|
jadi mana satu yg baik tu?
uob/cimb/maybank
hehhe...budak baru laa... |
|
|
|
|
|
|
|
i tengok harga emas jatuh tiap2 malam (sehingga midnite) almost 10sen.
tapi bila siang dia naik bal ...
bangcak Post at 1-4-2011 21:04
betul tu.. aku selalu buy around kul 11-12 pm than sell around kul 9-10 am besoknya |
|
|
|
|
|
|
|
sorry ya mickey ada persoalan sikit pasal emas ni...
part pajak gadai emas...
sebenarnya mcm mana ya..
blh tak sapa2 boleh terangkan...
nak jual sayang....
nak pajak gadai..taktahu mcm mana...
plz.... |
|
|
|
|
|
|
|
sorry ya..
mickey tak tahu nak tanya kat mana pasal pajak gadai emas..
boleh tak sapa2 kat sini terangkan mcm mana?
mickey nak gadai emas...
nak jual rasa sayang.
boleh tak sapa2 yang tahu terangkan kat mickey..
plzzzzzz... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nk dapat silver ?kalau emas ketul beli jer kat kedai emas.nk mula simpan silver pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# bangcak
biasa la bank memang tu cara dia nak cari duit.. kalau tak cam mana nak byr gaji pekerja. Beli saham dan tukaran duit pun ade perbezaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# Pr|nCeSS^M|cKeY
kalau setakat nak gadai emas tu gi laaaa kat arrahnu bank rakyat.... dapat dalam 60% dari harga emas. tempoh masa kalau x silap bagi 6 bulan tapi kalau tebus lebih awal interest dikenakan pada bulan yang kita simpan sahaja.
Kalau terdesak duit lebih baik masuk kat arrahnu interest pun lebih kurang 10% je. Dari pinjam kat along |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 630# glump
Publicgold.com.my. Dinarkedah.blogspot. Silveray.lot. Ko google perkataan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nk dapat silver ?kalau emas ketul beli jer kat kedai emas.nk mula simpan silver pulak
glump Post at 17-4-2011 13:37
kalau beli emas kat kedai emas...apa yg saya baca, lagi mahal harganya... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pun.last week beli gelang kat habib on 14 apr $162 utk 916.sekali 16 apr beli emas 999 kat area msjd India $155.emm.Ada kwn kata gold bar kat mines pun ok |
|
|
|
|
|
|
|
klu pajak emas kt ArRahnu pastu nk tebus balik kena byr brp??
cthnya ade emas RM100K, ArRahnu bg Rm70k..
bile nk tebus balik, kn byr 100K ke? atau harga semasa emas? tempoh tebus balik brp lama?thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# clickgold
GCP ada brg kemas 999 tnpa dikenakan kos upah...web dia www.gcp.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 38# adiee
dpt 70% tuk existing client rasenye....klu new client dpt dlm 65% tak silap....jewellery boleh pajak kat bank rakyat, agrobank, yapeim & ar-rahnu lain....tp goldbar cuma laku dipajak di agrobank dan cuma dpt loan 65% dari nilai marhun....sdgkan jewellery dpt loan 70%. upah simpan klu ambik 70% = RM0.70 tuk setiap rm100 or 60% = RM0.60.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# Pr|nCeSS^M|cKeY
kdg2 teori ni ssh nak paham.....try bwk emas tu then pajak sndiri dulu....dari slip pajakan tu kite boleh nmpk dgn jelas sbb smau info ada kat situ......& boleh tnye kat officer tu sebrg kemusykilan |
|
|
|
|
|
|
|
ttg zakat emas....
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.
Pengiraan zakat perak.
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50
Frequently Ask Question
web.e-zakat.com.my FAQ - Soalan yang biasa ditanya tentang zakat di LZS (MAIS) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# haitt
otai emas kata better jewellery lg sbb byk ar-rahnu terima tuk pajakan...klu jongkong @ goldbar tu agrobank je yg terima....itupon dia juz 65% loan je.....jewellery dpt 70% |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# bangcak
better beli emas fizikal....barang kemas.....then boleh pajak kat ar-rahnu tuk rolling cash.....ada ada teknik manipulasi emas ni.....tp seminar berbayar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bangcak
better beli emas fizikal....barang kemas.....then boleh pajak kat ar-rahnu tuk ...
220796 Post at 19-4-2011 15:47
i da amek keputusan baik bukak akaun emas je... takyah pening2. kalo beli emas pizikal, simpan kat umah... esok lusa hilang (lupa simpan mana/ anak buat main/ umah terbako/ eksiden emas terpatah 2) ke... kan susah. kalo nak upah diorang (tempat beli mas fizikal) simpan pon upah dia sama je mcm bukak akaun emas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Pr|nCeSS^M|cKeY
kdg2 teori ni ssh nak paham.....try bwk emas tu then pajak sndiri dulu. ...
220796 Post at 19-4-2011 15:31
ok..thanx
esok mickey nak cuba pi agrobank...
tp kan..mickey baca blog yg sis bg tu...
dia bgtau..
kalau nak pajak..kena ada sijil...
tp masa mickey beli kijang emas..tak ada pula bg sijil..
so mcm mana?
boleh pajak tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|