|
mikoodette Post at 23-8-2010 22:29
dah..jgn nanes..gomen lum gaji ni, aku x leh nak sponsored tisu bebanyak kat ko |
|
|
|
|
|
|
|
Naim pegang tangan aku erat. Kenapa pandangan dia lain macam hari ini? Ah..tak ada apa-apa lah.
"Miss Wong, You jaga my wife ye. Jangan bagi dia nakal-nakal", Naim tergelak nakal. Apa punya jenis pesanan lah yang dia sampaikan kat Miss Wong tu. Silap-silap haribulan, aku yang kena jaga Miss Wong.
Miss Wong dah masuk ke dalam kereta.
"Jangan lupakan saya ye, Jangan cari lelaki lain, tau", pesan Naim. Dia cuit hidung aku.
"Okey lah, nak gerak ni. Nanti sampai lambat pulak", aku minta izin.
Tangannya aku cium. Lama. Tapi kenapa ada perasaan lain macam dalam hati ni ye?
"Ingat, jangan lupakan saya, Dian JUwita..", dia cium pipi aku. Dahi aku. Bibir aku. Dia peluk aku kuat-kuat. MAcam tak kasi pergi je ni?
"Okey, saya pergi dulu. Saya sayang awak tau...", dia mengangguk lesu.
Namun kaki aku terhenti tiba-tiba. Aku menoleh memandang dia.
"Kenapa? Awak nak cakap apa-apa ke?", aku tanya Naim sebab aku rasa dia macam nak beritahu aku sesuatu.
Naim gelengkan kepala. Aku masuk ke dalam kereta. Aku lambai dia. Kereta bergerak perlahan keluar dari kawasan kilang.
Aku lambai Naim tapi dia tak pandang ke arah aku pun. Sedihnya. Kenapa Naim ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Selesai tugas, aku duduk di bilik hotel. Miss Wong sedang mandi. Aku pandang handphone yang diam membisu. Semalam dalam perjalanan ke JB, Naim dah called banyak kali. Mungkin sekarang ni dia dah tidur, agaknya.
Tapi kalau dia tak tidur lagi, apa yang dia tengah buat sekarang? Tengok TV lah kut. Kalau tak pun, buat kerja office dia sambil minum milo. Tadi aku suruh dia pergi tidur rumah Umi, dia tak nak. Katanya di sana, tak ada bau aku. Mengarut betul.
Tapi aku dah rindu setengah mati kat dia ni. Lamanya nak tunggu besok. Tak sabar nak tengok wajah Naim yang kacak tu. Nak peluk Naim yang gagah perkasa tu. Tak sabar nak dengar suara Naim yang lembut menikam kalbu. Tak sabar nak bertentang mata dengan dia. Pokoknya, aku tak sabar nak peluk-peluk Naim. Nak cium-cium Naim yang wangi tu. Naim seorang.
"Sayang, mana awak pergi ni?",
Miss Wong yang menyedari gelagat aku, ketawa sendiri.
"You lah call dia..", Miss Wong dah tarik selimut.
Ye lah, oleh sebab aku ni dah tak mampu nak menahan gelodak rindu yang membuak-buak, aku capai handphone.
"Hah..kan I dah cakap, Naim sure call I, Miss", senyum lebar aku bila panggilan masuk itu tertera nama "Tengkujuh".
"Hello sayang...", aku mulakan bicara. Tak sempat nak beri salam dah. Kerinduan yang amat-amat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 24-8-2010 06:55
"Hai...", suara itu menyapa dari kejauhan.
"Rindu...", malu-malu aku bagitahu perasaan aku pada dia. Terdengar tawanya ditalian.
"Saya juga. Rindukan Dian Juwita saya...", dia diam.
"Dah solat?", aku tanya dia.
"Dah. Dah makan. Kenyang pun. Umi masak..",
"Aikk, kata tak nak duduk rumah Umi..", pelik betul dengan Naim ni. Semalam aku suruh duduk di rumah Umi, dia tak nak.
"Saja...rindu dengan Umi, dengan Walid, Abang Long, Bik Mah..Chenta...", tergelak aku bila Naim sebut satu persatu nama-nama orang yang dirindui itu.
"Ye....saya jugak..awak buat apa tu?", aku tanya sebab aku rasa macam di luar rumah.
"Basuh kereta..",
"Basuh kereta? Apa mimpi rajin sangat malam ni?", selalunya si tengkujuh ni hantar kereta ke car wash je. Malam ni, dia basuh sendiri kereta dia tu. Aku garu kepala.
"Saja je. Nak rasa nikmat cuci kereta sendiri...", aku dan dia diam seketika. Hanya bunyi hela nafas yang turun naik saja yang kedengaran.
