CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: solstice

Semuanya tentang Dewi Remaja (update pg 23 #570)

  [Copy link]
Post time 16-1-2012 03:58 PM | Show all posts
suka sgt both neelofa and izara....

ai harap mereka digandingkan dlm drama/filem....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 04:24 PM | Show all posts
pernah jumpa ngan neelofa ..masa tu kat pwtc..biasalah ngan promo tuk finalist dewi remaja..suka senyum.cantik wajah..tapi dier nie rendah sgt ..setiap kelebihan mesti ada kekurangan kan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 01:56 PM | Show all posts
Dewi Remaja anjuran Majalah Remaja telah melahirkan ramai personaliti popular seperti Scha, Juliana  ...
solstice Post at 24-11-2010 00:34



    sayam .. nanti hapdet!!!
Letak harga, lupa daratan




LAMA juga menyusun jadual untuk mengadakan sesi fotografi bersama kedua-dua pucuk muda yang tengah panas mendapat sambutan. Akhirnya ia dapat dilaksanakan baru-baru ini dan Butik Old Blossom Box Store, Shah Alam menjadi lokasi 'penyatuan' mereka. Sesi sembang yang penuh santai, ditebak soalan berkisar karier dan gosip-gosip liar yang melingkari diri masing-masing dijawab silih berganti.

Anzalna Nasir yang mula-mula dihidu melalui program pencarian bakat bersama Neelofa menghiasi satu persatu drama bersiri di kaca televisyen, bermula dengan Suria Di Cordoba, Ramadan Terakhir, Ajaibnya Cinta dan terkini, Gemersik Kalbu.
Dalam pada menyusun strategi dalam dunia lakonan, Anzalna tidak terlepas daripada gosip suatu ketika dulu yang mengaitkan dirinya dengan teman lelaki Miera Liyana, Shahz Jaszle. Kemudian, beberapa bulan sebelum ini Anzalna dikatakan nekad mendedahkan hubungan cinta dengan seorang mahasiswa.

Tidak lari daripada kontroversi sampingan, Anzalna baru-baru ini dikatakan sudah besar kepala dan berani menolak tawaran berlakon dalam sebuah filem. Benarkah?

Berbalik pada kisah seorang peserta daripada program realiti nyanyian Mentor pula Aiman Hakim Ridza, kini juga kian mendapat tempat di hati pengarah dan penerbit drama.

Setelah muncul dalam drama Kitab Cinta, dia kini meluaskan empayar lakonan menerusi drama bersiri Vanilla Coklat yang baru memulakan siaran di TV3. Adakah protege Rahim Maarof itu sudah lupa daratan atau lupa akan platform dirinya sebelum ini memandangkan namanya terus pudar daripada bidang seni suara?
Anzalna tolak tawaran filem?


Soal besar kepala dan berani tolak tawaran berlakon filem membuatkan gadis manis itu tersentak! Ditanya mengapa dia sudah berani berbuat sedemikian, Anzalna, 24, membidas dakwaan yang telah tersebar di laman-laman sosial dan internet.
"Saya tak pasti filem mana yang dimaksudkan sebab tidak banyak tawaran filem yang saya terima, mungkin ketika saya menerima tawaran itu saya baru habis shooting filem TyIcKooUns bersama aktor Aaron Aziz dan Bront Palarae.

"Selepas melalui penggambaran filem itu bersama otai-otai yang cukup berbakat, badan saya lebam-lebam dan saya masih terkejut dengan watak yang berjaya saya lakonkan itu, bagi saya watak itu memang berat.

"Jadi, saya masih belum bersedia untuk memikul karakter yang sarat dengan aksi memandangkan saya pun seorang yang penakut, tambahan pula semasa uji bakat mereka, saya tidak sempat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan," jelas Anzalna.
Berkenaan bayaran yang diletakkan penerbit filem, katanya tiada sebarang masalah kerana dia masih baharu dalam industri dan tidak berbaloi untuknya meletakkan harga tinggi untuk bayaran lakonannya.

Watak perempuan yang terlampau baik, penggoda dan ganas sudah dijayakannya dalam lakonan terdahulu. Anzalna yang baru saja ditawarkan berlakon dalam sebuah drama bersiri seram mengakui teruja untuk mempersembahkan bakatnya.

"Jika diberikan peluang mana mungkin saya akan tolak tawaran berlakon drama yang mencabar kebolehan saya, mungkin genre seram salah satu medium terbaik untuk saya mempertaruhkan bakat," tambahnya yang juga bakal terjun ke bidang pengacaraan tidak lama lagi.

