CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faisyah

[MERGED] Video Lucah & Liwat Didakwa Anwar Ibrahim

  [Copy link]
Post time 15-4-2011 02:33 PM | Show all posts
Lombu2 pencacai UMNO memang berfikiran singkat... tak payah laa nak cakap duduk atas pagar atau duduk dalam kandang lombu...

Kembali laa kepada Al-Quran dan Hadith kalau nak menuduh seseorang bersalah atau tidak...  

Allah telah MemBerikan PetunjukNya di dalam Al-Quran dan Nabi Muhamad S.A.W telah permudahkan kita dengan hadith dan sunnah...

Ada kamu semua pencacai UMNO merujuk kepada Al-Quran dan Hadith????? Even Ustazah bermekap UMNO pun mempermainkan hukum Hudud ALLAH... eeeiiiii.. selisih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 02:45 PM | Show all posts
Sorry, terpaste..saya betulkan semula sebenar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 03:43 PM | Show all posts
Suka benar UMNO dengan sumpah-sumpah.  Jom kita main sumpah-sumpah.  Panggil Abu Hasan Omar, Rahim Tambi, Najib, Mat Taib...  minta sumpah dia orang tak terlibat skandal seks yang didakwa atas dia orang.

Senang jer main sumpah-sumpah ni.  Dakwa, sumpah, dakwa, sumpah, dakwa, sumpah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:07 PM | Show all posts
Suka benar UMNO dengan sumpah-sumpah.  Jom kita main sumpah-sumpah.  Panggil Abu Hasan Omar, Rahim T ...
ibnur Post at 15-4-2011 15:43


kalau takut nak bersumpah, rakyat pun dah meragui, bolehlah letak jawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:18 PM | Show all posts
Saudara UMNO Sarkes, mungkin saudara boleh hujahkan atau bentangkan mana2 hujah dr segi dalil dan nas sahih mengenai sumpah laknat ni. Saya masih jahil bab agama ni.

Saudara, apabila saya mempertikaikan DSAI apabila tidak melakukan sumpah laknat, bukan bermaksud saya pro kerajaan..saya harap saudara faham. Saya ni pesara kerajaan, dah berpuluh tahun saya terlibat dlm proses tender, cukup paham dah dgn ketelusan dan ketirisan dalam prosesnya.  Saya memberi komen dan pendapat, melalui penilaian dan pandangan saya sebagai rakyat Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia mahukan agar isu ini diselesaikan dgn sebaik dan secepat mungkin.

Saudara Ibnur, bukanlah bermaksud orang UMNO atau saya sendiri suka bersumpah2, tapi saya sedar bahawa sumpah laknat juga adalah salah satu bentuk penyelesaian masalah (walaupun bukan dlm bentuk keseluruhan).  

Saya sendiri berfikir, sekiranya saya DSAI, dan saya bersumpah laknat, saya tahu apa akan terjadi pada penyokong dan pro kerajaan..tentu goyah kerajaan. DSAI sudah ada point trigger yg mampu mengubah suasana politik Malaysia, tapi, yet...DSAI tidak mampu melakukan perkara yang mudah itu. Tentu ada sesuatu, kerana itulah saya hujahkan pendapat saya ini. Mohon saudara yang pro DSAI memberi pendapat.

Saya juga menyokong sekiranya dgn melakukan sumpah laknat boleh menjelaskan lagi kes pemimpin BN yg saudara nyatakan. kita rasakan sumpah ni pelik kerana ianya bukan budaya kita, tetapi secara rasionalnya, pihak pembangkang boleh sahaja memaksa penama-penama tersebut untuk bersumpah..pilihan itu ada, terpulang kepada pembangkang untuk memaksa mereka bersumpah atau tidak. Sekiranya mereka sendiri tak mahu, jawapan dan hujah saya ini tetap sama kepada mereka.

Pada saya, bukan isu pro BN atau Pembangkang yg menjadi persoalan, sebaliknya kebenaran disebalik itu yg menjadi tanda tanya.


Saudara dan kengkawan sekalian, bukankan lebih baik kita berhujah dgn sopan dan tertib, seperti saranan dan tunjuk ajar dr Rasulullah saw sendiri.  kata-kata adalah berbisa, lebih tajam daripada pedang, tapi bukan kerana kata-kata nista dan cacian serta gelaran hina, sebaliknya isi dan pendapat didalamnya. Kita mempunyai pendapat masing-masing, tapi saya sedar bahawa saya, saudara ibnur, saudara Umno Sarkes dan lain-lain juga mengucap syahadah, saudara semua saudara saya, marilah kita saling hormat menghormati..insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:17 PM | Show all posts
Sawahpadi... aku rasa tak payah layan budak-budak otak berkarat dan berlumut ni.. Asyik mengulang ayat yang sama..tapi masih kosong dan hampas...

