CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 17-8-2021 10:50 AM | Show all posts
Tragedi Di Dalam Hutan

Balik daripada perang, aku dapat kerja sebagai seorang juruteknik kabel kuasa elektrik atau powerline rigger.  Aku mengendalikan kabel jenis EHV (extra high voltage) atau kabel bervoltan tinggi dan kabel ni selalunya di pasang di puncak menara besi.  Yang ni memang jenis kabel jenis transmisi yang menyambungkan elektrik dari puncanya ke bandar-bandar, bukannya kabel yang korang biasa nampak dari rumah ke rumah tu.



Pada 2008 aku dapat tugasan untuk membaiki beberapa kabel yang terjejas akibat ribut dan angin kuat di sempadan Colorado-New Mexico.  Bayaran yang bakal aku terima agak lumayan sebab ianya kategori kecemasan, jadi aku pun panggillah krew-krew aku dan kami bergerak ke sana dari tempat kami di Colorado Springs.  Kami sampai di menara elektrik tu dalam pukul 9 malam dan terus mulakan kerja kami.

Kalau kabel biasa memang akan rosak teruk la kalau ditimpa angin ribut, tapi kabel jenis EHV dan UHV ni lain sikit.  Kami perlu menggunakan kren untuk memeriksa kalau ada sambungan terputus di menara itu atau kerosakan lain, masa ni aku ingat lagi kawasan menara tu dikelilingi hutan dan dari atas kren tu aku boleh nampak puncak pokok.  Aku memerhatikan keadaan hutan di bawah aku untuk seketika apabila aku ternampak macam ada cahaya api dari dalam hutan tu, dalam fikiran aku ada orang bukak unggun api dan pasang khemah kat situ.  Aku anggarkan lokasi khemah tu dalam 200 ke 300 ela dari menara ni. Secara tiba-tiba, muncul  suara jeritan perempuan meminta tolong.  "Tolong saya ! Tolong saya!", perempuan itu menjerit berulang kali. Pemandu kren menurunkan aku, dan aku terus memberitahu krew aku ada perempuan dalam hutan tu. Rupa-rupanya krew aku kat bawah tu pun dengar jugak jeritan perempuan tu.  Aku pun memaklumkan pada mereka yang aku nampak dalam hutan tu ada orang sedang berkhemah.  Kami pun terus memandu trak 4x4 kami masuk ke dalam hutan tu untuk mencari perempuan dan khemah tu.  Tapi berulang kali kami keluar masuk hutan tu kami tak jumpa pun perempuan mahupun cahaya unggun api khemah yang aku nampak tu.

Kami berhenti sekejap di lokasi yang aku nampak unggun api tadi, kami turunkan tingkap dan apa yang kami dengar....suara orang sedang mengeluh kesakitan betul-betul di hutan di sebelah kanan trak kami tu.  Dan satu lagi keluhan di sebelah utara.  Bunyinya macam 2 orang tua yang diserang sakit jantung.  Dan ianya sangat kuat.

Kami semua dah berasa risau bercampur sedikit teruja.  Penyelia aku yang kebetulan ikut sekali terus menghubungi polis dan memberikan lokasi kami berada sekarang ni.  Polis memaklumkan pada kami untuk memeriksa keadaan sekeliling kami tu.  Sebagai seorang veteran tentera, aku sukarela nak pergi tengok.  2 orang lagi krew aku ikut aku manakala penyelia aku tu jaga trak sambil tunggu polis.  Polis kata dalam 10-15 minit diorang akan sampai.  Sebagai keselamatan, aku bawak kapak kecil manakala krew aku yang lagi 2 orang tu bawak batang paip besi setebal 1 inci tu.  Kami terus menuju masuk ke hutan tu dengan lampu kepala dipasang, sebab waktu dah malam masa tu.  Bunyi keluhan itu masih kedengaran di hadapan kami.  Kami berjalan melepasi pokok-pokok itu, rupa-rupanya di sebalik pokok itu ada semacam satu padang kecil.  Bila kami jejak masuk je ke padang kecil itu, serentak itu juga suara keluhan itu berhenti.  Kami memandang sekeliling padang itu, kosong, tak nampak pun orang.  Kami pun berundur semula balik ke trak.

Sampai je ke trak tu,  kami semua terdengar sekali lagi jeritan perempuan itu. "Tolong saya! Tolong saya!".  Jeritan itu betul-betul di arah utara tempat kami pergi tadi.  Salah seorang krew aku melaung pada perempuan itu, "Awak kat mana?!", tapi tidak berjawab.  Sebaliknya kami terdengar perempuan itu melolong kesakitan.  Kami pun terus berlari ke arah itu tapi kebetulan itu jugak, polis pun sampai.  2 orang polis tadi turun kereta je terus kejar kami yang sedang berlari tu.  Polis itu sempat menahan kami dan bertanyakan kami apa sebenarnya yang dah terjadi.  Kami pun menceritakan apa yang kami dengar tadi.  Setelah mendengar keterangan kami, polis tu kata biarlah mereka sahaja yang periksa tempat ni, dan kami disuruh untuk sambung balik kerja-kerja membaiki menara elektrik tu.

