CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

MAKIN KEDALAM KAU DEKK....Ahli keluarga sahkan Nurul Shuhada ditumbuk Hafidz

[Copy link]
 Author| Post time 3-3-2023 05:43 PM | Show all posts
Terima 10 jahitan, Shuhada tak sangka Hafidz ‘bagi’ penumbuk pada hari lahir


Nurul Shuhada Mohd Shukri tidak sangka bahawa ‘hadiah’ hari lahir yang disambut tahun ini sangat menakutkan apabila ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suaminya, Hafidz Roshdi sehingga mengalami kecederaan.

Alami cacat kekal
Dia yang dibawa ke hospital telah mendapat 10 jahitan disebabkan luka ditumbuk oleh Hafidz awal pagi semalam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.



Hadiah yang tak disangka2


Memetik laporan dari Harian Metro, dia tidak sangka bahawa penumbuk yang diberikan kepadanya adalah ‘hadiah’ untuk ulang tahun kelahirannya yang ke-29 dari seorang lelaki yang pernah bersamanya sehingga mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

“Tak sangka ini adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29. Tergamak dia melakukan kekerasan demi orang lain sedangkan saya pernah bersamanya selama ini hingga dikurniakan dua anak,”katanya.



Dah tak sanggup berdiam diri
Ujarnya lagi, selepas apa yang berlaku, dia tidak mahu berdiam diri lagi dan telahpun membuat laporan polis pada jam 6.30 pagi semalam.

Buat masa ini dia menyerahkan segala urusan berkaitan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.

“Selepas apa yang berlaku saya tidak akan berdiam diri. Selepas menerima lebih 10 jahitan, doktor turut memaklumkan parut dialami akan kekal selama-lamanya,” kata Shu.
‘Penyondol’ jangan berbohong!
Shuhada atau mesra disapa Shu itu sempat menitipkan pesanan kepada ‘penyondol’ dikenali sebagai Athira Yuhada supaya tidak berbohong dengan hubungan yang masih terjalin dengan Hafidz.

“Mereka masih berhubung. Kejadian yang berlaku semalam pun disebabkan perkara ini. Jadi, jangan berbohong sebab polis boleh mendapatkan bukti rekod perbualan,” jelasnya lagi.


Anak2 tak tahu dia ditumbuk
Ditanya sama ada kedua anak-anaknya sudah mengetahui atau belum perihal kecederaan yang dilalui, Shuhada mengatakan yang mereka masih belum tahu kerana berada di rumah ibu bapanya di Perlis.

“Anak-anak tidak tahu yang bapanya tumbuk saya. Mereka ketika ini berada di Perlis dan dijaga oleh ibu bapa saya.
“Saya kini menetap di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Saya sepatutnya datang ke sini sekejap saja atas urusan kerja tapi tak sangka lain pula yang jadi,” ujarnya.




Nekad berpisah!


Setelah apa yang berlaku, wanita berusia 29 tahun itu nekad berpisah dengan pelakon drama Mr Donat Karamel itu dan berharap urusan penngesahan lafaz cerai pada 21 Mac nanti berjalan dengan baik.

“Saya sudah tidak mampu untuk hidup bersama dengannya. Saya ingin bina kehidupan baru. Jadi, saya harap dia akan mudahkan segala proses ini dan saya mohon anda semua untuk bantu perniagaan saya demi kelangsungan hidup saya dan anak-anak selepas ini,” katanya.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz Roshdi telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016  dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Beberapa minggu sebelum ini, tular luahan yang dibuat Shuhada di Insta Story apabila mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Tak lama selepas itu, orang ketiga tersebut telah membuat permohonan maaf dan berjanji untuk tidak menggangu rumah tangga mereka lagi.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 3-3-2023 05:43 PM
Terima 10 jahitan, Shuhada tak sangka Hafidz ‘bagi’ penumbuk pada hari lahir



si penyondol ni dia takde mak pak kawan kawan ke? tak malu ke satu malaysia tau kau masih berhubungan dgn pis sendu. hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mademoisellee replied at 3-3-2023 12:27 PM
I nak transfer 10 sen pastu tulis SI BODOH PUKUL BINI boleh tak

boleh uols. transfer 1 sen je boleh tak? 10 sen tu banyak sgt untuk jantan dayus mcm pis sendu ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tunggu shu reveal pasal penyondol. Maaf konon hujung2 masih contct. Pencurang ni kalo ckp dah tk cntct tkyah la cayer. Menipu je tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 3-3-2023 05:28 PM
Kena bagi borang DASS tu baru tau

Maybe dorang pun berada di situasi sama kot

Borang DASS pun kena isi jujur. Kalau living in denial elok buat PET scan terus haha.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
reveal je la semua shu dah bukan laki uols lagi. baru puas hati.
alang2 setgh org sakan kecam tak classy la memekak la buka aib la. all out buka segalanya
bertahun jd bodo dihenyak sesuka hati, tabah la dikecam sikit je lagi pastikan depa berdua dibenam bersama sampai takleh bangun.
classy...classy...ujung2 muke berparut kekal. go to hell la classy jadah apa tu sume
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2023 06:52 PM | Show all posts
syamzana replied at 3-3-2023 06:43 PM
reveal je la semua shu dah bukan laki uols lagi. baru puas hati.
alang2 setgh org sakan kecam tak c ...

kannn.. tak classy konon kalo cerita semua.. korang tak pernah rasa apa dia rasa, tak perlu nak cakap tak classy.. kita yang berhati perut ni memang allergic dengar kisah penyondol dan lelaki mental macam ni aniaya isteri.. at least bila ada hebahan macamni, ramai isteri di sana tahu apa perlu buat dan percayalah ramai belakang isteri2 yang dizalimi oleh suami curang dan penyondol
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:12 PM | Show all posts
iols sokong reveal sume psl penyondol tu!
Agittew iols jadik batu api
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
intercurrent replied at 3-3-2023 12:14 AM
masa nak dekat hafidz roshdi tu, segala benda hr buat tu nampak elok

sekarang ni, buang macam tu sa ...


