sesipot posted on 16-12-2013 02:51 PM
ehh.. bukan ehh.. hihihi.. sbb ngk ari tue dia boleh dikecualikan sebab dia sorang jer anak lelaki ...
oh cam gitu... tapi ai pun tatau dia akan g ke tak.. ada baca dia kena g army tu tp x baca pasal pengecualian tu... harap ada yg boleh bagi pencerahan...
scene bila ek ES ada peluk KT kat depan cafe tu?? depan pintu.. kat 0:54... kat 2:30 jugak... ohhhhh... ingat dah... masa KT balik dr obersi.. 10 hari tak jumpa... eheheheh
Last edited by aYuGiLeR on 16-12-2013 05:52 PM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
dauswq posted on 14-12-2013 03:01 AM
(((((ATTENTION))))))
Rating Keseluruhan Drama: (8/10)
1. Cerita (8/10)
Adakah jalan ceritanya sukar dijangka dan mempunyai unsur-unsur suspens dan klimaks?
*jalan cerita ni kadang-kala boleh dijangka..kadang kala pula diluar kotak fikiran kita.yang seronoknya cerita ni membawa peminat semua jauh mengembara ke dunia fantasi..kenapa saya kata fantasi??budak umur 18 tahun g obersea sendiri..lepas tu..dengan tak jumpa kakak beliau...then terjumpa pulak dengan lelaki yang senegara..lepas tu boleh pula offer tinggal serumah...duduk bersama...si perempuan sangat naif..sungguh percaya pada si lelaki..walaupun hakikatnya, bukan semua orang itu jahat atau ada niat yang buruk namun rasanya sebagai yang lebih waras dan relevan ada baiknya kita lebih berfikir panjang akan kesan daripada tindakan kita.
*walau macam mana sekalipun, saya personally sangat teruja mengikuti cerita ni yang pada saya macam fairytales...anak orang kaya...jatuh cinta pada anak orang miskin..cerita yang sangat biasa berlaku dalam dunia reality..yang kita semua boleh tahu klimaks pada cerita ni..kemudian pula masuk cerita keluarga..cinta 3 segi antara bapa, ibu, mistress...sampai lah lahir anak luar nikah aka anak tak sah taraf...ensem pula tuu..
*pertalian antara sahabat sangat ketara terutama sekali pada Chan yong dan ES..selalunya jarang la lelaki dan perempuan boleh bestie gitu...tak banyak sikit mesti ada sangkut perasaan la...kemudian masuk pula bo na sebagai penambah perisa..menguatkan lagi plot cerita sahabat ni..YD kita tengok macam jahat tapi jauh disudut hati dia macam ada air terjun dengan taman terindah lagi...scene YD berlari-lari mencari KT untuk mak KT tu sangat menyentuh perasaan.walaupun mereka ni selalu jek tak sebulu tapi kelembutan hati YD sangat bertentangan dengan watak yang dia bawa.
Jalan ceritanya adalah tulen dan tidak/kurang skeptikal seperti drama lain?
*kalu nak dibandingkan dengan cerita korea yang lain saya memang tak tawu sangat la..sebab Heirs ni adalah cite korea pertama yang saya tengok dan sangat membuatkan saya tak lena tidur..hari-hari saya mesti ngadap cerita ni..walau bukan kat tv kat enpon pun buler..biarla skrin kecik yang hamat..janji dapat layan cerita ni..
*apa yang saya boleh kata, certain part nampak macam cerita kanak-kanak rebina tapi itu mungkin sebab nak membuktikan atau menghidupkan suasana cerita budak-budak remaja di sana.soal ketulenan cerita rasanya dalam mana-mana negara dah banyak cerita-cerita macam ni dihidangkan tetapi bergantung kepada kekuatan cerita, penjiwaan watak oleh pelakon dan sebagainya.
Peralihan plot cerita dibuat dengan kemas dan teliti yang mana anda rasa tidak bosan untuk terus menonton?
*yang ini sangat setuju..sangat menepati citarasa saya..tidak membosankan malah menjadikan saya semakin teruja untuk menanti episod seterusnya..
Puaskah anda dengan keseluruhan jalan cerita dan bukannya pada beberapa episod tertentu sahaja?
*secara keseluruhan sangat berpuas hati...rating 8/10 cuma kalu boleh episod ni dipanjangkan lagi untuk mengembangkan plot cerita yang mana rasanya masih banyak tergantung sana sini...sekiranya plot cerita untak mak KT , hubungan cinta bo na - CY, atau jejak kasih antar YD dan ibu tersayang diperkemas mesti lagi deabak cerita ni...
2. Keberkesanan Lakonan (9/10) Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi...Jika tiada, abaikan...Tidak terhad kepada pelakon utama sahaja, pelakon pembantu juga boleh...
* Lee Min Ho as Best Actor
* Kim Wo Bin as Best Supporting Actor
* PSH as Best Actress
* Mak KT as Best Supporting Actress
*Ayah KT as team badboy..sumpah sangat menjengkelkan diawal episod tapi at the end kita faham kenapa ayah KT bertindak macam itu.
semua lakonan nampak menarik dan semua pelakon berjaya menjiwai watak dengan sangat baik..terutamnya KWB..watak sedih..menangis...badboy...sangat terperinci..
abang KT pun pandai bermain dengan watak...
Adakah lakonan mereka keseluruhannya betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan pada watak yang dibawa?
Adakah pelakon-pelakon memaparkan postur badan yang betul, komunikasi dialog yang sangat baik dan tidak tersekat-sekat, keberkesanan emosi (marah, sedih, gembira) yang disampaikan secara vokal mahupun mimik muka (karisma mata, gerakan bibir, etc)?
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8/10)
Adakah anda rasa pengarah pandai memanipulasikan elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat, pencerahan (gelap sesuai untuk menunjukkan drama itu 'dark' dan 'gloomy' ) dan sebagainya?
Adakah proses editing drama dilakukan dengan kemas? (Peralihan shot antara adegan satu sama lain )
*secara teknikalnya, pemilihan tempat dengan scene yang hendak dibuat bersesuaian.
*Soal keberkesanan atau kebijaksanaan pengarah memanipulasikan pelakon, suasana, tempat, montaj sangat bertepatan dengan scene yang hendak dibuat...aspek ini ditambah lagi dengan kesan bunyi atau lagu yang diselitkan..contohnya scene dimana KT dan ES berjumpa ngam timing bercucuran pula salji..pheewww..so sweet....
*satu lagi yang sangat mencuit perasaan adalah insiden back hug antara KT dan ES...yeahh!!!seriesly sebagai penonton rasa puas hati dengan adegan yang rasanya comel2 manja gitew...di tambah dengan muka KT yang memang nampak manjanya..even dia marah pun..so jambu heols..
4.Skor muzik (5/5)
*satu lagu yang menarik minat dan membuai rasa is by lee changmin 2am kew?
yang lirik die love is the moment...lagu ni juga yang ai nak calonkan as best song
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Berapa tinggi keinginan untuk 'memaksa' anda menonton drama ini semula?
setiap hari..
@dauswq
inilah jek la setakat hari ni...esok lusa sekiranya ada pertambahan lain..btw ini pendapat saya jer yer..
TOTAL =8+9+8+5+5 = 35/40 *10 =8.75 Terima Kasih atas review
Nomination: Lee Min Ho, Park SHin Hye, Kim Wo Bin & Kim Sung Ryung
Post time 17-12-2013 02:23 PM