Kami pun teruskanlah kerja-kerja kami yang tergendala sebentar tu. Tak lama pun polis buat pencarian dalam hutan tu, lepas tu diorang pun keluar dari hutan dan temankan kami di bawah menara tu. Siap boleh sembang gurau-gurau macam takde ape yang berlaku.  Tapi kami fokus jelah dengan kerja kami.  Semasa di atas kren, aku tak nampak pulak dah unggun api tadi.  Dalam sejam setengah akhirnya kerja-kerja kami pun selesai dan kami pun berkemaslah nak balik. Masa nilah salah seorang polis tadi datang mendekati kami.

Polis tu cerita pada kami, sekitar tahun 70 ke 80an dulu, ada kapalterbang kecil pernah terhempas di arah barat hutan tu.  Semua penumpang dan juruterbangnya mati terbakar.  Apabila paramedik dan polis sampai, kapalterbang itu masih dimakan api  tapi tiada seorang pun yang terselamat.  Polis menemui 2 mayat yang agak jauh dari kapalterbang itu dipercayai berjaya merangkak keluar, tapi ada satu mayat tu terperangkap di tepi tingkap kapal terbang itu.

Habis je polis tu cerita, kami pun secepat kilat la keluar dari situ.  Maksudnye, api yang aku nampak tadi bukanlah unggun api, tapi api kebakaran dari kapal terbang itu.  Bila difikirkan balik, memang seram.  Suara jeritan dan keluhan kesakitan itu memang jelas di telinga aku dan kesemua krew aku yang ada di situ.  Aku memang percaya ada di dunia lain selepas kematian, tapi inilah peristiwa paranormal yang betul-betul mengganggu perasaan aku.  Nasib baik lah ada orang lain jugak kat situ.  Dan nasib baiklah polis tu memang percaya dengan laporan kami tu, walaupun polis tu kata sebelum ni tak pernah lagilah ada orang buat laporan terjumpa atau terdengar orang menjerit kat situ.  Mungkin sebab tak pernah lagilah ada orang tersadai kat situ lama-lama macam kami....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 01:32 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-8-2021 10:50 AM
Tragedi Di Dalam Hutan

Balik daripada perang, aku dapat kerja sebagai seorang juruteknik kabel ku ...

yay... mau lagiiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 05:03 AM
hai korg sorry kalau entry i kali ni pendek2.  tapi i akan cuba perbanyakkan cerita ye. tq sbb sudi  ...

x kisah tt..janji ada story..best baca..tq tt rajin translate..susunan cerita pun senang faham dan menarik
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 09:39 AM | Show all posts
Kakalongmu replied at 16-8-2021 09:33 PM
Kaka teringat masa sekolah dulu kalau cikgu bawak camping pengakap mesti ada selit pesanan duk dal ...

Sebut tentang kawanan ikan ni, teringat kat bapak aku. Dia kerja Renjer Hutan...alah yang pergi pangkah pokok balak mana yg boleh tebang, yg mana balak muda tak boleh tebang. Jadi bapak aku cerita kalau dia masuk dalam hutan, biasanya dalam dua minggu macam tu..memang ada jumpa yang pelik2 ni. Kalau nak berkhemah, diorang akan cari anak sungai..air jernih..nak mandi kuak, tolak ikan kiri kanan baru selam.

Jadi ikan yg banyak tu untuk makanan diorang dalam hutan. Bila nak balik, jumpa satu padang lalang yang luas. Diorang pun melintas padang tu. Tapi tak boleh keluar. Pusing-pusing masih dekat padang tu. Semua orang dah gelisah. Ada benda yang tak bagi diorang keluar dari padang lalang tu. Jadi Ketua bagi arahan buka beg sandang masing-masing...chek. Kebetulan ada sorang kawan tu, tangan tak reti diam, dah petik satu bunga....dia kata cantik sangat nak bawa balik untuk keluarga.

Letakkan bunga tu kat tanah dan cari semula jalan keluar. Alhamdulillah berjaya keluar kali ni.


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks TT. Seronok baca.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 05:08 PM | Show all posts
dah abis baca...TT mohon sambung lagi yaa. kipidap TT! best2 semua ceritanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-8-2021 03:59 PM | Show all posts
Elk Tanduk Bercabang Lapan

Lelaki di dalam cerita aku ini adalah pakcikku sendiri yang bernama Greg.  Pakcik Greg adalah seorang lelaki yang hebat, beliau veteran tentera Beret Hijau iaitu pasukan tentera khas USA yang pernah mendapat Silver Star atas jasa beliau menumpaskan ketua pengganas Afghanistan tanpa berlakunya sebarang kematian.  Fizikal Pakcik Greg juga agak mantap dengan ketinggian 6 kaki 3 inci beliau dan berat 200 paun, tapi walaupun nampak je ganas Pakcik Greg ni seorang yang sangat baik dan merendah diri.  Aku dan Pakcik Greg berkongsi minat yang sama, iaitu kami suka aktiviti lasak lebih-lebih lagi aku dan Pakcik Greg sama-sama membesar dan tinggal di Colorado yang masih hijau ni.  Bagi kami berdua, boleh dikatakan kami dah biasa masuk hutan keluar hutan sebab Colorado masih hijau dengan hutannya.

