CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Momo_Elly

ilmu makrifat

 Close [Copy link]
Post time 11-1-2013 10:24 AM | Show all posts
Abangcute posted on 11-1-2013 01:02 AM
Yeaps. Tuan sudah pun menjawab soalan yang diberikan oleh tuan. Akan tetapi tuan perlu jelas ulama ...


Salam Abangcute yang dihormati,

Saya menjawab sekadar berkongsi apa yang saya tahu perihal Ulama dari sumber Al-Quran dan Sunnah

Kalau dihayati, yang dimaksudkan Allah itu ulama haq yang melaksanakan apa yang dimaksudkan berdasarkan Iman dan Taqwa. Ulama yang dimaksudkan mereka-mereka yang berilmu, beramal dan ikhlas.

Saya tiada masalah untuk terima penerangan di atas. Apabila diungkap kalimah 'Ulama' di dalam Al-Quran, tentulah ia merujuk kepada orang berilmu agama yang takutkan Allah, maka sudah tentu mereka itu beramal ikhlas semata-mata kerana Allah.

Ulama itu RAMAI berilmu tapi sedikit yang bertaqwa. Tuan perlu tahu SIAPA GERANGAN ULAMA yang dimaksudkan. Jika seorang ulama yang dimaksudkan itu DIMUSUHI nescaya sesiapa jua yang bermusuhan dengannya itu MUSUH ALLAH.

Inilah MASALAH UTAMA yang saya ketengahkan, Abangcute keluarkan kenyataan Ulama itu RAMAI, tapi sikit yang bertaqwa. Di manakah sumber rujukan ini? Kalau berdasarkan ayat-ayat umum, tidak patutlah ditujukan kepada Ulama. Patut ditujukan kepada umat manusia, ramai, tapi yang bertaqwa tu sikit.

Ayat2 yang Abangcute bawakan tidak merujuk kepada Ulama secara eksklusif, ia berbentuk umum.

Cukuplah kot untuk membenarkan apa yang saya maksudkan kerana semuanya tuan sudah terangkan dan semuanya JELAS di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Sesungguhnya huru-hara itu sungguh TERUK kalau tuan pernah menyaksikannya. Adakah perlu saya BERBOHONG perihal ini?

Sebenarnya saya masih tercari-cari sumber perihal Majoriti Ulama yang Abangcute katakan. Namun saya tidak mahu untuk teruskan jika Aabngcute rasa seolah-olah saya cuba pertikai dan merendah-rendahkan ilmu Abangcute. Saya boleh berhenti untuk tidak kusutkan keadaan, cuma kenyataan Abangcute itu seharusnya jelas bersandarkan Al-Quran dan Sunnah seperti yang Abangcute kata.

Saya bukannya nak kata Abangcute sengaja berbohong, saya mahukan sumber untuk menilai bagaimana Abangcute boleh keluarkan kenyataan tentang 'Majoriti Ulama'




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 10:43 AM | Show all posts
Abangcute posted on 11-1-2013 01:07 AM
1) Saya sudah pun tahu perihal yang dimaksudkan oleh Tuan mnm77
2) Saya sudah tahu tuan mnm77 akan menjawab bagi pihak saya dan saya cuma perlu nyatakan apa yang dimaksudkan ulama kebatilan
3) Al-Quran itu bukan mainan akan tetapi mukjizat kepada yang diberi PETUNJUK. Barang sesiapa yang SUKA MELAGA-LAGA akan SESUATU dengan ilmu yang tidak difahami olehnya, termasuklah dalam kategori orang-orang yang rugi AMALnya.

Salam...

Izin saya menyampuk post yang ni...

1. Jika saudara Abangcute betul-betul ikhlas, harap bersabarlah dari mengeluarkan kenyataan seperti di atas. Kenyataan di atas menggambar seolah-olah mesej yang Abangcute sampaikan akan dilihat macam 'riyak' pada pandangan umum (serba tahu), seolah-olah Abangcute dah tahu segala apa yang saya akan tanya dan seolah-olah sudah tahu yang saya akan tolong jawabkan....

..... sedangkan SEJUJURNYA saya masih belum dapatkan jawapan dari Abangcute, cuma saya masih bersangka baik dan berharap Abangcute jujur menyampaikan, atau jika ada kesalahan dari Abangcute, Abangcute jujur mengakuinya.

