CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 23-8-2010 03:15 PM | Show all posts
kesiannya naim...jgn la jadi apa2 kat naim sian ju dah la yatim piatu... sekarang mengharapkan kasih suami aje... next2 n3 airell
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2010 09:45 PM | Show all posts
Dengan perlahan, Naim aku dudukkan di sofa ruang utama.  Aku salam Umi dan Walid.  

"Dah okey ke ni, Man?  Macam mana boleh bertumbuk ni?  Buat malu aje lah..", Walid ni bertanya atau tak puas hati?.  Umi dah menggeleng-gelengkan kepala.  

"Umi, Walid, Ju masuk bilik dulu", aku minta izin.  Alasan untuk melarikan diri dari Naim.

"Ya lah, Ju rehat dulu.  Nanti kalau Man nak ke bilik, Umi mintak Abang Long hantarkan", lembut suara Umi, sambil memegang tangan aku.

Sebelum memijak tangga batu itu, aku jeling ke arah Naim.  Dia tau aku marah dia.

Sampai sahaja di bilik, aku terus rebahkan badan di katil.  Penat sangat.  Seharian di hospital menemani Naim yang pengsan seketika.  Lepas sudah rawatan, dia dibenarkan pulang.

Tapi sekarang ni, hati aku sakit sangat.  Geram.  Benci dengan Naim.  Semuanya bersatu.  Sampai hati Naim buat macam tu.  Penat-penat aku buat repot di balai, dia senang-senang suruh aku tarik balik laporan ke atas Fazdwan.   

Kalau dulu, Naim tak nak buat repot pasal ada sejarah silam antara mereka berdua.  Tapi sekarang ni, apa lagi alasan Naim?  Makin difikir, makin tak boleh nak lawas usus aku ni.

Tiba-tiba pintu bilik di kuak.  Dari ekor mata, aku nampak Naim yang terhencot-hencot berjalan.  Aku pejamkan mata.  Tak nak tengok muka dia walaupun aku kesian bila tengok lebam-lebam di muka dia yang handsome tu.

"Dian Juwita sayang, jangan lah macam ni..", aku buat tak tahu.  Harap-harap tak berjaya lah pujuk rayu Naim hari ini.  

"Sayang..bukalah mata tu...", malas.  Alamak...

"Nak sembahyang...", aku bergegas bangun.  Terkocoh-kocoh mengambil wuduk.  

Selesai solat, aku mohon kepada Allah swt agar dipanjangkan umur kami sekeluarga, dipanjangkan jodoh aku bersama Naim, dijauhkan musibah dan memohon kesejahteraan ke atas roh arwah emak, ayah dan Nek Ngah.

Dan Naim masih di birai katil.  Aku pandang dia.  Aku yang masih bertelekung, perlahan menghampiri dia.

"Ampunkan saya...cuma saya rasa awak tak adil..", aku kucup tangannya.

"Dian Juwita, saya tau Fazdwan tengah marah.  Sakit hati sebab saya rampas awak daripada dia..", dia pegang mukaku lembut.

"Tapi siapa tahu satu hari nanti, awak perlukan dia...", kenapa Naim merepek ni?  Hati tiba-tiba rasa tak sedap.

"Saya tak nak dia.  Saya nak awak. Sungguh...saya tak tipu..", aku peluk dia.  

"Awak janganlah cakap yang bukan-bukan.  Saya tak suka...", betul, aku memang tak suka dengar ayat dia tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 09:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 23-8-2010 21:02

Makcik Ros sedang menggoreng pisang di dapur.  Marshila sedang mengemas pinggan mangkuk yang sudah dibersihkan.

"Mama, bila majlis tunang?", aku berbasa basi.  Marshila dah menyengih sampai ke telinga.  Menyampah.  Gatal betul budak tu sekarang ni.

"Minggu depan cadangnya.  Kamu jangan lupa jemput Mak Engku dengan Pak Engku tau.  Abang Long sekali",

"Ya, Mama...ada orang tu dah tak sabar nak kawin..  Apakata majlis tunang tu kita tukar ke majlis kawin?", dah datang cadangan bodoh aku.  Mengarut sungguh lah.

