CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 8-1-2013 03:35 PM | Show all posts
web nk rujuk status haji macam jammed....ramai sgt ka yg sedang checked?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 05:42 PM | Show all posts
Salam. Saya baru saja daftar nak pergi umrah dec baru nih, nak pergi 24 Januari ni ikut andalusia. Pergi seorang je dengan submit surat kebenaran mahram. Tapi malangnya malam tadi pihak andalusia inform masalah dengan visa. Kerajaan Saudi dah ketatkan syarat, hanya boleh pergi dengan mahram saja. Even kalau saya nak ikut keluarga makcik (adik ayah) pun tak boleh sebab suaminya hanya pakcik sabit, dan abang- abang sepupu tak dikira mahram

Sedihnya. Ada sesiapa yang bermasalah macam saya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 06:44 PM | Show all posts
MizzNaza posted on 8-1-2013 05:42 PM
Salam. Saya baru saja daftar nak pergi umrah dec baru nih, nak pergi 24 Januari ni ikut andalusia. P ...

aku g gak tahun lepas pakai THTS...ok jek..die akan carikkan mahram..tak kenal pun pakcik tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 07:29 PM | Show all posts
baju_oren posted on 8-1-2013 06:44 PM
aku g gak tahun lepas pakai THTS...ok jek..die akan carikkan mahram..tak kenal pun pakcik tuh...

Duk tengok komen2 di fb pun katanya orang yang pegi dengan th travel semua dapat refund balik, embassy dah start enforce larangan tumpang mahram dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:12 PM | Show all posts
haji_one posted on 7-1-2013 07:55 AM
hehehe..lupa plak nak reply pasal giliran tu, memang betul, seingat dan setahu saya, giliran tahun ...

haji one, saya nak tanya pasal mahram jugak, sbb tahun ni ada problem mahram tumpang kan?, wanita yang dah lebih 60 tahun pun problem ke kalau dah takde suami, anak lelaki atau adik beradik lelaki (ada tapi tak dapat nak pegi)?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:09 PM | Show all posts
ladyxez posted on 8-1-2013 08:12 PM
haji one, saya nak tanya pasal mahram jugak, sbb tahun ni ada problem mahram tumpang kan?, wanita  ...

Nak bertanya Haji One jugak;

Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat, tahun nie mahram tumpang dah tidak dibenarkan...kecuali wanita berumur 45 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi tanpa mahram....

Mohon sesiapa boleh memberikan maklumat memandangkan kawan saya nak menumpang  mahram kami suami isteri......TQ



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2013 10:35 PM | Show all posts
aily posted on 3-1-2013 03:49 PM
Irbudan, akak pun register tahun 2007 tapi tahun yg dikatakan terpilih 2017 samalah kita hu hu

Assalamualaikum Kak aily..
Adik beradik Azie seramai 6 org yg mendaftar haji tahun 2006 telah dpt surat panggilan Haji utk tahun ni.
Ikut kuota tahun 2014.Azie dah dpt panggilan tahun lepas tapi Azie pinda tahun ni.
Azie pun dah dpt surat panggilan Haji tahun ni..
Insyallah Azie akan pergi menunaikan Haji bersama adik beradik seramai 7 org..
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:46 PM | Show all posts
kiki posted on 8-1-2013 09:09 PM
Nak bertanya Haji One jugak;

Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat, tahun nie mahram tumpang da ...

Daripada maklumbalas saya dapat daripada andalusia, kali ni memang rigid la hal2 tumpang mahram. Kena submit skali proof of kinship, dokumen2 yang support yang mengesahkan talian persaudaraan tuh. Mahram plak limit dari sebelah bapa sahaja; iaitu bapa,adik beradik lelaki kandung,bapa saudara sebelah bapa atau datuk sebelah bapa. Saya nak tumpang pergi dengan family makcik saya yg juga adik bapa saya pun tak dapat. Apa lagi kalau nak tumpang orang lain selain itu. Setakat ni saya masih minta diorang hold dulu seat saya ke tarikh yang akan ditentukan. Semoga Allah permudahkanlah jalannya nanti, harapnya dapat tunaikan juga hajat arwah mak pada tahun ni juga in shaa Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 10:48 PM | Show all posts
Anggaran penerbangan Haji Tahun ni..

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 11:15 PM | Show all posts
aziefa posted on 8-1-2013 10:35 PM
Assalamualaikum Kak aily..
Adik beradik Azie seramai 6 org yg mendaftar haji tahun 2006 telah dpt ...

alhamdulillah...nanti bleh sharing preparation n update2 yer..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 06:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 07:31 AM | Show all posts
aziefa posted on 8-1-2013 10:35 PM
Assalamualaikum Kak aily..
Adik beradik Azie seramai 6 org yg mendaftar haji tahun 2006 telah dpt ...

Harap2 tahun depan kami ynag register 2007 dapatlah panggilan haji...

Last edited by irbudan on 9-1-2013 07:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 07:34 AM | Show all posts
MizzNaza posted on 8-1-2013 10:46 PM
Daripada maklumbalas saya dapat daripada andalusia, kali ni memang rigid la hal2 tumpang mahram. K ...

semoga Allah permudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 07:53 AM | Show all posts
seronok dengar kawan2 dah mula dapat tawaran haji
saya tumpang gumbira

terasa macam saya pon nak pergi jugak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:08 AM | Show all posts
ladyxez posted on 8-1-2013 08:12 PM
haji one, saya nak tanya pasal mahram jugak, sbb tahun ni ada problem mahram tumpang kan?, wanita  ...

hmmm...saya pun tak pasti pasal ni, let me check dulu ye. nanti saya update..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 09:38 AM | Show all posts
kiki posted on 8-1-2013 09:09 PM
Nak bertanya Haji One jugak;

Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat, tahun nie mahram tumpang da ...