2. Sejujurnya saya bukan menjawab untuk pihak Abangcute, saya berkongsi ilmu sekadar yang saya tahu. Kalau saya salah, Abangcute boleh betulkan saya bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Saya bukan anggap ilmu saya sentiasa lebih tinggi dari Abangcute.

3. Saya juga percaya saudara Pitmie bukan sengaja untuk melaga-lagakan, mungkin dia dah rasa kurang senang dengan Abangcute maka dia pun dah semakin tegas terhadap post2 Abangcute. Harap Abangcute juga tidak berburuk sangka, sebab banyak juga post2 Abangcute memberi nasihat untuk tidak berburuk sangka.

Agama Itu Nasihat. Adalah lebih baik membaca dan memahami maksud iman dan taqwa sebelum berbicara kerana tanpa taqwa wujudlah kefasikan dalam bentuk FITNAH. Fitnah si dajjal dan angkatannya itu amatlah TERUK jika Tuan Pitmie memahami akan sifatnya.

Saya percaya Abangcute arif bahawa Agama itu Nasihat, dan saya juga percaya Pitmie juga arif tentang hal yang sama.

Pada saya, tak perlulah kaitkan seolah-olah orang lain berbicara tanpa taqwa sampai dikaitkan fasiq/kafir/munafiq...apabila hujjah-hujjah Abangcute dipersoalkan. Ini forum, biasalah berbincang dan pertikai kalau nampak tak jelas atau salah atau memang salah faham. Lainlah kalau Abangcute berhujjah dengan non-Muslim yang tak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah...

Saya amat khuatir, dalam jawapan2 Abangcute ada banyak juga unsur persangkaan-persangkaan, yang menyebabkan forumer agak 'jelak', dan mereka berterusan akan pertikai Abangcute secara negatif, dan Abangcute pula berterusan memberi jawapan berserta persangkaan yang juga negatif, yang akhirnya jadi permusuhan walhal sama-sama Islam.

Tak mengapa untuk beza pandangan/pendapat dalam perbincangan ilmiah... Imam-imam Mujtahid pun berbeza pandangan, tapi bukannya mencela sampai menilai taqwa imam yang lain, kan?

Saya tidak mahu ambil 'side' pihak mana-mana, saya lihat hal ini dah berpanjangan agak lama. Saya pun dah tulis banyak dan saya pun kena muhasabah diri saya sendiri.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 11-1-2013 10:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:11 AM | Show all posts
mnm77 posted on 11-1-2013 10:24 AM
Salam Abangcute yang dihormati,

Saya menjawab sekadar berkongsi apa yang saya tahu perihal Ul ...

Perlukah dibuktikan sesuatu yang NYATA pada dunia hari ini atau Tuan tidak nampak apa yang dimaksudkan dengan apa yang saya maksudkan?

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:15 AM | Show all posts
mnm77 posted on 11-1-2013 10:43 AM
Salam...

Izin saya menyampuk post yang ni...

Dengar dan fahamkan perihal ini kemudian berbicaralah apa yang kamu hanya tahu dengan akal tapi bukan dengan hati.

Sesungguhnya Allah menetapkan sesuatu pada setiap diri manusia. Amatlah menguntungkan sesuatu perniagaan jika kita memahami maksud dengan memerhatikan KESAN dan AKIBAT dari sesuatu perkara kerana kadang-kadang sesuatu yang dinamakan DAJJAL itu bukan seperti yang disangkakan.

https://www.youtube.com/watch?v=xGxXveEztN8

Cuba renungkan perihal PEMUDA yang mengikut Nabi Musa dan renungkan adakah diri kamu SAMA dengan yang dimaksudkan (lalai dalam mentaati perintah dan laranganNYA)?

Wallah Hualam

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:21 AM | Show all posts
orangbesi posted on 9-1-2013 02:55 PM
Dalam AL QURAN
ada perkataan SYAITAN
ada perkataan SYAITAN DR KALANGAN JIN DAN MANUSIA
Dalam AL QURAN
ada perkataan SYAITAN
ada perkataan SYAITAN DR KALANGAN JIN DAN MANUSIA

tak DINYATAKAN SYAITAN ITU ADALAH SIFAT
(tak gusar ke jika termasuk dalam BIDAAH)
aku tak BERANI nak mereka-reka

kat mana hang dapat syaitan itu SIFAT???
Hehe, konsep kefahaman yg mudah gitu pun nak kene huraikan ke???