Baca pada ayat-ayat diaorang pun kita dah faham bahawa fikiran diaorang sebenarnya dah mati, hanya tertumpu satu arah kerana bertuhankan anwar... penuh cercaan dan penghinaan kepada orang lain sebab hidup mereka hanya dikuasai emosi dan prasangka...

Kalau aku berkesempatan untuk berjumpa Anwar, ini yang aku akan suruh buat... bersumpahlah Anwar...Wallahi..Wabillahi..Watallahi.... dengan konfiden kalau sungguh dia tak terlibat dalam apa-apa pertuduhan..... selesai keraguan, selesai spekulasi... insyaallah akan bertambah banyak sokongan dari masyarakat Islam TERMASUK AKU sesungguhnya..

Tapi kalau asyik berikan alasan sebagaimana jumud-jumud Anwar disini buat, baik aku tengok je apa petunjuk dari Allah S.A.W nanti..pasti ada...

Ada apa-apa ke petunjuk kepada Anwar hasil sembahyang hajat ramai-ramai sebelum ni..??? Yang aku perasan, PKR semakin kelam kabut serta bercakaran dan terbaru Raja Petra dah pecah sebahagian daripada konspirasi Anwar... hmmm... ohhh.. aku terlupa.. Raja Petra dah dibayar oleh UMNO...itu tuduhan standard jumud-jumud PKR... aku dah tahu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2011 04:39 PM | Show all posts
Saudara Ibnur, bukanlah bermaksud orang UMNO atau saya sendiri suka bersumpah2, tapi saya sedar bahawa sumpah laknat juga adalah salah satu bentuk penyelesaian masalah (walaupun bukan dlm bentuk keseluruhan).  
sawahpadi Post at 15-4-2011 16:18


Semasa Ummul Mukminin Aisha r.a. difitnah bersama Safwan elepas perang Bani Mustaliq, ada atau tidak Nabi s.a.w. yang turut bingung dengan tuduhan berkenaan meminta Aisha r.a. bersumpah?  Ada atau tidak ayat Quran menyuruh Aisha r.a. bersumpah?

Kalau ada sila berikan di sini.  Dan kita jadikan ia satu sunnah Rasulullah.

Nampak jelas sekali penyokong BN tidak ada cara nak selesaikan masaalah.  Hanya percaya 100% pada dakwaan dan kemudian main sumpah-sumpah.  Bila ada berita buruk berkenaan musush BN maka ia dibenarkan dan minta disanggah dengan sumpah.  Kenapa tidak applicable kepada kaum BN sendiri?  

Kita sendiri tahu orang yang melakukan dosa dan tahu ia adalah dosa, maka boleh kita katakan ia orang fasik.  Maka kenapa tidak kita ikut perintah Allah dalam Al-Quran surah al-Hujurat "apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu."

Ada atau tidak dalam ayat tu suruh bersumpah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:57 PM | Show all posts
Reply 601# PitMie

lantaklah kalau aku tsilap pun...tp mksud aku ttp lah si nuar ni kaki bedal semua jenis kemal**n manusia depan dan blakang

semuanya bakal dibongkar..insaflah cepat semua pnyokong tegar nuar brahim a.k.a peliwat..
ainiz81 Post at 15-4-2011 11:15
bila ko sanggup membuat tuduhan terang terangan sebegini, bermakna ko telah bersaksi pada pembaca thread ini yg ko memang menuduh nuar sebagai peliwat! sedang menuduh sesaorang perempuan melakukan zina pun termasuk 7 pembinasa, inikan pula sebagai peliwat.... bermakna ko dah sanggup menerima balasan tuhan kerana menuduh


Hebat tipudaya syaitan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 05:27 PM | Show all posts
Kita sendiri tahu orang yang melakukan dosa dan tahu ia adalah dosa, maka boleh kita katakan ia orang fasik.  Maka kenapa tidak kita ikut perintah Allah dalam Al-Quran surah al-Hujurat "apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu."

Ada atau tidak dalam ayat tu suruh bersumpah?
ibnur Post at 15-4-2011 16:39

   
Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?
DR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.


siapa yg berdusta, sama ada Saiful ataupun Anwar,
kita boleh ikut cara penyelesaian seperti dalam Surah Al-Imran Ayat 61.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:36 PM | Show all posts
Aduhh... tak faham sungguh aku dengan jumud-jumud Anwar....

