CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_death

hepi new year...meh borak sampai lebam@hp

 Close [Copy link]
Post time 21-12-2011 05:55 AM | Show all posts
salam 25 muharram 1433 H Semua
exspecially untuk chipmed, chipbudi, dedet, wuwu, ana sayam, babeh midory, piza hut2 dll yang saya sayangi

sekarang ini agak sukar hendak menghirup udara segar kan? pencemaran udara banyak berlaku disini dan sana.  nak sihat? mari kita amalkan tips dibawah:-


cantiknya pemandangan udara bersih ni....sungguh nyaman

Terfikirkah anda mengenai kualiti udara yang kita hirup di dalam bangunan setiap  hari?

“Boleh dikatakan hampir 70 peratus daripada kehidupan dihabiskan  dalam bangunan setiap hari bermula dari pejabat hingga ke rumah. Adakah kita  yakin udara yang kita sedut di rumah atau dalam bangunan itu selamat kerana kita  memang tidak nampak pencemarannya? Perlu ditekankan di sini, udara yang berbau  harum belum tentu segar dan bersih

udara di  kawasan dalam rumah, ruang pejabat, sekolah, hospital dan tempat-tempat awam  lain sebenarnya lebih mudah tercemar berikutan aktiviti yang kita lakukan setiap  hari kerana ia tertutup. Hal itu katanya turut didorong oleh reka bentuk  kediaman hari ini yang mana kebanyakannya tidak mempunyai sistem pengudaraan  yang baik. Ditambah lagi dengan faktor kelembapan tropika menjadikan bakteria  dan mikroorganisma yang tidak kelihatan dengan mata kasar mudah membiak.

“Udara dalam bangunan yang tidak baik memudaratkan kesihatan semua terutama  kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai daya tahan  penyakit yang rendah.
Disebabkan tidak nampak, kita biasanya tidak mengambil berat dengan kualiti udara dalaman.  Pencemaran katanya boleh berlaku disebabkan asap rokok dan juga gas memasak.

Itu belum lagi dikira dengan bahan kimia yang kita gunakan untuk  membersihkan dan menyegarkan rumah setiap hari. Sebagai contoh katanya, bila  kita memasuki sesebuah kediaman, kita dapat menghidu haruman pewangi yang  digunakan dan kemudian ia tidak berbau lagi.

“Ke mana bau itu pergi?
bahan tersebut sebenarnya telah masuk ke  pernafasan dan ia boleh memberi kesan sampingan yang boleh memudaratkan  sekiranya kandungan kimianya melebihi dari had yang dibenarkan. Begitu juga  bangunan yang baru dicat atau lantai yang dicuci dengan pencuci konvensional,  bau kimia boleh memudaratkan kesihatan bila mana ia berlaku berulang kali.

Kesan kesihatan
Akibat menghidu udara yang tidak sihat dalam  bangunan secara berterusan, seseorang boleh mengalami masalah  di bahagian kulit seperti kegatalan, alahan dan sebagainya. Selain itu, ia juga  menyebabkan kegatalan di bahagian mata, sinusitis (resdung), rangsangan asma,  pening kepala dan tubuh menjadi lemah.

“Bayangkan ketika kita tidur (enam  hingga lapan jam), hanya dua organ yang sedang berkerja iaitu paru-paru dan  jantung. Apa akan berlaku seandainya kita menghirup udara yang tidak bersih?” soalnya.

Lantaran semalaman menghidu udara tercemar dalam rumah, individu  tersebut akan mengalami bersin sehingga mendapat sinusitis dan batuk-batuk.  Keadaan bertambah teruk sekiranya seseorang menghisap rokok di dalam bilik tidur  atau pun terus ke bilik tidur selepas merokok. Kesan kimia dan bau boleh  menjadikan pasangan atau anak-anak kecil terdedah sebagai perokok pasif yang  juga berisiko mendapat penyakit paru-paru. Keadaan yang sama boleh berlaku di  tempat kerja atau di dalam bangunan komersil seperti hotel.

udara yang tidak sihat juga boleh mengundang masalah asma kerana  partikel halus yang terkandung dalam boleh sampai hingga ke cabang paru-paru  yang kecil.
Jika dibiarkan berlarutan, masalah tersebut menyebabkan  bronkitis dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan paru-paru.
Jangkitan kuman penyebar melalui udara juga boleh merebak dengan cepat seperti  tibi, selesema, Sars, Anthrax dan lain-lain jika pengudaraan serta kotoran  biologi tidak dimusnahkan dengan sempurna.

