|
assalam TJ
larik jarak jauh i bace till the latest n3..1st time bace cite yg buat my heartbest exceeding than normal pace ..fuuuu
really enjoy it and truthfully need the new n3..bercoti-coti mesia lagi ke TJ
merajuk aiii lame tunggu
kalo dpt publish into novel lagi best...but i prefer lagi kt sini boleh nk speku mcm hehe |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tunggu n3 baru..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.. hari-haru ku bukak benang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab29
Mata digesel berkali-kali bagi menghilangkan rasa kelat. Mulut yang entah kali ke berapa menguap ditutup rapat. Kan orang tua-tua pesan,menguap tutup mulut. Kalau tak, nanti syaitan masuk!
Jam digital yang ada di dashboard kereta menunjukkan angka 6.30 pagi. Bermakna hampir separuh malam dia habiskan untuk menunggu di sini. Betul-betul tindakan gila!Tapi setelah apa yang dia mimpi bercampur dengan perbalahannya dengan Dzariff, Delia sudah tidak mampu untuk bertahan. Dia perlukan kepastian!
Pintu kereta dibuka. Delia mengeliat sebaik sahaja dia dapat berdiri tegak. Letih gila tidur dalam kereta. Lenguh semua sendi. Mujurlah dia ni tidak tinggi sangat. Kalau tak, confirm terlipat kakinya!
Kaki melangkah gontai menuju ke pagar. Dengan lafaz bismillah loceng ditekan sebelum dia cuba mengintai ke dalam pagar. 5 minit berlalu dan tiada sesiapa pun keluar. Takkan tidur lagi kot?
Sekali lagi loceng dipicit dan kali ini ditekan berulang kali. Biarlah kalau orang nak marah pun. Dia tak peduli! Namun berdiri di sini sebenarnya memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana debak debuk jantungnya kala ini.
Delia tersengih bila lihat seorang perempuan terkocoh-kocoh keluar. Pembantu rumah atau auntie Najwa ye? Perempuan itu kelihatan lengkap dengan telekung. Mungkin baru selesai solat subuh.
“Mau cari’in siapa pagi-pagi ini, embak?” tanya wanita bertelekung itu. Pantas Delia tahu itu adalah pembantu rumah Tan Sri Rashad.
“Cari Dzariff. Dia ada?”
“Ada. Tapi embak ini siapa? Kok datang pagi-pagi begini.”
“Saya ada hal penting. Boleh saya masuk?”
“Saya tanya’in bapak dulu…”
Adui! Banyak bunyi pula bibik ni! Susah sangat kang aku panjat je pagar. Bukan tak biasa panjat pun!
“Siapa datang pagi-pagi ni, Ning?”
Kelihatan Puan Sri Najwa menjengah di balik pintu besar. Delia hela nafas lega. Sekurang-kurangnya tak perlu dia bersusah payah memanjat pagar. Hihihi
Last edited by TJ2 on 16-5-2013 02:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lia ni, auntie!”
Delia terlebih dahulu menjawab. Rasa macam bertahun nak tunggu si Ning ni jawab. Dah lah dia sudah terlalu tidak sabar untu bersemuka dengan Dzariff. Banyak perkara yang perlu dia rungkaikan.
“La…kenapa datang pagi-pagi buta ni Lia? Ada hal penting nak beritahu Ameer ke?”
Puan Sri Najwa sudah melangkah menghampiri pagar. Dia beri isyarat supaya Ning masuk dan mencari kunci. Tergesa-gesa Ning berlalu untuk masuk ke dalam.
“Haah!” Tak mampu rasanya dia nak cakap yang dia sebenarnya mahu ketemu Dzariff. Bukannya Ameer. Mesti terkejut unta makcik ni nanti kalau aku cakap macam tu!
“Jom masuk, Lia.”
Angguk dan Delia terus mengekori kaki Puan Sri Najwa sebaik pintu pagar terbuka. Debaran di dada semakin kuat bila kakinya melangkah masuk ke dalam rumah yang tersergam indah ini. Delia telan liur yang terasa pekat.
