CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Bercinta Lagi 2 ? FINALE pag 98...

 Close [Copy link]
Post time 8-3-2010 03:57 PM | Show all posts
terharu baca n3 kali nie.........at last D tau nama sebenar dan tarikh lahir dia......imran yg sedih takut kehilangan mummy dia........thanks detox
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 03:59 PM | Show all posts
ala...
meleleh la plak air mata ni..
x reti nk stop dh..
mcm mn nk p dating ngan cik abg ni.....
kang mesti kena soal mcm polis pencen...
midar Post at 8-3-2010 15:55


midar pakai spec pancacitara mesti cun punyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 04:02 PM | Show all posts
sorry Midar, tak sengaja nak bagi you nangis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 04:05 PM | Show all posts
sedih betul aku baca part mak dan anak ni..
rasa cam nak ade mak semula..
x puas nak bermanja..
liyanur Post at 8-3-2010 15:50


.. maaf sangat Liyanur....Al-Fatihah untuk arwah Mak.

Moga rohnya di tempatkan bersama orang2 yang dikasihiNya....

dan juga Al-Fatihah untuk semua anak-anak yang tak berdosa yang menjadi mangsa manusia yang hina..


hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:15 PM | Show all posts
Detox ...seorong teman membela 3 org anak yg tidak sah taraf.......
Memang hormat sgt dgn dia ni........2 lelaki 1org perempuan....
Bukan senang byk sekali nak mengikut peraturan2 anak angkat ni.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 04:28 PM | Show all posts
Part 9 (final entry)
================================================================

Aku masih melekat di kerusi kereta, Ensha, Imran dan Rizal sudah pun turun, Nadim juga. Tingkap di ketuk, sebelum Nadim membuka pintu.

        “You coming ?” tanya Nadim. Aku diam dan membetulkan tudung.
        “I am scared Abang…” suaraku tersekat.
        “They are human just like us…dah, jom. Panas ni…” dahinya berkedut menahan bahang matahari yang sangat terik siang itu. Pipinya merah dan hidung mancungnya bergerak-gerak menahan panas yang meleting.

Aku keluar juga, menjinjing kotak kek, dan berjalan di belakang Nadim yang memegang tangan Rizal, Ensha pula di sebelah memimpin Imran.

        “You OK Mummy ?”

Aku angguk.

        “You don’t look OK.” Ensha berbisik lagi membuatkan jantung ku bertambah kuat gegarannya. “Don’t worry, Ensha will stay close ngan Mummy.” Dia senyum dan aku menarik nafas kecil.
        “Thanks sweetheart.”

Kami mendaki driveway yang agak tinggi itu sebelum sampai di hadapan pintu rumah. Rumah itu yang terletak di hujung Sungai Pencala terasa sejuk dengan kawasan sekeliling yang di penuhi pokok-pokok. Zeti yang sedang berdiri di anjung rumah segera mendapatkan kami.

        “Semua waiting anxiously for you..” bisik Zeti ketika kami berdakapan.
        “Are we late ?” tanyaku membulatkan mata.
Zeti terus menggeleng, “Nope, on time, but they are early.”
        “This must be Ensha…” Zeti terus menarik Ensha yang senyum-senyum malu. Dia menghulur salam dan Zeti terus memeluk erat. “You are more pretty in person.” Dia cium pipi Ensha dan tersenyum senang.

Zeti sempat mengerling Nadim sebelum menyambut salam Imran dan Rizal. Aku menghulurkan kotak kek kepada Zeti sebelum membuka kasut.

        “Cake apa ?”
        “Brownies…”
        “You bake ?”

Aku mengangguk dan Zeti terus senyum.

        “Come on in….”

Nadim membantu Rizal membuka kasut. Ensha dan Imran sudah masuk bersama-sama aku. Ruang hadapan itu di hiasi dengan perabut serba putih. Ruang itu kosong. Kami di bawa ke bahagian tengah rumah itu dan di situ lah semua sedang berhimpun. Ada lebih tiga puluh orang di ruang besar itu, ada juga yang di luar, di teres sedang makan, suasana di situ kecoh dengan gelak ketawa.

        “Nadira !”

Aku rasa itu Aunty Farina. Dia terus bangun dan mendapatkan aku, berdiri di depan aku dan meneliti aku atas bawah.

        “Ya Allah. You are so beautiful.” Aunty Farina menangis dan terus mendakap aku erat. “I am your Aunty Farina. Your mother’s sister. We were very close …”

Kami masih berdakapan dan aku rasakan seperti berada dalam dakapan Mak. Aku juga tidak dapat menahan sebak dan turut menangis. Semua mata ke arah kami, aku dengar ada esak tangis di ruang itu yang tadinya penuh dengan gelak ketawa.

        “Introduce me to your family…”

Aunty Farina meneliti Nadim, Ensha, Imran dan Rizal yang tidak jauh dari aku.