Ibnur..contoh kalau tuduhan mengaibkan ini berlaku pada diri kamu... apa nak buat untuk peringkat pertama menghilangkan prasangka dan spekulasi terhadap kamu..? Nak tangkis dengan apa... bukti hampir jelas itu ialah kamu... tapi kamu nafikan...kamu cuba kaitkan isu-isu orang lain..untuk apa... nak ubah pandagan dan arah orang lain ? Kemana kamu nak lari..? Lagi lama kamu mendiamkan diri mengharapkan orang lain defense kamu lagi lama orang akan berprasangka buruk terhadap kamu.... ?

Untuk redakan tohmahan, ini saja cara yang HARUS dilakukan sekiranya BENAR kamu dianiaya... BERSUMPAH !!! Allah lebih mengetahui segalanya...tapi kita ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 08:32 PM | Show all posts
siapa yg berdusta, sama ada Saiful ataupun Anwar,
kita boleh ikut cara penyelesaian seperti d ...
rashiman Post at 15-4-2011 09:27


Ayat 61 surah al-imran bukan ayat perintah untuk mubahalah.  Ia merujuk pada kisah Nabi Isa.   Mubahalah itu juga tidak berlaku.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 08:39 PM | Show all posts
Aduhh... tak faham sungguh aku dengan jumud-jumud Anwar....

Ibnur..contoh kalau tuduhan mengaibka ...
Nadim Post at 15-4-2011 09:36

Kalau tuduhan itu berlaku kepada aku, aku akan dapat pahala sebab aku tak buat.  Dan aku juga tak akan bermubahalah selagi ada mahkamah.

Cuba korang bagi satu sahaja nama sahabat yang pernah bersumpah?  Setahu aku, sumpah sumpah ni ramai dari golongan rafidhi yang sekarang kita biasa kenal sebagai shiah.  Rafidhi ni jugak la yang para imam yang kita tahu panggil pendusta.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:16 PM | Show all posts
Terima kasih Ibnur atas maklumat anda. Saya secara dasarnya  bersetuju dgn pendapat anda bahawa tiada suruhan yg khusus untuk melakukan sumpah laknat ini..tetapi tidak bermaknya ianya tidak dianjurkan oleh Islam melalui ulama'2 mutabar satu masa dahulu. Isu sumpah ini telah pun disentuh didalam karangan Kitab Al-Qardawi yg menjadi pendapat dan nasihat bagi penyelesaian yang menuduh dan dituduh.

Sebagai contoh, seorang suami mendapati isterinya telah berkhalwat dgn lelaki bukan muhrim sedangkan pada masa itu suaminya tidak mempunyai 4 orang saksi yg mencukupi untuk mengukuhkan  dakwaannya sprt kehendak syara'. Maka, dibolehkan suami itu bersumpah dgn nama Allah menuduh isterinya berkhalwat. Sebagai bukti keadilan, menurut Al Qardawi itu juga, Islam membenarkan isterinya untuk melakukan sumpah balas bagi menyucikan dirinya dripd pertuduhan suaminya (sekiranya isterinya menyakini bahawa dirinya tidak bersalah). Dan sekiranya kedua2 telah melakukan sumpah mencukupi rukun dan keperluannya, maka berpisahlah (bercerai) suami isteri itu dgn kuasa khadi (atau pihak berwajib) dan haruslah didiamkan perkara itu tanpa ada hukuman kepada kedua-duanya. Dalam tempoh tersebut, hanya Allah jualah yg menjadi saksi dan menjatuhkan hukuman samada di duniawi lagi atau dibawa ke pembalasan akhirat.

Benar, tiada sahabat yg bersumpah muhabbalah pada zaman Nabi Muhammad SAW, tetapi ilmu dan hukum Islam itu syumul 9terpakai dr setiap masa dan ketika dan dimana sahaja), maka melalui ijma' dan fatwa para ulama dan imam terdahulu, wujudlah sumpah dgn bersaksikan Allah itu, demi menjaga kelestarian dan kerukunan masyarakat yg boleh berpecah belah atas sebab dakwaan dan tuduhan nista/betul itu tadi.

