CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 27-11-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts

Sambung nicki.. jangan melopong je dpn komputer tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah ni dah bersawang....

TT cepat sikit update
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 12:54 PM | Show all posts
TT sambunglah cepat xsabar nk tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
fatimz posted on 3-12-2014 04:54 AM
TT sambunglah cepat xsabar nk tahu...

TT  tengah writer block tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 03:43 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 04:10 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 5-12-2014 03:43 PM




adeii ingatkan ada update

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2014 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
niki oooo niki...update yer....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 04:49 PM | Show all posts
rindu tron
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 01:05 PM | Show all posts
Ya Allah..aku baru baca cerita ni..rupanya best gilerrrr....TT nicki...cepat sambung..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 05:03 PM | Show all posts
tt cepatlah sambung dah rindu nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 12:32 AM | Show all posts
Salam,

Sorrylah pasal lembab benor nak hapdet benang. Otak tepu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 12:33 AM | Show all posts
pooh83 posted on 9-12-2014 01:05 PM
Ya Allah..aku baru baca cerita ni..rupanya best gilerrrr....TT nicki...cepat sambung..huhu

Thanks for reading Pooh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 12:35 AM | Show all posts
fatimz posted on 11-12-2014 05:03 PM
tt cepatlah sambung dah rindu nie...

Fatimz, thanks for reading.

Akan cuba di hapdet secepat mungkin..... (tapi tak janji )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 12:39 AM | Show all posts
BAB 23

Gelanggang Futsal itu masih meriah dengan sorak-sorai dari yang menyokong, mahupun yang bermain. Malam ini malam minggu. Sudah menjadi kebiasaan gelanggang futsal itu penuh dengan mereka-mereka yang mahu beriadah mengeluarkan peluh. Ramai yang bujang, tak kurang juga yang membawa keluarga masing-masing.

Dari luar gelanggang, Amir yang kemengahan kerana baru lepas bermain futsal mengambil peluang untuk menyedut oksigen sebanyak-banyaknya. Dalam masa yang sama, sempat lagi Amir memerhatikan Qusyairi yang sudah masuk ke gelanggang bersama kumpulannya untuk memulakan permainan. Hari ini, sahabatnya itu terlebih-lebih cerianya. Bukan hari ini saja, malah semenjak beberapa hari yang lalu, sikap Qusyairi memang banyak berubah.

Jika dulu, teramat susah mahu melihat Qusyairi bercakap banyak tapi, kebelakangan ini, Qusyairi bagai juara pidato. Ada saja perkara yang ingin dibualkan. Kosa katanya bertambah-tambah. Qusyairi juga semakin mudah dibawa bergurau. Loyar buruk pun ada.   

Kenapa agaknya?

“Hoi. Apahal kau termenung pulak ni?”

Bahunya ditepuk. Amir menoleh ke sebelah. Razlan sudah mengambil tempat di sebelah. Kelihatan dia turut kemengahan lantas menghirup oksigen sepuas-puasnya.

“Woohoo! Golllll!”

Suara jeritan mengalih perhatian mereka. Gol telah dijaringkan. Qusyairi sedang ber ‘high-five’ dengan ahli kumpulannya yang lain. Amir geleng dan tersengih. Lain macam betul semangat Qusyairi...

“Lain macam pulak aku tengok si Qi tu.”

Komen Razlan membuatkan kening Amir terangkat. Fikirnya, hanya dia saja yang perasan akan perubahan itu.

“Lain macam mana?” Sengaja Amir menduga.

“Banyak bunyik lak skang.”

Amir sengih lagi mendengar jawapan. “Kau pun perasan?”

Razlan mengangguk.“Mahunya tak? Dulu, bukan main susah nak dengar suara. Kalau bercakap pun, benda yang penting-penting aje. Sekarang ni, kau tengoklah tu...” Razlan menjuih bibir. Amir turut memandang kembali ke gelanggang.

“Bukan main lagi. Macam poyo pun ada...” Sambung Razlan, tersengih sedikit. Amir turut tersengih mendengar kata-kata Razlan. Dalam hati, mengiyakan. Benarlah nampaknya, Qusyairi memang sudah berubah.

“Kau tengoklah tu...” Razlan menjuih bibir lagi.

“Adalah tu yang buat dia happy semacam.” Amir menyambung kata.  

“Orang kalau tengah kemaruk bercinta, macam tulah. Perangai pelik-pelik yang dibuat. Kata orang, mandi tak basah...tidur tak kenyang.”

“Apa Lan?” Kening Amir berkerut. “Bercinta? Siapa?”

“Aku agak aje. Tengok dari gaya si Qi tu, macam orang baru bercinta...”

Terdiam seketika.

“Aku nak beli air. Kau nak?” Razlan sudah bangkit dari duduk.

“Hundred Plus.” Amir turut memesan. Razlan angguk dan berlalu.

Amir membuang pandang lagi ke dalam gelanggang. Sekali lagi, Qusyairi diperhatikan. Apa benarkah sahabatnya itu sudah ada kekasih hati? Seingat Amir, tidak pernah pula Qusyairi bercerita tentang mana-mana gadis.

Bukan tidak percaya, apatah lagi untuk beriri hati. Baguslah jika benar. Cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran Amir apabila Razlan membangkitkan soal itu. Serta-merta, apa yang pernah Qusyairi ceritakan tentang mimpi yang dialaminya itu, terulang kembali dalam minda.

Tentang Amariya...

Tentang Sang Puteri bernama Arania.

Tentang gadis bernama Syakilla.

Adakah ianya berkaitan dengan perubahan sikap Qusyairi?

Amir garu kepala. Kenapa pula dia yang terlebih-lebih berfikir? Tapi, sikap Qusyairi itu memang menimbulkan tanda-tanya.

“Mir.”

Razlan sudah kembali dengan dua botol minuman Hundred Plus di tangan. Satu dihulurkan terus pada Amir.

“Thanks.” Ucap Amir. Razlan angguk.

Amir membuka penutup minuman. Cuba untuk tidak terlalu berfikir tentang perubahan Qusyairi itu.

Nantilah aku tanya dia sendiri...

Hundred Plus itu diteguk perlahan.

***
Last edited by Nicki_Meow on 14-12-2014 12:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 12:50 AM | Show all posts
hyperbola betul.. 360darjah terus berubah si Qusyairi neh
aku dok terbayangkan QI berjoget2 tengah gelanggang celebret gol tadi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 07:25 AM | Show all posts
Wah...dh ada sambungan..tq nicki..wlaupun ciput jer.. chaiyok2!..sambung lg tau..jgn la tggu bulan depan pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2014 09:37 AM | Show all posts
Ko ni Nicki sambung citer macam melepas batuk di atas pokok gitu..

baru nak feel...Qi jatuh cinta ngan aku kann?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 09:51 AM | Show all posts
Ipo posted on 14-12-2014 09:37 AM
Ko ni Nicki sambung citer macam melepas batuk di atas pokok gitu..

baru nak feel...Qi jatuh  ...

mmelepas batuk atas pokok.. mau tergolek dog jauh bawah pokok nanti

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-12-2014 04:39 PM
BAB 23

Gelanggang Futsal itu masih meriah dengan sorak-sorai dari yang menyokong, mahupun yang be ...

Bila puteri Amariya nak mai bumi ni..lambatnya.sakit menunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 10:06 PM | Show all posts
Esmiria posted on 14-12-2014 10:01 AM
Bila puteri Amariya nak mai bumi ni..lambatnya.sakit menunggu...

Sakit eh? Pi telan ubat dulu...

Akak tak banyak idea macam ko lah Es.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 1.334507 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list