Siapa dia?
Memiliki angka satu satu dua
YDPA dah bersua muka
Parlimen dipanggil berjumpa
MP mengundi dua hari bulan tiga
harap ada keputusan tertera
tak perlu pilihanraya
jimat belanja, masa & tenaga
negara kembali ada bapa
pacu gapai wawasan kemakmuran bersama.
...mereka masih di luar sana
entah di ceruk mana
menanti yang alpa
menyelinap ke dada
bermutasi jadi perkasa
membunuh tanpa rasa
menyentap air mata
... sabar walau rasa terpenjara
musuh tak terlihat dek mata
licik menerobos mangsa ke mangsa
walau kelihatan makin reda
namun teruskan waspada
usah jadikan perjuangan sia-sia
ekonomi menyesak jantung negara
namun nyawa tiada galang gantinya
...tepuk dada tanya rasa
mahu bebas menempuh bahaya
atau duduk istiqomah memanjat doa
mudahan lenyap musuh di serata dunia...
...dia mungkin tidak petah berbicara
tindak melakar rasa sukma
kasihnya tertumpah pada kekanda
begitu cepat berlalu masa
dewasa sudah waris ayah bonda
suburkan tautan kasih anakanda
biar rimbun menghijau berputik rasa cinta
walau takdir kita berbeza
berpimpin tangan kamu ke syurga...
...diuji
bukan sedikit air mata tertumpah
dek berkali ke dewan bedah
merawat jantung dan barah
hanya doa mampu ibu abah persembah
syukur kepada Allah
masih memberi pinjam kamu sihat sudah
...mari benam memori gundah
takdir kita berbeza terlakar payah
kesabaran hadirkan kemanisan terindah
moga tiada lagi keperitan menyinggah...
...banyak sudah tumpah air mata
membasahi bumbung titiwangsa
sungainya mengalir sendu
mengenang tingkah
bangsa tanah melayu
pecah belah enggan berpadu
demi kuasa di puncak tandu
ah! persetankan hal politik
ya, politik tak pernah menyatu!
badai wabak covid menyeligi
panglima perang tegak berdiri
menghunus tajam pedang strategi
rakyat patuh bersatu memerangi
beransur covid melangkah pergi
mudahan perginya tak kembali
dan nantikan kelibat sang pelangi
mengukir ulas senyuman di langit Malaysiaku!
...tiga satu|satu
kasih ingatkah kamu?
Terhitung sudah 324 purnama
kasih kita terpateri atas nama cinta
tersimpul dengan lafaz suci bersaksi
tarikh yang tak lekang dari benak memori
mudahan tertakdir kita ke firdausi
dalan restu dan reda Ilahi.
Saat dikau masih dibuai mimpi
dengan hati penuh reda
dia terbongkok-bongkok ke tempat kerja
berbahasa kerbau di sawah
menjajat umbi pohon-pohon getah
menebar jala usang
demi secubit rezeki
buat kamu.
Saat dikau kelusuhan pakaian
dengan sebak dada
dia membelikan kain baru
sedang baju sendiri compang camping
kamu didahulukan
demi melihat kamu girang
seperti anak-anak kebanyakan
tak kenal keperitan.
Saat dikau perlu pertolongan
dengan rasa kegusaran
dia mengangkat tangan
memohon doa kepada tuhan
lindungi anak-anak dari kesusahan
kurniakan kesejahteraan
walau diri sendiri menelan kepahitan
tabahnya tiada tandingan.
Dia
bapamu
ingat...nak, ingat
jangan jadi anak lupa daratan.
Pak Long Mail
Adakan sidang media saban hari
kerana wabak corona menghantui
Langkah demi langkah diperhalusi
Onak Covid-19 dihindari
Nasihat kepada netizen diberi
Gagal mematuhi SOP boleh jadi tragedi
Malaysia bersatu hati
Ambil cakna PKP
Ikuti setiap SOP
Lenyapkan Covid-19 dari bumi.