Kami berdua sedang duduk bersembang-sembang di ruang tamu rumah Nenek setelah selesai jamuan makan sempena Thanksgiving.  Aku tengah berbicara tentang topik memburu apabila Pakcik Greg mengaku, dulu dia memang suka memburu tapi lepas satu peristiwa ni dia gantung senapang dia untuk selama-lamanya.  Aku agak terkejut dengan pengakuan Pakcik Greg tu, aih takkan bekas tentera macam dia dah tak nak pegang senapang lagi?  Aku pun paksa Pakcik Greg untuk menceritakan apa pengalaman dia tu.  Pakcik Greg kata, walaupun dah bertahun-tahun dia duduk di negara tengah berperang, dia pun tak sangka peristiwa ni berlaku di tanah air dia sendiri.

Pada satu hari di lewat bulan Oktober, iaitu musim yang bagus untuk memburu Elk, Pakcik Greg mengambil keputusan untuk memburu sambil beristirehat seorang diri di kawasan hutan Indian Peaks yang terletak dalam Colorado ni jugak.  Pakcik Greg meletakkan kenderaanya di sebuah jalan masuk ke hutan tu, dan berjalan kaki kira-kira 8 batu ke dalam hutan sampai akhirnya dia jumpa satu tempat yang amat sesuai nak dirikan khemah.  Esok pagi-paginye, Pakcik Greg pun pergi menghendap elk dari atas sebatang pokok yang tingginya kira-kira 20kaki, sebelah tangan pegang kopi panas sebelah lagi pegang senapang.



Subuh-subuh lagi Pakcik Greg dah bersemangat nak memburu, matahari pun tak naik lagi ni.  Kira-kira 50 ela dari pokok Pakcik Greg tu adalah sempadan hutan, dan bersebelahan dengan hutan ni adalah lembah luas terbentang yang jadi tempat elk berkumpul dan meragut rumput.  Lokasi Pakcik Greg tu dah dikira amat strategik dah tu ditambah pulak dari ketinggian itu Pakcik Greg boleh mengendap elk tanpa risau dikesan oleh elk-elk nanti.

Kira-kira 2 jam berlalu, matahari pun dah meninggi, tapi Pakcik Greg tak rasa bosan pun, sebaliknya dia relaks je duduk atas pokok tu minum kopi sambil mendengar kicauan unggas dan serangga dalam hutan tu. Iklimnya agak dingin daripada biasa, tanda musim sejuk bakal menjelang tiba.  Penantian Pakcik Greg selama berjam-jam itu akhirnya membuahkan hasil apabila lembah hijau itu mula didatangi sekumpulan elk.  Dalam banyak-banyak elk tu, Pakcik Greg berkenan pada seekor elk jantan ni, sebab tanduknya ada 8 cabang.  Tanduk elk bercabang 8 ni memang jadi idaman pemburu dan pengumpul koleksi sebab susah nak ditemui.  Pakcik Greg pun terus angkat senjata dan fokus pada elk jantan sekor tu je.  Kalau nak memburu elk ni, kene tembak pada sasaran yang betul, kalau tak elk tu cuma cedera dan masih boleh melarikan diri.  Sasaran pakcik aku adalah pada satu titik di mana tengkorak bertemu tulang belakang. Sekali kena kat situ je elk tu akan terus tumbang dan mati je. Tapi kalau terlepas sasaran, bukan elk tu je lari, kesemua elk yang ada pun akan bertempiaran lari.  Pakcik Greg cuma ada satu peluang je nak dapatkan elk tanduk 8 ni.  Walaupun Pakcik Greg sangat teruja, tapi dia masih kena berhati-hati, dan bersabar nak tunggu peluang untuk tembak elk tu.



Bang!  Pakcik Greg melepaskan sedas tembakan. Zupp!! Pelurunya tepat mengenai sasaran pada badan elk tanduk bercabang lapan tu. Elk itu pun rebah ke tanah tak bergerak-gerak lagi. Rakan-rakannya yang lain berdesup lari meninggalkan lembah itu.  Pakcik Greg sangat gembira dan berpuas hati dengan hasil pemburuannya, sebab gembira sangat dia terus turun dari pokok tu dengan membawa sebilah pisau kecil je.  Senapangnya ditinggalkan di atas pokok tu. Dalam fikiran Pakcik Greg, ah hutan ni mana ada orang, dia sorang je.  Sapa nak curi?  

Pakcik Greg jejak tanah je, hutan jadi senyap sunyi.  Pakcik Greg perasan jugak tapi sebab dah suka sangat dia tak peduli dengan keanehan kecil itu.  Pakcik Greg bersiul-siul kecil menuju ke bangkai elk di lembah itu, tapi bila dia sampai je ke sempadan hutan tu, dia ternampak ada seekor elk lain sedang berdiri di tepi bangkai elk itu. Elk itu tertunduk-tunduk seperti menghidu-hidu muka bangkai itu.  Yang ni memang pelik sebab sepanjang Pakcik Greg memburu ni, tak pernah lagi dia jumpa elk berkelakuan macam ni.  Tapi Pakcik Greg teruskan jugak berjalan ke bangkai itu. Sambil tu Pakcik Greg menjerit-jerit dan buat bunyi bising untuk halau elk lagi satu tu.  Tapi elk tu tak larik pun, sebaliknya ia terus mendongakkan mukanya dan merenung tepat ke muka Pakcik Greg.