Apabila salah seorang dari  pekerja mendapat tanda-tanda jangkitan virus atau bakteria, tempoh jangkitan  kepada orang lain sebenarnya telah berlaku beberapa hari sebelum dari itu.  Sekiranya sistem penghawa dingin kotor dan tidak berfungsi dengan baik bagi  menapis udara, maka jangkitan bakteria atau virus itu mudah merebak kepada orang  lain.

Masalah kelembapan pada bilik air, dinding rumah, lantai dan  siling, menjadi tempat sebaran spora pembawa penyakit seperti Aspergillus dan  Penicilium. Allergen atau bahan alergi binatang hadir di dalam udara rumah yang  mempunyai binatang peliharaan.

ruang udara pejabat  yang tidak bersih juga didapati menjadi punca sick building syndrom (SBS) yang  mana ia menurunkan produktiviti pekerja menjadikan mereka mudah mengantuk, lemah  dan tidak cergas.

Kualiti udara dalam bangunan
pencemaran  udara dalam bangunan berpunca daripada empat perkara.

“Pertama ia  disebabkan oleh udara dari luar yang tercemar, kedua bahan yang terkandung dalam  binaan bangunan dan perabot.

“Punca seterusnya adalah individu yang  tinggal di dalam bangunan tersebut dan aktiviti yang dilakukannya seperti  merokok dan memasak manakala faktor terakhir adalah rekaan bangunan yang tidak  menggalakkan pengudaraan yang baik serta penyelenggaraan yang tidak betul,” kata  beliau.

pencemar kimia yang datangnya dari perabot, bahan  pencuci, bahan pewangi (air freshener) dan juga cat yang mengandungi wap  sebatian organic (VOC), kadmium serta formaldehid.

Bahan pencemar kimia  ini amat berbahaya di dalam rumah jika rumah kurang pengudaraan segar dari  luar.

“Melalui kajian yang kami jalankan, bahan pewangi potpourri  terbukti boleh menyebabkan pencemaran udara dalam rumah kerana ia menjadi tempat  pembiakan mikroorganisma yang baik

Selaput fungus kata beliau boleh membiak dan  menyebarkan spora ke udara di dalam bangunan dengan pantas. Seterusnya ia masuk  ke sistem respirasi dan memberi kesan alahan kepada pesakit lelah (asma) dan  juga memberi kesan kegatalan kulit dan mata.

Selain itu, penggunaan  sistem penghawa dingin yang tidak diservis dengan kerap akan menyebabkan  pengumpulan bahan pencemar biologi yang akan mengakibatkan kesan alahan teruk  dalam tempoh yang panjang.

Bagaimana untuk menjaga kualiti udara dalam  rumah:

setiap pemilik kediaman dan juga bangunan  memeriksa kualiti udara premis mereka dengan kerap dan berkala.

“Pemeriksaan setiap lima tahun sekali penting dalam memastikan udara yang kita  sedut setiap hari bersih daripada sebarang pencemaran,” katanya.

Bahan  pencemar yang ada dirumah katanya perlu diperiksa dan disimpan di tempat yang  mempunyai pengudaraan yang baik.

Penggunaan bahan pembersih alternatif  atau bukan kimia katanya, sangat baik bagi menghilangkan kesan kotoran dan  mengurangkan pencemaran kimia.

“Sebagai contoh kita menggunakan sodium  bikarbonat untuk menyental kotoran pada lantai, ia berkesan dan tidak  memudaratkan kesihatan. Begitu juga lemon yang boleh dijadikan bahan pencuci  alternatif, sekali gus menjadikan kediaman berbau harum,” katanya.

Penggunaan bunga segar dan daun pandan boleh menggantikan haruman potpourri bagi  mengharumkan kediaman.

Selain itu katanya, kini terdapat banyak produk  dan cat mesra alam yang boleh didapati di pasaran dalam usaha memelihara alam  sekitar.

Bagi pencemar biologi pula, teknologi ultra lembayung (UV)  merupakan antara alat yang paling efisien dalam menghapuskan pencemar  biologi.

“Kalau kita lihat orang dahulu, mereka membina rumah yang  mempunyai pengaliran udara dan pencahayaan yang bagus. Selain itu, mereka juga  suka menjemur alatan seperti bantal dan tilam, sebenarnya teknik ini mampu  membunuh mikroorganisma yang terdapat di dalamnya

Syazwan turut menyangkal dakwaan beberapa produk pendingin hawa yang terdapat  dipasaran yang dikatakan berupaya menghasilkan udara segar.