PAK NGAH HISHAM
Pak Ngah Hisham
Amat pihatin isu kesihatan
Kajian demi kajian dilakukan
Nasihat kepada netizen
Gempur Covid-19 habis-habisan
Amalkan normal baharu demi keselamatan
Hindari ruang sempit dan berkumpulan
Harus jaga kebersihan jadi amalan
Ingat musuh tak kelihatan
Sahut seruan KKM
Hidung mulut dilitupkan
Amal satu meter penjarakan
Mudahan terlindung dari jangkitan.
PAK LANG HAMID
Pak Lang Hamid nampak tegas
Anggotanya siap siaga bertugas
Ke ceruk mana pun mereka tuntas
Langgar SOP engkau kena
Anggotanya cari sampai ke tangga
Nahas kalau alasan hanya auta
Gari ke lokap semalam dua
Harus akur SOP dipinta
Akibat kegagalan boleh hilang nyawa
Mereka jaga kita
Ingkar PKP buruk padanya
Demikian harapan pemimpin negara.
PAK SU ZAFRUL
Pak Su Zafrul bijaksana
Ambil langkah jana ekonomi bangsa
Kembali ke landasan makmur bersama
Strategi demi strategi dirangka
Ubah suai landskap pembangunan negara
Zahirnya beliau sungguh cakna
Ambil maklum keperitan warga Malaysia
Fokus menagani isu pengangguran belia
Retetan wabak Covid-19 yang melanda
Ubah minda demi kemakmuran dicita
Lenyapkan dugaan membadai Malaysia.
PAK TEH RADZI
Pak Teh Radzi
Akur keperluan pendidikan terkini
Keselamatan murid diteliti
Telah digubal SOP
Era pasca PKP di titi
Harungi norma baharu berhati-hati
Ramai ibu bapa berasa ngeri
Ancaman wabak masih bermelodi
Dibimbangi jangkitan terjadi
Zaman perlu berhati-hati
Ikut SOP demi keselamatan diri.
ABAH TSMY
Abah TSMY
Banyak hal nak jaga
Anak bangsa diutama
Harungi kesukaran semasa
Telah usaha sedaya upaya
Sejahterakan warga Malaysia
Memerangi wabak Corona
Ya Allah mudahkan urusannya.
Nikmat apa kian kelabu?
satu persatu terasa menjauh dari kalbu
buat aku rindu;
rindu pada ucap salam,
rindu pada ucap terima kasih cikgu,
rindu pada uniform hari rabu,
rindu pada laungan semangat war cry,
rindu pada nyayian patriotik lagu sekolah,
rindu pada riuh-rendah murid di kantin,
rindu pada sorak-sorai acara sukan,
rindu pada ukhwah tajaan jamuan,
rindu pada suasana sekolah normal seperti dulu...
bilakah saatnya?
tiada lagi barisan merekod suhu,
tiada lagi tanda palang pada bangku,
tiada lagi jarak fizikal boleh duduk bertemu bahu,
tiada lagi kebimbangan virus membelenggu,
tiada lagi mask menutupi hidung, mulut dan dagu,
tiada lagi sekatan ziarah ibu bapa yang lama menunggu,
tiada lagi statistik jangkitan baharu,
tiada lagi penutupan institusi ilmu,
tiada lagi pihak terkesan merayu dibantu...
Ya Rabb kembalikan kehidupan yang kami rindu!
Semai rasa kasih
Ambil cakna yang merintih
Kembalikan martabat yang disisih
Sokong yang terserpih
Akui pengorbanan ditagih
Membangun modal insan terpilih
Agenda negara yang putih
Berikan ruang mereka bertatih
Empunya diri tonjol potensi canggih
Ramai yang memang boleh
Sama-sama mendasari tadbir urus jernih
Ambil bahagian memulih
Membawa negara meraih
Anggun di mata dunia memutih.