Syaitan dikalangan jin dan manusia, tentunya ada manusia dan jin yg jadi syaitan, kan? kalau mereka tu jadi syaitan, adakah bertukar rupaparas mereka, jasad mereka, fizikal mereka????....tetapi digelar syaitan sebab apa???? bukankah disebabkan sifat dalaman yg jahat tu????
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:21 AM | Show all posts
Abangcute posted on 11-1-2013 11:15 AM
Dengar dan fahamkan perihal ini kemudian berbicaralah apa yang kamu hanya tahu dengan akal tapi bu ...

Saya menghormati ilmu Abangcute, adakah sekarang Abangcute bersangka kepada saya pula seolah-olah saya tak faham?

Sedangkan sebelum ini Abangcute dah kata Abangcute tahu apa yang saya ingin tanya? Dan saya tolong jawabkan?

Takkah pelik?

Cuba renungkan perihal PEMUDA yang mengikut Nabi Musa dan renungkan adakah diri kamu SAMA dengan yang dimaksudkan (lalai dalam mentaati perintah dan laranganNYA)?

Boleh teruskan dan boleh buka thread baru jika perlu. Tiada masalah.

Harap selesaikan dulu kenyataan Abangcute pasal MAJORITI ULAMA, boleh tak?

Perlukah dibuktikan sesuatu yang NYATA pada dunia hari ini atau Tuan tidak nampak apa yang dimaksudkan dengan apa yang saya maksudkan?

Sejujurnya memang saya tak nampak, sebab itu saya tanya. Di manakah rujukan kenyataan Abangcute bersumberkan Al-Quran dan Sunnah? Maafkanlah saya atas kelemahan saya ini kerana saya tak nampak. Agak panjang dan berkali-kali dah saya tanya, rasanya.... tetapi kalau Abangcute rasa TAK PERLU DIBUKTIKAN, maka ilmu tersebut hanya eksklusif untuk Abangcute, sebab Abangcute sorang saja boleh nampak orang lain seperti saya tak nampak-nampak.

Dan jika ilmu sebegitu yang Abangcute letak di sini, nescaya Abangcute akan timbulkan kekeliruan dan kecelaruan yang amat besar kerana Abangcute kata dari Al-Quran dan Sunnah tapi tak perlu dibuktikan sumbernya.

Last edited by mnm77 on 11-1-2013 11:27 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 11:25 AM | Show all posts
Orang yang arif itu mereka yang melaksanakan ketetapan Allah dengan kebijaksanaan. Jika orang yang arif itu TERLUPA (lalai), minorit SAHAJA yang memohon maaf kepada sesiapa yang DIKETAHUInya akan kesilapannya dan juga kepadaNYA supaya RAHMAT dan REDHA Allah turun bersama-sama di dunia sebagai satu JAMBATAN AMAL di akhirat kelak. Sesungguhnya RAMAI sungguh yang suka MENYOMBONGKAN diri dengan ilmu yang SEDIKIT tanpa mengetahui JARAK ILMU itu masihlah JAUH dari sangkaannya.

Perihal HATI itu urusan Allah. Mana-mana MANUSIA yang mengaku ISLAM akan tetapi LALAI untuk kembali MENGINGATI ALLAH dalam apa jua perkara yang dilakukan, berwaspadalah dengan ilham kefasikan dan kerosakan pada hati kerana itu JANJI ALLAH atas ketetapannya di dunia.

Bersamalah kita BERUSAHA untuk BERTAQWA kerana JALAN TAQWA itu jalan PETUNJUK sebelum datangnya APA YANG DIJANJIKAN ALLAH kepada yang BEAKAL.

Wallah Hualam. Last edited by Abangcute on 11-1-2013 11:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:29 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-1-2013 03:12 PM
Hang ejas ni sket,
kpd 'perumah-perumah/tenggekan-tenggekan/hati-hati' makhluk
- 'anything from  ...