Tanyakan pada mana2 ulama' dimasa kini, seperti yang ditanyakan pada satu majlis forum agama di UIAM pada tahun 2008 dahulu, perlaksanaan sumpah adalah perkara baru (bukan dr zaman rasulullah), tetapi bukan bermakna ianya tidak boleh kerana hanya ianya bidaah (sesuatu yg diadakan), kerana ianya adlaah utk kebaikan dan menganjurkan persefahaman satu2 masyarakat.

Perbuatan bersumpah bukan hanya milik agama lain,  atau pada golongan syiah sahaja, semua agama mempunyai caranya, yg membezakan adalah bagaimana Islam meletakkan tatacara dan rukun perlu didalam menjalankan isu sumpah tersebut.

Sekiranya saudara Ibnur berada didalam keadaan DSAI, saudara tidak akan sekadar mendapat pahala, lebihnya ada dosa kerana saudara tidak mengambil langkah perlu untuk membersihkan diri saudara (seterusnya menghina agama Islam kerana saudara adalah Islam yg memburukkan nama baik agama kerana pertuduhan yg tidak mahu dibersihkan itu), juga kerana sifat berdiam diri dan tidak mahu mengambil tindakan perlu untuk menyelsaikan keadaan seterusnya menjadi bahan perpecahan umat Islam, juga secara terus saudara membiarkan pihak yang menabur fitnah sentiasa menabur fitnah kepada diri saudara.

Persoalan yg sebetulnya mengenai isu sumpah ini, adakah dgn bersumpah dgn nama Allah, DSAI akan menjadi murtad atau fasik? atau dengan bersumpah dgn nama Allah gugur iman kita? maka, sekiranya sprt pendapat tuan ibnur bahawa sumpah itu bukan cara penyelesaian, tetapi ianya juga merupakan pilihan utk jalan penyelesaian. Sama seperti menggunakan DNA, dizaman Rasulullah juga tidak pernah menggunakan cara ini, maka haruskan kita mengabaikan cara tersebut?

Pada pendapat saya, tidak salah menyertakan Allah dalam setiap pengakuan kita, kerana kita adalah muslim, beragama Islam, sedangkan nak makan pun kita membaca doa dan bismillah, begitu dekatNya pada kita. Maka, tidak salahlah sekiranya sehabis kurang pun, DSAI boleh sahaja mengucapkan Wallahi, Wabillahhi...kerana ianya menyertakan Allah dalam kenyataannya, tidak perlu dipisahkan.


Perilaku dosa dan pahala bukan sekadar satu perkara, tetapi jauh lebih daripada itu, bagaimana kesan dan rentetannya seharusnya juga diambil tahu.

Apa pendapat saudara Ibnur tentang perkara ini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by sawahpadi at 15-4-2011 21:31
Sawahpadi... aku rasa tak payah layan budak-budak otak berkarat dan berlumut ni.. Asyik mengulang ay ...
Nadim Post at 15-4-2011 16:17



Saudara Nadim, tidak mengapa..boleh kita berbincang, kedua2 pihak punya pendapat yg berbeza..tapi, saya sedar, saudara Nadim sedar, saudara UMNO Sarkes, Ibnur, Suarez dan lain-lain juga sedar bahawa kita sendiri secara muktamad dan berbuktinya tidak mengetahui DSAI terlibat dalam video seks / kes liwat itu atau tidak, atau kita sendiri juga tidak mengetahui bahawa sekiranya benar DSAI memang terlibat didalam isu tersebut.
kita mempertahankan ideologi dan pendapat kita kerana kita mempunyai kecenderungan kearah menyokong/membangkang. Hakikatnya DSAI sendiri yg mengetahuinya.

utk kita sebagai manusia yg biasa dan tiada upaya ini, maka masing2 perlu mengeluarkan pendapat dan hujah serta jalan penyelesaian dalam menghuraikan isu ini. Saya sebagai golongan atas pagar, saya perlukan kesahihan dan penjelasan lengkap mengenai perkara ini. Kaedah penyesuaian DNA, bersumpah, atau lain-lain saksi adalah perlu untuk membuktikan setiap pertuduhan ini.

Kalau ikut kepada stage solving, saya lihat golongan pro BN akan lebih melihat kepada objektif iaitu berikan DNA, bersumpah dll sementera golongan pro Pembangkang lebih melihat kepada perjalanan objektif itu sendiri iaitu DNA dimanipulasi, dipaksa, diupah, tidak sah bersumpah dan sebagainya.  Masing2 melihat dlm konteks yg berbeza, tapi pada saya..setiap tu ada jalan penyelesaiannya. Allah bersama dgn orang yg benar dan teraniaya, tetapi hakikatnya orang yg teraniaya mestilah berusaha membersihkan dirinya dr segala pertuduhannya.

seperti didalam firman Allah swt, "tidak akan berubah nasib satu kaum itu, sehinggalah kaum itu sendiri berusaha mengubahnya", itu membawa erti, berusaha dahulu barulah bertawakkal pada Allah.