“Lia dah solat?” Soal Puan Sri Najwa sambil senyum. Entah apa yang penting sangat hingga membawa Delia ke mari.
“Lia uzur, auntie.”
“Kalau macam tu Lia tunggu dekat sini kejap. Auntie naik panggilkan Ameer…”
“Tolong panggilkan Dzariff sekali ye, auntie.”
Wanita anggun berambut pendek separas bahu itu senyum dan mengangguk sebelum berlalu ke tangga. Delia renung Puan Sri Najwa sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. Nafas dihela lega. Mujur Puan Sri Najwa tidak mempersoalkan tentang permintaannya untuk memanggil Dzariff.
Ruang tamu yang dihiasi secara minimalis itu di pandang. Kelihatan cantik dan kemas sekali. Delia senyum. Dia memang sangat gemarkan hiasan yang sebegini. Ringkas tapi menarik. Matanya liar memandang semua sudut. Sungguh dia jatuh cinta dengan cara ruangan ini dihias!
Dan senyumannya mati bila pandangan jatuh pada potret keluarga yang tergantung di dinding sudut kanan ruangan itu. Mata digesel namun dia masih lihat benda yang sama. Perlahan-lahan Delia angkat punggung dan melangkah menghampiri sudut yang penuh dihiasi dengan pelbagai jenis bingkai gambar.
Satu persatu dilihat dan dia tahu dia tidak tersilap pandang. Semuanya adalah benar dan bukannya ilusi semata-mata. Bibir diketap kuat. Permainan apakah ini dan adakah dia sebenarnya yang sedang dipermainkan?Tapi untuk apa? Dan kenapa?
Last edited by TJ2 on 16-5-2013 03:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
***************************
Dzariff yang sedang melipat sejadah tergamam bila dengar mamanya beristighfar dan menjerit kuat sambil menyebut nama Ameer. Apa kes pula pagi-pagi buta ni?
Pintu bilik dikuak dan Dzariff dapat lihat mamanya sedang mengurut dada di hadapan pintu masuk bilik Ameer. Dengan seribu tanda tanya Dzariff melangkah keluar ke arah Puan Sri Najwa.
“Apa yang kecoh-kecoh ni, Mama?” Tanya Dzariff sebaik berdiri di sisi ibunya. Namun mama tidak menjawab. Sebaliknya menunding jari kedalam bilik Ameer yang hanya diterangi hanya lampu jalan. Dzariff kerut dahi seketika.
Suasana bilik yang samar-samar buatkan pandangan matanya agak terhad. Jenuh dikecilkan mata namun dia masih tidak berjaya menangkap apa sebenarnya yang mahu ditunjuk oleh mama.
“Apa dia, ma? Along tak nampak apa-apa pun.”
Belum sempat Puan Sri Najwa menjawab, sudah terjengul wajah Tan Sri Rashad dan Dzara. Keduanya tampak seperti tertanya-tanya.
“Kenapa mama menjerit-jerit tadi? Terkejut Dzara tau.Ingat ada perompak ke apa.”
Gadis itu mula membebel. Tapi memang benar dia amat terkejut bila mendengar jeritan mama sebentar tadi. Hampir-hampir sahaja dia mendail nombor 999 untuk bantuan.
“Jangan kan Dzara…ayah pun terkejut tau. Tak pernah-pernah mama kamu ni menjerit pepagi. Ha! Apa halnya, Cik Wawa ku sayang?”
Dzariff dan Dzara sama-sama senyum. Sempat lagi ayah mengusik mama yang masih keras berdiri di hadapan bilik Ameer. Mama hanya menjeling sebelum kembali menunding ke dalam bilik Ameer.
“Baik abang tengok anak sedara kesayangan abang tu. Entah apa yang dia dah buat!”
Tan Sri Rashad berpandangan dengan Dzariff dan Dzara. Apa yang Ameer dah buat? Masing-masing garu kepala yang tak gatal.
“Dia buat apa?” Serentak Tan Sri Rashad dan Dzariff bertanya. Puan Sri Najwa mencebik.
