanggung DERITA didera suaminya selama bertahun tahun.

4) Duta
Dulu saya menaiki bas di Hentian Jalan DUTA untuk pulang ke kampung.

5) Dambaan
Pelakon lelaki Korea yang kacak menjadi DAMBAAN ramai wanita di seluruh dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Politik yang baik boleh menjadikan negara aman dan damai.

Berkongsi masalah dapat mengurangkan derita duka.

Salmah menderita penyakit kanser hampir setahun lalu.

Salman dijangka akan dilantik sebagai duta besar Malaysia di Indonesia.

Pehiasan emas dari Kedai Kahora menjadi dambaan ramai kerana mempunyai banyak koleksi menarik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 11:26 PM | Show all posts
Hati berasa damai mengenangkan perjalanan sukar yang telah berjaya ditempuhi

Berita duka diterima keluarga Pakcik Wahab

Derita Esah berakhir apabila dihalau dari rumah ibarat neraka

Pendapatan sampingan sebagai duta produk agak lumayan

Bidadari syurga dambaan lelaki-lelaki soleh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 12:07 AM | Show all posts
1.  Damai adalah kata yang mudah untuk diucapkan, namun sulit untuk diwujudkan Jika ada kedamaian, mengapa kita harus bermusuhan.

2.  Berikut doa yang dapat kita lafalkan ketika hati sedang dirundung rasa duka.

3.  Drama Cukup Derita Itu ditayangkan sehingga episod 20 sahaja pada Jun lalu kerana sesi penggambaran terpaksa dihentikan akibat PKP.

4.  Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

5.  Menjadi ibu dambaan anak-anak dan disenangi oleh menantu, hakikatnya tidaklah mudah untuk direalisasikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2022 09:12 AM | Show all posts
holaaa...

keyword hari ini

1) Elemen

2) Eksport

3) Ehwal

4) Embun

5) Engku

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 09:15 AM | Show all posts
1) Damainya hati dia mendengar berita itu.

2) Duka lara dia telahpun berakhir.

3) Derita ini akan dibawa pergi bersama hatinya yang remuk.

4) Duta produk itu menjadi rebutan pelbagai pihak.

5) Dambaan Pilu menjadi siulan anak muda zaman itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 09:17 AM | Show all posts
1) Elemen yang paling penting itu masih belum ditemui.

2) Eksport getah itu semakin berkurangan.

3) Ehwal semasa merupakan bod paling panas.

4) Embun merupakan filem beliau yang terbaharu.

5) Engku Emran melangsungkan perkahwinan buat kali ke 3.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 09:41 AM | Show all posts
1) Elemen
Terdapat beberapa elemen tertentu akan diambilkira semasa pemilihan pekerja baru dibuat.

2) Eksport
Eksport Malaysia meningkat sejak kebelakangan ini.

3) Ehwal
Guru hal ehwal pelajar mengambil cuti kecemasan  baru-baru ini.

4) Embun
Filem embun diterbitkan pada tahun 2002.

5) Engku
Engku Aleesya adalah nama anak sulung Erra Fazira.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:41 PM | Show all posts
1) Elemen
Antara ELEMEN penting yang ditegaskan dalam mesyuarat semalam ialah kesungguhan dalam menyempurnakan tugas masing masing.

2) Eksport
Susu getah pernah menjadi EKSPORT utama bagi negara Malaysia.

3) Ehwal
Bahagian Hal EHWAL Imigresen berperanan memastikan dasar dan peraturan kemasukan orang asing ke negara ini bersesuaian dengan kepentingan negara.

4) Embun
EMBUN ialah sebuah nama perempuan yang saya rasa agak unik dan klasik.

5) Engku
Sesungguhnya saya tiada kawan yang namanya bermula dengan ENGKU.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 10:43 PM | Show all posts
1) Elemen
Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja.


2) Eksport
Banyak barang ganti dieksport ke luar negara.

