|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
errr..nicki...
baik cepat sambung entry..
sblm benang uols jadi benang ulasan drama melayu/korea/novel..
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 3-2-2014 11:42 AM
errr..nicki...
baik cepat sambung entry..
Sambung le ni.... sikit...
Sorry...ada perkara tak dapat dielakkan, nak mengadap lappy pun tak sempat.... |
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 3-2-2014 03:48 PM
err mr eregen tu i layan juga..
tg adam pun tgk juga..kdg2 ..
Errrr....nak menyampuk gak.
I tak layan citer ariana rose, tertengok sekali sekali...dan tak suka juga sore tg Adam tu...hahahahha.
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 28
Sambil mengirup teh tarik yang sudah hilang suamnya, Amy membalas mesej dari Aaron. Sejak dua tiga menjak ini, semakin sibuk pula. Selain bekerja tetap sebagai Senior Finance Officer, dia juga menjawat satu lagi jawatan tak bergaji tanpa rela - Pegawai Pemantau Farizah.
Sudahlah tak bergaji, laporan perlu di beri sekerap mungkin tak kira masa. Mujurlah Aaron tak mengganggu ketika waktu tidur. Jika tidak, memang maki hamun yang Si Ah Beng itu dapat.
Tapi, Amy bukanlah berkira tentang itu. Sudah terlajak janji untuk menolong maka Amy pun tidaklah kisah sangat walaupun sehingga hari ini, dia tidak tahu masalah sebenar Aaron dan Farizah. Bila ditanya pada Farizah, sahabatnya itu sekadar diam dan mengangkat bahu. Bila Aaron disoal, jawapan yang dia terima hanyalah ‘Sorry Amy. It’s too privacy. Kalau Izzy taknak cakap, lebih baik kalau I pun tutup mulut.’
Jadinya, daripada pening kepala memikirkan masalah orang lain yang dia tak tahu mana kepala dan ekornya, lebih baik dia tidak bertanya lagi.
Soalan yang Aaron tanya berkenaan perihal Farizah juga sama saja setiap kali.
Dia kerja tak hari ni?
Flight ke mana?
Ada tak dia keluar dengan siapa-siapa?
How is she?
Did she say anything to you?
Dan soalan yang lebih kurang sama berulang-ulang. Soalan pun hampir sama setiap kali, maka jawapan yang diberi juga haruslah sama juga setiap kali. Tetapi Amy jujur memberikan jawapan. Apa yang dia nampak, itulah laporan yang dia beri kepada Aaron.
Pada pandangan Amy, Farizah kelihatan biasa saja namun kurang bercakap seperti dulu. Lebih banyak termenung dan berdiam diri. Perubahan paling besar yang berlaku pada Farizah adalah, dia tidak lagi kerap keluar berhiburan seperti dulu. Keluar rumah pun hanya untuk pergi kerja sahaja. Masa selebihnya, dihabiskan di depan televisyen ataupun berkurung dalam bilik.
Amy, I betul-betul tak tahu nak buat apa. Dia langsung tak jawab call I. Mesej pun tak nak balas. Please help me.
Mesej Whatsapp dari Aaron di baca dengan kening terangkat.
“Nak tolong macam mana? Apa masalah kau dengan Izah pun aku tak tahu.” Amy membebel sendiri sambil jarinya menaip balasan.
How to help? I don’t even know what is your problem dengan Izah.
Tolonglah pujuk dia. At least, suruh dia balas mesej I…please.
Amy menggelengkan kepala.
Tolong pujuk? Dengan I pun dia tak cakap banyak. Kalau I tanya pasal you pun, dia tengok I macam blur…how ler?
You kan BFF dia. Please Amy… I need to talk to her. I nak sangat jumpa dia.
Sekali lagi, Amy menggelengkan kepala.
Nanti I try pujuk dia lagi.
Thanks Amy...and thanks for everything.
No problem.
Please take care of her for me.
Sure.
Amy…I miss her so much.