Elk tu merenung Pakcik Greg dengan pandangan mata yang langsung tiada rasa takut. Sebaliknya, Pakcik Greg pulak yang rasa bersalah.  Elk bukanlah haiwan karnivor tapi Pakcik Greg mula rasa takut dengan kelakuan aneh elk tu.  Pakcik Greg mula rasa tak sedap hati, di pertengahan jalan di atas lembah itu, Pakcik Greg berhenti berjalan. Apatah lagi elk tu masih berdiri tegak di tepi kawannya yang dah mati.  Pakcik Greg hanya berdiri di situ sambil direnung oleh elk itu.  Mata elk itu walaupun hitam pekat tapi Pakcik Greg dapat merasakan api kemarahannya.  Apa yang terjadi seterusnya menjadi mimpi ngeri Pakcik Greg untuk selama-lamanya.

Elk itu mengangkat kaki hadapannya dan berdiri di atas 2 kaki.  Dan ianya bukanlah seekor haiwan elk.

Makhluk yang berdiri di hadapan Pakcik Greg sekarang ni, susuk badannya nampak macam manusia, tapi sendi-sendi dan anggota badannya panjang-panjang. Pakcik Greg anggarkan ketinggian makhluk itu sekarang adalah dalam 10 kaki.  Bahagian perut dan dadanya tiada bulu dan menampakkan kulitnya yang putih-merah.  Kedua-dua lututnya terbalik, ianya di belakang macam kaki belakang elk. Termasuklah dari leher ke atas, ianya masih berupa elk dengan tanduk bercabang-cabangnya.  Makhluk hodoh dan kurus itu hanya berdiri di situ merenung pakcik aku, tapi dari renungannya sudah cukup membuatkan Pakcik Greg nak terkucil.  Seluruh alam senyap sunyi, tiada binatang berani bersuara seolah-olah gerun dengan makhluk itu.

Pakcik Greg membuka langkah ke belakang, untuk berundur.  Itupun kakinya sudah terasa berat macam 10 paun, badan Pakcik Greg jadi kaku.  Bunyi tapak kakinya menjejak tanah pun sudah cukup bising.  Pakcik Greg ambil satu lagi langkah, lepas tu dia berpaling dan terus pecut keluar dari situ.  Pakcik Greg berlari terus menuju ke khemah dia, sampai terlupa terus nak ambil senapang berharga USD4000 yang dia tinggalkan atas pokok tadi.  Dahla jarak dari tempat tu ke khemah Pakcik Greg pun dah sebatu, tapi Pakcik Greg tak berani nak berhenti atau tengok belakang.  Dah sampai ke khemah barulah Pakcik Greg berhenti dan mengambil nafas.  Dalam fikiran Pakcik Greg, dia nak balik rumah malam tu jugak, tapi tanpa disedari, tinggal beberapa jam lagi dah nak malam.  Pakcik Greg takkan sempat sampai ke kereta dia sebab hutan akan jadi gelap, lagi bahaya.  Jadi nak tak nak Pakcik Greg terpaksa tidur kat situ untuk satu malam lagi.

Malam tu, takut punya pasal, sampaikan Pakcik Greg makan MRE atau pek makanan tentera sedia dimakan dalam khemah die  je.  Memang dia tak berani nak keluar dari khemah. Tidur pun bergelap je.  Itupun Pakcik Greg rasa tak tenang. Baru nak terlelap, dengar bunyi sikit je pun Pakcik Greg dah terjaga.  Pakcik Greg terfikir, ape benda tu? Pakcik Greg bukanlah seorang yang spiritual, pada mulanya dia terfikir jugak mungkinkah makhluk tu manusia pakai kostum binatang tapi manusia apa tinggi sampai 10 kaki dan lutut terbalik?  Tapi dalam hari Pakcik Greg, dia sedar yang walau apapun makhluk tu, makhluk tu dah tak suka kat dia dan taknak dia berada dalam hutan lagi.  

Esok paginya, Pakcik Greg terus bungkus bawak balik barang-barang.  Masa dia nak pergi ambil senapang dan peralatan lain yang dia tinggalkan atas pokok tu, dia perasan yang bangkai elk yang dia tembak semalam dah takde.  Hari tu jugak Pakcik Greg balik, dan itulah kali terakhir keluar memburu di dalam hutan...

Pakcik Greg kata, jangankan memburu, nak lepaskan tembakan dalam hutan pun dia dah tak berani.  Pakcik Greg pesan kat aku, lain kali kalau duduk dalam hutan tu, lagi-lagi kalau seorang diri, jangan buat bising sangat, hormati alam dan yang paling penting, jangan bunuh haiwan kalau setakat nak suka-suka.  Jujurnya aku agak gerun jugak dengan pengalaman Pakcik Greg tu sebab tempat Pakcik Greg pergi tu aku pun selalu jugak pegi. Tapi setakat berkhemah seorang diri la dan tak pernah memburu di situ.  Tempat tu memang sunyi jadi aku terfikir jugak adakah apa yang Pakcik Greg nampak tu cuma khayalan dia je? Entahlah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2021 04:58 PM | Show all posts
Hantu Wanita Mati Di Tasik