"Kamu ingat senang nak buat majlis kawin dalam keadaan tergesa-gesa, Ju?",

"Apa pulak tak boleh.  Dulu Ju dengan Naim, kawin koboi je.  Macam kena tangkap basah pulak",

Aku mengingatkan mereka.  Memang majlis nikah aku macam nikah koboi.  Rasa macam nak merasa nikmat bersanding lah pulak.

"Ju lain Mama, terdesak.  Dah Naim yang gatal sangat nak dekat Ju..", Marshila ketawa mengekek.  Aku lempang budak ni kang, harus bisu.  Terus lari si engineer kesayangan dia tu.  

"Shila, pergi lah hidang air tu ke depan. Nanti sejuk.  Bawak sekali pisang ni", arahan Makcik Ros membuatkan Marshila menghentak-hentakkan kaki.

"Wei, Shila, esok lusa kalau mak mertua kau suruh kau buat kerja, kau hentak kaki kau tu sekali ye", aku perli dia.  Disambut ketawa Makcik Ros.

"Mama pun sama macam Ju", dia menjeling sambil mengangkat dulang itu.

Makcik Ros tarik kerusi, duduk di sebelah aku.  

"Kamu bergaduh dengan Naim, ye?",

"Tak ada lah Ma..gaduh manja-manja je..",

"Jangan tipu Mama, tak baik buat suami macam tu, kesian dia..",

"Tapi Mama...", tak sempat aku bersuara, Naim dah terpacul di pintu dapur.  

"Bila rombongan lelaki nak datang ke rumah, Ma?",  Naim bangkitkan semula soalan tadi.  Dia pandang aku, senyum.  Aku buat tak tahu dengan dia.

"Cadangnya minggu depan..",

"Tempoh tunangnya berapa lama?",

"Mungkin sebelum raya, bulan lapan ni kut..", Makcik Ros membilang-bilang hari dengan jarinya.

"Lagi cepat lagi bagus, Ma.  Shila tu dah merenyam nak kawin", aku ketawa.  

Dan Marshila dah bercekak pinggang memandang aku.  Opss...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:11 PM | Show all posts
napa la naim ni xma report polis pulak... nanti si fadzwan tu x kacau ju lagi la... apa2 pun next n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 10:12 PM | Show all posts
napa la naim ni xma report polis pulak... nanti si fadzwan tu x kacau ju lagi la... apa2 pun next n3
asnita Post at 23-8-2010 21:11


on da way...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 10:12 PM | Show all posts
Keluar saja dari kilang, aku ternampak kereta kaler merah cili milik Naim.  Lambat-lambat aku dapatkan dia yang sedang menyandar di kereta.  Dia ni, tak kira macam mana posisi sekalipun dia berada, dia tetapi yang paling segak dan menawan kalbu.  Dia senyum menampakkan lesung pipinya.  

Aku hampiri dia.  Dia senyum lagi.  Mengada !

"Nak peluk..", dia dah depakan kedua-dua tangannya.  Aku pandang kiri kanan.  Rashid Bangla tak de.  Dalam hati berkira-kira, nak peluk ke tak nak.

"Dian Juwita...", alah..mana boleh tak peluk..kan aku sayang dia,  Naim Najman Naufal yang romantis.  Ahhhh, bestnya dapat peluk Naim di petang-petang yang mulia ni.  Hilang segala penat.  

"Ju, Naim, You kalau mau peluk-peluk, itu hotel banyak loh !  Check in saja..", kami menoleh.  Miss Wong dah tersengih-sengih macam kerang busuk.  Rashid Bangla yang disebelahnya juga turut tersenyum simpul.  

Aku jauhkan jarak.  Kemudian ditarik semula oleh Naim.  Malu !! Tapi Naim tak kisah pun..

"Kita nak kemana?", aku tanya Naim yang sedang memandu.  

"Kita cari barang dapur.  Buat stok", pelik ni.  Naim nak suruh aku memasak ke?  Alah, penatnya.

"Kenapa?", soalan aku tiada jawapan.  Naim diam.

"Naim Najman...", dia menoleh seketika sambil mencuit daguku.  