Mesej dari Aaron kali ini tidak dibalas. Luahan perasaan dari Aaron sedikit sebanyak meninggalkan rasa berat pada Amy, sebagai seorang kawan. Amy melepaskan nafas panjang. Last edited by Nicki_Meow on 4-2-2014 03:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Farizah memang sering keluar dengan ramai lelaki. Dengan kecantikan semulajadi dan ditambah pula dengan sikap manja dan menggoda, mudah saja Farizah mencairkan hati mana-mana lelaki, yang berhidung belang terutamanya. Koleksi teman lelaki Farizah memang ramai namun tiada satu pun yang benar-benar dianggap serius.
Satu pendirian Farizah yang Amy tahu, walaupun manja dan menggoda, Farizah tidak akan menyerah diri pada lelaki-lelaki yang berdampingan dengannya. Atas sebab tertentu, Farizah menjadikan lelaki-lelaki itu sebagai teman berhibur dan melepaskan rasa sunyi. Bila bosan, mereka ditinggalkan. Atau mereka sendiri yang mengundur diri kerana tidak tahan dengan sikap Farizah. Tidak ralat, dengan mudah Farizah mencari teman pengganti. Wanita secantik Farizah, satu hilang…sepuluh datang.
Yang datang pun bukan calang-calang rakyat marhaen, ada rupa dan harta. Macam Tengku Badli.
Badli…hhmmm. Badli kawan Aaron. Aaron keluar dengan Farizah. Badli jealous lepas tu gaduh. Tapi kalau gaduh, mesti Badli yang cari Izah. Kenapa Aaron pulak yang beriya-iya?
Amy cuba mencantumkan serpihan puzzle dalam kepala tetapi, masih ada kepingan yang belum dapat dipadankan.
“Ai Cik Kak… jauh monung eh?” Suara Pit the Peon menegur lantas kepingan puzzle khayalan Amy pecah berderai. Amy mengangkat kening.
“Kau tak reti bagi salam ke Pit?” Amy membalas.
“Assalamualaikum Kak Amy…” Sengih Pit ketika memberi salam.
“Waalaikummusalam.”
“Kenapa Kak Amy? Lain macam je saya tengok…” Ujar Pit lagi.
“Lain macam apanya?” Muka peon yang baru berumur 20 tahun itu Amy pandang.
“Ya lah. Dah termenung jauh, macam ada masalah je. Boyfriend lari ke?” Usik Pit.
“Haah Pit. Dia lari tak balik-balik sampai ke sudah.” Amy membalas usikan. Pit tersengih lagi.
“Tapi, saya rasa…boyfriend akak tak lari jauh mana pun.” Sambung Pit.
Amy angkat kening dan membuat muka tanda soal.
“Ni ha…tadaaaaa….” Pit mengunjuk sejambak bunga ros yang dari tadi disorokkan di belakangnya kepada Amy.
“Apa ni?” Soal Amy, kehairanan.
“Laaaa. Bunga roslah. Belajar tinggi-tinggi, bunga rose pun tak kenal…” Sindir Pit.
“Iya, akak taulah bunga ros. Siapa bagi?”
“Abang Farid…”
“Farid?” Nafas Amy tergendala seketika. |
|
|
|
|
|
|
|
“Haah. Abang Farid. Saya perasan dia tunggu lamaaaa dekat bawah tadi. Last-last, saya tegurlah jugak kan. Dia kata nak jumpa akak tapi segan. Dia mintak tolong saya bagi bunga ni kat akak…”
Amy melepaskan nafas kasar.
Farid.
Satu tempat kerjanya sudah tahu teman lelakinya adalah Farid. Dan satu tempat kerjanya sudah tahu yang Farid itu panas baran. Masakan tidak? Pernah Farid buat kecoh di sini hingga dihalau security guard. Nasib bossnya baik hati. Amy sekadar diberi nasihat tegas untuk tidak lagi membawa urusan peribadi ke pejabat sehingga mengganggu ketenteraman rakan sepejabat.
Malu, sudah tentu. Tapi, nak buat macam mana? Hadap sajalah.
“Kak Amy!” Suara Pit sekali lagi menerjah telinga Amy. “Berangan pulak orang tua ni…” Pit sambung bebelan.