Tasik Crescent, Washington ni dikatakan berpuaka sebab pernah ada seorang wanita bernama Hallie Illingworth mati disini.  Beliau dikatakan dibunuh oleh suaminya sendiri dan mayatnya dicampak ke dalam tasik ini.    Hallie Illingworth dilaporkan hilang pada musim sejuk tahun 1937, dan mayatnya hanya ditemui pada tahun 1940.  Setelah 3 tahun, mayatnya tiba-tiba timbul di permukaan tasik dan ditemui oleh 2 orang pemancing ikan. Mayat mendiang Hallie ditemui dibungkus dengan selimut dan diikat dengan tali.  Wajah mendiang hancur teruk sampai tak boleh dicam, tapi tubuhnya masih agak elok lagi. Yang peliknya kulit mayat itu licin macam sabun apabila disentuh. Boleh dikatakan wajah mendiang hancur teruk, sampaikan hidung, mulut dan sebahagian muka mendiang hancur, tapi mendiang dapat dikenalpasti berdasarkan rekod pergigian mendiang.  Semasa hidup, mendiang bekerja sebagai di Lake Crescent Traven dan disitulah mendiang bertemu suami terakhirnya.  Ramai yang mengesyaki suami mendiang adalah pembunuhnya sebab suami mendiang buat cerita yang mendiang lari ikut lelaki lain, tapi tak lama lepas tu suami mendiang sendiri pindah ke California ikut perempuan lain.

Lake Crescent Traven masih wujud lagi hingga kini, tapi ianya sudah dinaik taraf menjadi pusat peranginan yang dinamakan Lake Crescent Lodge.  Banyak kisah dan legenda orang terserempak dengan hantu mendiang.  Pada sebelah siang, hantu mendiang berupa seperti mendiang semasa masih hidup.  Kalau ada yang 'bertuah' dapat berjumpa dengan mendiang di siang hari, mendiang akan memperkenalkan dirinya sebagai Hallie dan dia nampak macam seorang wanita muda normal.  Tapi di sebelah malam....... hantu mendiang ni suka berjalan-jalan di hutan berhampiran pusat peranginan tu, tapi wajahnya akan menjadi sangat buruk macam mayat mendiang sendiri.  Mendiang mendapat jolokan hantu 'Lady Of The Lake'. Korang boleh google di Internet kisah mendiang ni



Aku ada seorang kawan, kami bersama-sama menyertai kem musim panas di kawasan ini.  Lake Crescent Lodge ni terletak di Taman Negara Olympic, dan sebagai salah satu program, kami melawat ke tempat bersejarah ini. Ada satu tugu kecil didirikan khas untuk memperingati mendiang. Tapi kawan aku ni jenis tak percaya pada hantu, dia boleh buat gurau lagi pasal hantu Lady Of The Lake tu.  Dia kutuk-kutuk cerita tu sebagai mengarut, siap gelak besar lagi.

Malam tu, semasa berus gigi nak masuk tidur, aku dan dia ternampak ada tapak tangan basah di cermin bilik air kami.  Tengah malamnya pulak, kawan aku ni tiba-tiba bangun dan terus menjerit. Aku tidur bersebelahan dengan dia, aku tak nampak orang lain lagi tapi itulah jeritan paling bukan macam manusia yang aku pernah dengar. Mestilah dengan aku sendiri terkejut.  Kami berdua ni lelaki, tapi dia punya jerit tu macam dia sedang menyaksikan pembunuhan.  Dia bersumpah yang die ternampak Lady of The Lake tu tengah berdiri menghadap dia, hantu tu yang menjerit dulu, tapi tiada siapa pun nampak hantu tu kecuali dia. Jeritan kawan tu sudah cukup membangunkan abang fasi yang tengah tidur.  Bila kawan aku cerita pasal apa yang dia nampak, abang fasi tu takde menunjukkan riak muka terkejut atau takut pun.  Sebaliknya, dia cakap, 'saya dah biasa dah. Setiap kali kem mesti ada yang tak percaya dengan legenda Lady of the Lake. Malam tu mesti dia muncul depan orang yang tak percaya tu'.  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 05:18 PM | Show all posts
Lelaki Berbaju Merah

Semasa aku berusia 12 tahun, aku ada seorang kawan baik dan aku selalu bermalam di rumah kawan aku ni. Ayah kawan aku ni keje polis, walaupun aku selalu pergi rumah kawan aku ni, aku jarang sangat nampak ayah dia.  Ayah dia pun bukanlah seorang yang mesra dan suka bersembang dengan budak kecil macam kami ni.  Rumah kawan aku ni memang seronok sebab rumah dia ada game Nintendo.  Kami akan bermain di bilik bawah tanah yang khas untuk bermain game, di sebelah kiri kami pulak penuh dengan peralatan bengkel, siap ada alat pemanas api jenis lama tu.  Bila kami main video game, memang kami berdua je dalam bilik ni, ibubapa kawan aku duduk kat tingkat atas je.



Pada satu hari tu, aku turun seorang diri ke bilik bawah tanah tu.  Aku ternampak ayah kawan aku tu, pakai baju merah kotak-kotak tengah berdiri menghadap dapur api tu.  Punyalah terkejut aku masa tu sebab aku tak pernah nampak ayah kawan aku tu turun bawah. Yang buat aku rasa seram tu, ayah kawan aku perlahan-lahan memalingkan mukanya ke arah aku sambil menyeringai menampakkan giginya.  Masa tu aku masih ada di tangga, aku pun cepat-cepatlah berpaling dan naik ke tingkat atas.

