F685 posted on 11-6-2013 03:17 PM
Dlm Kosmo hari Ahad baru2 ini .. ada artikel tajuk Buang Emak Mertua
Kalau baca klu memang ke arah ...
Buang emak mertuaKALAU Kassim Selamat nak buang mak mentua, Diva tidaklah hairan, ini bukan cerita Ibu Mertuaku tapi cerita betul fasal mentua makan hati sehingga ke tulang sum-sum. Diva dapat cerita sedih itu daripada seorang kawan yang kerjanya memang jaga kebajikan artis. Satu hari, kawan kepada kawan Diva itu bercerita. Katanya, emak mentua seorang artis yang juga ibu kepada seorang artis wanita popular sekarang ini tengah hidup melarat kerana hilang mata pencarian. Mungkin sebab anak yang selama ini diuruskannya sudah membawa diri ke tempat lain, maka hidup si emak dan adik angkatnya jadi tidak tentu arah. Sejauh mana merempatnya keluarga artis berkenaan tidak pula Diva ketahui tetapi menurut cerita sumber Diva tadi, si ibu tua tadi masih berharapkan pengurusan lama anaknya untuk bergantung sumber kewangan. Baru-baru ini, dia masih mengunjungi pejabat berkenaan untuk meminjam wang. Sambil-sambil berada di pejabat berkenaan, anak kecil yang dibawa bersamanya mengadu lapar. Kasihan dengan mereka, pekerja di situ menyelongkar peti ais dan ambil apa yang ada untuk mereka berdua mengalas perut. Apabila ditanya tentang anak menantu, ibu malang tadi terus buat muka, katanya menantunya langsung tidak mempedulikannya. Nak harapkan anak sendiri, jauh sekali. Diva cuma mampu geleng kepala, harap dia masih ada tempat tinggal. Selama ini dia hidup mewah kerana menguruskan kerjaya anak, bila dah besar panjang, dia kahwin dan buat haluan sendiri. Beringatlah ketika senang, setidak-tidaknya ada simpanan, boleh buat bekal. Tapi kalau simpanan semua dah habis, mata pencarian pula tak ada nak buat macam mana.
Diva:Nak kumpul duit banyak-banyak dan buat pelaburan untuk hari tua.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_03.htm#ixzz2VtJFcvze
Hakcipta terpelihara
|