CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jargon

senarai pencaras paling hot/popular

[Copy link]
Post time 20-8-2013 01:14 PM | Show all posts
z_k posted on 19-8-2013 08:19 PM
siaran ulangan..

erra+awie - arni

Irma +farid=fasha
Fasha +Dato s=Te em jay
Fasha +Te em jay =Fakezura
Fasha +Jejai=Nd
Nd +Jejai =Fasha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2013 01:22 PM | Show all posts
ct mengungguli carta
dulu2 ada MB 1 negeri suami isteri yg bekenan sgt nak jadikan ct menantu mereka
tapi anak lelaki mereka plk dh ada pilihan
tak ada jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 01:23 PM | Show all posts
chandrahusin posted on 20-8-2013 01:22 PM
ct mengungguli carta
dulu2 ada MB 1 negeri suami isteri yg bekenan sgt nak jadikan ct menantu merek ...

negeri mana? kelantan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 01:27 PM | Show all posts
salah 1 negeri yg tengah2
cerita lama dik..bdk lelaki tu pun dh kawin dh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 01:29 PM | Show all posts
cantleyi posted on 20-8-2013 08:09 AM
ada pic c reezal merican ni tak??







Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 02:02 PM | Show all posts
klu betul la tok K dh bankrap aku salute la ct...memang chenta agung tul ngan tok k...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2013 02:11 PM | Show all posts
chandrahusin posted on 20-8-2013 01:22 PM
ct mengungguli carta
dulu2 ada MB 1 negeri suami isteri yg bekenan sgt nak jadikan ct menantu merek ...

Bekas MB Pahang yg sekarang menjadi TYT Melaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 02:15 PM | Show all posts
z_k posted on 19-8-2013 08:19 PM
siaran ulangan..

erra+awie - arni

kalau tgk list ni macam pencaras yg kejam tapi erra pun boleh tahan jugak
tiba2 teringat sms yg erra hantar pd hans keluar paper .. hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2013 02:16 PM | Show all posts
chazey posted on 16-8-2013 04:53 PM
aku ada pi Johor beberapa kali tahun lepas. sempat la lalu sana jap tapi tak penah masuk. eh, pena ...

ai budak UM...ai rasa the onlu U yang bagi student dia pakai ikut suka...time ai dulu budak2 class ai pakai jer jeans koyak..now ai x tau la boleh ke tak pakai mcm tue..

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 02:20 PM | Show all posts
RVP20 posted on 20-8-2013 02:15 PM
kalau tgk list ni macam pencaras yg kejam tapi erra pun boleh tahan jugak
tiba2 teringat sms yg  ...

cite la sms nya pasal apa..


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 02:25 PM | Show all posts
AprilNing posted on 20-8-2013 02:20 PM
cite la sms nya pasal apa..
Artikel lama

Erra Tipu Lagi - Hans Isaac

“SAYA akui, dalam Melodi TV3 baru-baru ini, saya pernah mengatakan, saya tak akan bercakap mengenai perkara (kemelut percintaan bersama Erra) ini lagi. Saya juga dah berbincang dengan Erra, kami tak akan berbincang mengenai isu ini lagi, sebaliknya meneruskan perjalanan seni kita.

Namun, apabila Erra tampil dengan kenyataan terbarunya dalam sebuah akhbar mingguan terbitan 15 Julai lalu, sekali lagi banyak perkara tidak benar mengenai perhubungan kami diperkatakannya. Maruah saya tercalar kerana ada pihak yang mengatakan saya terlalu emosional ketika berhadapan dengan isu ini.


Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu seperti yang didakwa Erra sebelum ini.

Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu. Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran dah berlaku lama.





Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan, janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra masih menidakkan perkara sebenar.

Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu. Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.

Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love. We were still trying to figure out our compatibility.”

Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006 yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30 September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust you 100 percent”.

Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri. Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah mulai renggang bersama saya.

Layari laman web saya, hans-isaac.com dan lihat sendiri gambar percutian kami di Singapura, selain aktiviti selam skuba di Pulau Sipadan dan Pulau Mataking. Kami bercuti di Singapura awal Mei lalu dan menjayakan aktiviti selam skuba sekitar Mac hingga April, baru-baru ini. Nilailah sendiri, sama ada kami bercinta atau sekadar berkawan saja. Sekali lagi perhatikan tarikh percutian kami dan aktiviti selam skuba itu.

Yang peliknya lagi, dalam kebanyakan kenyataan Erra di media sebelum ini, dia mengatakan dia memaafkan saya di atas perbuatan saya pada malam itu (1 Julai) iaitu apabila saya ke rumahnya, mendapati Emran ada di sana dan memukulnya. Kenapa pula Erra perlu memaafkan saya? Bagi saya, tak perlu.

Saya sedia untuk ditemubual kali ini kerana saya tak mahu lagi Erra terus memberikan kenyataan tidak benar kepada media, sekali gus menipu pembaca dan orang ramai.