Masa tu aku tak budak-budak lagi, aku tak rasa kejadian tadi tu sesuatu yang pelik.  Tapi tak lama tu, kawan aku tu tanya mak aku, ayah pergi mana. Aku pun mencelahla, 'aku nampak ayah kau kat bilik bawah tadi'.  Automatik, kawan aku dan maknya tersenyap.  Mak kawan aku tanya, ayah kawan aku tu pakai baju apa?  Baju merah kotak-kotak.  Kawan aku dan mak nye jadi takut sangat sampai menggigil-gigil.  Rupa-rupanya, ayah kawan aku tu masa tu tengah bekerja.

Bertahun-tahun lamanya baru aku sedar, lelaki yang aku nampak tu bukan manusia.  Kawan aku cakap, itu hantu, tapi aku tak tau hantu apa sebab lepas kami masuk sekolah menengah, kami jumpa kawan-kawan baru dan kami pun dah tak rapat macam dulu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 10:25 AM
Tangisan di tepi tasik
Beberapa tahun lalu aku, suamiku dan keluarga suamiku pergi berkhemah di tep ...

Scary. Ada film la llrona ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 01:03 PM
hai korg sorry kalau entry i kali ni pendek2.  tapi i akan cuba perbanyakkan cerita ye. tq sbb sudi  ...

Tqsm for your time tt
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 09:12 PM
Macam Dalam Filem
Aku pernah mengalami satu peristiwa yang sebijik macam dalam babak cerita seram y ...

Hahaha sempat lagi dia puji diri sendiri yach
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 10:22 PM
Rainbow People di Colorado

Di Colorado ni ada satu kisah misteri yang tak ramai orang luar tau, i ...

Scary..teringat cerita mandy
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 20-8-2021 03:59 PM
Elk Tanduk Bercabang Lapan

Lelaki di dalam cerita aku ini adalah pakcikku sendiri yang bernama Gr ...

Jadian la tu. Pasangan hybrid elk tu agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 09:45 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 22-8-2021 09:47 AM

Ex Yang Taknak Move On

Kisah ini diceritakan kepada aku oleh ramai orang yang berbeza.  Sebab tu aku percaya kisah ni memang kisah benar.

Suatu ketika dulu, datuk aku kaki dera sampaikan akhirnya nenek aku tak tahan, dia pun lari dari rumah bersama-sama mak dan makcik aku.  Mereka bertiga berpindah ke rumah baru dan masa nilah makcik aku berkenalan dengan seorang lelaki nakal zaman 70an atau orang dulu-dulu panggil Greaser yang bernama Joe.  Stail greaser ni diorang suka naik kereta sana sini, pakai jaket kulit dengan rambut letak minyak sikat belakang. Masa ni baru awal tahun 1970an.

Agaknya mungkin masa tu perhubungan makcik aku dan Joe tidak direstui, jadi diorang selalu berjumpa pada waktu malam.  Joe akan letak kereta di seberang jalan lepas tu jalan kaki ke bilik makcik aku, ketuk tingkap dan dia akan masuk ke bilik makcik aku ikut tingkap.  Bilik tidur makcik aku ni di bahagian belakang rumah, dan dari jalan nak ke bilik makcik aku ni masih berbatu kelikir lagi.  Nak sampai ke bilik makcik aku ni kena lalu bilik mak aku, jadi bila Joe datang je, mak aku boleh tahu sebab dia boleh dengar bunyi kasut but Joe memijak batu-batu tu.  Tapi Joe tak pernah bermalam di rumah tu, habis ‘dating’ je dia akan terus balik, keluar ikut tingkap bilik makcik aku jugak.

Tapi perhubungan mereka cuma sekejap je, sebab lepas tu makcik aku berkenalan pulak dengan lelaki lain yang akhirnya jadi pakcik aku.  Mereka masih lagi berkahwin sampai sekarang.  Jadi makcik aku pun putuslah dengan Joe

Pada satu malam, telefon di ruang tamu rumah pun berdering. Kebetulan makcik aku dah memang bangun jadi dia pun angkatlah panggilan tu. Rupa-rupanya yang telefon tu adalah kawan makcik aku ni.  Dengan teresak-esaknya, kawan makcik aku tu sampaikan khabar berita buruk, Joe baru je meninggal bunuh diri!  Baru sekejap tadi, Joe ronda-ronda naik kereta dengan geng-geng dia sambil minum-minum, diorang berhenti sekejap di sebuah tempat letak kereta dan masa tulah Joe keluarkan pistol dan tembak kepala dia sendiri.

Terkedu makcik aku mendengar berita buruk tu.  Makcik aku terpandang tingkap ruang tamu tu, dia ternampak Joe berdiri di luar rumah tengah merenung makcik aku ni dengan muka berdarah. Apalagi, menjerit ketakutanlah makcik aku ni sampai seisi rumah terjaga.

Makcik aku pun ceritakanlah apa yang terjadi pada mak dan nenek aku.  Dan itulah kali terakhir dia sebut pasal kejadian tu.  Cerita ni pun, nenek dan mak aku yang sampaikan pada aku.

