CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

[Copy link]
 Author| Post time 29-5-2018 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dadadi replied at 19-1-2018 07:41 AM
ko berubat dgn ustaz azmi ker??

Ye Ustaz Azmi. Famous ye beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2018 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnggunSophea at 28-5-2018 11:21 PM

Hai semua. Im back. Setelah lama gila tak login sebab tukar phone dan lupa password

Pada yang mengikuti thread ni dari awal, mesti ingat watak lelaki bernama Remy iaitu bakal tunang / bakal suami saya yg pernah saya highlight kan tu kan

Untuk pengetahuan anda semua, setelah bermacam dugaan dalam hubungan kitorang akhirnya kitorang tewas juga. Dah tak mampu lagi nak pertahankan. Kitorang sepatutnya bertunang pada 2 Disember lepas. Dan yg paling menyedihkan, kitorang putus secara rasmi ketika seminggu lagi nak bertunang. Semua dah tempah, terpaksa cancelled Majlis Perkahwinan pada awal tahun ini juga sama sekali dibatalkan.

Ribuan terima kasih pada forumer yg banyak menyokong saya, bagi kata2 semangat, bagi moral support supaya saya dan Remy kuat menghadapi segala dugaan tu. Tapi diakhirnya, Allah adalah sebaik baik perancang

Terima kasih sudi luangkan masa membaca secebis kisah dari perjalanan hidup saya dalam ni. Salah silap harap forumer semua maafkan. Saya tak bercadang nak padam kisah kisah ni. Oleh kerana saya nak kisah saya ni dijadikan tauladan dan pengajaran buat diri org lain. Doakan yg terbaik buat diri saya kerana sehebat mana kita merancang, yang nyata perancangan Allah tu jauh lebih baik

Yours Faithfully
Sophea
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 29-5-2018 07:07 AM
Ye Ustaz Azmi. Famous ye beliau

Hehe wey kita duduk dekat je..boleh la gather2...hehe..ustaz azmi tu cara berubat dia sama je..duduk melunjur...last2 aku rasa mcm xyakin plk dgn perubatan dia tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dadadi replied at 29-5-2018 05:28 AM
Hehe wey kita duduk dekat je..boleh la gather2...hehe..ustaz azmi tu cara berubat dia sama je..dud ...

Lepas raya nanti boleh lah forumer yg dok Ipoh buat reunion kat Laksa Sarang. Tak sampai 5min dari rumah saya tuu. Hihi Awak stay mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 08:28 AM | Show all posts
aku pun org perak. orang bagan datoh. tp skrang ni aku keje kt sebuah negeri kt utara. eh sbnrnye aku dah penah keje kt semua negeri kt utara tu. hahaha

masa aku duduk penang, takpela aku leh balik bagan datoh sbb ada bas shoot terus dr butterworth ke teluk intan, nnt makcik aku amekla aku kt teluk intan tu. tp since aku dah keje jauh skit, nak tak nak aku terpaksala jugak naik keter.

selalunye kalau balik aku suke ikut jalan masuk tanjung tualang terus ke kg gajah terus ke jambatan teluk intan-sitiawan tu.

tp bile aku nak kembali ke utara, aku ikut jalan dalam. jalan pantai remis beruas terus kuar ikut hiway tepeng.  erm tempat tu mmg jalan bengkang bengkok pastu keliling tu memang sunyi wei sbb ikut ladang sawit kan. tp yg best jalan tu selalunye memang takde keter la. beberapa kali gak aku balik, aku je sorg ikut jalan tu.

yg misterinye, bg aku la misteri, aku suka ikut google maps. so google maps ni kan kekdg kalau jalan tu warna merah atau kuning, maksudnye kt situ ada trafik. tp masa aku lalu situ, aku sorg je keter kt situ. nk kata ada trafik light tp tgh kebun.