Mengenai kisah cinta Anzalna dengan seorang mahasiswa yang dipanggil Hanif pula, perkenalan enam bulan dan keberaniannya membawa teman lelaki ke beberapa majlis adakala menimbulkan cakap-cakap belakang.
"Saya selesa dengan dia, dari segi layanan dan tanggungjawab dia sebagai seorang teman saya puji. Tiada niat secebis pun untuk menunjuk-nunjuk teman lelaki. Ini lebih baik daripada menjadi buah mulut orang dan rasanya saya tidak hipokrit untuk sembunyikan siapa teman saya," ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

ANZALNA dan Aiman dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi pelapis pelakon baharu jika mereka terus konsisten dan tidak terlalu banyak kontroversi.



Aiman sisihkan nyanyian
Lupa daratan setelah keluar daripada program Mentor 5 dan melupai dunia seni suara yang pernah memperkenalkan Aiman kepada umum? Itu isu yang ditimbulkan jejaka yang sedap mata memandang ini.

Membalas kenyataan itu, Aiman, 22, membuktikan dia kini masih setia dengan dunia seni suara tempat dia bermula.

"Bidang nyanyian adalah bidang yang saya ingin teruskan. Saya kini baru saja usai merakam sebuah lagu duet dengan Almy Nadia untuk sebuah drama di Astro dan kini sedang dalam proses mengeluarkan single pertama dan mengumpul material," jelasnya yang mempunyai simpanan lagu yang diciptanya sendiri.
Berlakon tidak pernah diimpikannya, malah setelah membintangi drama Kitab Cinta bersama pelakon hebat, Fazura dan kini menjadi muka utama drama Vanilla Coklat bersama Izara Aishah, Aiman akui dia masih mentah!

"Memang saya minat sangat bidang lakonan, tak pernah terlintas untuk terlibat pun. Saya penggemar filem dan apabila mendapat tawaran berlakon daripada Erma Fatima saya terus terima.
"Sejauh mana saya boleh pergi, saya akan buat dan pastinya bidang lakonan dan nyanyian akan berjalan seiringan," katanya yang ingin memperbaiki lebih banyak aspek ekspresi wajah.

Mempertaruhkan wajah semata-mata untuk menapak dalam industri, kata Aiman kelebihan sebenarnya ramai orang yang belum nampak.
"Daripada Mentor lagi saya rasa tidak puas dan apa yang ditonjolkan di atas pentas adalah bukan diri saya yang sebenar, itu bukan yang saya mahukan.
"Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, jika bersandarkan pada wajah semata-mata sampai bila? Saya akan buktikan suatu hari nanti Aiman sebenar akan keluar dari diri saya," ujarnya yang tidak terlintas untuk menutup periuk nasi orang dalam bidang lakonan.

Aiman bakal terlibat dengan telefilem Platform yang bakal memulakan penggambaran pada bulan Februari ini dan terkini sedang menjalani penggambaran bersama telefilem 560 Hari Mencari Cinta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 04:02 PM | Show all posts
Reply 643# samshik


    Thanx sayam
Semalam nampak Lofa kat AJL, busy interview retis utk program 'Paparazzi' (Tonton.com)
Meletuppp bebudak Dewi Remaja 2010 ni

Hari jumaat nampak Izzara & BF kat IKEA
Ensemnya BF dia
Sepadan ngan Izara yg comei

Harap jgn expose kat majalah gambarnya, nanti kena caras
Cuma Izzara ni kat luar raut muka dia nampak sombong, naturally (dalam modelling = fierce)
Wal hal minah ni ala2 comey jahh & x kontrol ayu
Dia kena banyakkan senyum
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 04:06 PM | Show all posts
Reply  samshik


    Thanx sayam
Semalam nampak Lofa kat AJL, busy interview retis utk progr ...
solstice Post at 30-1-2012 16:02



    die budak agi tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 04:08 PM | Show all posts

lelaki belakang tu mencapub gak...

tapi makeup nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2012 04:12 PM | Show all posts
yupp dewi 2010 semua meletup mcm zaman wardina dulu dulu ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 04:53 PM | Show all posts
wow ...me gusta!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 04:58 PM | Show all posts
Reply 618# solstice


   innalillah.. baru tau dia dah meninggal . anyway, pasal jarum mas tu tak silap dia kena tarik dengan penganjur masa tengah2 show sbb tak pakai inner. ala, biasa la kan model slalu tak pakai coli, tapi nasib kureng baik disitu sbb ada tetamu VVIP (pak lah ngan datin endon kalo tak salah)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 05:01 PM | Show all posts
Reply 649# azwalissa


    Selalu ting tong katanya
Claim kena buatan org, wal hal buatan sundri
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 05:03 PM | Show all posts
x pernah tgk anzalna mekap natural........tebal gila mekap, boleh jadi RCW jr. muka pun lebih kurang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 05:26 PM | Show all posts
Reply 651# AnakJantan1987


    Ekceli, muka dia ala2 muka pondan


Kalau salah mekap, lagi terserlah wajah fonennya ittewww


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 05:42 PM | Show all posts
Iras Memey/Ina naim

Anzal


Memey


Memey


From: EdTV
Anzalna Nasir mirip Ina Naim?