Sejak dari hari tu, mak aku kata tiap-tiap malam dia dengar bunyi kasut but berjalan atas kelikir di tepi bilik dia. Makcik aku pun sama, tiap-tiap malam dia dengar bunyi ketukan di tingkap bilik tidur dia.  Sebab dah tak tahan sangat, mak dan makcik aku berpakat nak tukar bilik. Walaupun begitu, gangguan ketukan di tingkap tu masih tak berhenti.

Nenek aku pulak cakap, dia selalu jumpa puntung rokok di bekas habuk rokok, tapi jenama rokok tu cuma Joe yang suka hisap.  Diorang tak pernah hisap rokok jenama tu.  Banyak lagilah gangguan-gangguan yang menghantui mereka. Bagi nenek aku, yang paling menakutkan tu apabila nenek aku terjaga sebab katil dia bergegar-gegar.  Ingatkan gempa bumi, tapi yang seramnya selimut nenek aku boleh terbang sampai melekat ke syiling bilik.  Bila nenek aku menjerit je barulah keadaan kembali normal.  

Mak dan nenek aku cakap, sebelum Joe mati tak pernah ada kejadian pelik-pelik macam tu.  

Ni citer lain pulak, nenek aku akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki lain, dah kawen tu dia pun ikutlah laki baru.  Rumah tu nenek aku jual kat makcik aku, yang dah kawen dengan pakcik aku sekarang ni.  Diorang sempatlah beranak pinak dan pada awal 80-an, makcik aku jual rumah tu pada orang lain dengan alasan, nak pindah rumah lagi besar.  Masa ni aku pun dah lahir, tapi walaupun rumah tu boleh dikatakan rumah pusaka kami, aku jarang pergi rumah tu sebenarnya.

Tahun 2008, kebetulan aku dapat pesanan untuk hantar pizza di rumah tu.  Sekarang pemiliknya adalah sebuah keluarga, dan yang menyambut aku masa tu adalah si isteri.  Aku sajalah bersembang dengan dia, yelah rumah tu pun ada kaitan dengan keluarga aku, aku tanyalah ada apa-apa benda pelik ke terjadi di rumah ni?  Wanita itu jadi kelu, dia pun cakaplah, sejak dia pindah sini, hampir setiap malam dia dan anak-anak dia akan terdengar bunyi tingkap bilik belakang diketuk, bukan tingkap je, pintu belakang pun kena jugak.  Bahagian keliling rumah itu sekarang ni dah disimen, tapi diorang boleh dengar bunyi orang berjalan pakai kasut but kat situ.  Suami dia pulak kerja malam, tapi masalahnya suami dia taknak percaya cakap dia dan anak-anak….



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman Ekspedisi Bermotosikal

Sepuluh tahun yang lalu, aku merupakan seorang budak lelaki berumur 18 tahun yang masih tinggal bersama ibubapanya di Flagstaff, Arizona.  Kami sekeluarga kerap berpindah, dalam 3 tahun sekali dah pindah sebab tuntutan kerjaya ayah aku, jadi dalam usia yang masih muda ni aku dah ada pengalaman tinggal di banyak-banyak negeri yang berlainan.

Hari itu hari Selasa di bulan November, apabila mak aku mengumumkan yang kami akan berpindah ke Seattle pulak lepas ni.  Aku ada sebuah motosikal 300cc jenama V-Star tak silap aku, jadi aku cadang sebelum nak pindah tu aku nak buat ekspedisi bermotosikal menjelajahi Persisiran Barat atau West Coast selama 3 hari.  Mak aku tak berkenan dengan idea aku tu, tapi aku masih teruskan dengan rancangan aku tu sebab aku dah memang ada pengalaman bermotosikal seorang diri sebelum ini.

Aku pun berkemaslah apa yang patut termasuklah dengan membawa sebuah GPS sebagai pemandu arah aku nanti.  Aku menunggang motosikal dari Arizona sampailah ke sebelah barat Nevada (aku sengaja nak elakkan kesesakan di Los Angeles) dan menginap semalam di sebuah motel sebelum memasuki lebuhraya I-5 yang menuju ke California.  Esoknya aku merentas Reno sehinggalah aku sampai ke bahagian barat California.  Dari situ aku ada 4 jam nak sampai ke Oregon.

Sebab masa masih panjang lagi, aku mengambil keputusan nak menjelajahi Oregon ikut jalan dalam je.  Musim luruh di Oregon sejuknya lain macam sikit.  Lagi-lagi pulak bila naik motosikal.  Sejuk sampai ke tulang sumsum.  Rasa macam nak berhibernasi sampai habis musim tu baru nak bangun tidur.

Lama-kelamaan aku mula rasa penat dan mengantuk, dan aku mula mencari-cari kabin atau motel yang aku boleh singgah untuk merehatkan diri.  Aku ternampak papan tanda “Green Hills Hunting Lodge” di tepi sebuah jalan.  Aku pun masuk jelah jalan tu, tapi rupanya jalan nak ke rumah tumpangan itu sangat jauh dan kene menaiki bukit pulak.  Sejam la jugak aku bersusah-payah nak naik bukit tu tapi kepayahan aku berbaloi jugak sebab rumah tumpangan yang aku jumpa tu sebenarnya sebuah kabin yang sangat cantik dan mewah, macam dewan tempat orang melangsungkan perkahwinan.  Terpinga-pinga aku sekejap, tak sangka kat Oregon ada resort mewah macam ni.  Aku pun turun dari motorsikal aku dan aku kelubung ia siap-siap dengan kain pelindung yang aku bawa.