“Kak Amy…”
“Iya?”
“Bunga ni saya letak sini ajelah. Saya chow sing-chi dulu. Banyak lagi kerja nak buat.” Pit meletakkan bunga ros itu di atas meja Amy dan terus melangkah pergi.
Jambangan rose merah yang terhias cantik tergeletak atas mejanya. Amy tak menyentuh, sekadar merenung dengan fikiran yang bercelaru.
Farid. Memang tak faham bahasa. Tak tahu lagi apa yang perlu diberitahu pada Farid agar melupakan terus niat untuk kembali menjalin hubungan. Hatinya sudah tertutup rapat untuk lelaki bernama Farid. Amaran sudah berkali-kali diberikan untuk tidak mengganggu tetapi Farid tetap tegar dengan kemahuannya.
No more Farid.
Jambangan rose itu dicampakkan terus ke dalam tong sampah dan Amy merengus.
“Farid bagi bunga lagi ke?” Soal Noni, jiran meja sebelah merangkap PA kepada bossnya. Sudah pasti, Noni juga tahu perihal Farid.
Amy cuma mampu mengangguk perlahan.
“Aku rasakan, kalau Farid tak faham bahasa jugak, kau buat aje police report.”
“Police report? Serius sangat tu kot…Noni?” Berkerut kening Amy. Farid memang agak melampau tetapi tidaklah sampai terfikir untuk membuat laporan polis.
“Terpulanglah pada kau. Tapi pada aku, si Farid ni bukan gila bayang lagi tau tak? Ni dah tahap saiko dah ni. Siang malam menempel kat opis, kat rumah kau. Banyak masa dia? Tak kerja ke apa?”
“Memanglah Farid banyak masa. Nama pun tauke bengkel…”
Noni angkat bahu sambil senyum.
“Aku nak buat laporan apa? Bekas teman lelaki saya gila talak. Wahhhhh….hot betul tajuk laporan.”
Noni gelak.
“Entah-entah, polis pun malas nak layan kes ni.” Sambung Amy.
“Aku cakap je. Apa-apa pun… baik kau hati-hati. Orang sakit jiwa… ramai sebenarnya kat Malaysia ni. Cuma kita je tak tahu…” Noni berkata lagi.
“Kau nak cakap Farid sakit jiwalah?”
Noni angguk dan Amy ketawa.
"Tak ada apa-apalah…kot. Lama-lama, kalau Farid bosan, dia blah lah..." Kata Amy. Sekali lagi, Noni mengangkat bahu dan menyambung kerja.
Amy juga turut menumpukan kembali perhatiannya pada kerja walaupun kata-kata Noni bermain-main di fikirannya.
"Baik kau hati-hati. Orang sakit jiwa ramai sebenarnya kat Malaysia ni..."
Tak mungkinlah Farid sampai tahap sakit jiwa....
*********************** |
|
|
|
|
|
|
|
Tu diaa... Dlm pada tak sempat mengadap lappy kan??
Mesti idea melimpah ruah masa kat sepital.
psst... teringat cerita kau laksana bulan. Ada peminat saiko. |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi farid mauuuu....!!
hi lady yg kat atas...
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 4-2-2014 03:07 PM
apa lagi farid mauuuu....!!
hai usu yg kat bawah...
Farid mahu menjadi insan kamil!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-2-2014 03:42 PM
Calon untuk watak Farid Saiko.....
omg...yg ni sgt seswai uolss....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-2-2014 03:42 PM
Calon untuk watak Farid Saiko.....
Kalau tak silap novel tp lady tengok kat tv...
Cerita lama lerr....
psttt.... bleh proceed with the plot.... kenapa perlu solat?
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 5-2-2014 10:28 AM
Kalau tak silap novel tp lady tengok kat tv...
Cerita lama lerr....
Thanks gepren...
|
|
|
|
|
|
|
|
Usai bersolat di Masjid As-Syakirin, Zack menapak ke arah Dome di KLCC. Sekali lagi, tempat itu menjadi pilihan Kate untuk bersantai lepas kerja. Seperti biasa, ketika di tanya kenapa memilih Dome, Kate memberi alasan mahu melihat air pancut.
