CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mama_fuad

JIN : Kekuatan dan kelemahan jin

[Copy link]
Post time 11-11-2008 05:28 AM | Show all posts
Originally posted by fathinaziz at 23-10-2008 02:49 PM
hari tu ade sorang forumer upload ayat ruqiah syariah, saya pon ade trypasang pon tetap kena tindih jugak... dah x de idea la macam mana nakbagi saya tido tidak di kacau ..


Cuba tak usah pasang ayat Quran tu. Tido nyenyak2. Pasang alarm clock tepat pukul berapa nak bangun, dan pasang alarm tu kuat2 kat tepi telinga ke turn up volume ke.

Orang panggil ni sleeping paralysis. Perkara biasa utk majority orang, tapi utk yg ada masalah tido macam you, I nasihatkan jumpa doktor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by comotcibot at 10-11-2008 08:36 AM
pasal setan tu ada darah tinggi ke



Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya
Oleh Nasron Sira Rahim


FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,? katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.

Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ?idak sihat? mampu memberikan kesan terhadap ?nimasi kehidupan? seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,? katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.

Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,? katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,? katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,? katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.

Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,? katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,? katanya.


FAKTA: Hantu dan jin

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal? menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.


MOHD Nasron Sira bin Rahim yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor, pada 23 Disember 1981, Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) kini berkhidmat sebagai Wartawan Berita Harian sejak Mei 2005
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 03:03 PM | Show all posts
aku tidor mlm mesti letak bantal atas badan...dekat leher....bawah pale...
bantal aku ade 6....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:07 PM | Show all posts
up up and away....


mcmni, smlm ada la topik pasal berkahwin dgn jin kat radio..
ada la pesan ustad ni, berkait dgn makanan jin..
ustad tu cakap, kita kena waspada dgn asap aromaterapi..sbb asap tu mengeluarkan bau2an.. mungkin bagi kita ianya boleh menenangkan minda, tp disebalik tu , kita panggil jin datang dekat kita..
hal terjadi kat binik ustad tu.. konon2 nak nampak suasana lebih aman, tp si binik pun terkena gak , tersampuk .. memula mereka 1 family tak tau punya dari mana.. tp bila dah di kaji, asal binik ustad tu pasang lilin aromaterapi, mesti dia kerasukan.. mcm tu la kira2 cerita ustad tu..
so , nak berhati2, mungkin apa2 asap , jin akan bedal buat santapan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:14 PM | Show all posts
ada beza ke...makanan jion islam & kaffir? macam sama je makanan nya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:19 PM | Show all posts
uissh...aku mmg suker beli lilin aromaterapi nih....lepas nih tak mau brli dah ler...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2008 01:34 PM | Show all posts

Reply #22 saucer8's post

tu la, actually aku tak suka ngan lilin aromaterapi tu.. klu terhidu jer, sure pening.. tp..... kekadang, kalau aku nak buang stress, gi urut kat spa, mmg ada la lilin2 tu terpasang..

since dgr cerita ustad tu, mcm takut2 lak nak gi urut kat spa.. manala tau kan, jin2 byk tinggal kat situ, sbb byk asap pelbagai rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by Maxx at 27-11-2008 01:14 PM
ada beza ke...makanan jion islam & kaffir? macam sama je makanan nya



entah la.. tp yg penting, kalau nak mkn, baca basmallah ...

tp kalau tempat tinggal jin islam dan kaffir, rasanya ada perbezaan kan..
jin islam slalu tinggal kat tempat tinggi, (bukit). tp klu jin kaffir, tinggal kat tempat kotor dan kat bawah2 bukit, (jurang)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 05:57 PM | Show all posts
Jin islam dan jin kafir ni sama je...beza agama, cam manusia....

Makanan mereka pun sama....biasanya bau bauan tak kira sumbernya...

Kalau untuk pemujaan, biasanya tok bomoh bagi wangi-wangian untuk makanan mereka....