        “Apa khabar Aunty…” Nadim menghulur tangan dan memberi senyuman.
        “I know you !” Aunty Farina tergelak kecil dan terus memeluk Nadim.  Mata Nadim merenung aku yang sedang tersenyum. “It’s been a while and what a small world.”

Nadim hanya tersengih, pipinya merah, malu atau rasa bersalah, aku tidak pasti. Aku mula memperkenalkan seorang demi seorang dan Aunty Farina akan memeluk seorang demi seorang lama-lama.

Rizal menarik tangan Nadim, memaksa dia membongkok.

        “Why she hugged me so tight ?” bebel Rizal membuatkan Nadim tersenyum.
        “She missed you…”
        “Owh…she is funny.”

Nadim tidak melayan Rizal, dia takut kalau nanti Rizal ada mengeluarkan kata-kata yang membolehkan dia ketawa kuat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2010 04:31 PM | Show all posts
Kami diperkenalkan pula seorang demi seorang; Uncle Adlan dan isterinya Aunty Fauziah, Uncle Kamil dan isterinya Aunty Intan, dan semua anak-anak mereka, yakni sepupu aku dan anak masing-masing. Aku juga dapat tahu kalau Uncle Azhari, ayah Zeti tidak dapat bersama-sama hari itu kerana terpaksa ke Geneva.  

Aku di kerumuni oleh mereka yang banyak bertanya dan aku menjawab semua soalan mereka. Kami ketawa, dan sesekali menangis bila terkenangkan Arwah Mak dan Ayah. Tak sampai setengah jam aku mendapat lebih banyak maklumat tentang Mak dan juga Ayah. Ayah orang Sabah, dan mereka terputus hubungan terus dengan keluarga sebelah Ayah. Kuburnya di Ipoh dan aku nekad untuk mencari kuburnya. Walaupun masih pening-pening lagi untuk mengingati semua fakta serta nama setiap dari mereka, tapi aku rasa cukup bahagia, terasa Mak dan Ayah berada di situ, bersama aku. Akhirnya aku ada keluarga yang besar dan sangat riuh !

Aunty Farina menarik aku ke satu sudut, dia berbisik-bisik dan aku mencebik menahan rasa.

        “Where is Tok Ma ?” jantungku berdebar kuat. Tangan ku rasa sejuk serta merta. Aku takut dan aku marah sekali gus berbaur perasaan itu.
        “Up in her room. She’s too weak to join us.”

Aku mengangguk dan mengerling Nadim yang sedang rancak berbual dengan Uncle Adlan dan Uncle Kamil serta beberapa orang sepupu-sepupu lelaki ku. Rizal sedang makan dengan tertib bersama Imran dan Ensha sedang berkenal-kenalan dengan anak-anak sepupu aku.

Nadim mengekori dengan anak matanya hingga aku hilang ke tingkat atas. Aunty Farina berdiri di depan pintu dan merenung aku.

        “Your mother will be proud of you Dira…..”

Aku angkat kening.

        “She love you so much and a month before she passed away, she went to Baitul Saadiah, she left a note there.”

Aku menggigit bibir. Sudah lama aku tidak ke sana, aku hanya mengirim wang lewat pemindahan bank sahaja.

        “They returned the note last month…” Aunty Farina membuka pintu kamar tidurnya. “Mari masuk sini dulu, ada benda Aunty nak bagi pada Dira.”

Aku melangkah masuk ke dalam kamar tidur yang besar itu, tingkapnya terbuka luas dan bau daun-daun dari hutan kecil di belakang rumah itu memberi suasana rustik yang amat menyegarkan. Aku lihat Aunty Farina membuka laci dari bureau antik, sebuah cermin bujur yang berukiran tertancap di atasnya. Dia kembali dengan sebuah kotak baldu berwarna biru tu dan satu sampul surat yang belum berbuka. Kotak baldu itu di berikan pada ku.

        “Dalam ni, semua barang kemas arwah Mak..”

Aku tunduk memerhati kotak itu. Aunty Farina mengambilnya kembali dari tangan aku. Kami ke satu sudut berhampiran tingkap dan duduk di situ. Angin yang bertiup sesekali membuatkan daun-daun berdeseran, dan sayup-sayup aku dengar suara monyet bersahutan. Kotak itu di buka dan Aunty Farina mencapai sebentuk cincin.

        “Ini cincin kahwin Mak.” Dia menyarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan sebutir berlian ke jari aku dan ianya muat-muat sahaja.

Cincin yang tersarung elok itu aku usap dan perlahan aku bawa ke bibirku. Kerongkong ku rasa ketat, aku hiba dan sebak mengenangkan kesengsaraan yang Mak terpaksa tanggung apabila cinta tak di restui. Aku merasai kerana aku turut merasakan ketika awal pernikahan aku dan Nadim, cuma aku lebih bertuah dari Mak, aku kini bahagia dengan Nadim dan akhirnya aku di terima juga oleh mertua ku. Aku mendakap Aunty Farina dan ketika itulah air mata aku gugur. Dakapan Aunty Farina terasa kukuh dan bahunya juga terhinggut-hinggut.