pastu ada satu ketika tu, cuma ada aku dan satu keter sedan ni. tak ingat sedan ape, tp honda. masa tu kitorg lalu jalan kebun sawit tu. kitorg ni mcm aku potong die, pastu die potong aku. ha camtu la. so aku rasa selamatla skit.  smpila skali tu aku potong die. pastu keter tu tak muncul-muncul dah. dh smpi satu simpang tiga nak masuk ke kampung ape ntah masa tu, pun tak muncul-muncul jugak. aku dh rasa pelik eh takkan keter tu tertinggal jauh kot pdhal aku rasa takdela lama sgt aku potong die? tp aku husnozon, ntah2 keter tu keter tuan kebun kot, dia bawak keter tu masuk kebun. tp takkan la ko nak bawak keter cantik mcm tu masuk kebun sawit?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 08:52 AM | Show all posts
btw TT izinkan sis nak share pasal satu jalan misteri kt tempat aku daerah bagan datoh tu

kredit to fiksyen shasha


Assalamualaikum & salam sejahtera. Aku harap cerita aku ni sudi disiarkan admin Fiksyen Shasha. Selama ni aku jadi silent reader jer dalam ni. Tapi hari ni aku pulak nak kongsikan pengalaman aku. Walaupun tak seram mana, harap korang enjoy.

Sebelum aku mulakan, aku cerita sikitlah, aku berasal dari Perak, daerah Teluk Intan. Benda ni berlaku masa aku berumur 10 tahun. Dah 18 tahun berlalu, tapi aku ingat lagi. Hari tu aku satu keluarga rancang nak pergi rumah makcik aku di Bagan Datok sebab ada kenduri sepupu aku kahwin hujung minggu tu. Memang jadi kebiasaan kami semua berkumpul awal (rasanye man-mana keluarga pun macam tu). Tapi kami bergerak malam, sebab abah aku balik lambat. Dalam pukul 9:00 malam abah aku sampai rumah. Tiba-tiba mak aku cakap tak nak gerak malam tu; rasa tak sedap hati. Tapi abah aku cakap takpe, lagipun anak-anak dah siap tu.

Abah aku rehat sekejap, mandi-mandi, masuk beg dalam kereta dan terus gerak dalam pukul 11:00 malam macam tu. Sebelum bergerak tu, abah aku ada main-mainlah, dia cakap, “ni gerak lambat ni, jap lagi jumpalah.”

Mak aku dahah tak sedap hati, yang abah aku pulak boleh main-main cakap macam tu. Mungkin nak gurau-gurau dengan anak bini. Sebenarnya dari Teluk Intan nak ke Bagan Datok tak jauh mana pun, dalam 50 minit perjalanan jer. Paling lambat pun sejam. Korang boleh Google.

Separuh perjalanan tu, abah aku tiba-tiba nak ikut jalan lama. Nama jalan tu Sg. Dulang. Kalau ada reader yang asal tempat sana, tahulah kot cerita-cerita jalan tu. Aku cerita sikitlah; masa dulu jalan ni memang sunyi. Kalau nak lalu dekat jalan tu pun paling lambat pukul 8:00 malam. Lepas tu tak ada orang lalu dah. Kalau ada pun, mungkin orang-orang yang duduk di kampung-kampung situ. Lampu jalan pun ada tapi jauh-jauh. Ada setiang lampu, lepas tu jauh sikit baru ada yang lain.

Sambung hal tadi, mak aku dah pesan, tak nak ikut jalan tu sebab ada anak-anak kecil. Lagipun dah lewat sangat. Paling kecil adik aku umur lima tahun. Tapi abah aku positif, siap cakap, “kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita.”

Elok jer masuk simpang tu, kami semua senyaplah. Adik-adik yang kecil dah mamai time tu. Nak tidur. Memang sunyi dekat jalan tu. Ada kereta kami jer. Dah separuh jalan tu, abah aku suruh kitorang yang duduk belakang tutup tingkap, lepas tu duduk diam-diam. tiba-tiba ada lampu motor dekat belakang kereta. Abah aku cakap, ” ada kawan dekat jalan ni. Tak adalah kita jer.”