Hai, nama Anzalna Nasir semakin disebut-sebut dalam industri lakonan tanah air. Anda kenal tak Anzalna Nasir? Sekarang ni wajah dia tengah menghiasi drama Gemersik Kalbu TV3. Ala, watak Tasha yang materialistik tu.. Mesti ramai yang benci watak dia dalam drama tersebut. Setiap kali ED tengok muka Anzalna ni, mengingatkan ED kepada Ina Naim. Muka mereka ada iras2 la kalau dilihat sekali imbas. Jom lihat gambar di bawah!

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 08:24 PM | Show all posts
Finalis DR 93/94 Wilma (tarik diri b4 final)
solstice Post at 3-1-2012 19:31



    Nape wilma tarik diri ek? Sure boleh menang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 02:13 PM | Show all posts
Reply 654# fazila17


    Katanya sheols dah kawin sblm sempat final
Masa sheols mula2 muncul sbg pelakon, sheols dah janda
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 02:52 PM | Show all posts
Reply 625# samshik

cantik nyer kulit muka izara ni...muka pun ada iras2 heroin hindustan dolu2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 10:30 AM | Show all posts
Dewi Remaja anjuran Majalah Remaja telah melahirkan ramai personaliti popular seperti Scha, Juliana  ...
solstice Post at 24-11-2010 00:34



    artikel ni abt aiman .. but sebab izara ader .. mek letak sini la .. jangan lupe hapdet

Kalau anda tanya gadis-gadis remaja di luar sana siapakah jejaka idaman mereka sekarang, jangan terkejut jika jawapannya bukan Aaron Aziz. Rata-rata gadis remaja hari ini menggilai Aiman Hakim Ridza, pelakon utama drama Vanilla Coklat yang sedang hangat di TV3 sekarang.

Sebelum bergelar pelakon, Aiman Hakim Ridza merupakan salah seorang protege program Mentor. Gurunya tak lain tak bukan ialah Rahim Maarof. Mungkin tiada rezeki di bidang nyanyian, Aiman terjun ke bidang lakonan dan terus meletup dengan drama pertamanya, Vanilla Coklat. Lakonan romantik Aiman bersama Izara di dalam tersebut ternyata meruntun jiwa para gadis.

Semoga Aiman Hakim Ridza terus maju jaya di dalam apa jua bidang yang diceburi. Sila LIKE Facebook Aiman Hakim Ridza tanda sokongan anda kepadanya. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.











Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 10:10 PM | Show all posts
x minat la aiman ni...
tapi izara comel
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:40 PM | Show all posts
ok .. moh layannss


Dari kita melayan kontroversi Erykah Badu yang kami rasa tak lah popular mana pun tu, baik kita layan gambar Anzalna Nasir. Sedap saja mata memandang, kan? Foto ini diambil oleh jurugambar OHBULAN! semalam di Sri Pentas ketika sidang akhbar drama terbaru Anzalna, “Amukan Pocong”. Mengenai latarbelakang AJL itu, janganlah anda salah faham ya. Harap maklum.
Kepada yang teringin sangat nak tengok konsert Erykah Badu, pergilah beli tiket ke Jakarta. Dijangkakan Erykah Badu yang sedang ‘mencipta’ nama di Malaysia akan membuat persembahan di Indonesia selepas ini. Jadi, sila dapatkan tiket anda sekarang ya! Jangan lupa tiket kapal terbang sekali. Yeah!
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 06:10 PM | Show all posts
ok .. moh layannss


Dari kita melayan kontroversi Erykah Badu yang kami rasa tak lah popular man ...
samshik Post at 29-2-2012 17:40



    Adik Anzalna skarang ni pon pelakon kan Mia Nasir..... Ayah dia mengajar kat UPSI...gegeh promote anak kat student, tapi ayah dia seorang lecturer yang baik..... tapi anak2nya terlalu la urban....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.068651 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list