CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 14-11-2010 08:43 PM | Show all posts
Reply 639# midar

midar..khairul bukan cikgu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 08:48 PM | Show all posts
salam...1st time nak nyampuk ni, selama ni SR je...
lg 1 petua utk elakkan batu karang ni, (smiley leh advise hubby amalkan after die baik nti)
amalkan minum jus epal ijau dgn btg seleri & garam bukit, insyaAllah...

*peminat novel2 sang arjuna kat sini....tgh korek2 page blkg kalo ade lg....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 09:14 PM | Show all posts
   Ada tak lelaki lain yang aku suka selain Farid? Er..uhm… Cikgu Amir tu boleh tahan juga.

penangan terpeluk ke dahlia

“ Kau ni jantan ke bapok? Jangan mengalah sebelum bertanding, nyah. Aku akan sokong kau habis habisan. Aku rasa Dahlia dengan kau ada chemistry. Jangan sia sia kan peluang. Biar kalah bertanding, jangan kasi walkover.”

gelak sakan aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 07:40 AM | Show all posts
“ aku gelak sorang22,, pandai2 si kerul buat lawakkk
wwannurr Post at 14-11-2010 16:14


Aku rasa bukan si Kerul buat lawak tapi si Smiley..{:1_137:} Betul dak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 09:48 AM | Show all posts
alaaaaaaaaaa...
nak DAHLIA ngan CIKGU AMIR leh x?...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 09:50 AM | Show all posts
Best2 ................jgn mengalah cikgu amir!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2010 10:38 AM | Show all posts
jangan mengalah.....go go chaiyuk amir !!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 11:30 AM | Show all posts
yess cikgu amir dah mula bersemangat dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 11:37 AM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

bila zakia nak ngorat harris? kekekekekeke
sang_arjuna Post at 14-11-2010 00:11


elok la tu.. zakia n haris, dahlia n amir...
amir ni... mengalah sebelum berjuang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 11:44 AM | Show all posts
amir jangan mengalah....
dahlia dok tunggu tu...
cepat ler....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 11:55 AM | Show all posts
Khairul kenal si farid tu player......
so tunggu masa pulak untuk dahlia tahu....
senang nak reject
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 12:13 PM | Show all posts
harap2 le dahlia xsempat bertunang dgn si farid ni.. next2 n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 02:15 PM | Show all posts
semua backing cikgu amir je ni

kesian cikgu Zul... farid tu pilihan dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 02:19 PM | Show all posts
Reply 640# dyea

hasbeng akak dah rasa okay sikit
tapi tadi pergi check up, dr kata batu tu dah turun tp tak pecah

so besok kena buat lagi satu round ultrasound shock waves tu

tak dapat lah nak raya haji tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 02:27 PM | Show all posts
ermmm...nampak nama tuan rumah...
ingatkan dah ada n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 02:30 PM | Show all posts
“ Saya minta maaf Puan, saya lupa nak transfer duit ke akaun Pena Publishing kelmarin. Saya transfer hari ni. ” Dahlia menampar dahi. Macam mana aku boleh terlupa. Ini semua sebab terkejut kena pinang.

“ Dahlia, you tahu terms of payment Pena Publishing. 20% diskaun kalau bayar dalam masa 14 hari selepas kami hantar stok. Sekarang kami tak boleh bagi diskaun early payment lagi. You kena bayar full price.” tegas Puan Murni, Pengurus Kewangan dan Akaun syarikat penerbitan terkenal itu.

“ Tolong lah Puan. Saya bukan sengaja melewatkan bayaran tapi saya seorang saja bertugas di kedai ini sekarang. Customer ramai masa cuti sekolah jadi saya susah nak tinggalkan kedai.”