"Sayang awak..", dan dia fokus semula kepada pemanduannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2010 10:36 PM | Show all posts
Sampai dirumah, jam dah menunjukkan pukul sebelas setengah malam.  Berplastik-plastik makanan Naim beli.  Kicap, beras, sos, telur, bawang dan segala macam jenis barang dapur.  Bila aku tanya, dia cakap senang kalau ada saudara mara nak datang menziarah.  Alasan yang tak logik dek akal.  Sebelum ni pun, memang tak ada saudara yang datang menziarahi kami pun.

Kalau belah Naim, mereka datang ke rumah Umi.  Kalau belah Marshila, tentu menyinggah ke rumah Makcik Ros.

Kami berdua duduk bersila di lantai.  Aku perhatikan Naim yang khusyuk mengasing-asingkan barang.  Lepas tu, dia mintak aku carikan kertas, gunting dan gam.  Habis berselerak bilik stor aku kerjakan semata-mata nak carik menatang bertiga tu.

Ingatkan Naim nak buat apa, rupanya dia nak tagging semua barang yang dia kemas dan simpan.  Bila aku tanya lagi, katanya semua tu akan memudah dan menyenangkan kerja aku esok.  Eehh, Naim ni tak logik lah.  Aku hanya tukang tengok malam ni.  Lepas tu, tukang buat air.  

Hampir satu jam juga kami di dapur mengemas semua barang.  Naim yang kepenatan tertidur di sofa masa aku tinggalkan dia untuk bersihkan diri.  

Aku pandang wajah dia yang keletihan.  Mendamaikan sungguh.  Entah bila, bangun pagi saja, aku dah berada di katil.  dengan Naim.  

"Naim...bangun...dah pagi...", aku bisik di telinga dia.  

"Emmm..ngantuk lah sayang..", dia bercakap dengan mata terpejam.  Mengantuk sangat lah ni.

"Saya mandi dulu.  Nak solat..",

"Nak kiss dulu..", hisshhhh, manja betullah. Aku cium pipinya.

"Kat sini?", dia tunjuk bibirnya yang merah merkah tu.  Sepantas kilat aku sedekah ciuman untuk dia.  Mengada ! Tapi aku suka.  Aku kan gatal ! ha ha ha

Siap bersarapan, Naim suruh aku ponteng kerja lagi.  Katanya dia nak bawak aku ke officenya.  Aduh..lecehnya..

"Tak pergi tak boleh ke?", aku peluk Naim.  Aku pandang dia.  Buat gedik-gedik sikit, mana tau dia termakan gedik aku ni.

Namun Naim gelengkan kepala tanda tak setuju.  Maknanya kena pergi jugak ke?

"Alah...kita duduk rumah aje lah.  Awak pun tak payah pergi office, ya?", aku longgarkan tali leher dia yang dah elok terletak.

Dia pandang aku sambil tersenyum.  Lagi menayangkan lesung pipinya.  

"Boleh, dah setel kerja di rumah, kita pergi office..", his...memang kena pergi lah ni.  Tak jalan dia dengan pujuk rayu aku tadi. Kuat betul iman dia sejak kebelakangan ni.  Ini betul-betul menimbulkan syak wasangka di dalam hati aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 10:59 PM | Show all posts
Melangkah sahaja ke tingkat 25 Bangunan TSR, kami disambut oleh pekerja perempuan, yang pada perkiraan aku umurnya lebih kurang sebaya aku dan Naim.  Bergaya dan cantik.

"Morning Salwa.  Introduce, my sweetheart, Dian Juwita Hussin", perempuan itu senyum memandang aku.  Kemudian salamnya aku sambut.

Salwa.  Nice !

"Cantik wife Tengku", oh..pandai memuji. Aku tersipu-sipu.  

"Yang paling cantik..", aku cubit pinggang Naim.  Pandai je dia ni.  

"Okey Salwa, You bawakan hot milo dua", Salwa mengangguk kemudian berlalu pergi.

Aku perhatikan keadaan sekeliling.  Kemas dekorasinya.  Hiasannya pun tak sarat.  Sesuai dengan imej korporat.  Naim dah membuka pintu pejabatnya.

Saat melangkah masuk, terpandang satu frame gambar yang besar betul-betul di belakang meja Naim.  

Aku mendekati frame gambar itu.  Aku macam pernah nampak perempuan dalam gambar tu.  Aku pandang Naim yang menyandar di meja.

"Saya kan..?", bibir terketar-ketar.  Macam tak percaya.  Aku tepuk kedua belah pipi dengan tangan.  

