CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 8-11-2011 08:52 AM | Show all posts
fizi...mana kau prgi...napa lum ada n3 baru...dah pnas punggung ni hari2 tggu x de n3 baru..cptlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 02:15 PM | Show all posts
mana fizi nieeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 08:15 AM | Show all posts
lamanya fizzi ilang... fizzi sambung arr cepat... lama dah tunggu nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 02:08 PM | Show all posts
“You kata you nak call I balik?” soal Tengku Alyah marah. Faris menelan air liur pekat. Dia melempar pandang ke arah luar jendela yang gelap. Rupanya Tengku Alyah masih menunggu panggilan darinya meski jam sudah menunjukkan pukul 12 pagi.

“I..I lupa..sorry..” balas Faris gugup.

“You memang teruk Faris. Dahlah balik ke KL pun tak bagitau I…then you biarkan I tunggu2 call dari you…” bebel Tengku Alyah. Faris memejamkan sebelah matanya, tak tahan mendengar leteran.

“Okay..okay..I salah…I minta maaf..” pujuk Faris sekaligus mematikan leteran Tengku Alyah. Nada Tengku Alyah kedengaran lembut sedikit.

“Tengku Kamil ada call you?” soal Tengku Alyah.

“Tak. Kenapa?”

“Hmm..baguslah! I dah warning dia awal2 supaya jangan bagitau you apa2. I wanna be the first person yang beritahu you berita gembira ni..” kata Tengku Alyah.

“Berita apa pula?” jangan dia kata perkahwinan aku dan dia sudah ditetapkan sudahlah! Berderau darah Faris.

“Tengku Ratna nak bertunang…” kata Tengku Alyah riang dari dalam telefon. Faris terkedu. Bibirnya terbuka. Terbayang wajah Tengku Ratna. Budak yang baru habis belajar tu dah nak bertunang? Abang dia pun belum ada calon lagi! Faris menelan air liur pekat.

“Ye? Bila?” soal Faris. Tengku Kamil memang nak kena…boleh berkomplot dengan Tengku Alyah…jaga kau bang!

“Kita jumpa esok! Baru I bagitau…” kata Tengku Alyah pula. Faris ternganga. Dia terkebil2. Jumpa Tengku Alyah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 02:10 PM | Show all posts
Tengku Alyah tersenyum sinis sambil merenung telefon bimbitnya. Bahunya bergoyang menahan tawa. Direnung telefon bimbitnya lama. JB? Bila pulak aku sampai ke JB….hai…Faris..Faris…aku ingatkan kau dah berubah lepas kes dulu. Tapi, nampaknya kau masih belum sedar.

Tengku Alyah meletakkan telefon bimbitnya di meja solek. Cermin di depannya dipandang, merenung diri sendiri mencari kekurangan dan kelebihan diri. Lehernya diusap2 lembut, hingga ke dagu.

Ke mana hilangnya gadis penculik tu? Sejak malam pembunuhan 2 saudara gadis itu, gadis itu langsung tidak dapat ditemui lagi. 3 orang suruhannya yang menjalankan kerja pembunuhan itu gagal mengesan gadis itu. Puas di cari sekitar Pasir Gudang, namun mereka masih belum ketemu gadis itu.

Hmmmhh…Tengku Alyah menarik nafas payah. Orang suruhannya kini tidak dapat membantunya lagi untuk meneruskan misi mencari gadis itu. Mereka bertiga masih melarikan diri dari pihak polis.

Hazriq? Hmmhh..lelaki itu…mampus pula! Jadi, siapa lagi yang boleh dijadikan orang suruhannya kini? Dia sudah tidak punya siapa2 lagi. Tengku Alyah menarik nafas resah. Memang payah menyuruh orang untuk melakukan kerja bagi pihak kita. Hasilnya tidaklah sebaik mana, namun wang sudah membukit dilambakkan untuk tujuan itu. Semuanya kerana Tengku Faris! Tengku Faris….

Huh! Tengku Alyah mendengus perlahan sambil merenung tajam ke dalam cermin. Bukankah aku sudah cukup cantik? Bukankah aku sudah cukup menggoda? Rambutnya yang ikal dilurut perlahan2. Bibirnya yang pucat, disentuh perlahan. Tengku Alyah merenung bibirnya yang tidak berwarna.

Kelam kabut dia mencapai gincu berwarna merah menyala lalu membuka penutup gincu bibir itu. Segera ditenyeh gincu merah menyala itu ke bibirnya hingga bersememeh. Setelah berpuashati, Tengku Alyah merenung cermin dengan gincu yang masih dipegang ditangannya.