“ Sorry, I tak boleh terima alasan you. Sekarang dah ada online banking, you tak payah pergi bank. ”

“ Puan Murni, business saya ni kedai kecil. Bank pun lambat nak layan bila saya apply internet banking. Please lah Puan, bagilah saya peluang. Puan pun tahu kan, kedai kami tak pernah bayar lewat sebelum ini. “ rayu Dahlia. Kalau di hitung kasar, diskaun 20%  yang di beri jumlahnya lebih kurang RM80. Bukanlah banyak sangat tapi cukup untuk bayar bil internet dan telefon kedai untuk sebulan.

“ I’m sorry. Saya tak boleh tolong, Dahlia.  You kena jelaskan full payment.” Panggilan di matikan. Dahlia duduk termangu. Kedekut tahi hidung masin betul Puan Murni. Tak boleh tolak ansur langsung. Tapi kata orang, satu pintu rezeki tertutup, pintu yang lain terbuka. Ramai pelanggan membeli buku masa cuti sekolah. Dia senyum ke arah beberapa orang pelajar sekolah yang sedang membelek buku latihan soalan PMR.

“ Kak, mana yang lagi bagus?” Remaja perempuan itu menghulur dua buku latihan Matematik. Satu dari Oxford Press dan satu dari Sasbadi.

“ Akak suka yang ini.” Dahlia menunjuk pada buku keluaran Oxford Press.” Ada contoh dan nota ikut topik. Di belakang sekali ada soalan peperiksaan tahun lepas. Tapi kalau beli dua dua pun elok juga. Subjek Matematik kena banyak buat latihan.”

“ Mak saya pun kata macam tu juga. Saya beli dua dua lah.” Dia membayar untuk kedua buku. Rakan rakannya juga turut membeli beberapa buku dan juga alat tulis. Ketika menjelaskan baki wang mereka, hidung Dahlia terbau haruman. Kenapa tiba tiba kedai jadi wangi? Dia mengangkat muka bila terdengar deheman lelaki.

Alamak! Farid berdiri di depan pintu dengan jambangan besar bunga ros merah dan putih, di selang seli dengan dedaun dan baby’s breath. Senyuman lebar terukir di wajahnya.

“ Pakwe akak ke?” tanya seorang dari pelajar. Mereka tergelak kecil sesama sendiri sambil berjalan keluar. Ada pula yang bersiul. Gatai, dengus Dahlia.

“ Hi Lia, apa khabar? This is for you, sweetie” Lidah Dahlia terkelu sebentar bila Farid menyuakan bunga.

“ Thank you. Kenapa susah susah bagi bunga ? Bukan birthday saya atau apa apa hari special” Rasa bersalah mula menggaru hati. Aku belum ada jawapan untuk Farid.

“ Do I need a reason to give you flowers? You don’t like surprises? I suka bagi kejutan. Muka you nampak cute sangat bila you terkejut.” Pipi Dahlia di cubit  sebelum Dahlia sempat mengelak. Hisshh! Orang belum terima pinangan dah pandai nak pegang pegang. Tak sukalah. Aku bukannya alim sangat tapi seriau juga sebab kami berdua saja dalam kedai ni. Masa inilah Mr S. E. Tan suka menjenguk.

“ Er.. Saya nak ke belakang kejap ambil bekas untuk bunga. Duduklah dulu. Sorry ya,,kat sini ada kerusi plastic saja. Atau you boleh tengok tengok lah buku dan magazine yang ada.” Farid mengangguk. Matanya tidak lepas dari wajah Dahlia yang sedang kalut. Pandai betul ibubapanya pilih menantu. Cuma yang dia tak puas hati kenapa Dahlia masih belum beri jawapan. Tapi tak mengapa, aku Farid Hadzim bin Sulaiman tak pernah di reject mana mana perempuan. Sama ada awal atau lambat, pasti aku akan dapat.

Dahlia mencari bekas yang sesuai untuk meletak bunga. Harap harap adalah vas  dalam bilik stor. Bukan hari hari aku dapat bunga ros sedozen. Takkan nak letak dalam botol Nescafe kosong. Nasib baik, setelah beberapa minit dia menyelongkar akhirnya jumpa bekas kaca yang sesuai.