Saya tak mahu maruah saya terus diperkotak-katikkan oleh peminat Erra atau wartawan yang mempersoalkan kenapa saya terlalu emosional. Soal Erra nak bercinta dengan siapa, terpulang, itu hak dia.

Saya harap ini adalah kenyataan terakhir daripada saya. Erra pula, cukuplah dengan cerita pembohongannya. Janganlah dia terus menipu pembaca dan peminatnya sendiri termasuklah wartawan. Janganlah terus menyalahkan saya, selepas itu memaafkannya, cukuplah.

Wartawan juga janganlah terus mengatakan saya ni emosional. Kalau kejadian seumpama ini terjadi pada diri anda, anda akan tahu sendiri. Ini membabitkan maruah diri dan keluarga. Apabila orang menipu menggunakan nama saya, saya harus berdiri di hadapan dan tunjukkan kebenarannya.

Saya pernah cakap pada Erra, kalau dia terus menipu, saya akan tunjukkan bukti untuk menceritakan keadaan sebenar.

Sementara itu, saya ada satu filem bekerjasama dengan Erra iaitu Cuci apabila saya bertindak sebagai penerbit, pengarah dan pelakon. Cuci dijangka memulakan kempen promosinya penghujung tahun ini. Erra pula digalakkan untuk turut mempromosikan Cuci.

Kehadirannya amat dialu-alukan. Bagi saya, hal peribadi tetap peribadi, tapi apabila tiba waktu bekerja, kita profesional. Ini adalah kerja, tempat cari makan. Seandainya Erra tak datang promosi Cuci, terpulanglah pada dia. Tapi, saya rasa Erra akan beri kerjasamanya kerana dia seorang yang profesional.

Saya harap isu ini akan segera berakhir, penatlah! Sekiranya Erra terus membuat kenyataan penafiannya terhadap segala SMS dan gambar yang disiarkan hari ini, saya akan terus memberikan bukti, ada banyak lagi.

Saya harap Erra jangan buat kenyataan lagi kerana jika ada pembohongan dalam kenyataan seterusnya, keadaan akan jadi lebih teruk. Jangan paksa saya untuk balas balik kenyataannya, kalau terus berlanjutan begini, isu ini tak akan selesai. Jangan gali lubang lebih dalam untuk diri sendiri, cukuplah.”

Last edited by RVP20 on 20-8-2013 02:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 02:34 PM | Show all posts
RVP20 posted on 20-8-2013 02:25 PM
Artikel lama

boleh tahan membirah EF ni ya.
sampai leh bawak jantan balik rumah..

padan muka la kena tinggal dengan laki dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 02:58 PM | Show all posts
penah dgr skandal azlee senario ngn lydiawati?

ke aku yg salah info

dolu2 sape igt?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 03:05 PM | Show all posts
Jennyrol posted on 15-8-2013 07:49 AM
Hahahaa

KLAKAU GILEEEE
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 03:35 PM | Show all posts
RVP20 posted on 20-8-2013 02:11 PM
Bekas MB Pahang yg sekarang menjadi TYT Melaka

kann? aku tau dr kwn2 anak dia tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 03:53 PM | Show all posts
haruslah posted on 20-8-2013 02:58 PM
penah dgr skandal azlee senario ngn lydiawati?

ke aku yg salah info

perenah..smpai hmpir nak kawen kn..azlee hmpir cerai kn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2013 03:56 PM | Show all posts
chandrahusin posted on 20-8-2013 03:35 PM
kann? aku tau dr kwn2 anak dia tu

Aku pulak tau dari family in-law aku
My SIL & BIL banyak kawan dikalangan anak VIP

Seingat aku masa CT buat show kat RAH, bekas MB & wife pun ada jgk sekali la dgn sultan negeri tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 04:05 PM | Show all posts
anaktoyol posted on 19-8-2013 07:29 PM
Siti lah paling terror...caras sekali package...anak 4 orang..+ sebiji rumah bak istana...

Ct xdak zuriat tu jer kalahnya..kesian woooo kt ct para pencaras yg lain beranak pinak fasha memey asyik upload gambo baby. Ct?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:11 AM | Show all posts
jargon posted on 20-8-2013 03:53 PM
perenah..smpai hmpir nak kawen kn..azlee hmpir cerai kn

tu la rase nye ade masuk melodi kot

ending nye sape igt????

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 06:32 PM | Show all posts
eija2013 posted on 20-8-2013 02:16 PM
ai budak UM...ai rasa the onlu U yang bagi student dia pakai ikut suka...time ai dulu budak2 class ...

dulu UM memang sempoi. pakai skirt singkat atas lutut pun ok je. tapi sekarang aku pun tak tahu adakah UM masih seperti dulu atau tetiba dilanda arus konservatif alim sebegitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.056115 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list