Dia membelek bibirnya yang comot dengan warna merah hingga ke pipi. Wajahnya dipusing ke kiri, kemudian ke kanan. Tengku Alyah tersenyum perlahan2, kemudian menutup kembali gincu bibir tersebut. Gincu diletakkan kembali kemeja solek.

Cantik! Kau memang cantik Tengku Alyah! Maka sebab itu si Hazriq tu tergila2 kan kau! Sanggup melakukan apa saja untuk kau hingga sanggup mengupah orang untuk menculik Tengku Faris dan membiaya senjata api.

Faris tu yang bodoh! Bodoh menolak bibirku yang mungil ini! Hihihihi….Tengku Alyah ketawa sendirian sambil merenung cermin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 02:11 PM | Show all posts
“Hmm..apa hal telefon malam2 buta ni? Ada hal urgentkah?” soal Tengku Kamil yang baru saja hendak tidur.

“Abang! Kenapa abang tak bagitau saya Tengku Ratna nak bertunang?” soal Faris dihujung talian. Tengku Kamil mengukir senyum. Pastinya Faris sudah bercakap dengan Tengku Alyah.

“So…Alyah dah beritahu semuanya?” soal Tengku Kamil.

“She just told me a minute before! Itupun dia tak beritahu in detail! “ kata Faris.

“Dia yang beria2 nak bagitahu kau. Dia dah siap warning aku supaya jangan cakap apa2 pada kau..” kata Tengku Kamil lagi.

“Sampai hati abang setuju berkomplot dengan dia..” Tengku Kamil ketawa mendengar nada rajuk Faris.

“Ala..tak ada bezanya pun siapa yang beritahu. Yang penting, kau mesti hadir ke majlis tu nanti replacing your mum. Dia tak dapat datang sebab kena jaga datuk kau yang sakit kat Toronto,” kata Tengku Kamil.

“What?” sekali lagi mata Faris membuntang. Datuk sakit? Terbayang datuknya yang berbangsa Inggeris yang sudah berusia 82 tahun berkerusi roda dengan selimut tebal melitupi badannya. Kali ini apa pula sakitnya?

Datuknya itu, memang tidak berapa suka jika mereka kembali ke Malaysia. Jangan2, kali ini dia pura2 sakit kerana tidak mahu melepaskan mama ke Malaysia lagi? Huhuh…

“Hmmm…entah sakit betul ke tidak tu..” sempat lagi Faris memerli. Tengku Kamil senyum.

“Tak baik kau cakap macam tu. Datuk kau jugak…” kata Tengku Kamil. Dia cuma pernah  bertemu dengan datuk Faris sebanyak 3 kali sahaja sepanjang hidupnya.

“Kau kat mana sekarang? Bila boleh balik?” soal Tengku Kamil. Mendengar soalan itu, Faris terdiam. Dia bungkam, merenung dinding bilik mencari jawapan buat Tengku Kamil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2011 02:12 PM | Show all posts
Hujan di luar jendela turun menderu2. Aishah membuka matanya perlahan2. Terasa berat sungguh badannya mahu bergerak. Selimut tebal masih melitupi tubuhnya. Langsir biliknya yang terbuka sedikit, memberi ruang untuknya merenung hujan yang menderu jatuh ke bumi.

Aishah merenung hujan di luar. Suhu bilik itu terasa sungguh sejuk dan nyaman. Aishah menarik nafas perlahan2 dengan matanya yang masih merenung hujan. Bantal dipeluk semakin kuat. Fikirannya kosong tika itu.

“Morning my dear…” suara Faris yang menyapa secara tiba2 benar2 menyentakkan lamunan Aishah. Pantas, dia bingkas bangun lalu duduk di kepala katil. Faris sedang duduk bersantai di hujung katilnya sambil tersenyum.

“Macammana kau boleh ada kat sini?!” bentak Aishah. Ini sudah melampau…tahulah ini rumah dia, tapi tak bermakna dia boleh main terjah bilik ni sesuka hati!

“Bilik kau tak berkunci. Aku ketuk pintu sampai naik lebam tangan aku, tapi kau masih tak bangun2! Aku ingat kau pengsan ke apa…so, aku masuk sajalah…” kata Faris membela diri. Aishah memandang pintu biliknya. Tak kunci?

“Kau lupa kunci sebab kau marah sangat dengan aku semalam agaknya…” tutur Faris membuat telahan. Aishah diam. Faris dikerling lagi.