Kerana itulah, kunci perbincangan yg baik adalah tertib dan sopannya kata2, satu pendapat yg bernas berjuta kali lebih mulia dari berjuta-juta kata2 cacian dan makian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:35 PM | Show all posts
Kalau tuduhan itu berlaku kepada aku, aku akan dapat pahala sebab aku tak buat.  Dan aku juga tak  ...
ibnur Post at 15-4-2011 20:39



   Saudara Ibnur, saya melihat kepada kecenderungan pendapat pro pembangkang yg mengatakan mahkamah boleh dibeli, bukti boleh dibuat dan dimanipulasi dimahkamah, sistem mahkamah tidak adil dan berat sebelah..maka dlm konteks ini, penggunaan sistem mahkamah adalah tidak relevan pada pro DSAI. Oleh itu, bersumpah mahabalah adalah lebih sesuai dan diyakini pengadilannya. Apa pendapat saudara?
Juga, terima kasih kerana sudi melayani soalan-soalan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:17 PM | Show all posts
Saudara Ibnur, saya melihat kepada kecenderungan pendapat pro pembangkang yg mengatakan mah ...

sawahpadi Post at 15-4-2011 21:35



aku mempunyai persepsi yang sama dgn sawahpadi....

anwar lah yang paling layak sekali melakukan sumpah bilamana dia tidak lagi mempercayai badan kehakiman...pihak berkuasa...
lebih lagi kepada kerajaan yang memerintah
bukan kah situasi menunjukkan yang anwar dalam keadaan yang sangat terhimpit sekiranya benar dia tidak bersalah dan teraniaya seperti yang didakwanya..??  

mengapa dia enggan melakukan sesuatu yang sangat mudah..?
untuk dirinya..keluarganya..malah pengikut2nya yang begitu tegar menyokong dan membela dirinya?
kenapa anwar kelihatan sgt keberatan dgn memberi dan mencari berbagai alasan??
apakah yang menghalang dan memberatkan hati nya??
tidak kah sikap tersebut akan menambahkan persepsi lebih buruk bukan kepada dirinya sahaja malah kepada ahli keluarganya sendiri...??
allah itu maha penyayang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2011 06:09 AM | Show all posts
ermmmmmmmm mmmmmmmmmmmm mmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 06:12 AM | Show all posts
ai sendiri keep mum sahaja, cuba perjelaskan kedudukan sebenar, pengakuan itu penting. walaupun dia buat aku pasti penyokong dia akan sokong dia juga, dia takut sokongan beralih arah , sebab matlamat dia nak jadi pm kan? sepatutnya 1998 dia turun secara diam2 dan naik balik. ini tak bijak, u renggut hati rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 06:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by sawahpadi at 16-4-2011 07:03

Betul tu Geomlimarkisa, nazadiyah..sekiranya kita bertenang, kita jadikan diri kita neutral dan berkecuali, dan seterusnya kita berfikir dgn sedalam2, mengambil pandangan sedalam2nya serta secara matang dan tanpa prasangka..kita boleh lihat situasi dan permasalahan isu DSAI dgn lebih bijak. Sekiranya kita menyokong sesuatu, pastikan kita menyokong dgn bijak dan terpelajar.

Pada saya, buat masa ini, DSAI tidak menggoyahkan kerajaan, sebaliknya dirinya sendiri menjadi goyah. Isi video seks dan liwat menjadi 'hantu' yg sentiasa mengikuti dirinya, Saya melihat kepada situasi ceramah DSAI di sarawak apabila beliau ditanyakan mengenai isu seks itu sendiri dan beliau berang, berangkat pergi tanpa bersalaman pun dgn ahli rumah panjang tersebut. Mengapa harus marah, DSAI mempunyai ruang dan peluang utk counter dan jawab balik persoalan tu, tetapi tindakannya yang marah, menghentikan ceramah dan berang membuktikan beliau adalah pelaku liwat dan seks tersebut.

pada saya, DSAI adalah insan yg dianugerahkan Allah dgn kebijaksanaan berpidato, tetapi dgn soalan ringkas tersebut beliau menjadi kaget dan takut. Walaupun beliau menafikan mengenai penglibatannya didalam isu liwat dan seks ini, tetapi setiap perbuatannya lebih menjuruskan kepada memberitahu bahawa beliau adalah pelaku seks tersebut.

