|
ROH - ITU URUSAN ALLAH
HANYA SEDIKIT PENGETAHUAN YANG DIBERI
Rohani - dilapisan luar sekali
termasuk si qorin yang berNAFSU
NAFSU MUTMAINNAH - bila rohani diselubungi NURRR dari ROH
ada sama atau ada sikit beda??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kna keluarkan si qarin drpd menghijab nafsu memandang rohani?
Atau jd kn qarin sbg kaca (telus) dan bukan cermin (terpantul)?
...memancar berlapis2 cahaya |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 11-1-2013 06:58 PM
Sesiapa memusuhi Allah dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, malaikat Jibril da ...
Perlukah saya BUKTIKAN dan AMALKAN perintah Allah untuk membuktikan kebenaran? Renungkan ayat ini dan fahamkan
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
(Al-A'raaf 7:175)
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
(Al-A'raaf 7:176)
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.
Wallah Hualam
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 11-1-2013 06:58 PM
Sesiapa memusuhi Allah dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, malaikat Jibril da ...
Saya akan berusaha melaksanakan perintah ini. Baca dan fahamilah sebelum terlambat :
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-A'raaf 7:180)
Jika kata-kata yang kamu katakan SELAMA INI benar, maka benarlah jawapan yang Allah benarkan. Jika kata-kata yang kamu katakan SELAMA INI tidak benar, mohonlah perlindunganNYA jika kamu berakal.
Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
(Al-A'raaf 7:181)
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.
(Al-A'raaf 7:182)
Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.
(Al-A'raaf 7:183)
Last edited by Abangcute on 12-1-2013 02:07 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 12-1-2013 11:16 AM
aku pun tak tau sebenarnya
rohani tu benda apa ya???
Rohani kn sinonim dgn spiritual, mata hati, minda, ihsan, tasawuf, sufisme, psikologi, etc.
yg nafs dgn nafs bawakan wajah masing2 menghadap Wajah
Nk tgk qarin tgk le jasad perumahnya tu
zaman bila yg populasi manusianya lebih 7 billion? Ada?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 11-1-2013 10:43 AM
Salam...
Izin saya menyampuk post yang ni... ....
3. Saya juga percaya saudara Pitmie bukan sengaja untuk melaga-lagakan, mungkin dia dah rasa kurang senang dengan Abangcute maka dia pun dah semakin tegas terhadap post2 Abangcute. Harap Abangcute juga tidak berburuk sangka, sebab banyak juga post2 Abangcute memberi nasihat untuk tidak berburuk sangka.
Agama Itu Nasihat. Adalah lebih baik membaca dan memahami maksud iman dan taqwa sebelum berbicara kerana tanpa taqwa wujudlah kefasikan dalam bentuk FITNAH. Fitnah si dajjal dan angkatannya itu amatlah TERUK jika Tuan Pitmie memahami akan sifatnya.
Saya percaya Abangcute arif bahawa Agama itu Nasihat, dan saya juga percaya Pitmie juga arif tentang hal yang sama.
Pada saya, tak perlulah kaitkan seolah-olah orang lain berbicara tanpa taqwa sampai dikaitkan fasiq/kafir/munafiq...apabila hujjah-hujjah Abangcute dipersoalkan. Ini forum, biasalah berbincang dan pertikai kalau nampak tak jelas atau salah atau memang salah faham. Lainlah kalau Abangcute berhujjah dengan non-Muslim yang tak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah...
Saya amat khuatir, dalam jawapan2 Abangcute ada banyak juga unsur persangkaan-persangkaan, yang menyebabkan forumer agak 'jelek', dan mereka berterusan akan pertikai Abangcute secara negatif, dan Abangcute pula berterusan memberi jawapan berserta persangkaan yang juga negatif, yang akhirnya jadi permusuhan walhal sama-sama Islam.
Tak mengapa untuk beza pandangan/pendapat dalam perbincangan ilmiah... Imam-imam Mujtahid pun berbeza pandangan, tapi bukannya mencela sampai menilai taqwa imam yang lain, kan?
Saya tidak mahu ambil 'side' pihak mana-mana, saya lihat hal ini dah berpanjangan agak lama. Saya pun dah tulis banyak dan saya pun kena muhasabah diri saya sendiri.