"Yes my dear..", dia bisik perlahan di telinga aku.  Namun mata aku masih ralit memandang gambar itu.

"Saya lukis masa first time awak jumpa saya di Library.  Cikgu Ali Rustam.  Debat team..", aku cuba mengingati kenangan itu.  

Ya, itu pertama kali aku jumpa Naim.  Budak yang asyik pandang aku tak berkelip.  Dah lah tu, pelik sangat aku rasa dia masa tu.  Asyik pandang aje tapi tak bercakap.

"Saya lukis, lepas tu, saya serahkan pada yang pakar..", dia ketawa kecil.  

Naim Najman Naufal, terima kasih sayang.  

Aku dakap dia erat-erat.  Sungguh, aku menyayangi dia sejujur-jujurnya.  

"Sorry Tengku, tak sengaja..", serta merta aku lepaskan pelukan itu.  

"Tak pe Salwa.  Come..", muka Naim tetap selamba. Salwa kembali semula menatang dulang berisi dua cawan hot milo yang dipesan Naim.  Dia pulak yang tersipu-sipu.

"Kenapa bawa saya ke sini?", aku tanya Naim.  Pelik kan?

"Tak ada apa-apa, cuma mana tau, kalau satu hari nanti, khidmat awak diperlukan di sini..",

"Tengku, Ruby datang lagi..", tanpa mengetuk pintu, Salwa masuk dengan terkocoh-kocoh.  Macam pernah dengar nama Ruby tu.
Oh...dah ingat.  Perempuan seksi yang kami jumpa di foodcourt Central Market.  Yang tergedik-gedik macam ulat beluncas tu.  

"Macam ni Salwa.  You bagi lima minit pada I, then You provoke dia, cakap I tak de.  I gerenti dia akan serang hendap..so, do your best..", Naim kenyit mata.  Apa pulak yang ada kat kepala otak Naim sekarang ni?  Otak aku tak mampu nak berfikir sekarang ni, blank !

Lepas Salwa tutup pintu, Naim datang dekat pada aku.  Tersenyum-senyum macam kerang.  Tapi dia ni kerang yang wangi dan meruntun hati wanita macam aku tau.

Naim cium aku di pipi.  Kemudian, dia cium dahi aku.  Kemudian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 11:14 PM | Show all posts
ariel, jgn laa buat Naim meninggalkan Juwita.. :cry::cry: dah rasa mcm nak nangis dah nie.. lain mcm jek perangai si Naim tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 11:15 PM | Show all posts
"Tengku Naim Najman Naufal !!", jeritan yang satu ini sudah cukup menggegarkan banguan TSR.  Tercungap-cungap perempuan bernama Ruby di depan pintu bilik Naim.

Naim peluk aku erat dari belakang.  Bila dia buat tak tahu, aku yang takut.  Mana tahu perempuan yang bernama Ruby ni buat onar di sini.  Kan malu kalau staff lain nampak.  Nanti akan timbul pulak gosip yang tak enak di dengar.  Kalau sampai ke pengetahuan Walid, lagi naya.  

Pelukan Naim semakin erat.  Dia macam tak peduli dengan kehadiran Ruby yang tak diundang.

"Yes Rubiah.  You nak apa?", Oh..nama dia Rubiah.  Best apa nama tu, klasik.  Tapi konon nak glamour, tukar jadi Ruby.  

"I nak You.  You tak faham ke?", dia menjerit lagi macam orang hilang akal.  

Pelik aku dengan perempuan yang satu ini.  Dia nak lelaki yang tak nak dia.  Gila betul lah..

"Hei, perempuan..", dia menunding jarinya betul-betul di depan muka aku.

"You jangan sentuh Dian Juwita..!!", suara Naim tiba-tiba meninggi.  Membuatkan aku dan Ruby tersentak.

"I tak suka You, kenapa You tak faham?",  suara itu dah kendur semula.

"Sebab You cuma nampak perempuan ni..", amboi, kasarnya bahasa dia.  Sekali aku debik, mau pekak telinga dia.

"Sebab hanya Dian Juwiita saja di mata I, di hati I..", Naim dah mula meninggikan suara.

"You tu buta..", kau yang buta, perempuan !