Kalau Azazil dan  Iblis, makanan utama mereka ialah najis mereka sendiri, dan makanan paling lazat bagi mereka ialah makanan yg dipersembahkan oleh pemuja mereka terutama telur yg dicampur darah-darah manusia, babi, anjing, lembu dll...Kalau jin dan dewa, selain bau bauan, dia suka tulang dan lebihan binatang yg tak disembelih (diambil baunya sahaja).. Bagi jin , hantu dan dewa yg dah jadi saka sesaorang, mereka makan apa yang tuannya makan, maksudnya makanan dirumah tsb dikongsi bersama jin saka (mereka makan baunya saja)....keterangan ini dari perbualan saya sendiri dengan makhluk-makhluk tsb...tak taulah kalau mereka tipu...tapi yg saya nampak tak tipu...

dan paling menyedihkan ialah pemuja-jin @ pawang/perawat  yg  guna jin ini membenarkan jin-jin peliharaan dan dampingannya menghisap darah keluarga sendiri terutama isteri dan anak perempuan....hingga mereka kurus dan pucat, selalu ada kesan lebam di badan terutama betis dan peha...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 07:35 PM | Show all posts

Balas #25 hantukiller\ catat

ko pernah berdialog dengan jin
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by reddots at 27-11-2008 01:34 PM
tu la, actually aku tak suka ngan lilin aromaterapi tu.. klu terhidu jer, sure pening.. tp..... kekadang, kalau aku nak buang stress, gi urut kat spa, mmg ada la lilin2 tu terpasang..

since dg ...


kalau sauna aromaterapi camana laks...sauna lagi banyak `asap'...opss wap maksud haku
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 02:39 PM | Show all posts

Gangguan Jin............

Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai alam makhluk halus..........
atau ingin mengetahui lebih mendalam...........................
- jenis-jenis jin
- tanda-tanda kesurupan
- sebab kesurupan
- tabiat makhluk halus
- tempat-tempat kediaman makhluk halus
- langkah-langkah mengatasinya

sila nyatakan di sini................
pengalaman anda............
atau segala persoalan.......
dan mungkinkan anda kesurupan jin...........................mari

[ Last edited by  shone at 7-12-2008 07:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 02:45 PM | Show all posts

Balas #1 shone\ catat

Saya nak tahu apa jenisnya makhluk yg suka tarik2 barang mcm ubah perabot, lepas tu main2 guli.  Selalu didengari atas bumbung atau di rumah kosong. eeerrr...boleh ker soalan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 02:51 PM | Show all posts

tanya pasal saka..

Boleh ke saka daripada suami, bila suami meninggal saka tersebut pindah ke isteri....    Kesihan mak cik saya asyik kena kacau je dengan saka suaminya.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 02:54 PM | Show all posts

Reply #2 nurshima's post

Tarik perabot? Bunyi guli? kalau tak silap, jin. ada dalam thread ayat rukyah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 03:01 PM | Show all posts

Balas #3 azimah80\ catat

saka ini dia mencari penganti untuk membelanya, terutama sekali anak2.........tetapi jika anak2 tiada maka dia akan mencari si isteri untuk menerimanya sampai boleh apa cara jalan sekali pun hinggakan dia akan datang melalui mimpi.............oleh itu janganlah anda terpengaruh dengan pujukan dia carilah orang yang alim dalam membuang saka ini........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 03:04 PM | Show all posts

Balas #4 Oomie\ catat

jin yang selalu bermain2 dirumah itu kemungkinan dia telah lama mendiami rumah tersebut atau pun belaan penghuni rumah tersebut, jin ini jarang menjelma hanya membuat bunyian sahaja........tiada masalah kita dapat memindahkannya dengan cara baik ke tempat lain.........
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 03:14 PM | Show all posts
Salam buat semua...

kawan tempat kerja saya memerlukan pertolongan iaitu tentang anak2 beliau sedang sakit.

2 hari lepas, anaknya yang bongsu berumur 8 bukan telah meninggal dunia.

Sympton penyakit anak2nya sama iaitu :-

a) muntah2
b) badan demam (kalau ikut doktor demam panas)
c) tak mahu makan dan minum
d) sakit kat dalam perut.

Rawatan yang telah dilakukan :-

a) dah mendapat rawatan klinikal ~ sama

b) rujuk kepada bomoh/ tabib... ~ (2 org)  katanya ada "sesuatu" yang menganggu... air jampi /penawar dah diberi ~ sama.

Mohon kepada rakan2 di sini utk mendoakan dan berikhtiar akan kesembuhan utk anak2nya yang bernama :-

a) Siti Barirah
b) Anis Khairiyah

Nama ibunya :- Umikalsom bt Ahmad.

Depa2 ni tinggal kat Sik, Kedah


Terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 03:17 PM | Show all posts
Soalan saya...kenapa nak kena buka thread baru?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 03:21 PM | Show all posts
Reply  #2 nurshima's post

sekadar bertanya, pernah dgr scara life tak? yg mana selalu dgr?rumah kosong atau rumat flat/apartmen/kondo?

Reply  #3 azimah80's post

bleh tau tak bila hubby nya meninggal dan apa simptomnya? dia tinggal dengan sapa?

to tuan umah, sorry aku nyibuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057101 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list