WAllahu a'lam Sy lebih menghormati forumer spt mnm77....seawal sy berhujah dgn forumer spt Abangcute, sy cuba menjaga adab pertuturan agar sentiasa sopan & beradab dlm bermunaqosyah ilmiah...walaupun pd awal2 pun telah berselisih faham, sy pd awalnya (dlm thread lain sblm nih) cuba utk tetap menjaga "adaabul ikhtilaaf" yg sering dipegang oleh 'ulamak2 tatkala berbeza pndgn....
Namun kini sy telah lama hilang hormat kpd forumer spt Abangcute terutamanya pd ketika dia menurut hawa nafsu ammarahnya menuduh sy kafir dll semata2 berbeza pndgn....& telah sy suruh dia tarik balik serta mintak maaf mulai saat itu & hingga ke hari ini, tak penah sy menemukan mana2 permintaan maaf atau menarik balik takfir terhdp sy...sesuatu tuduhan yg amat berat yg trus mnyebabkan sy hilang hormat pdnya selagimana dia tak mengubah cara2nya dlm bermujaadalah..
Kini bilamana menjawab komen2 Abangcute, sy lebih senang bersikap skeptikal & sinikal dari menjawab penuh kesantunan...sy respek kesabaran pd mnm77 kerana dgn forumer sptnya, sy sudah hilang sabar serta adab dlm berhujah....
Malah setiap persoalan sy dari thread2 sblm ini hingga kini jarang amat terjawab...byknya dipusing2 ke sana sini seolah2 sedang bersastera & memberikan pndgn luar biasa sdgkan pd sy byknya spt "buih2 di lautan" yg tiada makna....
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute berkata: "Khalifah itu bermaksud apa yang ada di dunia (Sunnahtullah) dibawah perintahnya sama-ada baik ataupun tidak baik. Hamba-hamba Allah itu bermaksud apa jua bentuk usaha memelihara dari sudut (Sunnahtullah) yang ada atas muka bumi..."
Sy berkata: "APAKAH LAGI REPEKAN INI SEMUA....
Tolonglah jgn terlalu merepek dgn seolah2 bercakap bahasa penuh sastera...kerana yg ada hanyalah kepelikan & kejelikan semata2...
Boleh tolong jelaskan dari mana, sy ulangi, DARI MANA kamu amik istilah atau definisi KHALIFAH spt di atas???
DAN tolong jelaskan DARI MANA kamu cedok maksud istilah hamba2 ALLAH spt di atas???" Abangcute yg amat sy hormati ...sy jelas ttg kekecewaan mnm77 dgn kamu yg sentiasa konar sana-sini yg akhirnya tak menjawab soalan2 'straight-to-the-point' beliau....namun itu hal kamu & mnm77, dgn sy kamu masih buat tak tau akan persoalan2 sy.... di atas sy ulangi 2 soalan2 sy yg juga 'straight-to-the-point'....yg sy BOLDkan di atas, so tolong jawab.
Oh ya...tak perlu nak bersastera lagi 'beating around the bush' yg akhirnya tak menjawab soalan2 sy...just gitau DARI MANA DIAMBIL KEDUA2 ISTILAH DI ATAS....dari suke-suki kepala hotak sendiri atau dari kalam para hukama' & ulamak....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 12-1-2013 04:23 PM
Rohani kn sinonim dgn spiritual, mata hati, minda, ihsan, tasawuf, sufisme, psikologi, etc.
yg na ...
hehehe
memang manusia anggap Rohani =spiritual , mata hati, minda, ihsan, tasawuf, sufisme, psikologi, etc.
kalau rohani=spiritual
maka ini adalah qorin saja
yg dok berkeliaran atas bumi lepas jasadnya mati
(dan aku tak pernah BERDEPAN si qorin yg jasadnya dulu baik-baikjeee)
kalau rohani= mata hati/akal
maka ini adalah diri yg sebenar kottt(bukannya si qorin)
zaman bila yg populasi manusianya lebih 7 billion?
takde kott -tapi yg golongan jinnya dah penuh muka bumi kannn
yang PARA NURR pun bersusun-susun pulak dahhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 12-1-2013 04:48 PM
salam
ini betul .. alhamdulillah ..
kan
SEAWAL SOLAT adalah TAKBIRRATULIKHRAM...
terdahulunya dgn apa niat dihati.....
dan disudahi SALAM
kan cam Nabi pesan kat umatnya tuuuu..............