Aku dengan abang aku tak tidur sebab temankan abah aku bersembang. Abang aku sampuk cakap, “mana pulak datang motor tu bah? Along tak nampak pun ada simpang rumah dari tadi. Dari masuk jalan ni memang kita jelah…”



Ah, sudah… Ada point jugak cakap abang aku tu. Masalahnya, motor ni dari tadi follow jer belakang kereta. Tak potong pun. Bila abah aku laju sikit, baru dia laju, tapi duduk belakang jer. Kalau dia memang nak duduk belakang, tak apalah. Habis jalan ni, keluar simpang depan tu, dekat dah Bagan Datok.

Kami bertiga jer yang berjaga masa tu. Abah aku kejut mak aku ajak sembang jugak. Mak aku tak layan, pejam jer mata tu. Tiba-tiba abah aku main-main lampu tau. Jalan malam, nak bagi hilang bosan. Kejap lampu tinggi, kejap lampu biasa. Mak aku masa tu tepuklah abah aku, suruh bawak kereta elok-elok. Tengah main suluh-suluh tu, nah! Ternampak elok dekat pokok kekabu dia tengah bertenggek, siap hayun-hayun kaki lagi. Rambut panjang sampai kaki, baju putih meleret. Aku, along, abah dengan mak apa lagi… hilang gelak! Terdiam semua. Abah aku apa lagi, pecut terus. Memang tak pandang belakang dah. Tak fikir pun motor belakang tu. Sampai jer rumah makcik aku, abah aku suruh masuk cepat, basuh kaki, ambil wuduk, lepas tu tidur. Beg pun esok baru keluarkan.

Sampailah hari kenduri tu, kami semua memang tak cerita dekat siapa-siapa pun apa yang terjadi malam tu. Habis kenduri, kami gerak balik rumah. Dah sampai rumah, semua tengah rehat baru abah aku bukak mulut, “along dengan angah nampak ke apa yang abah dengan mak nampak malam tu?”

Apa lagi, teruslah kitorang cakap, “nampak!”

Abah aku pun cakaplah, elok jer sampai rumah makcik aku, abah aku ada nampak benda tu ikut kami. Tapi dia duduk jauhah. Tengok jer kami semua. Itu yang abah aku suruh masuk cepat-cepat tu. Aku tanyalah, “benda tu apa sebenarnya?”

Mak aku cakap, orang tua-tua panggil benda tu Orang Cantik. Kalau nak dipermudahkan kata, pontianaklah.

Sampai sekarang, kalau kami semua berkumpul, ingat balik cerita ni mesti semua salahkan abah aku (haha). Ini cerita 18 tahun lepas. Sekarang jalan tu taklah sunyi mana, ada jer orang lalu lagi siang malam. Rumah pun dah banyak, lampu pun dah bertambah. Kalau orang sebut jalan Sg. Dulang tu, mesti ada jer ceritanya. Ada yang pernah nampak perempuan bawa anaklah. Lelaki tak ada kepalalah. Yang nampak benda sama macam aku pun ada kadang-kadang. dia duduk tepi jalan, kadang-kadang dia terbang lalu sekali imbas jer.

Sampai sini jerlah aku menulis buat masa ni. Ada lagi kisah yang aku nak ceritakan. Rumah kayu pusaka, hantu air dan pengalaman di Jalan Sg. Dulang versi kedua. Tapi jadi dekat aku dengan suami. Ada masa aku ceritalah dekat korang. Bye bye!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by coyote_ugly0911 at 30-5-2018 02:16 PM
AnggunSophea replied at 29-5-2018 06:55 AM
Hai sis. Baru boleh login. Hihi

Its supposed to be my engagement day on last December dan my we ...


Alamak sad ending plk.. s0 sorry to hear that... lama u guys bjuang utk mempertahankan.. xpe laa, xde jodoh.. mungkin ade yg lg baik lg utk anggunsophea.. kaka doakn yee..