“Memang ia  berupaya merencatkan aktiviti mikroorganisma dan bakteria untuk seketika, namun  apa berlaku bila pendingin hawa tidak dipasang? Bagaimana pula dengan  penyelenggaraan yang tidak dipantau sempurna?

Tip  udara bersih:

1. Buka tingkap sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari  untuk ‘mencairkan’ udara kediaman yang tercemar.

2. Selenggara pendingin  hawa dengan kerap

3. Pastikan susun atur perabot menggalakkan  pengudaraan.

4. Gunakan bahan pembersih dan penyegar kediaman semula jadi  atau mesra alam.

5. Gunakan alatan yang mampu memerangkap dan membunuh  bakteria, kulat dan serta mikroorganisma yang terbukti berkesan secara  klinikal.

Nota : ada lagi ke udara bersih di malaysia ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 05:56 AM | Show all posts
morningg warge henpon...
midory Post at 21-12-2011 05:47

ring ring ring org disanun
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 05:57 AM | Show all posts
ring ring ring org disanun
moyas Post at 21-12-2011 05:56



  helo helo helo...
line tak clear pulak pagi2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:00 AM | Show all posts
helo helo helo...
line tak clear pulak pagi2 nih...
midory Post at 21-12-2011 05:57

alo alo alo line herot~berot la kabel kena curi mat pet
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:05 AM | Show all posts
alo alo alo line herot~berot la kabel kena curi mat pet
moyas Post at 21-12-2011 06:00



   haha...
brani nk curi.. libas dengan kabel karang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:10 AM | Show all posts
haha...
brani nk curi.. libas dengan kabel karang..
midory Post at 21-12-2011 06:05


brani la. kabel tepon kg dedet selalo kena curi. sampai sekarang dia menagis meratap2 lline stimik dia x leh berfungsi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2011 06:14 AM | Show all posts
brani la. kabel tepon kg dedet selalo kena curi. sampai sekarang dia menagis meratap2 lline stim ...
moyas Post at 21-12-2011 06:10



   la yeke... sabau ye cik death..
cik moy keje tak arini?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:18 AM | Show all posts
la yeke... sabau ye cik death..
cik moy keje tak arini?
midory Post at 21-12-2011 06:14

hehehe dedet sabar dlm x sabar. merunggut la dia
rini keja. tp nk on9 gak. sbb smlm x sempat nk on9 mata da katup
bebeh class kol baper rini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 06:20 AM | Show all posts
hehehe dedet sabar dlm x sabar. merunggut la dia
rini keja. tp nk on9 gak. sbb smlm x sempat nk o ...
moyas Post at 21-12-2011 06:18



   kol 9 nnti...
slalu cik moy g keje kol brape?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:26 AM | Show all posts
kol 9 nnti...
slalu cik moy g keje kol brape?
midory Post at 21-12-2011 06:20

kol 9? ni a tdo lom? hahaha x tdo la tue???
iols g keja x tentu masa. kalo ada meting g la cepat. kalo x lepak2 jam 10 bru masuk. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:29 AM | Show all posts
kol 9? ni a tdo lom? hahaha x tdo la tue???
iols g keja x tentu masa. kalo ada meting g l ...
moyas Post at 21-12-2011 06:26



   tau2 aje cik moy nih...
lmbtnye.... blh smbung tido lg..



nak out la cik moy..
nnti borak lg okeh..
babai..{:4_235:}
see you..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:36 AM | Show all posts
tau2 aje cik moy nih...
lmbtnye.... blh smbung tido lg..
nak out la cik ...
midory Post at 21-12-2011 06:29



da agak bebeh x tdo lagi. bkn x biasa camtu.
iols nya kerja flexible. dtg cepat, dpt balik cepat
tp selalu dtg lambat, makanya balik la lambat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 07:00 AM | Show all posts
bru nmpak bijik mata dia. hehehehehe cumil
moyas Post at 21-12-2011 05:13



    Tau xpo.. hua3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 07:01 AM | Show all posts
Monen momoy... momid.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 07:30 AM | Show all posts
salam sumer/...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:09 PM | Show all posts
Tau xpo.. hua3
cmf_death Post at 21-12-2011 07:00

rasa nk congkil plak vijik mata dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 02:10 PM | Show all posts
salam tengahari semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:10 PM | Show all posts
sedan  mkn mee guring bdk sekulah. murah tue 2 inggit jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:11 PM | Show all posts
salam sumer/...
medangmru Post at 21-12-2011 07:30


w/slm. lunch per rini?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:12 PM | Show all posts
Monen momoy... momid.....
cmf_death Post at 21-12-2011 07:01

nengnoonunite
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046197 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list