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 11-1-2013 04:22 PM
dari satu segi -memang tak baik
dan dari satu segi -baik kottttt
ntahlah sedara, aku tak tau tahap amalan hangpa semua setakat mana sebab aku bukan Tuhan yang hangpa sembah. Allah sajalah penilai amalan hangpa tuh.
dan aku yakin hangpa sendirik pong tatau amalan hangpa sebagus mana sebab Allah tak pernah bagitau & habaq dia terima ka dak amalan hangpa. jadik tak payahlah sebok nak lawan sama sendirik amalan & ilmu siapa lebih baguih, siapa yang benar & siapa salah, Siapa yang diterima amalnya & siapa yang dicerca amalnya. Allah sajalah penentu semua tuh. Bukan aku tak pernah kenai dengan orang yang dia ja betui, dia ja tau pasai agama, dia ja yang tahajjud, tapi dia sendirik pong tatau amalan dia diterima Allah ka idak, ntah2 perasan sendirik sebab ilbis dah bisik kat telinga - hang hebat, orang laen tak ada macam hang. kawan ngan Iblis la nampaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 11-1-2013 04:02 PM
benar
HANYA MEREKA YANG BERAKAL MENDAPAT PELAJARAN
hanya
Hang ada faham ka apa ku tulih tuh? Aku tulih guna akai berpandukan Al Quran dan hadith. Akai kita ni mana boleh lawan Allah, akai kita pong Allah yang cipta, sebab tuh kena ikut Al Quran & Hadith. kalo tak faham, carik orang yang betui-betui mahir, belajaq ngan depa. Tuh lebih baik dari melalut pasai ilmu makrifat bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 12-1-2013 07:07 PM
hehehe
memang manusia anggap Rohani =spiritual , mata hati, minda, ihsan, tasawuf, sufisme, psiko ...
Dhtu bila diri berdepan qarin
maka, yg kiri jd kanan juga sebaliknya
kalih kot sini, kalih kot sana - ngekor gamaknye
x perlu elak-mengelak cuma tembusinya
Kn Allah menerangi langit² dan bumi
Qarin nk selubung ka, nk selimut ka
Diri sendiri bak bulan, bila timbul ja pasti bercahaya...
|
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 12-1-2013 05:04 PM
Abangcute yg amat sy hormati ...sy jelas ttg kekecewaan mnm77 dgn kamu yg sentiasa konar sana-sini ...
Setakat itu sahaja persoalan yg hendak diutarakan? Adakah apa yang saya SENGAJAKAN perihal khalifah dan hamba Allah itu menyebabkan ramai orang akan menjadi MURTAD? Adakah salah memberitahu fakta yang tunggang-langgang sehingga menyebabkan menjadi suatu kesalahan kepada diri kamu sehingga menyebabkan menanggung dosa besar?
Sebenarnya sepatutnya jika diri kamu benar kerana beriman dan bertaqwa kepada Allah, sepatutnya kamu MENERANGKAN KEBENARAN yang kamu tahu. Jika kamu tidaklah tahu, buat apa kamu menyatakan dalam bentuk tomahan semata-mata sedangkan kamu sepatutnya MEMPERBETUL FAKTA jika kamu BENAR BERIMAN dan BERTAQWA. Ini menunjukkan kamu hanya mengikut ilham kefasikan dan bukan ketaqwaan. Tidaklah ada seorang manusia yang BERIMAN sepatutnya mengikut KAEDAH ILHAM KEFASIKAN kepada kehendak NAFSU tak begitu? Perlukah saya MALUKAN kamu sedangkan kamu sedang MENGUMPUL AMALAN dalam bentuk PERBUATAN dan KATA-KATA yang boleh jadi BERDOSA berdasarkan kepada ilham kefasikan yang kamu tonjolkan.
Ini fakta sebenar yg saya fahami berdasarkan keterangan Al-Quran perihal yg kamu sangkalkan tanpa disedari terjerat kerana menganggap saya tidaklah tahu perihal yg dimaksudkan.