Apa da ko ni, kan dalil hadis tu dah jelas, disuruh bunuh jin islam yg degil(syaitan)..... jin islam tu makhluk nyata ke?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 11:33 AM | Show all posts
mnm77 posted on 11-1-2013 11:21 AM
Saya menghormati ilmu Abangcute, adakah sekarang Abangcute bersangka kepada saya pula seolah-olah  ...

Jika saya nyatakan SESUATU akan KEAIBAN SEBENAR Ulama zaman ini, tidakkah RUGI amalan saya sedangkan itulah REALITINYA? Jika kamu sanggup MENANGGUNG kerana mahu mengetahui KEBENARAN, mengakulah dengan PERBUATAN sesungguhnya kamu mahu MENANGGUNG AKIBAT dari soalan yang ditanya di akhirat kelak. Sesungguhnya itulah PELEPASAN terhadap diri saya kepada mereka-mereka yang TERLALU MENGANGGAP SESUATU yang remeh tanpa memikirkan KESAN dan AKIBATNYA.

Adakah Tuan mahu MELIHAT HURU-HARA untuk negara Malaysia atas tiket soalan Tuan yang bersifat sangkaan?

KepadaNYA kita memohon Pertolongan supaya kita terdiri daripada mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa.

Wallah Hualam

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:35 AM | Show all posts
hantukiller posted on 11-1-2013 11:29 AM
Apa da ko ni, kan dalil hadis tu dah jelas, disuruh bunuh jin islam yg degil(syaitan)..... jin isl ...


Silap kot, bukan disuruh bunuh Jin Islam yang degil, disuruh bunuh Jin yang degil sebab itulah Syaitan

Jin Islam akan keluar bila diperintahkan keluar...

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:38 AM | Show all posts
mnm77 posted on 11-1-2013 11:35 AM
Silap kot, bukan disuruh bunuh Jin Islam yang degil, disuruh bunuh Jin yang degil sebab itulah S ...

Betul, tapi ulasan aku tu khas untuk dalil hadis yg aku berikan tu aje, bukan umum



Dan jin islam yg degil juga dinamakan syaitan



Last edited by hantukiller on 11-1-2013 11:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:40 AM | Show all posts
Abangcute posted on 11-1-2013 11:33 AM
Jika saya nyatakan SESUATU akan KEAIBAN SEBENAR Ulama zaman ini, tidakkah RUGI amalan saya sedangkan itulah REALITINYA? Jika kamu sanggup MENANGGUNG kerana mahu mengetahui KEBENARAN, mengakulah dengan PERBUATAN sesungguhnya kamu mahu MENANGGUNG AKIBAT dari soalan yang ditanya di akhirat kelak. Sesungguhnya itulah PELEPASAN terhadap diri saya kepada mereka-mereka yang TERLALU MENGANGGAP SESUATU yang remeh tanpa memikirkan KESAN dan AKIBATNYA.

Adakah Tuan mahu MELIHAT HURU-HARA untuk negara Malaysia atas tiket soalan Tuan yang bersifat sangkaan?

KepadaNYA kita memohon Pertolongan supaya kita terdiri daripada mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa.

Adakah ini suatu UGUTAN sekiranya saya ingin tahu SUMBER RUJUKAN Abangcute dari Al-Quran dan Sunnah?

Hadith Nabi ada berbunyi...."Ballighu anni walau aayah"

Pernahkan Nabi membuat ugutan kepada para sahabat yang ingin tahu KEBENARAN dari Al-Quran dan Sunnah?

*saya tak minta huraian yang panjang-panjang, saya minta rujukan, contoh surah apa, ayat berapa, kitab hadith mana bab apa.

Last edited by mnm77 on 11-1-2013 11:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:44 AM | Show all posts
hantukiller posted on 11-1-2013 11:38 AM
Betul, tapi ulasan aku tu khas untuk dalil hadis yg aku berikan tu aje, bukan umum
Dan jin islam yg degil juga dinamakan syaitan

Jadi Jin Islam yang degil tu akan masuk neraka selama-lamanya ke seperti Iblis dan keturunan Syaitannya?