"I buta sebab cintakan Dian Juwita.  I don't care..", sebab tu, aku sayang kau, Naim.  Terharu ni..

"Tapi I sayang You dulu kan..dah lama I tunggu You..", Ruby dah merengek-rengek.  Yuckkss...!!

"Sorry Ruby, kalau bukan Dian Juwita sekalipun, I tetap takkan boleh terima You..", rasa macam nak ciium-cium Naim depan Ruby sekarang ni.  Aku pun bukan maksum sangat..he he he

Ruby pandang aku.  Muka yang penuh dengan cemburu.  Cantik lah tu?  Setakat tepek tepung pulut berkilo-kilo dekat muka, aku pun boleh cuma aku tak nak je.  Aku kan natural beauty..

Akhirnya, Ruby keluar juga.  Mujur tak tercabut pintu bilik office Naim.  Aku dapatkan NAim yang sedang menyandar di sofa,  kesian dia.  

"Cium, nak?", aku menyengih.  Dia senyum lantas mengangguk.  

Satu ciuman singgah di dahinya.

"Maaf sekali lagi, Tengku..", si Salwa ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:26 PM | Show all posts
ariel kenapa naim cakap dian satu hari nanti perlukan fazdwan..janganlah pisahkan diorg.. jangan endingnya sedih sudah ariel..nanti raya kat hos..pulak kau...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:29 PM | Show all posts
:cry::cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:31 PM | Show all posts
naim cam tau2 aje dia nk pergi....naim ade penyakit ker ariel huhuhu
siap buat preparation jew....beli brg dapur byk2
entah2 nk wat kenduri arwah per
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 11:44 PM | Show all posts
Penat kaki ni mengekor si Marshila yang sibuk mencari barang-barang keperluan untuk majlis kahwin dia.  Tau dia kelam kabut.  Rasakan.  Memang lah ikut perancangan Makcik Ros nak buat bulan lapan, tapi entah macam mana, pihak lelaki pulak demand nak majlis perkahwinan dilangsungkan dengan segera.  Kata mereka, dahulukan mana yang wajid sahaja.  

Terguling-guling aku ketawakan MArshila yang memuncung lepas majlis sarung cincin tunang.  Aku tepuk amai-amai belalang kupu-kupu aje lah jawabnya.

Kami singgah di Noodle Stesen.  Itu aje yang terdekat dengan tempat shopping tadi.  Tak larat nak pikul barang yang penuh di tangan.  

"Next week aku kena pergi JB.  Tak boleh nak tolong kau buat preparation tau.  Tapi aku janji, lepas balik dari JB, aku duduk rumah Mama sampai majlis kau setel", janji aku pada Marshila membuatkan dia tersenyum lebar.  Suka lah tu..?  aku kan khadam dia.

"Tapi suami kesayangan kau, macam mana?  Dia tak kisah?",

"Alah, aku angkut lah dia sekali.  Naim okey lah..",

"Ye, Naim memang okey.  Tapi kau orang kan macam belangkas.  Pantang tak ada orang, manjang melekat dua puluh empat jam..kiss tak habis-habis.  Tak muak ke?", amboi....

"Mulut kau ni kan, memang tak ada insurans kau tau tak?  Esok kau kawin, aku nak tengok, kau cium ke tidak laki kau tu..",

Marshila ketawa mengekek.

"Tapi dah suami aku tu handsome menawan kalbu, rugilah aku tak cium dia puas-puas..",

"Gila kau ni Ju..",

"Aku gilakan Naim je..",

"Dulu masa sekolah tak nak pulak kau dekat dia?",

"Pengalaman mendewasakan kita..",

"Betul tu..aku harap aku pun akan bahagia macam kau.  Jeles tau..", dia tepuk-tepuk dadanya.  Aduh Marshila...

"Assalamualaikum...",

"Waalaikum..",

Fazdwan?

"Jom Shila, aku nak balik!", aku bangun mengambil semua barang-barang tadi.  Marshila ikut terkocoh-kocoh.

"Ju, saya datang nak minta maaf.  Saya sedar, silap saya.  Saya marahkan Naim.  Marahkan diri saya sendiri.  Saya marahkan awak.  Saya fikir awak tak setia dengan saya.  Awak main-mainkan perasaan saya.  Saya minta maaf, Ju..", aku dan MArshila berpandangan.  Marshila angkat bahu.