Khalifah itu adalah mana2 manusia yg memerintah dunia (dalam pelbagai bentuk urusan tadbir) atas izin Allah. Sama ada BERIMAN atau pun TIDAK BERIMAN. Khalifah bermaksud PEMERINTAH YANG MEMELIHARA SESUATU. Jantina untuk diri khalifah tertakluk HANYA kepada lelaki sahaja dan jika dilanggar ketetapan maksud jantina untuk diri khalifah atas sebab KEJAHILAN dan KESESATAN manusia itu sendiri, sudah pasti akan berlaku bencana dan kerosakkan yg paling teruk melainkan atas perkara-perkara yang Allah sembunyikan.
Khalifah Allah adalah sesiapa yg DIA kehendaki atas ketetapan qada dan qadar berdasarkan kepada perkara yg dimaksudkan amanah dalam bentuk haq dan kebatilan. Merujuk kepada Al-Quran, khalifah Allah adalah mereka-mereka yang diberi petunjuk olehNYA dalam bentuk ilham (ilmu laduni - orang kata bukan saya kata)
Hamba Allah itu adalah apa jua makhluk2 yang ada di dunia dan alam ini termasuklah atom atau lebih kecil dari atom jika ada.
HambaKU pula tertakluk kepada sesiapa yg mengikut perintah Allah berdasarkan PETUNJUK menerusi Al-Quran dan Sunnah dan sesiapa yang DIA kehendaki atas sebab URUSANNYA. Jika Allah redha dengan hambaNYA yg dikatakan sebagai beriman dan bertaqwa, itulah antara yg dimaksudkan hambaKU yang dilindungi. Adakah orang gila itu hambaKU? Ya! Selagi mana2 orang gila yg tidak siuman itu dibawah ketetapan Allah melalui ketetapan qada dan qadar yakni mereka2 ini dijadikan contoh dan ujian dengan hikmah2 tertentu untuk dijadikan teladan kepada yang BERAKAL (hanya kepada yang diberikan mata hati memahami maksud yang saya maksudkan).
Terus terang saya katakan, Ilmu yg kamu tahu dan sampaikan SETAKAT ini hanyalah sekadar ilmu berlapikkan nafsu dan amat jauh berbeza dengan ilmu yang saya tahu kerana semua itu datangnya dari ALLAH. Ini kerana diri kamu tidak diberikan petunjuk untuk berakidah, bersyariat dan berakhlak dengan cara yg betul sehingga dizahirkan ilham kefasikan dalam bentuk KEPENTINGAN NAFSU. Jika kamu diberikan petunjuk olehNYA, sudah pasti kamu tidak menyatakan sesuatu yg bertentangan dengan apa yg diperintahkan Allah dalam menyatakan sangkaan yg berbentuk keburukkan orang lain sedangkan kita dituntut bersangka baik dalam apa jua KEADAAN jika mengaku beriman dan bertaqwa.
Tidaklah ada manusia itu dimuka bumi itu sempurna walau dilahirkan sempurna melainkan sempurna akan diri manusia itu hanyalah bersifat KEKURANGAN dan BERUSAHA mengatasi KEKURANGAN kerana apa yang diri kita tahu adalah TERHAD dan bersifat SEMENTARA.
Saya sebenarnya SENYUM aje depan skrin, tinggal lagi seronok bila melihat perbuatan kamu dalam menyatakan IMAN dan TAQWA. Tidakkah pelik bila ada manusia menerangkan perihal ilmu yang terang tetiba menyatakan ilmu yg tunggang langgang? Adakah kamu tidak berfikir sebelum kenyataan yg kamu kemukakan menunjukkan betapa daifnya akidah, syariat dan akhlak kamu ketika menyatakan sangkaan? Sesungguhnya bukan SAYA yang menunggang-langgangkan fakta melainkan apa yang telah ditetapkan atas kehendakNYA kepada yang diberikan akal dan hati untuk memahami akan kewujudanNYA
Saya manusia yg lemah. KepadaNYA jualah kita mencari jawapan disebalik kekurangan yang ada pada diri kita dan bukannya kekurangan orang lain diatas kesombongan diri kita.
Wallah hualam
Last edited by Abangcute on 13-1-2013 02:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|