Hmmm..ada buat cross check dgn few people, rasanya tak menjadi issue sangat.

Let say, ada satu pasangan suami isteri, kita assume sebagai AB..mereka dah terpilih.

Then, ada satu makcik ni, single mother, kita ssume sebagai C..dan dia pun dah terpilih, tapi takdak mahram.

So, si C ni jumpa la AB dan bagitau nak pergi dengan mereka sebagai mahram. So, si AB kena masukkan nama si C (dan detail) sebagai ahli kumpulan mereka, dan si CI kena masukkan nama si AB dan detail sebagai ahli kumpulan mereka. Maksud kena masukkan nama ni adalah masa menjawab surat tawaran haji tu.

So, sistem akan taggingkan mereka sebagai satu kumpulan.

Rasanya takdak masalah apa2 pun setakat ni, taktau la plak kalau saya taktahu..hehehehe..tetapi ni untuk haji la, kalau utk umrah..saya tak pasti.

Saya belum dengar sebarang aduan atau compalin berkenaan permasalahan mahram ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 11:04 AM | Show all posts
MizzNaza posted on 8-1-2013 10:46 PM
Daripada maklumbalas saya dapat daripada andalusia, kali ni memang rigid la hal2 tumpang mahram. K ...


semalam saya pun ada baca ...
tumpang mahram ni dah makin ketat, di website pun andalusia dah bgtahu ..

berdoa banyak-banyak MizzNaza, insyaallah kalau betul itu adalah rezeki untuk jadi tetamu .. insyaallah.
sekarang ni Mizznaza nak buat cemana???

bila kita nak sangat pergi, bila jadik perkara macam ni mmg rasa down sangat kan?
ehem pun risau selagi visa tak lulus ... ya allah, permudahkan laaa ...

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:07 AM | Show all posts
nur82 posted on 8-1-2013 11:15 PM
alhamdulillah...nanti bleh sharing preparation n update2 yer..hehe

doa2 la sama kapai ngan kak azei..org byk pengalaman tuh..


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 12:33 PM | Show all posts
ehem_ehem79 posted on 9-1-2013 11:04 AM
semalam saya pun ada baca ...
tumpang mahram ni dah makin ketat, di website pun andalusia dah b ...

Hmm..saya ada minta abang tanyakan mana-mana kawan dia yang buat bisnes umrah ni kalau tahu apa cerita sebenar tetiba je drastik hal rules nih kan. Menurut diorang, sebenarnya rules nih memang dah digunapakai dah lama dah, tapi saudi embassy di malaysia saja yang tak gunakan selama ni. Yang menguruskan hal visa sebelum ni katanya baik dan bertimbangrasa, until datang pegawai lain baru bertukar start bulan lepas. Jadi orang baru, so rules pun ikut yang asal la dah tak boleh tumpang mahram. Gitu ceritanya. Wallahualam.

Memang saya sangat down, sedih tu understatement dah, depressed pun ada masa mula-mula dimaklumkan andalusia tentang hal ini. Tapi bila dah dapat tau cerita sebenar, saya cool down. Semua orang tau orang arab ni temperamental, dia ikut suka hati dia saja tentang peraturan ke apa-apa, yelah dah negeri dia. Saya percaya bukan saya seorang saja yang kena macam ni, ada ramai lagi jemaah wanita yng senasib dan yang menentukan visa sini boleh ke tidak nak pakai rules yang mana satu tuh pun manusia juga. Doa orang yang sedih terkilan macam saya ni setentunya lagi ramai ke atas orang yang berkuasa nak approve visa biarlah lembut hatinya sikit, in shaa Allah. Menurut kawan-kawan abang yang biasa berurusan bawak jemaah umrah dan haji pun, kata diorang tak rasa yang larangan ini akan lama. Awal-awal ni biasalah akan strict tapi  mungkin akan berubah pula nanti, in shaa Allah.

Nasihat mereka semua buat saya muhasabah diri balik: kita ni nak ke rumah Allah, ke Tanah Haram. Nak pergi rumah orang, biar ada kad jemputan. Seruan itu sudah pasti ada dengan kita buat booking pakej, persiapan pergi kursus dan beli barang semua tapi jemputanNya melalui kelulusan visa tuh masih belum sampai. Memang ada hikmahnya di sebalik semua ini, sudah tentu juga ujian dari Allah Taala. Lagikan jalan ke syurga pun penuh ranjaunya kan? Buat masa ni saya hold dulu seat saya ke satu tarikh yang masih lagi tak dapat saya tentukan, bergantung kepada kemampuan mana-mana mahram saya dari segi kesihatan dan masa, serta dengan izin Allah. Saya takkan berhenti fokus pada latihan-latihan dan amalan yang seharusnya saya praktikkan walaupun nampaknya perjalanan saya pada 24 Januari ini tertunda, saya harapkan Allah akan menjemput saya dalam masa tahun ini juga. In shaa Allah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 12:38 PM | Show all posts
irbudan posted on 9-1-2013 07:34 AM
semoga Allah permudahkan

Amin ya Rabbal alamin. Terima kasih ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.180941 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list