“Nak tau bukalah lampu tu!” Jawab Puan Sri Najwa keras. Dzariff kerut dahi. Kenapa mama nak naik angin pula ni? Demi mengelakkan mama semakin marah, Dzariff terus melangkah ke bilik Ameer dan menekan suis lampu yang ada berhampiran pintu.
Last edited by TJ2 on 16-5-2013 03:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan yang terhidang di hadapan mata buatkan Dzariff terkedu lalu beristighfar panjang. Biar betul Ameer ni? Dia berpaling dan nyata ayah serta Dzara turut bulat biji mata. Mama pula hanya mencerlung tajam dengan wajah masam mencuka.
“Ameer!!!”
Suara Tan Sri Rashad melengking kuat. Merah padam wajah lelaki separuh abad itu menahan marah. Mana mungkin dia tidak marah. Rumahnya dijadikan tempat maksiat dan dia tidak mahu dituduh sebagai bersubahat!
“Ameer Luthfy!!!” Jeritnya sekali lagi. Dan kali ini baru anak muda yang bergulung dengan selimut tebal itu berkutik. Kemudian membuka mata dan terkebil-kebil memandangnya.
“Hurm Ayah Ngah…ada apa ramai-ramai dekat bilik Ameer ni?Takkan dah nak gerak kot. Dah pukul berapa ni?”
Mata yang pedih dikelipkan berkali-kali. Rasa kantuk yang masih bersisa membuatkan Ameer menguap besar. Balik pukul tiga pagi, haruslah mengantuk!
“Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni, Ameer?”
Ameer terpinga-pinga bila ditengking begitu. Apahal pula ni? Mana pernah ayah ngah marah-marah padanya selama ini!
“Ameer buat apa?”
“Buat apa kamu kata? Boleh kamu tanya ayah ngah macam tu?”
Makin panas hati Tan Sri Rashad. Dah tertangkap buat salah, lagi mahu bertanya! Ikut jiwa yang sedang bergelora memang dia na ktampar je muka anak sulung abang kembarnya itu. Biar tau perkara yang dilakukan itu adalah kesalahan yang sangat besar!
“Kenapa ayah ngah nak marah-marah ni? Tak paham la orang!”
Sungguh dia amat keliru. Celik-celik mata dah dikerumuni ramai orang. Kemudian Tan Sri Rashad pula marah dan menengking-nengking. Takkan tindakannya keluar malam tadi mengundang kemarahan pada ayah ngahnya ini! Ameer hela nafas kasar.
“Takkan ayah ngah marah sebab Ameer keluar makan dengan member malam tadi?” Ameer renung wajah Tan Sri Rashad yang merah. Dari hujung mata dia dapat lihat Dzariff sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding. Dzara dan Puan Sri Najwa tegak di muka pintu. Masing-masing tampak seperti marah. “Benda kecik je kot…”
Last edited by TJ2 on 16-5-2013 03:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
"Benda kecik kata kamu.Astaghfirullahal’azim, Ameer!” Tan Sri Rashad mengurut dada. Boleh kena heart attact rasanya kalau ini dikatakansebagai hal kecil! Sudah jauh anak sedaranya ini tersesat!
“Memanglah benda kecik…”
“Hish!!! Apa yang bising-bising ni? Nak tidur pun taksenang!!!”
Seraya itu Ameer melompat bangun dari katil. Dengan rasayang sukar untuk digambarkan dia pandang semua wajah yang ada bersilih gantidengan wajah gadis yang sedang duduk diatas katil. Gila! Macamana dia ni bolehada atas katil aku?
“Apa you buat dekat bilik I ni? Atas katil I?” Ujar Ameergugup sambil menelan liur. Dia pandang dirinya atas bawah. Seluar pendek yangdia pakai sebelum tidur malam tadi masih ada. Selamat lagi kot! Nafas legadihela perlahan.
“Tidurlah…” Balas Irina sepatah sebelum menguap.Ngantuknya mata! Tak pernah dia bangun seawal ini dihujung minggu.
“Macamana you boleh masuk bilik I???”
“La…kan you yang bawak I balik.”