        “Don’t cry anymore…you are not alone, we are here, with you, for you.” dia menyapu pipi aku dan mencium aku dengan penuh kasih sayang. “Dira, although she’s not with us anymore, believe me her love towards you never end.” Suara Aunty Farina perlahan dan sayu.

Aku menarik nafas dan sedaya upaya menahan tangis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 04:33 PM | Show all posts
“Tok Ma mana ?” tanya ku, suara aku bunyi bergetar, aku sendiri tidak pasti samada tentang perasaan ku pada Tok Ma.
        “Jom kita pergi ke bilik dia…”

Aunty Farina menutup kotak baldu biru tua itu, sebelum bangun dia memberi semula pada aku. Kami keluar dari kamar itu dan ke sebuah bilik yang terletak di sebelah kiri bahagian atas rumah itu. Aunty Farina mengetuk pintu sebelum membukanya. Dia masuk dan aku mengikutnya dari belakang. Berdebar juga hendak bertemu dengan insan yang menyebabkan aku terpisah dengan Mak dan Ayah.

        “Mama….”

Kami menghampiri rocking chair yang terhayun-hayun. Aku nampak seorang perempuan tua memandang ke dinding tanpa berkelip, rambut yang sudah semakin jarang dan putih itu di lengarkan menjadi sanggul melintang. Orangnya bertubuh kecil, tangannya terletak  di atas kedua-dua tempat letak tangan. Dia memusingkan muka dan aku dapat tangkap matanya yang galak, tiada senyum di bibirnya, raut wajahnya sangat berbeza dengan wajah Mak dan Aunty Farina yang sangat lembut. Mata itu memerhati aku, seluruh wajahku di terokai mata galak itu. Aku yang mula-mula tunduk sahaja akhirnya mengangkat muka, aku merenung wajah itu, dan rasa marah berkumpul di hati aku. Perlahan aku tarik nafas cuba mengawal rasa amarah itu.

        “Macam Marina……” suaranya pecah-pecah, dan dia menyedut udara melalui mulutnya, matanya kembali merenung ke dinding.

Aku beranikan diri dan menghampirinya, aku hulurkan tangan, walaupun aku dibesarkan tanpa ibu bapa, aku bukanlah orang yang kurang ajar. Meskipun Tok Ma memisahkan aku, aku tidak akan biadap terhadapnya. Tangan aku tidak di sambut, dia terus asyik memandang ke dinding dan hayunan kerusi itu makin laju.

        “Keluar…” suara pecah-pecah itu perlahan.

Aunty Farina menggeleng kepala dan terus memegang tangan aku, dia menarik sedikit dan kami berdua meninggalkan Tok Ma bersendirian. Aku bingung, adakah masih ada dendam di hati Tok Ma, bibir aku gigit sedikit dan aku mengambil keputusan untuk tidak mengambil kisah, biarlah sesetengah hati menjadi sangat keras kerana ego dan nafsu yang bermaharajalela. Apa pun sekarang semuanya sudah terungkai, aku bersyukur dan sangat bahagia sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2010 04:34 PM | Show all posts
Sekian, terima kasih pada semua yang sudi membaca cerita ini .....

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:41 PM | Show all posts
Sekian, terima kasih pada semua yang sudi membaca cerita ini .....


detox Post at 8-3-2010 16:34



ekkk..dah habis dah???
baru bergenang air mata,meremang bulu roma..tetiba CUT..adoiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:41 PM | Show all posts
hei..... cop2. jgn la camni detox.. kesian kami ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:41 PM | Show all posts
Dah habis ke detox????
klu dah habis n3 ni paling menyentuh perasaan menangis gilos terharu sedih ....semua ada..
syabas Detox....:pompom:
Habis tisu segulong ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:43 PM | Show all posts
aik! statement cam dah abis je?...
camtue je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 04:43 PM | Show all posts
dah habis utk Part 9....

part part seterusnya...entah bila ... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:44 PM | Show all posts
detox..
naper ku rasa seperti kisah ni boleh disambung lg ye?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:45 PM | Show all posts
ni kira hepi ending ke apa ni detox...
next!! part 10... adakan??? plsssssssss..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2010 04:45 PM | Show all posts
ina,

mmg leh sambung ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 04:46 PM | Show all posts
ni kira hepi ending ke apa ni detox...
next!! part 10... adakan??? plsssssssss..........
merahsilver Post at 8-3-2010 16:45


citer ni dah happy ending lama dah beb last year lagi dah happy happy...ekekekekekke
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:47 PM | Show all posts
669# detox
Detox..kau buat aku dari tghari - ptg .......
aku kena keluar jap ambil nafas...... nati tak pasal pasal ada gossip aku nangis kat dlm ofis, lepas blk O.station...
thank detox...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:47 PM | Show all posts
Ada hikmah juge jumpa zatie tu kan... Dira dpt jumpe semula keluarga yg lama terpisah...
Murninya hati dira srh benarkan nadim berkahwin dgn zatie.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056934 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list