Kalau difikir-fikirkan, memang aku patut marah.  Tapi bila ingat semula kata-kata Naim, hati yang panas tadi, sejuk kembali.

"Tak apa lah Wan..benda dah lepas. Saya maafkan...", dan aku terus pergi tinggalkan dia.  Tak nak menoleh lagi.  Cukuplah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 11:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 24-8-2010 03:44

Aku peluk Naim dari belakang.  Enaknya.  Aku pejam mata.  Nanti, dua hari tak dapat tengok muka dia.  Tak dapat tidur dengan dia.  Aduh..belum pergi, aku dah rindu sangat.

"Kalau rasa tak tahan nak menanggung rindu, tak payah lah pergi..", dia tarik aku mengadap dia.  

"Tapi tak boleh..dah janji dengan Miss Wong, kesian dia", aku pintal-pintal hujung bajunya.  Betul, aku dah rindu pada dia ni.  

Mulut ni pun satu hal, setuju je Miss Wong ajak teman dia out stesen ke JB tempoh hari.  Kan bagus kalau duduk di rumah.  Boleh pandang muka Naim yang manis dan lazat berkrim ni.  

"Kalau macam tu, kena pergi lah.  Esok saya hantar ke kilang..", dia senyum lagi.

"Jom lah..tidur..Malam esok, tak boleh tidur dengan awak.  Dua malam pulak tu..", aku dah mula nak merengek-rengek.  Dia tutup PC.  Bawa aku ke katil.  

"Dah solat ke belum?",

Aku anggukkan kepala. Dah cuci kaki pun.  Dia ambil tempat di sebelah aku.  Aku letak kepala di dada sasanya.  

"Saya sayang awak, Dian Juwita..", dengar Naim ucap benda yang sama macam ni beribua-ribu kali pun, aku rela.  

"Kalau saya tak ada, awak jangan cari orang lain tau..", aku gelengkan kepala.  Mana mungkin.  Naim takkan sama dengan orang lain.  

"Kalau saya tak ada, awak kena kuat.  Kena cukup makan..jaga diri..", eh ! dia ni dah melalut pulak.

Aku bangun.  Tanda tak puas hati.

"Awak nak pergi mana?", aku pandang dia.

"Maksud saya, esok kan saya tak ada dengan awak,  saya taknak lah awak abaikan semua tu.  Saya tak nak awak sakit.  Saya tak nak awak kurus kering..",  oh...aku baring semula.

"Ye lah..tapi saya nak cakap, yang saya sayang sangat dekat awak.  Terima kasih sebab sudi jadi protector saya..", aku cium dia.  

Dan lampu di sisi katil dipadamkan.  Gelap. Namun hati aku terang benderang.  Ya Allah, izinkan aku bersama Naim Najman Naufal hingga hingga ke akhir hayatku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 11:56 PM | Show all posts
naim cam tau2 aje dia nk pergi....naim ade penyakit ker ariel huhuhu
siap buat preparation jew....b ...
arieyana Post at 23-8-2010 22:31



dont b kuatir lah...hepi ending punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2010 11:56 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


blings ko baca dak 1st n3 tu..sedih jer n3 tu..
kiranya aku speku NAIM ...
mijot Post at 23-8-2010 12:43



aku suke dgn sume speku2 ko mijot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 11:57 PM | Show all posts
ooiitt naper fadzwan jadik cam saiko lak niey
aduuhh siannyer naim camner hero leh lembik l ...
arieyana Post at 23-8-2010 14:08



hero mane leh lembik..naim saje je wat2 lembik nak tnjuk yg fazdwan pun gagah gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 11:58 PM | Show all posts
ariel, jgn laa buat Naim meninggalkan Juwita..  dah rasa mcm nak nangis dah nie.. lain mcm ...
mikoodette Post at 23-8-2010 22:14



aku bg korang bergumbira esok....
sbb sudi baca cerita aku yg meraban ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 11:59 PM | Show all posts
naim cam tau2 aje dia nk pergi....naim ade penyakit ker ariel huhuhu
siap buat preparation jew....b ...
arieyana Post at 23-8-2010 22:31



mane der kenduri arwah..kan shila nak kawin tu..knduri kawin lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.047225 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list