"Awak sayang saya tak?", tiba-tiba dia tanya aku soalan itu.
"Sayang lah sayang. Sayang sangat...", aku cium handphone. Terkekek-kekek bunyi ketawa dia.
Aku tengok Miss Wong dah lena diulit intan. Pandang jam di meja, alamak dah lewat. Esok pagi nak gerak awal balik ke KL. Tak sabar nak jumpa kekanda idaman.
"Naim...nak tidur. Ngantuk dah ni..", aku menguap.
"Takkan tak nak cakap lagi..tak sudi ke?", bunyinya macam kecil hati.
"Okey lah...tapi nanti kalau awak panggil saya, saya dia, maknanya saya dah selamat tidur, ye?",
"Dian Juwita, saya nak dengar awak panggil saya sayang...", erk...
"Sa...yang...", perlahan-lahan aku tuturkan ayat itu.
Seandainya mampu ku capai bulan dan bintang, akan aku hadiahkan untuk mu seorang saja, Naim..
Dan entah bila masanya, aku dah terlelap bersama-sama handphone di tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bg korang bergumbira esok....
sbb sudi baca cerita aku yg meraban ni
ariellin Post at 23-8-2010 23:58
assalammualaikum n slamat pagi ariel.....................
kalo ko bg kiteorg yg bergumbira utk selama-lamanya lagi bagusssssss......................... ;) |
|
|
|
|
|
|
|
dah..jgn nanes..gomen lum gaji ni, aku x leh nak sponsored tisu bebanyak kat ko
ariellin Post at 24-8-2010 00:00
x ape.... nnt aku rembat tisu kat opis nie... FOC jek... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 24-8-2010 07:46
Kami dah tiba di R&R Seremban. Berhenti rehat sekejab sebab aku nak solat Zuhur. Miss Wong pun ambil kesempatan pergi membuang segala isi perut yang ada. Kemudian kami teruskan perjalanan. Lagi setengah jam, dah boleh sampai ke kilang ni. Jalan clear. Tak sabar nak tengok wajah kesayangan aku tu..Naim sayang, saya rindu sangat ni.
Handphone tiba-tiba berbunyi. Naim !!
"Dian Juwita, dah sampai mana?", suara itu bertanya.
"Sekejab lagi sampai kut. Dalam setengah jam lagi", hati dah berbunga-bunga bahagia ni.
"Awak tunggu sampai saya datang tau..",
"Ya..awak dah janji nak ambik, saya tunggu lah...", memang, Miss Wong dah bermurah hati nak hantar aku balik ke rumah Umi, tapi Naim yang beria-ia nak ambil di kilang. Tak pe lah, tak kisah.
"Awak tunggu saya, ya..",
"Ya sayang, intan payung, buah hati dinda...", Miss Wong yang tergelak-gelak, aku biarkan. Dia mana tahu nikmatnya berkasih sayang ni.
"Dian Juwita, janji ye, awak tunggu saya..", Naim ni dah kenapa? Cakap sekali cukup lah.
"Ya, saya tunggu...", nada suara aku dah bertukar. Dia tak percaya pada aku ke?
"Dian Juwita, saya sayang awak lebih dari segala-galanya...tunggu saya tau..", sayup saja aku dengar suara Naim masa ni. Kenapa dengan Naim ni?
Akhirnya, sampai juga aku di sini. Miss Wong ni kenapa, tersengih-sengih dari tadi.
"Sabar lah Ju, sekejab lagi sampai lah buah hati You tu. You nak I tunggu ke..?", aku gelengkan kepala. Tak pe lah, menyusahkan dia pulak.
"I masuk dalam office sekejab. You tengok kereta I..", aku anggukkan kepala.
Mana Naim ni..tak sampai-sampai pun..
Dan aku ambil handphone yang berbunyi.
Naim... |
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum n slamat pagi ariel.....................
kalo ko bg kiteorg yg bergumbira utk ...
mikoodette Post at 24-8-2010 06:59
salam n morning... |
|
|
|
|
|
|
|
aduh, suspen la pulak n3 pepagi hari nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
ish! kenapa bg org suspen pepagi nie...
jgnlah jd pape kat NAIM ngan DIAN nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Morning |
|
|
|
|
|
|
|
morning semua... apa jadi dgn naim ni... suspen2 |
|
|
|
|
|
|
|
arie... cepat ko muncul...
bg hilang saspen kami smua |
|
|
|
|
|
|
|
"Ju, Ju di mana sayang?", suara Walid mencecah telinga.
"Ju di kilang ni. Ada apa Walid? Naim mana?", aku tahan getaran yang datang tiba-tiba.