Mungkin melihat air pancut memberikan Kate satu terapi ketenangan...entah. Zack pun tak tahu.
“Hai darling….” Sapa Zack lalu tersengih memandang Kate yang sedang mengulum Chupa Chups.
“Urrgghh….” Balas Kate lalu membuat muka loya mendengar panggilan darling dari Zack. Zack gelak. Kate memutarkan biji mata tapi dia tidak marah mahupun mengambil hati. Dia tahu, Zack sekadar bergurau.
Zack duduk berhadapan dengan Kate lalu menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Segelas Ice Latte yang aisnya sudah banyak cair diangkat dari meja lalu penyedut minuman di suakan ke mulut. Sejuk terasa apabila latte itu masuk laju melalui kerongkongnya. Hari ini saja, bercawan juga kopi yang diminum. Tidak seperti Kate yang lebih mudah untuk menghilangkan ketagihan dengan gula-gula Chupa Chups, Zack pula mahukan kafein tambahan untuk mencari imbangan akibat berhenti merokok.
Pandangan mata ditebarkan ke seluruh KLCC sebelum matanya tertancap kembali ke anak mata Kate yang ketika ini, juga sedang merenungnya.
Mereka berbalas renungan membuatkan Zack menarik nafas panjang.
“Muka I dah senget ke… apa?” Tanya Zack membuatkan Kate tergelak.
“Tak adalah.”
“Then, kenapa you tengok macam ada something wrong kat muka I?”
Kate senyum lalu menggelengkan kepala. Zack mengangkat kening. Sudah banyak kali dia perasan Kate sikap Kate yang satu ini. Setiap kali mereka keluar dan apabila Zack meminta diri untuk bersolat sebentar, Kate akan memandangnya dengan satu pandangan semacam, pandangan yang sama juga pada saat ini. Zack selalunya membiarkan saja teka-teki itu duduk diam dalam minda. Entah kenapa, pada hari ini, dia tergerak hati untuk bertanya.
“Cakaplah. Macam ada benda aje yang you nak tanya…” Suruh Zack. Apabila hampir separuh mulut Kate terbuka untuk bersuara, segera Zack memotong. “I don’t want ‘nothing’ as an answer…”
Kate terus mengemam bibir. Zack menolak rambutnya ke atas sambil memandang Kate yang kelihatan serba salah saat ini.
“Actually…” Tutur Kate lalu menggapai gelas berisi Mocha Ais. Isinya di sedut sedikit sebelum gelas itu diletakkan kembali di atas meja. “I do have questions…if you don’t mind…”
“Shoot…”
Kate seperti berfikir seketika.
“Zack. Why do you have to pray?”
“Erkk?” Berkerut kening Zack mendengar soalan itu.
“Why do you have to pray?” Sekali lagi, Kate mengulang soalan. Zack merenung Kate yang juga sedang merenungnya, menanti jawapan. Zack terdiam seketika. Tidak menjangka lansung soalan itu akan keluar dari mulut Kate.
Kenapa perlu solat? Macam senang saja nak jawab. Jika dulu, sewaktu umurnya lima tahun, sudah pasti jawapannya ‘Sebab Mak suruh’. Dah besar sedikit jawapan pun berubah jadi ‘Kalau tak solat nanti, Allah marah’.
Bila dah lebih berakal, dia sedar sendiri sebagai seorang Islam, dia punya kewajipan untuk bersolat. Walaupun diakui, ada masa-masanya, solat yang dilakukan hampir di hujung waktu. Kadang-kadang, nyaris terbabas. Terbabas terus, pernah juga. Bohonglah kalau tak pernah.
Berbalik pada soalan tadi. Kenapa perlu solat? Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 02:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Because I’m a Muslim…” Jawapan ringkas Zack berikan. Kate memutarkan biji mata.
“I’m not that stupidlah. Of course I know you are a Muslim. Muslim have to pray five times a day…puasa... pergi haji. Itu I tahu. But why you have to do it?”