Faris bangun, lalu duduk di sebelah Aishah. Aishah membuang selimut yang masih menutup badannya. Sikat dimeja solek yang berhampiran dengan katil diambil lalu rambutnya yang berselerak disikat perlahan2.

“Kenapa tetiba pagi ni kau terjah bilik aku? Tak boleh tunggu aku bangun?” soal Aishah garang. Rambut yang sudah disikat, disanggul rapi. Tak ubah macam sanggul orang dulu2. Faris hanya memerhati tingkah laku Aishah.

“Aku laparlah. ..” kata Faris. Aishah terkesima lalu merenung Faris disebelahnya. Lapar, cari akukah? Mahu saja Aishah menyoal soalan itu kemuka Faris.

“Buatkan aku nasi lemak Aishah…” pinta Faris lagi. Suaranya dilunakkan dan Aishah direnung tajam. Sungguh2 bunyinya. Aishah menjeling kea rah Faris lagi. Dia ni ingat aku orang gaji agaknya?

“Kau mimpi makan nasi lemak ke semalam?” soal Aishah sambil bangun, hendak menuju ke bilik air. Faris bangun membuntutinya.

“Taklah…takkan nak makan nasi lemak pun nak tunggu mimpi…” sanggah Faris yang sudah berada di muka pintu bilik air. Aishah sedang mengambil berus giginya.

“Manalah tahu…” ubat gigi disapu ke berus gigi.

“So…kau boleh buatkan tak?” Faris sungguh2 menyoal. Kalau Aishah keberatan, alamat kempunanlah dia di pagi yang sejuk ini.

“Mhhmm….” pendek saja jawapan Aishah seraya menggosok giginya. Pintu bilik air terus ditutup kuat dari dalam, hampir2 menhentam hidung mancung Faris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 02:13 PM | Show all posts
Faris yang baru saja selesai mandi, terus turun ke dapur. Bau masakan dari dapur benar2 menarik perhatiannya.

“Nasi lemak?” soal Faris sebaik masuk ke ruang dapur. Aishah yang membelakanginya hanya mengangguk. Faris menguntum senyum. Aishah dihampiri lalu dia berdiri disebelah Aishah sama2 memandang sambal tumis yang sedang dimasak oleh Aishah.

“So, apa yang perlu aku tolong?” soal Faris, cuba menawarkan kebaikan. Nasi sudah siap dimasak, timun dan telur rebus sudah terhidang di meja makan. Hanya menunggu sambal masak sahaja. Nampaknya, tidak ada apa yang boleh dibuatnya lagi.

“Ambil pinggan,” pinta Aishah yang sedang membuka periuk nasi lemak. Aroma daun pandan menjulang ke udara dapur. Faris setia menurut perintah. Pinggan diambil lalu disusun ke meja. Usai  memasak, mereka berdua sama2 mengadap meja makan.

Aishah mencedok nasi lemak lalu menghulurkan kepada Faris.

“Terima kasih..” senyuman Faris kian lebar. Wajah Aishah yang bersanggul dipandang tak jemu.

“Makanlah! Tengok apa lagi..”

“Okay! Okay!” Faris segera angguk lalu mula makan. Berselera sungguh dia  menjamah nasi lemak buatan Aishah. Rasa macam dah bertahun tak makan nasi lemak.

“Semalam..Alyah call aku,” Faris bersuara perlahan. Aishah dikerling. Namun dia diam saja nampaknya.

“Kami nak jumpa petang ni..” sambung Faris lagi bila Aishah tidak memberi sebarang reaksi.

“Baguslah..” pendek saja jawapan Aishah. Faris terdiam dengan jawapan Aishah.

“Kau tak marah?” soal Faris. Aishah menghela nafas berat, kemudian memandang Faris.

“Pelan kita sedang berjalan dengan baik. Ikut sajalah. Lagi bagus, kalau kau dapat bercinta dengan dia. Raih kepercayaan dia,” ujar Aishah perlahan dan serius. Faris terkedu.

“Tapi…ini dikira macam mempermainkan perasaan dia. Kalau dia betul2 ingat aku suka dia nanti macammana?” soal Faris. Mereka berpandangan.

“Itu masalah dia…bukan masalah kita..” Aishah meneguk air kosong tanpa memandang Faris. Bodoh! Kenapa perlu ada rasa simpati pada orang macam tu? Aishah menjeling kea rah Faris dengan pandangan dengkel.

“Dia saudara aku Aishah. Sampai mati pun, kami tetap akan berjumpa. Macammana aku nak hadapi family dia bila semua pelan kita ni terbongkar nanti?” soal Faris resah.