Aku pun melangkah masuk ke resort itu dan aku disapa oleh seorang perempuan Korea di meja pendaftaran.  Wanita Korea itu sangat fasih berbahasa Inggeris walaupun pertuturannya ada sedikit slang.  Pekerja hotel itu kata hari ni bilik banyak kosong, jadi aku boleh pilih je mana-mana bilik yang aku nak duduk.  Menarik kan?

Aku pun pilihlah bilik no 31, sebab resort ni setingkat je.  Aku diberikan sebatang kunci dengan tag berukir 31 dan dia pun mengucapkan selamat malam kepada aku.  Aku pun terus masuk bilik dan wow, memang cantik dan luas bilik tu, dah macam kabin.  Lantai dan dindingnya diperbuat daripada kayu, sampai ke bilik airnya pun hiasan kayu jugak.  Bukan kayu tiruan, tapi memang kayu asli.  Tilamnya pun memang lembut dan selesa, sangat-sangat selesa, sampai aku pun rasa macam ada sesuatu yang pelik pasal tempat ni.  Tapi, mungkin atas faktor kepenatan dan kesejukan, aku letak kepala atas bantal yang empuk tu je aku terus zzzz….

Aku tertidur sampai keesokan paginya, tapi yang menghairankan tu, aku bangun tidur je bilik aku jadi lain.  Semalam aku ingat lagi,bilik ni berwarna kecoklatan varnish kayu, tapi pagi ni aku terbangun di bilik yang berdinding kelabu.  Seolah-olah macam dinding bilik ni jadi pudar semalaman. Bukan sebab cahaya lampu, memang bilik ni dah betukar warna.  Nasib baik malam tadi aku dah mandi, pagi tu aku terus je kemas-kemas barang aku untuk beredar dari resort tu.

Yang lagi peliknya, bila aku keluar dari bilik je, rupa-rupanya aku sekarang ni dah berada di tingkat 2.  Eh bukan ke semalam resort ni satu tingkat je? Dahla tingkat tu agak gelap sebab cahaya matahari langsung tak dapat nak tembus, tingkat tu pun kosong sunyi sepi takde orang kecuali aku sorang je.  Nasib baiklah aku jumpa tangga, aku pun terus berlari turun sebab aku dah mula terasa nak kena serangan panik.
Aku terus menuju ke meja pendaftaran semalam, tapi takde pekerja di situ.  Aku ketuk loceng di atas meja, tapi tiada orang pun yang muncul.  2-3 kali aku ketuk loceng, dalam 10 minit jugaklah aku menunggu di situ tapi aku tak nampak kelibat sesiapapun.  Aku dah rasa berdebar-debar dan lain macam, akhirnya aku tinggalkan je kunci atas meja pendaftaran tu dan terus keluar dari resort tu.

Aku terus menuju ke motosikal aku dan tanggalkan kain pelindungnya.  Aku sempat berpaling untuk melihat resort itu buat kali terakhir, tapi yang berdiri di hadapan aku kini bukannya resort mewah tersergam indah, sebaliknya sebuah bangunan tinggal yang hampir runtuh.  Tanpa menunggu apa lagi, aku pun terus hidupkan motosikal aku dan pulas minyak selaju-lajunya.  Sampai sekarang aku masih teringat-ingat bangunan buruk tu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 22-8-2021 09:45 AM
Ex Yang Taknak Move On
Kisah ini diceritakan kepada aku oleh ramai orang yang berbeza.  Sebab tu ak ...

Dapat bayangkan selimut melekap kat siling yach
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 22-8-2021 01:37 PM
Pengalaman Ekspedisi Bermotosikal

Sepuluh tahun yang lalu, aku merupakan seorang budak lelaki ber ...

Eiiiii seramnyaaa. Kat tempat omputeh pon ada kes aebegini yach
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols br tgk 1 episode American horror stories td
Episod ttg makhluk yg duk dlm hutan2 simpan us
Mcm manusia tp kanibal dan fizikal mcm ada part yg cacat dipercayai sbb breeding among them
Mmg ganas lh
Ade few stories yg tt ltk kt sini related dgn episod ni

Yg menarik perhatian iol sbb dlm tu diceritakan bhw kes2 org hilang dlm hutan simpan sn diculik oleh makhluk ni dan jd sbhgn dpd dorg
Yg bdk2 tu lh
Klu org dewasa kena mkn
So, bila jd kes ganas ni tentera khas akn masuk hutan dan bunuh beberapa makhluk ni utk kwln populasi
Spy jumlah dorg x terlalu bnyk
Ni jgk sbb kenapa hutan simpan tu keep it that way bg elak manusia bertembung dgn makhluk ni

Idk klu ni btl
Tp sgt menarik dan menakutkan at the same time



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2021 09:22 AM | Show all posts

welcome uols... sorry kalau i tak smpt reply i nak tumpu pada penceritaan i kt bod ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.363557 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list