Zack memandang Kate agak lama. Nampaknya, Kate serius dengan soalannya ini. Kate pernah cakap, dia menganut agama Kristian. Tapi Kate juga mengakui yang sudah lama dia tak mempraktikan ajaran itu. Sebab yang diberikan adalah, malas dan tiada lagi kepentingan untuk dia berbuat begitu. Hidupnya masih sama, tidak kira sama ada mempraktikan ajaran agama atau tidak. Asalkan tidak mengganggu-gugat ketenteraman orang lain, sudah cukup bagi Kate.
“As a muslim, we pray because it’s an order.” Jawab Zack.
“So…you have to follow the order whether you like it or not?”
Zack angguk. Solat bukan pilihan. Di suruh bersolat…solat sajalah. Tak perlu dipersoalkan sama ada suka atau tidak.
“But why? Why is praying is so important?”
Kenapa solat penting? Banyak sebab yang boleh diberikan. Tapi, oleh kerana yang menyoal itu Kate, Zack rasa dia perlu menerangkan konsep solat dengan cara sepaling ringkas. Bimbang Kate akan lebih keliru jika diterangkan secara terperinci. Dalam masa yang sama, Zack sedikit kurang yakin dan terasa rendah diri. Gaya hidupnya sendiri tidaklah terlalu islamik sehingga boleh dijadikan contoh. Lagipun, Kate yang dia kenali agak mendesak orangnya. Selagi tidak berpuas hati dengan jawapan, selagi itu Kate akan terus menyoal. Kalau disoal lebih-lebih nanti, takut dia pula yang tergagap-gagap menjawab.
Kate ni...kalau jadi polis atau lawyer, memang sesuai. Mana-mana penjenayah mesti cuak bila Kate buat soal-siasat.
“I’m waiting Mr. Zack…” Tegur Kate. Zack mengangkat muka memandang Kate namun masih belum memberikan jawapan.
Isk…si Kate ni pun. Zack berfikir lama. Yang sebenarnya, tidak pernah dia diterjah dengan soalan begini. Terasa seperti peserta Pencetus Ummah pula…
Zack tergelak sendiri. Peserta Pencetus Ummah konon. Peserta Pencetus Ummah dengan dia, macam langit dengan bumi.
“What’s so funny?” Kate bersuara lagi. Zack geleng kepala dan tersengih cuma. Zack memandang Kate sekali lagi dan kemudiannya mengeluarkan buku nota dan pen dari beg galasnya. Dia mula melukis dengan tekun. Ini saja cara paling ringkas yang dapat dia fikir untuk menerangkan kepada Kate.
Kate memerhati dengan penuh minat sehingga Zack tamat melukis. Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 02:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Okay….tengok ni..” Zack menunjukkan lukisan itu kepada Kate.
“Nice house.” Puji Kate sambil tersengih.
“Haha…thanks.” Balas Zack, tergelak sedikit. Nama pun budak grafik. Sia-sia jadi budak grafik kalau lukis rumah tak cantik…
“Okay. Rumah..you tahulah kan. Rumah, mesti ada tiang…bumbung segala…kan?”
Kate mengangguk.
“So now…imagine this house…” Zack menunjukkan rumah itu dengan pen. “Ada tiang. Tapi tiang rumah ni tak solid…tak kukuh. Apa jadi dengan rumah tu?”
“Collapse?”
“Pandai. Rumah, kalau tiangnya tak kukuh, lama-lama boleh collapse. Sama juga macam Faith. Imagine this house is a Faith. And solat itu tiang. What happen if this tiang is not solid?”
Kelihatannya Kate berfikir sejenak.“Collapse?”
“Pandai.” Puji Zack. Kate tersenyum.
“For muslims, solat is the pillar of our Faith. If we don’t perform the prayers, lama-lama Faith will collapse…and so is the religion.” Last edited by Nicki_Meow on 5-2-2014 11:44 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 5-2-2014 11:39 AM
“Okay….tengok ni..” Zack menunjukkan lukisan itu kepada Kate.
macam ye ye jek Zack yg lukis. kihkih...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|