“Kalau macam tu..matikan dia. Habis cerita,” gumam Aishah perlahan. Faris yang tersentak, merenung Aishah tajam. Wajah Aishah tenang sahaja, langsung tidak berperasaan. Faris menghela nafas payah, cuba menghabiskan baki nasi lemak di pinggan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2011 02:16 PM | Show all posts
Jangan tanya kemana aku hilang 2 bulan ni ya......
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 02:24 PM | Show all posts
best!!!!
walaupun TT dah lame xmuncul...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 02:57 PM | Show all posts
terima kasih fizzy
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 03:55 PM | Show all posts
As salam... nak tanya gak... Fizzi nak gie mana??????
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 04:20 PM | Show all posts
akhirnya...walaupun x leh cover utk 2 bln punya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 04:49 PM | Show all posts
Reply 689# fizziany


Alahmdullillah senang hati tgk ko dah muncul balik fizz
Semoga semuanya baik2 belakalah hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 06:47 PM | Show all posts
tq fizzi
tak tanya mana fizzi hilang tp nak tanya " mana n3?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 10:18 AM | Show all posts
terus terang aku cakap aaa....

tetiba nak menyudahkan ending cerita ni...aku macam jadi konpius dgn cerita ni...
tak tau kenapa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2011 10:18 AM | Show all posts
Reply 694# qimi08

tima kasih atas keprihatinan anda qimi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 10:21 AM | Show all posts
Faris melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Tengku Alyah.

“Sorry, lambat..” Tengku Alyah senyum meleret memandang Faris yang baru duduk. Wajah putih bersih lelaki itu dipandang.

“Dari mana? U tak tinggal dengan Mak Engku lagi kan?” soal Tengku Alyah. Faris melebarkan senyuman ketatnya, kemudian mengangguk.

“Actually I stay kat rumah mummy,” balas Faris. Rambut yang tidak sempat disapu gel diseka ke belakang. Dia terburu2 keluar tadi selepas beberapa perbincangan dengan Aishah.

“Mummy you tahu ke you stay kat sana? Dia tak risau?” soal Tengku Alyah hairan. Faris pantas menggeleng.

“I dah upah security jaga rumah,” ujar Faris sambil tersenyum. Seorang pelayan restoran itu datang sambil menatang dulang air. Segelas jus kiwi diletakkan di hadapan Faris dan segelas jus Oren diletakkan di hadapan Tengku Alyah. Dia beredar kemudiannya.

“So..you dah order?” hairan bin ajaib Faris melihat air kegemarannya sudah terhidang di depan mata.

“I tak nak biar you tunggu lama…” melebar senyuman Tengku Alyah apabila melihat Faris terus menyedut minumannya.

“So, apa cerita dengan Tengku Ratna?” soal Faris sengaja berbasa basi. Sedangkan, dia telah mengetahui segalanya dari Tengku Kamil malam tadi. Tengku Alyah senyum sambil mengacau minumannya.

“Dia nak bertunang next Saturday,” kata Tengku Alyah.

“Dengan siapa? Dia bukan baru habis belajar ke?” Tengku Alyah ketawa dengan soalan Faris.

“Kalau nak kahwin..tak perlu tunggu habis belajar pun..asalkan kedua2 pihak setuju, on saja,” kata Tengku Alyah. Faris terdiam, seakan terkena kiasan kata2 Tengku Alyah.

“Actually, her fiancée was a son of somebody..” tokok Tengku Alyah lagi bila melihat Faris terdiam.

“Ooo..i see,” Faris mengangguk. Kalau bagitahu aku sekarang pun, belum tentu aku kenal. Minuman dihadapannya lebih menarik perhatiannya berbanding cerita Tengku Ratna hendak bertunang. Padanya, kalau sudah jodoh, biarlah. Tak perlu kisah dengan sesiapa pun.

“So, shall we go together ?” Faris memandang tepat ke wajah Tengku Alyah. Air liurnya terasa melekat di kerongkong. Pergi ke majlis itu bersama Tengku Alyah? Kalau Aishah dengar, pasti dia bertepuk tangan girang. Tapi…

Faris merenung Tengku Alyah yang masih menanti jawapannya. Air liur pekat ditelan payah, perlahan2 Faris mengangguk. Tengku Alyah pula, tersenyum indah sekaligus menaikkan keghairahannya bersama Faris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 10:21 AM | Show all posts
“What should I wear?” soal Faris dihujung talian lemah. Tengku Kamil senyum sambil menutup buku laporannya, mahu melayan Faris untuk berbual di telefon.