“Gila! You jangan nak buat cerita bukan-bukan!!! I takpernah bawak balik mana-mana perempuan sekali pun!”
“But you did lastnight!” Irina menjawab selamba. Ameer jelas kelihatan kalut kala itu.
"Nonsense…”
“Enough both of you!!”Sekali lagi suara Tan Sri Rashad melengking kuat. Jika tidak sampai bila punkeduanya masih saling bertelagah. Sorang kata ini dan sorang lagi kata itu!“Sekarang dua-dua turun! Kita settlekat bawah and I’m calling your parents!”
Ameer terkedu memandang Tan Sri Rashad yang sudah punberpaling dan melangkah. Ayah ngah nak telefon baba dengan ummi? Ya allah!Pantas dia mengejar dan tarik lengan Tan Sri Rashad.
“Please ayahngah! Jangan telefon baba.” Rayu Ameer pada Tan Sri Rashad namun ayah ngahnyaitu hanya menggeleng tanda tidak setuju.
“Baba kamu perlu tau. Walau apa pun penjelasannyananti…biar semua pihak dengar!” Kaki diatur untuk meninggalkan bilik itu dansekali lagi kakinya terhenti bila terlihat wajah Delia di belakang isterinyadan Dzara. “Delia…”
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua jadi kelam kabut bila menyedari Delia turut ada di situ tapi perempuan muda itu hanya tersenyum tawar memandang mereka. Tiada riak sedih atau pun marah terpeta di wajah cantik itu. Seolah-olah langsung tidak terusik dengan apa yang terjadi.
“Dell…”
Ameer sudah menerpa ke hadapan namun langkahnya terkaku bila Delia dilihat mengangkat tangan memberi isyarat supaya jangan berkata apa-apa.
“We talk later.”
Niat di hati datang untuk berjumpa Dzariff mencari kepastian. Tapi tanpa disangka kehadirannya ke rumah ini menemukannya dengan sesuatu yang tidak pernah terjangka. Malah tidak pernah tercapai dek akalnya.
Dan sekarang, melihat Ameer dan Irina tertangkap di dalam bilik. Lebih mengharukan tertangkap ketika sedang lena di atas katil yang sama. Aduh! Rasanya terlalu banyak perkara yang perlu dia cernakan pagi-pagi ini. Silap-silap boleh jammed kepala hotak!
“Please sayang…”
“I said we talk later!”
Memang di waktu ini dia tidak ingin bercakap dengan sesiapa. Terlalu banyak yang perlu dia terima di saat dia langsung tidak bersedia. Dia perlukan ruang untuk bertenang.
Di kala bersabung pandang dengan Dzariff, hatinya terasa seolah dicarik halus. Patutlah selama ini, Dzariff selalu mengambil berat soal dia dan anak-anak. Rupanya ada rahsia yang disimpan oleh lelaki itu. Sampai hati Dzariff buat dia sebegini!
Lelaki itu kelihatan meraup muka. Mungkin tidak menyangka kehadirannya di sini. Malah mungkin juga tidak terfikir dia akan muncul di rumah ini kerana selama ini dia memang tidak dijemput ke mari. Patutlah tak pernah nak jemput. Ada sesuatu yang disembunyikan. Kalau tak, pasti sudah lama rahsia itu terbongkar!
Bibir digigit kuat sebelum Delia berpaling dan melangkah pergi…
Last edited by TJ2 on 16-5-2013 03:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
errrrkkkk tj....su nih tamak sikit ngan entry....please sambg lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................
|
|
|
|
|
|
|
|
lama tggu.. ciput tu jer entry...
nasi x abis kunyah lg...entry dh abis...
wa...mk lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
my laling semua...
sorry TJ lama xupdate.
bnyk halangan daaa
g holiday lagi
sorry sngt2...
enjoice reading n3 ari ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ala...... |
|
|
|
|
|
|
|
mane ckp n3 manyak nie TJ
i want more .... pehlissss
dont play with my mind & heart |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa....ciputtt nye n3... |
|
|
|
|
|
|
|
sikit pun xpe janji ada....
Dzariff dgn Del... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|