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:48 AM | Show all posts
mnm77 posted on 11-1-2013 11:40 AM
Adakah ini suatu UGUTAN sekiranya saya ingin tahu SUMBER RUJUKAN Abangcute dari Al-Quran dan Sunna ...

Bukan ugutan kerana soalan Tuan bermaksud PERBUATAN dan Kata-kata. Jika ditanggung perlulah JELAS tahap apa yang akan berlaku di dunia dan diakhirat.

Saya seorang yang suka memelihara hati. Tidak akan saya cuba untuk MENYAKITI HATI melainkan jika ada sesiapa yang TERLALU TAMAK mahukan sesuatu yang dirinya sebenarnya TIDAKLAH TAHU sedangkan semua itu SEDANG BERLAKU.

Menentang ketetapan Allah itu sudah dikira DOSA-DOSA besar apatah lagi MENGABAIKAN perintah Allah. Jadilah diri Tuan ulama yang Tuan ketahui kerana apa yang Tuan tahu semuanya datang dari Allah dan tidaklah diberikan sesuatu petunjuk melainkan kepada sesiapa yang DIA kehendaki atas izinNYA.

Adakah Tuan nampak pernyata saya itu MENYOMBONG diri kepada Allah atau MENYELAMATKAN diri tuan dalam konteks memelihara hati tuan yang KINI sedang berbolak-balik serta bercampur-baur dengan nafsu tanpa tahu itulah REALITI kehidupan manusia di muka bumi hari ini?

Wallah Hualam.

Last edited by Abangcute on 11-1-2013 11:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:57 AM | Show all posts
Abangcute posted on 11-1-2013 11:48 AM
Bukan ugutan kerana soalan Tuan bermaksud PERBUATAN dan Kata-kata. Jika ditanggung perlulah JELAS  ...


Soalan saya sebenarnya berupa ilmu yang ingin saya tahu dari Al-Quran dan Sunnah

Saya seorang yang suka memelihara hati. Tidak akan saya cuba untuk MENYAKITI HATI melainkan jika ada sesiapa yang TERLALU TAMAK mahukan sesuatu yang dirinya sebenarnya TIDAKLAH TAHU sedangkan semua itu SEDANG BERLAKU.

Alhamdulillah baguslah Abangcute suka memlihara hati. Saya doakan Abangcute sentiasa benar memelihara hati. Juga untuk diri saya.

Menentang ketetapan Allah itu sudah dikira DOSA-DOSA besar apatah lagi MENGABAIKAN perintah Allah. Jadilah diri Tuan ulama yang Tuan ketahui kerana apa yang Tuan tahu semuanya datang dari Allah dan tidaklah diberikan sesuatu petunjuk melainkan kepada sesiapa yang DIA kehendaki atas izinNYA.

Adakah saya tanya ilmu dari Al-Quran dan Sunnah itu dikira menentang ketetapan Allah? Sedangkan Nabi bersabda supaya sampaikan dari Nabi walaupun sepotong ayat...

Adakah Tuan nampak pernyata saya itu MENYOMBONG diri kepada Allah atau MENYELEMATKAN diri tuan dalam konteks memelihara hati tuan yang KINI sedang berbolak-balik serta bercampur-baur dengan nafsu tanpa tahu itulah REALITI kehidupan manusia di muka bumi hari ini?

Saya tak tahu niat sebenarnya dalam hati Abangcute dan saya tak rasa Abangcute meneyombong diri kepada Allah.

Cuma kenyataan Abangcute yang dizahirkan dalam forum ni seolah-olah Abangcute berkata-kata seperti serba tahu, dan bersangka buruk kepada forumer yang tak sependapat dengan Abangcute (ini yang dizahirkan dalam forum)

Apabila diminta penjelasan sumber, Abangcute keluarkan amaran macam ugutan pula, ini yang pelik. Kalau dah ada dalam Al-Quran dan Sunnah, maka wajarlah Abangcute sampaikan bukannya menyembunyikan...


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:59 AM | Show all posts
mnm77 posted on 11-1-2013 11:44 AM
Jadi Jin Islam yang degil tu akan masuk neraka selama-lamanya ke seperti Iblis dan keturunan Sya ...
Jadi Jin Islam yang degil tu akan masuk neraka selama-lamanya ke seperti Iblis dan keturunan Syaitannya?
Tentang masuk neraka atau syurga tu, itu hak Allah sepenuhnya, kita takkan tau....Jahat macamanapun kita, belum tau kita keneraka, baik macamanapun kita, belum tau kita ke syurga.....

