|
[Tempatan]
banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2
[Copy link]
|
|
ari ari kol mak
risau kat diorang..
alhamdulillah umah mak x banjir lg..
line tepon pun jap ada jap x ada
pada mangsa banjir di arap tabah n sabar menempuh dugaan ni |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, mana nak bg brg bantuan ke mangsa area KL ni...pusat pengumpulan,,,kat dataran merdeka tu ada operasi lg tak... |
|
|
|
|
|
|
|
info
jln menuju ke sk pasir mandi tenggelam separuh jln |
|
|
|
|
|
|
|
Terengganu
Kelantan
Ramalan cuaca sepanjang minggu depan
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi meringan tekanan kepada mangsa banjir, Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk menghulurkan bantuan SEGERA kepada mereka yang terkena musibah ini.
Mereka memerlukan MAKANAN & MINUMAN, SELIMUT, KEPERLUAN BAYI, KEPERLUAN DIRI dan Sebagainya.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke :
Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota,
B 170, Lorong IM 8/33, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan
Atau sumbangan kewangan terus ke :
Akaun MAYBANK : 556 011 061 863
Nama Akaun : PEJABAT AHLI PARLIMEN INDERA MAHKOTA
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian
HOTLINE : 019-917 8086 PEJABAT : 09-573 5011
Email : [email protected] / [email protected]
|
|
|
|
|
|
|
|
Bantuan dari selangor tiba... syabas bawak tilam kalau xsilap.. askar2 xtahu bawa apa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Shah Adun
about an hour ago via Mobile
Kami dari raub akan bergerak skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
JPAM Pontian
Anggota mengeluarkan 01warga emas di kg. Sungai Durian @ghazali112 @JPAMJohor @kpjpam @zahidhamidi_my @arahimradzi pic.twitter.com/EnJeCojXN7
|
|
|
|
|
|
|
|
JPAM Pontian ‏@JPAMPontian
Membantu mengagihkan bahan mentah di pusat2 pemindahan @ghazali112 @JPAMJohor @kpjpam @zahidhamidi_my @arahimradzi pic.twitter.com/T7d0hrS9oe
|
|
|
|
|
|
|
|
Kucing Gebu ‏@zeekay15
RT @JPAMPontian: Membantu mengeluarkan 01 bayi dari kawasan banjir @ghazali112 @JPAMJohor @kpjpam pic.twitter.com/va0y1G1l9R
|
|
|
|
|
|
|
|
10 minit tadi dari Twit |
|
|
|
|
|
|
|
warga Sungai Lembing.. sediakan payung sebelum hujan !
|
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 6-12-2013 03:40 PM
SHAHRIZAT MENYALAK TANYA KEMANA PERGINYA YB FUZIAH SALLEH AHLI PARLIMEN KUANTAN KETIKA BANDAR KUANTA ...
ya allah.. ni la yang di kata, 1 jari tunjuk org, 4 jari tunjuk diri sendiri..
melalak membangsatkan org, tp sebaliknya......
|
|
|
|
|
|
|
|
1200Hrs...ramalan cuaca di Pahang. Awan mendung bergerak di utara Pahang. hujan lebat di sekitar Kuantan dan Temerloh
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan utama sg tekam ke jerantut bakal runtuh..tebing jalan dah habis...tunggu masa jalan pulak...
Hujan lebat dibumi jengka..
|
|
|
|
|
|
|
|
Fenomena air pasang besar
KUALA TERENGGANU - “Sebaik selesai menunaikan solat Isyak, saya turun ke dapur untuk makan malam, namun belum sempat berbuat demikian, anak saya beritahu kawasan dapur sudah dipenuhi air,” demikian kata Che Ku Soni Abu Bakar, 76.
Che Ku Soni antara tiga keluarga yang terlibat dalam misi menyelamat oleh Skuad Cakna Komuniti Daerah Kuala Terengganu, Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Seberang Takir, di sini, semalam.
Menurut ibu tunggal itu, sebaik menyedari air sudah memasuki rumahnya, dia segera mengemas barangan berharga termasuk dokumen penting dan pakaian.
“Sebelum ini, kami memang dah biasa dengan fenomena air pasang sebab rumah dekat dengan sungai, tapi tak sangka pula air naik mendadak. Kali ini memang lebih teruk.
“Syukurlah saya sekeluarga diselamatkan dan buat sementara waktu ini, kami tinggal di rumah saudara yang berdekatan,” katanya yang uzur kerana sakit tua.
Buat persediaan awal
Seorang lagi mangsa, Jara Mat Chik, 57, berkata, dia sudah menghadapi fenomena air pasang besar sejak berpuluh tahun lalu dan atas sebab itulah dia sekeluarga sentiasa bersiap sedia setiap kali tibanya musim tengkujuh.
Bagaimanapun dia mengakui tahun ini agak berbeza kerana air pasang lebih besar berbanding biasa.
"Namun syukur saya telah mengambil langkah awal dengan meletakkan barang-barang membuat keropok di tempat lebih tinggi,” katanya.
Jara adalah pengusaha keropok keping yang sudah hampir 40 tahun terlibat dalam industri utama di perkampungan nelayan itu.
Menurutnya, disebabkan keadaan cuaca tidak menentu sekarang ini, dia terpaksa menghentikan operasi sejak lebih seminggu lalu.
“Musim tengkujuh adalah waktu rehat kami memandangkan kami mencari rezeki bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.
Dia dalam pada itu terharu dengan tindakan badan sukarela SRS yang membantu keluarganya mengangkat barangan setelah rumah mereka dinaiki air.
50 anggota sukarela terlibat
Sementara itu, Pengerusi Skuad Cakna Komuniti Daerah Kuala Terengganu, Che Ku Izan Che Ku Mansor berkata, kerja-kerja membantu mangsa banjir itu pertama kali diadakan.
Katanya, kawasan Lembah Mutiara di Kampung Baru Seberang Takir adalah lokasi pertama yang terlibat dalam misi menyelamat tersebut.
"Seramai 50 anggota membantu mengangkat pelbagai peralatan rumah ke tempat yang selamat.
“Kebanyakan ahli kita terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran masing-masing iaitu dari Rela, Kementerian Kesihatan dan sebagainya,” katanya.
Justeru beliau memuji kerjasama semua pihak kerana melancarkan proses pemindahan mangsa banjir walaupun baru pertama kali.
Kata Che Ku Izan, pasukannya sentiasa bersiap sedia untuk membantu mana-mana mangsa banjir di tempat lain, di mana pemantauan dibuat melalui talian radio amatur.
Sementara itu, sehingga semalam, masih belum ada pusat pemindahan banjir dibuka melibatkan penduduk di kawasan berkenaan kerana kebanyakan penghuni rumah yang dinaiki air memilih untuk berpindah ke rumah saudara-mara.
sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|