“ OPOCOTT! MAK ENGKAU! “ Dahlia terjerit. Nasib baik tak terlepas bekas di tangan. Farid berdiri betul betul di pintu bilik stor.  Pakai ilmu apa dia ni sampai aku tak sedar.

“ Kenapa terkejut sampai macam tu. Its just me” Gatal semacam senyuman Farid. Tak puas matanya menjamah susuk tubuh Dahlia dari belakang.  Aset Dahlia cukup mantap. Berbaloi kalau kena bayar hantaran lebih RM10 ribu pun.  

“ Jom keluar. Berhabuklah tempat ni. Hidung saya dah gatal” Dahlia merempuh pintu bila tubuh Farid masih tak berganjak. Dia terus ke meja dan menyusun bunga dalam vas dengan tekun. Farid melihat jam di tangan.

“ Kita keluar lunch kejap lagi”

“ Saya tak boleh keluar. Tak ada orang nak jaga kedai.”

“ Habis tu, you tak makan? You kena makan, nanti sakit siapa susah? I juga” Lembut gigi dari lidah, cara Farid bercakap. Cemuih aku dengar.

“ Saya bawa bekal. Awak tak payah risau. Memang hari hari pun saya makan di sini saja.”

“ Janganlah macam ni, Lia. I sengaja ambil cuti hari ini sebab nak jumpa you. I sanggup drive all the way dari Ipoh. Tapi you buat tak endah saja”

Dahlia di himpit rasa bersalah. Inilah masaalah aku. Terlampau lembut hati walaupun aku sedar yang aku bukannya suka sangat kat Farid. Naluri aku mengatakan he is not the right guy. Buat solat istikharah pula entah haper haper punya mimpi yang aku dapat. Tak boleh pakai langsung.

“ I’m sorry. Tapi saya tak boleh suka suka saja tinggalkan kedai. Apa kata bapa saya nanti.”

“ Ala… Uncle Zul mesti tak kisah kalau Lia keluar dengan I. Bukannya lama pun , setakat nak makan saja.”

Sedap mulut saja kata Uncle Zul tak kisah. Tapi memang betul pun. Babah cukup sayang kat Farid , kalau aku kata nak tutup kedai satu hari suntuk sebab nak ikut Farid jalan jalan pun dia bagi.

“ Macam ni lah. Kalau you don’t mind, kita keluar lepas I tutup kedai pukul 6 nanti.” Dahlia memaniskan muka.

Farid mengeluh. Rosak plan aku. Sepatutnya aku balik Ipoh petang ini. Tapi apa nak buat. Biar yang di kendung tercicir, asal dapat yang di kejar.

“ All right. I datang pukul 6 karang. Jangan bagi macam macam alasan nanti tau.”

Dahlia mengangkat tangan kiri seperti berikrar “ Saya janji tuan”

Farid menggeleng sambil ketawa “ I can’t be angry with you because you are so adorable. Nak marah pun tak sampai hati. See you later sayang” Farid terus menuju ke pintu.

Lelaki yang masuk ketika itu terkedu mendengar kata kata Farid. Mata mereka bertentangan. Oh… inilah pesaing aku. Nampak gaya dia sudah meninggalkan aku banyak lap. Aku kena pakai engine Ferrari. Senyuman Dahlia dari belakang meja bayaran mengembalikan semangatnya. Vroooommm….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 02:38 PM | Show all posts
cikgu amir cepat ler bertindak...
farid dah masuk jarum tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 02:50 PM | Show all posts
( Oh… inilah pesaing aku. Nampak gaya dia sudah meninggalkan aku banyak lap. Aku kena pakai engine Ferrari. Senyuman Dahlia dari belakang meja bayaran mengembalikan semangatnya. Vroooommm…. )

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 03:24 PM | Show all posts
waaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh.... Cikgu Amir nak kena catch-up guna enjin Ferrari.... good good...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 03:45 PM | Show all posts
Go Cikgu Amir Go...ehhehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.077674 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list