Keturunan syaitannya????...... syaitan mana ada keturunan, sebab hanya sifat, bukan makhluk bernyawa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 12:05 PM | Show all posts
hantukiller posted on 11-1-2013 11:59 AM
Tentang masuk neraka atau syurga tu, itu hak Allah sepenuhnya, kita takkan tau....Jahat macamanapu ...

Betul saya setuju.

Namun, bukannya Iblis dan Syaitan itu dilaknat? (Syaitan yang direjam!, Al-A'raf, 200; Aal-e-'Imran, 36)

Adakah wajar kata Jin Islam yang degil itu dilaknat seperti Syaitan? Mungkin boleh kata Jin fasiq...

Keturunan syaitannya????...... syaitan mana ada keturunan, sebab hanya sifat, bukan makhluk bernyawa.

Syaitan Jin ada jantan betina, beranak pinak, berzuriat, ada keturunan dan berqabilah. Tak percaya ke?

Al-A'raf, 27
- Syaitan menyebabkan Adam AS terkeluar dari Syurga
- Dia (Syaitan - yakni Iblis) dan Qabilahnya ( وَقَبِيلُهُ ) melihat dari tempat yang kita tak nampak

Al-Kahfi, 50
-Disebut Iblis dan zuriatnya ( وَذُرِّيَّتَهُ )

Doa masuk tandas: mohon perlindungan Allah dari Syaitan Jantan (khubuthi) dan Syaitan Betina (khabaaith)

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 11-1-2013 12:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:06 PM | Show all posts
mnm77 posted on 11-1-2013 11:57 AM
Soalan saya sebenarnya berupa ilmu yang ingin saya tahu dari Al-Quran dan Sunnah

Jika tidak tahu apa yang ada di dalam hati, belajarlah untuk MEMANDANG pada perkataan ini "Abangcute adalah manusia, dia adalah hamba Allah", "Hantukiller adalah manusia, dia adalah hamba Allah", "Orang Besi adalah manusia, dia adalah hamba Allah"

Jika tuan faham sudut yang saya nyatakan maka akan lebih fahamlah apa yang dimaksudkanNYA. Dan Tuan akan faham KENAPA saya berbicara di dalam forum.

Wallah Hualam

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:19 PM | Show all posts
Abangcute posted on 11-1-2013 12:06 PM
Jika tidak tahu apa yang ada di dalam hati, belajarlah untuk MEMANDANG pada perkataan ini "Abangcute adalah manusia, dia adalah hamba Allah", "Hantukiller adalah manusia, dia adalah hamba Allah", "Orang Besi adalah manusia, dia adalah hamba Allah"

Saya setuju semua kita adalah manusia.

Patutkah saya kata saya tahu apa yang berada dalam hati Abangcute sedangkan saya tak tahu? Tentunya tak patut, kan?

Dan patutkah Abangcute kata dah tahu apa yang saya akan tanya, sedangkan Abangcute tak tahu. Tentu tak patut bukan.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri kepada Allah, dan mohon maaf jika ada kesilapan yang jelas kita dah sedar.

Saya minta maaf kepada Abangcute jika ada terkasar bahasa, dan Abangcute boleh betulkan saya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah jika didapati ada kenyataan saya yang salah.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:42 PM | Show all posts
mnm77 posted on 11-1-2013 12:19 PM
Saya setuju semua kita adalah manusia.

Patutkah saya kata saya tahu apa yang berada dalam hati ...

Setiap manusia itu BERBEZA walaupun SERUPA dari segi kejadiannya.

Tiada salahnya kenyataan Tuan jika itu apa yang Tuan tahu.

Sesungguhnya saya seorang yang lemah. Tiadalah daya untuk saya MENERANGKAN SESUATU yang tidak saya ketahui melainkan apa yang saya ketahui sahaja atas dasar IHSAN.

Insya'allah, semoga Allah bersama-sama dengan orang-orang yang Beriman dan Bertaqwa kepadaNYA.

Wallah Hualam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.094386 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list