“Purple,” jawab Tengku Kamil. Faris menjungkit keningnya. Ungu lagi? Bosannya! Tak ada warna lainkah?

“Warna lain tak boleh?” soal Faris lemah. Sudah banyak majlis keraian diraja yang dihadirinya bersama mama, dan semua pakaiannya untuk majlis2 itu adalah ungu! Dia dan mama tidak dibenarkan memakai warna kuning, sedangkan seluruh ahli keluarga Tengku Khursiah akan memakai pakaian berwarna kuning. Mengikut protocol, mereka digesa memakai warna ungu bagi setiap acara keraian diraja.

Atas alasan apa, Faris sendiri kurang pasti. Yang nyata, dia memang kurang senang untuk menghadiri setiap acara2 rasmi seperti itu. Dahulu, arwah ayah jarang membawa dia dan mama ke majlis2 rasmi. Selamatlah dia waktu itu!

Tapi, kadang2 bila diminta datang, pelbagai protocol pula yang perlu diikuti. Kerana protokol2 ini jugalah, mama nekad melarikan diri ke London, jauh dari semua protocol istana.

“Boleh. Tapi, tahan telinga sajalah dengar syarahan nenda,” kata Tengku Kamil sambil tergelak. Faris menarik nafas resah.

“But, I guess I forgot how to wear sampin already…” keluh Faris. Lama sungguh dia tidak memakai pakaian tradisional Melayu itu.

“No need to worry about that! If you go to any designer, they surely know how to put in sampin for you,” ujar Tengku Kamil lagi.

“So, which designer should I refer to?” soal Faris.

“Try Salikin Sidek, he’s one of my favourite Malay designer. He’s fond of his classic Malay style. You won’t regret trying him,” usul Tengku Kamil pula. Faris diam. Salikin Sidek?? Kat mana nak cari? Faris mengulum bibirnya.

“Okaylah! I’ll try. See you then,” telefon dimatikan terus. Faris menghela nafas. Dia merenung telefon bimbitnya lagi. Lama, seakan termenung. Kenangan membeli telefon bimbit semasa dipekan Kuala Pilah kembali menjengah minda. Faris mengukir senyum pahit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 10:22 AM | Show all posts
Majlis yang dinanti tiba jua akhirnya. Tengku Fatimah sudah menyusup masuk ke villa Tengku Khursiah awal2 lagi bagi membantu persiapan terakhir. Tengku Alyah pula enggan masuk ke dalam villa. Dia hanya berdiri di luar rumah Tengku Khursiah, menantikan kehadiran Faris.

Tetamu yang hadir bertali arus, tidak diendahkannya. Selendang di bahu yang sarat dengan labuci dibetulkan sekali sekala. Puas jarinya mendail nombor telefon Faris, namun lelaki itu langsung tidak mengangkat panggilannya.

Telefon masuk airkah sampai langsung tak mahu jawab panggilan aku? Huh! Tengku Alyah menggumam di dalam hati geram. Bukankah tempohari dia sudah berpesan kepada Faris bahawa mereka akan hadir ke majlis itu bersama? Lupakah Faris? Bernanar hati Tengku Alyah jadinya.

Sejak pagi dia menghias diri secantik mungkin, biar kalah Tengku Ratna. Semuanya dilakukan demi menarik perhatian Faris yang pada firasatnya kali ini sudah berubah. Berubah mahu menerima kehadirannya. Biarpun hanya sebagai teman, tapi bagi Tengku Alyah itu adalah petanda baik.

Biar mereka berteman dahulu. Lama2 nanti, dia yakin hati lelaki itu dapat ditakhlukinya. Bukankah mereka pernah bersahabat baik sejak kecil? Mengenangkan hakikat itu, bibir Tengku Alyah menguntum senyum sinis.

Faris! Mana lelaki ni? Jam di tangan ditelek sepintas lalu. Matanya melingas ke segenap ruang parkir kereta di hadapan villa itu, mencari kelibat Faris. Puas menunggu, akhirnya bibirnya menguntum senyum sebaik terlihat kereta Lotus berwarna hitam metalik memasuki ruang parkir. Faris! Hati Tengku Alyah berbunga riang. Terasa hendak diterpa sahaja kereta itu.

Kakinya melangkah, menuruni anak tangga pintu hadapan villa Tengku Khursiah. Dia mencelah di sebalik tetamu yang mundar mandir di hadapan laman Tengku Khursiah untuk menghampiri kereta Faris.  Faris yang baru sahaja keluar dari perut kereta dengan sut baju melayu klasik berwarna ungu melempar senyum kearahnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.074555 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list