"Ju, macam ni, Ju tunggu di sana, ayah hantar Pak Raman ambil Ju. Naim di hospital sekarang, sayang..",
"A..apa? Naim dekat mana Walid?", aku tanya semula pada Walid walaupun aku dengar dengan jelas apa yang Walid sampaikan sebentar tadi.
Badan menggigil. Naim...Naim...tak per, saya tunggu awak di sini.
"Ju, dengar ye sayang..Ju tunggu sampai Pakcik Raman datang..",
"Tak nak. Ju nak Naim...", aku tahan air mata. Janganlah kau tumpah sekarang ni.
Rashid Bangla datang tiba-tiba. Mata aku dah kabur..
"Hei Ju, You kenapa..?", entah bila Miss Wong datang, aku pun tak pasti. Telefon masih di genggaman.
"Naim...Walid cakap, Naim di hospital..", debaran semakin kuat.
Tak mungkin, Naim cakap dia nak ambik aku di sini. Naim suruh tunggu dia, masih terngiang-ngiang bicara Naim tadi.
AKu dah tak tentu arah. ya Allah..janganlah....
Tak lama kemudian, Pakcik Raman datang.
"Puan, mari ikut Pakcik, nak. Kita ke hospital. Jumpa Tengku Man..", bicara orang tua itu aku buat tak endah.
Miss Wong dan Pakcik Raman berpandangan.
"Ju, mari, I temankan You...", dia pegang tangan aku, masuk ke dalam kereta.
"Tapi, I nak Naim..Pakcik, tadi Naim suruh tunggu dia...nanti kalau Naim datang, dia..dia tengok Ju, tak ada, macam mana?", aku kalah juga akhirnya.
Naim !!!!!!!!!!!!!
Miss Wong diam. Pakcik Raman juga begitu. yang kedengaran kini hanya tangisan aku yang memanggil-manggil nama Naim.
Naim kesayangan aku. Naim pujaan hati aku. Naim...semuanya Naim.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dgn ariel.. dia sakit ke eksiden... sambung cepat ariel..kau jgn pelik2 ariel...raya kat hos dgn naim kan kau nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
aduh ariel!!!!!!
kau buat hati ku rawan kembali..... :cry::cry: |
|
|
|
|
|
|
|
ariellin...sila sambung cepat...ape terjadik nihhh??? berdebar...takuttt... |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sahaja di perkarangan Wad Kecemasan, aku terus meluru keluar. Nampak Walid dan Pakcik Johan yang sedang berdiri. masing-masing menyilang tangan.
"Walid, Papa..", aku salam mereka.
"Mana Naim? Kenapa dengan Naim?",
Susuk tubuh Marshila datang memeluk aku. Kenapa dengan Naim?
"Naim eksiden masa on the way nak jemput kau. Kereta dia terlanggar divider..",
Eksiden? Naim eksiden..
"Kau sabar, ya. Dia dalam ICU lagi..", Naim aku...aku nak Naim aku !!!
Menggogoi aku menangis. Biar Umi dan Makcik Ros datang memujuk, aku tetap menangis. Tak mampu nak berbicara. Miss Wong dan Marshila setia menemani aku.
Sudah hampir tiga jam kami menunggu di lobi ICU. Tadi, doktor perempuan yang merawat Naim, memaklumkan yang Naim parah di kepala. Aku meraup wajah. Umi dan Makcik Ros juga telah bengkak mata.
"Siapa waris Tengku Naim, boleh masuk. Seorang demi seorang, ya", aku tahu semua mata memandang aku.
"Umi masuk dulu, nanti Ju masuk..", ya, aku perlu tenangkan diri. Kuat aku genggam tangan Marshila.
"Ju, sabar. Kau kena kuat. Berdoa agar tiada apa-apa berlaku, ya", air mata aku gugur lagi. Aku tak sekuat itu, Marshila.
Sepuluh minit kemudian, Umi dan Makcik Ros keluar. Mereka peluk tubuh aku.
"Sabar, ya sayang..", aku angguk kepala. Ya, Ju sabar ni.
Aku atur langkah perlahan menuju ke arah tubuh yang terbaring kaku. Aku nampak, kain putih yang membaluti kepalanya turut bertukar warna. Ya Allah...
"Sayang..saya datang ni...", aku telan air liur. Tertahan-tahan air mata.
Naim menangis? Dia tau ke aku datang? Mesti Naim tak apa-apa ni. Dia main-mainkan aku, ya..
"Saya tunggu awak, ya...", aku bisik perlahan. Aku sapu air mata itu.
"Bangunlah...", aku tau dia sedang mendengar.
"Puan, maklumkan dengan semua, yang pesakit hanya tunggu masa saja..", nurse berbaju pink itu datang menghampiri.
Apa maksud dia ni..?? Berkerut-kerut dahi aku. Aku tak faham lah !! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|