3) Ehwal
Hanya guru displin yg menjaga hal ehwal ank2 disekolah


4) Embun
Air embun di waktu pagi baik utk kesihatan kita

5) Engku
Bekas suami kepada Erra adalah Engku Imran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 11:49 PM | Show all posts
Warna merah dan kuning adalah elemen untuk warna oren

Petroleum eksport utama Malaysia

Guru Hal Ehwal Pelajar memberikan kaunseling kepada Razif

Umie Aida pelakun utama filem Embun

Engku Emran adalah suami kepada Nabila

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak elemen seram yang digunakan dalam filem tersebut.

Minyak sawit antara barangan eksport terpenting bagi negara kita.

Tidak perlulah kita mengambil tahu hal ehwal mereka itu.

Salmah gemar duduk di luar rumah pada awal pagi untuk menikmati embun pagi.

Engku Ahmad merupakan ahli politik yang disegani.


payah betol keyword nie... hahhaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2022 09:29 AM | Show all posts
holaa...

hari ni kita buat ayat dengan peribahasa yeee

1) Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

2) Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

3) Hanya jauhari yang mengenal manikam

4) Carik carik bulu ayam lama lama bercantum jua

5) Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai

** 1 peribahasa 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:24 PM | Show all posts
1) Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Hamid bertungkus lumus bekerja untuk mengumpul duit bagi membeli kereta baru bagaikan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

2) Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul bila melihat kesukaran puan Aisyah membesarkan tiga orang anaknya yang cacat.

3) Hanya jauhari yang mengenal manikam
Hanya jauhari yang mengenal manikam begitu juga dengan doktor Munirah hanya melihat keadaan luka di kaki pesakitnya dia sudah tahu berapa lama pesakitnya menanggung derita.

4) Carik carik bulu ayam lama lama bercantum jua
Benarlah kata pepatah carik carik bulu ayam lama lama bercantum jua, begitulah keadaan ayah dan adik yang kini kembali bertegur sapa.

5) Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Bak kata pepatah kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai, itulah cabaran dan dugaan yang bakal diterima Inspektor Hisham ketika menerima amanah jawatan barunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2022 12:01 AM | Show all posts
Syamsul berusaha mengumpul duit untuk masuk meminang Rina kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Penderitaan keluarga Arman mendapat liputan Bersamamu, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Dengan hanya memandang dan memikir akan sesuatu ilmu yang baru, Hamid akan mengetahui baik buruk tentang ilmu itu. Perilaku Hamid seperti jauhari juga yang mengenal manikam.

Kekeruhan keluarga Arman selama 20 tahun akhirnya kembali jernih seperti carik carik bulu ayam lama lama bercantum jua

Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai seperti berkahwin di usia persekolahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 08:59 AM | Show all posts

1) Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi motonya.

2) Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul masalah sebesar ini.

3) Hanya jauhari yang mengenal manikam, begitu kenalnya Ahmad akan watak musuhnya itu.

4) Carik carik bulu ayam lama lama bercantum jua buat keluarga itu.

5) Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai menjadi amalan beliau bila membuat keputusan dalam hidupnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2022 11:59 AM | Show all posts
holaaaa....

keyword hari ni

1) Farah

2) Farid

3) Fatimah

4) Farhan

5) Fasha

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 12:19 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 26-2-2022 12:21 PM

1) Farah
Farah Fawcett adalah seorang model dan pelakon wanita Amerika Syarikat.

2) Farid
Nama ustaz Farid Ravi Abdullah sebelum masuk Islam adalah Jesiah Ravi a/l Jacob.

3) Fatimah
Maksud nama Fatimah dalam bahasa arab adalah pendiam, lembut hati, menyenangkan dan menawan.

4) Farhan
Da'i Farhan pernah menggemparkan dunia hiburan beberapa tahun lepas.

5) Fasha
Fasha Sandha mempunyai tiga orang cahaya mata hasil dari dua perkahwinannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.450028 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list