Saya juga melihat kepada semasa isu raih undi utk DUN kerdau, dimana DSAI juga hadir memberi ceramah, dan beliau dibayangi oleh Ummi Hafilda, yg mana DSAI sentiasa melarikan diri dr berada berdekatan dgn booth ceramah pihak pro BN, sedangkan pada masa itu DSAI mempunyai ruang dan peluang utk terus menjawab tomahan-tomahan (sekiranya palsu) dr Ummi Hafilda.  

saya secara dasarnya tak suka saudari Ummi Hafilda atas sebab keperibadiannya, namun semasa ceramah tersebut, saudari ummie hafileda memberikan ceramah dalam bentukfakta, sprt pada jam tersebut, tarikh tersebut, sila rujuk orang ini, orang itu..kenyataan berbentuk fakta ini membuatkan DSAI goyah sedangkan DSAI adalah pemidato yang cukup hebat.

Kita lihat juga, bagaimana isteri kepada DSAI yg kurangnya bersuara sedangkan beliau adalah Presiden PKR, sehinggalah beliau dipaksa utk menjernihkan keadaan dgn bersuara, namun hanya sekelumit kenyataan sahaja diberikan dan selebihnya DSAI jugalah yg terpaksa berhempas pulas menjawab soalan.

kini, setiap kali wartawan bertanyakan isu tersebut, DSAI secara dasarnya akan sentiasa menjadi berang, dan pada saya, diwaktu press conferencelah waktu terbaik utk DSAI pertahankan dirinya, diwaktu itu jugalah DSAI boleh buktikan bahawa saksi, pelakon dlm video seks tersebut adalah palsu, diupah atau sebagainya.  Saya melihat ini sebagai DSAI sebenarnya bukan cuba utk meleraikan masalah, sebaliknya ingin menutup kedua isu tersebut..seterusnya tidak dikaji dan diteliti. Dlm erti kata lain, beliau ingin menutup kesalahan diri sendiri.

Semasa didalam press conference itu sendiri, DSAI boleh bersumpah tanpa ada apa2 kerugian dr segi kos, tenaga, masa dan sebagainya. Benar, kita akan rasa seperti sumpah dgn nama Allah itu 'murah' dituturkan disana sini, tetapi selagi cukup rukun dan penyaksiannya, sumpah itu adalah terpakai. Sama seperti kita menyertakan bismillah disetiap perbuatan, bimillah itu terpakai sekiranya cukup rukun dan syaratnya.

Melakukan sumpah sbg satu jalan utk menyucikan diri dr fitnah adalah perlu, demi nama baik diri sendiri dan yg paling penting.atas nama baik agama Islam yg dianuti, agar tidak dipandang hina oleh masyarakat yg bukan beragama islam..itu satu dakwah sebenarnya.
Dalam dunia ini, tiada yg mustahil..semuanya boleh berlaku dgn izin Allah, manusia boleh sorokkkan perbuatannya dr pengetahuan manusia lain..tapi tidak kepada Allah, kerana Dia Maha Mengetahui yg tersirat dan tersembunyi. DSAI adalah berlatarbelakangkan pendidikan islam, maka saya yakin, beliau sedang diuji Allah, persoalannya adakah beliau berjaya melepasi ujianNya atau tewas dalam pujuk rayu dan godaan iblis laknatullah..sekiranya benar beliau tidak bersalah, maka beliau berjaya, tetapi sekiranya berbukti beliau pelaku dlm liwat dan video seks itu, itu menunjukkkan yg beliau tewas dgn godaan syaitan dan iblis. Sedangkan ulama dan para alim pun pernah tewas dgn godaan sesat, inikan kita manusia biasa..mohon perlindungan Allah agar kita tidak sesat dan alpa. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 12:38 PM | Show all posts
Saudara Ibnur, saya melihat kepada kecenderungan pendapat pro pembangkang yg mengatakan mah ...
sawahpadi Post at 15-4-2011 21:35


ProBN pun ada pendapat sendiri jugak.  Terutama bila suruh bersumpah.  Telah saya katakan bahawa dalam sejarah Islam sendiri, golongan yang suka bermubahalah ialah golongan rafidhi yang dikatakan pendusta.  

Bagi pro PR, mereka ada pendapat sendiri, dan nampak tak perlu diadakan mubahalah terutama sekali bila mahkamah belum selesai lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.088529 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list