Victim blaming tahap dewataraya.. ko salahkan mangsa ya, ko tahu ke tak cerita belakang tabir selama 9 tahun nie.
Ko tahu tak ramai yang mangsa dera  wanita nie mati sebab ada enabler macam ko. Sokong jantan pukul perempuan sebab semua salah perempuan, perempuan tak pandai jaga laki, salah perempuan pilih laki tu sebagai suami,salah perempuan sebab tak jaga mulut. Pendek kata semua salah perempuan.
Eh kita nie dah tahun 2023 tapi kenapa bab hak wanita kita stuck dekat zaman arab jahiliah ya.
Sebab enabler macam ko la ramai perempuan takut bersuara, ada yang meroyan and ada yang bunuh anak sendiri sebab mental ilness tak boleh nak bersuara. Sebab enabler macam ko la ramai anak2 sengsara ada isu mental ilness dan kemurungan sebab kena hadap mak dia kena siksa hari - hari. Nak backup pun berpadalah, jangan suatu hari nanti jadi pada anak sendiri & ko salahkan anak ko sebab tak pandai jaga laki sebab itu kena pukul.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak gelak bila tengok orang sokong lelaki abuser

Kalau macam tu, setiap kali orang buat kita marah, kita boleh tumbuk orang tu ke?

Orang waras akan just walk away bila rasa marah. Kalau tak tahu kawal marah, hadaplah penjara banyak kali.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 3-3-2023 05:22 PM
Pasal uqasha , baca aje laaa kat sini
Takde nya aku nak fitnah ….
Shu and hafidz sama sama probl ...

Tang mane artikel yg shu busukkn uqasha?yg bg statement smua jantan haprak tu je yg ckp tunan dok cemburu.. Xnmpak plak link ko bg tu yg si shu ni post dkt media yg dia cemburu uqasha dgn HR. HR je yg bg statement tunang dia jelez. Mohon pencerahan. Ape yg di burukkn si uqasha tu.nk juga meols baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 3-3-2023 05:28 PM
Kena bagi borang DASS tu baru tau

Maybe dorang pun berada di situasi sama kot

Alter ego kot huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:38 PM | Show all posts


tak boleh buka aib suami pukul isteri

dekat saudi pun ada jadi kes ni
isteri yang baik tak buka aib suami
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
intercurrent replied at 3-3-2023 07:38 PM
tak boleh buka aib suami pukul isteri

dekat saudi pun ada jadi kes ni

kalau jenayah tu aib ..tutup la penjara semua dlm dunia ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
izat123 replied at 3-3-2023 07:00 AM
Tak payah layan lah. Dia dengan sorang lagi tu dari semalam beria backup Hafidz bodo ni dan kutuk  ...

Tula...rupenye mmg buang karen ckp ngan org cenggini. Agaknye nk kene tumbok dgn laki sendiri kot lps tu fanily sendiri tak bekap br tau langit tinggi rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
intercurrent replied at 3-3-2023 07:38 PM
tak boleh buka aib suami pukul isteri

dekat saudi pun ada jadi kes ni

Kalo dkt saudi pn pkul bini tu berdosa.
Laki yg baik xpkul bini. Xwhatsapp lucah dgn pomp. Xpkai duet bini beli beras. idak psiko bekas bini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
intercurrent replied at 3-3-2023 07:40 AM
kesimpulannya

Jadilah wanita solehah..redha dan pasrah....itu terbaik..sudah sudah la..media sosial ...

Tak malu ke dah jadi laki org berskandal sana sini? Tak malu ke jd laki tumbok bini? Redho je lah klu aib terbuka
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kikilalapooh replied at 3-3-2023 11:41 AM
kalau dah jadi mcmni, mak dia mesti malu nak bagi statement dkt public. anak hempuk ex menantu sam ...

Gitu la kebanyakkan mak2 mentua kat msia ni. Bab anak buat salah tau malu menyorok.

Bff i dulu, masa mula kawen kemain mak mentua ni ckp jadi isteri kena wajib taat apa semua, itu xboleh ini xboleh. Yelah kawen ngan org ada2, ilmu agama tinggi.
Bila kena anak lelaki sendiri jadi biawak, pukul bini. Diam membisu, bapak kawan i call nak jemput kenduri doa selamat pun xjawab. Takot. Padahal bapak kawan i sikit xtau. Bila kawan i ngadu ka kat FIL dia apa diroang huat, suruh sabaaaarrrr syurga bawah telapak kaki somi. Kawan i sampai deepress.

Sebab tu i xsuka somi2 mcm kawan i n mcm si apiz ni. Bab nak “anaiya” bini pandai guna kuasa veto. Bab tanggungjawab kelaut. Hujung2 bini jugak salah, bini jugak kena sabar. Hapis ni tumbuk bini sampai pecah muka pun still ada yg backup.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 3-3-2023 04:14 PM
Alhamdulilah.
Bagusnya kalau semua pempuan macam ko ni.
Aman dunia.

Adoi..hahahahaha..best kalau buat drama nie
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
intercurrent replied at 3-3-2023 07:38 PM
tak boleh buka aib suami pukul isteri

dekat saudi pun ada jadi kes ni

Bodoh..laki yg baik takkan pukul bini

Yg tu ko tanak cakap pulak kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.212555 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list