Dok belek2 bod mps, tdetik hati nk bca bng anggun.. tup2 tgk anggun br ingt psword plk... rupe2 nyeeee, ade jodoh ni kite dua.. hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 02:37 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 29-5-2018 07:03 AM
Perak, negeri penuh misteri. Jeng jenh jeng. Hehehehe Oh sebab beli dari Orang asli kan  Maybe l ...

i guess sebab beli dgn orang asli kotye la benda dalam ceruk hutan tu mana kita tau kot ada yg tumpang ke apa
tapi tu la
perak memang lain macam aura dia
dapat pulak duk homestay ngadap bendang
rinduuu kecik2 di kampung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah saya duk panorama. Dekatnye dgn tt kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 02:49 PM | Show all posts
karangan yg baik hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 01:01 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 29-5-2018 06:55 AM
Hai sis. Baru boleh login. Hihi

Its supposed to be my engagement day on last December dan my we ...

Aduhai keciannya tt, moga dah moved on sepenuhnya. InsyaAllah ada jodoh lain yg lebih bagus utk tt.Meh kita smbg citer2 negeri peghak terchenta
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2018 02:11 PM | Show all posts
Alamak sebulan off..tak masuk thread rupanya macam2 dah berlaku.
Tapi apa pun jodoh ajal tu semua dalam ketentuan Ilahi. Kita manusia merancang tapi Allah sebaik-baik merancang. Doakan shaja yang baik-baik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 10:17 AM | Show all posts
aku tercari2 kisah jalan lama malim nawar..rasa macam pernah baca kat forum ni tapi tak jumpa threadnya. ingatkan thread anggun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 05:17 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 29-5-2018 08:17 AM
Hai semua. Im back. Setelah lama gila tak login sebab tukar phone dan lupa password

Pada ...

Allahu...
Semoga terus bertabah babe.
Apa yg berlaku mesti ada hikmah.
Semoga bertemu jodoh yg lebih baik..aamin..
Lama tak masuk benang ni..
Busy..heheh



Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 29-5-2018 07:17 AM
Hai semua. Im back. Setelah lama gila tak login sebab tukar phone dan lupa password

Pada ...

Hi Dik Anggun...
Bertabah k gan ujian yg menimpa...
Apa2 hal nnti sambung k cerita misteri,
Kaka tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 10:36 AM | Show all posts
hai tt..
tt duk botani eh?dekat jela..saya duk kg melayu.hehe
baru jmp benang nih n pulun baca..semua jln/tmpt yg tt cte mostly slalu gak jalan sne.haha. seram plk rasa.
2,3 malam gak la cm tdo pun tkt2.hahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2018 10:40 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 29-5-2018 06:55 AM
Hai sis. Baru boleh login. Hihi

Its supposed to be my engagement day on last December dan my we ...

alah jgn sedih2 tt..jom kenal-kenalan..saya orang ipoh..tambun..mana tau ada jodoh kita..saya pun single & available lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai tt....akk dok gunung rapat..nak masuk 3 taun....citer la lagi...best citer2 tt ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 04:28 PM | Show all posts
Huh..baru habis baca benang ni.
Share lagi cerita TT.
Makcik doakan awak dapat jodoh yg lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by teacher at 9-12-2018 12:50 PM

Cik sophea..saya baru je jumpa thread ni.. baru setel katam 2 hari 2 malam.. sy bukan org perak.. tapi study di utp from 1998-2002.. semua jalan yg sophea cerita tu sgt dkt di hati saya.. bota kiri tpt dating makan malam2.. jalan ke ipoh ikut menglembu tu lah jalan naik bas kaler biru dr utp ke ipoh.. batu gajah tu semua slalu jadik tpt lepak.. byk jugak dgr cite seram dr member2 esp bilankluar tol gopeng nak balik ke utp lalu kellies castle tu.. tak brani bawak kete mlm2 situ .. kalau nak balik mesti siang.. lagi satu jalan antara utp ke parit tu, tahun 1997, ada sorg senior meninggal accident moto.. sebelum dia meninggal tu dia kata nampak lembu.. tapi takde pulak lembunya yg member moto lain nmpak.. so ustaz kata mungkin jembalang tanah buat lintasan n arwah terkena pulak.. Al- fatihah utk arwah Hisham.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.401747 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list