|
|
[Tempatan]
Pelajar Hilang Selepas Sertai Marathon UPDATE #KENYATAAN BAPA
[Copy link]
|
|
|
GhostWalking posted on 7-11-2014 11:51 PM
Menarik sangat!share lah lagi untuk panduan.ikut pada ur points nampak gaya penganjur lah yang s ...
Biasalah organizer. Kalau biasa join marathon ke climbathon blh rasa sendiri mmg ada organizer yg super strict and micromanage every aspects. And ada yg sambil lewa. Biasalah tu.
Apa2 pun kalau btl nak join aktiviti lasak yg extreme mcm ni kene byk preparation dr sesimple benda smpi la yg complicated. Atleast kalau organizer sambil lewa - kita as peserta dah ready on our part.
Plak tu events climbathon biasanya tak ramai join. Set2 muka tuuu jelah. Sebab mmg extreme pls. Kalau tak ready alamak ai mmg koyak.
Hehe @mesmerize biasalahh kene guna akal logik gak though i try my best not to rule out faktor2 ghaib...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
justchu posted on 7-11-2014 11:02 AM 
ko merepek apa ni labu? salah masuk thread kot
alih2 tuhan banyak lah tuhan satu lah
kalo agak2 ...
dia mmg dr dulu gitu.. byk psoalan smp wat dia sndr pening..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 6-11-2014 09:56 AM
Ni jawapan pada punca kematian...
Kwdudukan mcm mane ye masa mangsa ditemui...
Sorry..jrg bukak forum..keadaan mangsa mengiring kepala.ke bwh dlm 45 darjah..n tangan terkeluar dr air |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
princess_kunang posted on 9-11-2014 08:19 PM 
Sorry..jrg bukak forum..keadaan mangsa mengiring kepala.ke bwh dlm 45 darjah..n tangan terkeluar d ...
oh... normallah tu. ingatkan nak cakap ada unsur mistik.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kot2 yang hilang kat hutan..tapi x jumpa..dah hijrah ke dunia lain..dunia ghaib.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wan Munadi (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Azman (kanan), di kediamannya di Kuala Berang, semalam.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
KUALA BERANG – Bapa Ahmad Rafiqin Azman, 16, pelajar tingkatan empat yang maut selepas empat hari hilang ketika menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar dan cerita palsu mengenai anaknya di internet.
Azman Othman, 50, berkata, perbuatan begitu tidak menghormati sensitiviti dan menambah kesedihan beliau sekeluarga.
“Saya dapat maklumat ada gambar dan cerita tidak benar mengenainya disebarkan. Jadi, saya minta berhentilah sebar gambar dan cerita yang tidak benar mengenai arwah di laman sosial," katanya.
Beliau berkata, Ahmad Rafiqin seorang anak yang baik, hormat ibu bapa dan guru serta bijak.
"Jadi, saya mohon agar sebarang gambar yang mengarut, cerita dan khabar angin dihentikan serta-merta,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.
Menurut Azman, beliau sekeluarga telah menerima laporan saintifik dan maklumat sebenar mengenai kematian anaknya itu dan berharap tiada lagi spekulasi ditimbulkan berhubung kematian anaknya.
“Kami telahpun dapat maklumat sebenar daripada pihak hospital dan kami menerima bukti saintifik bahawa beliau meninggal dunia kerana lemas,” katanya.
Azman berterima kasih atas kerjasama semua pihak dalam usaha mencari anaknya itu.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa beri sokongan kepada saya dan keluarga dalam menghadapi saat sukar seperti ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri dan setiap individu yang bersama di lokasi dalam misi mencari arah anak saya," katanya.
Azman berkata, beliau diberitahu usaha mencari bukan sahaja dari dalam Terengganu malah mereka dari luar negeri itu melalui doa dan solat hajat.
"Saya amat menghargai doa bagi kesejahteraan kami sekeluarga dan berharap agar arwah disemadikan dengan tenang dan ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.
Berikutan kejadian itu kata Azman, dia sekeluarga telah memutuskan tiada lagi penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti lasak bagi mengelak perkara sama berulang.
“Kita sudah buat ketetapan dalam keluarga, kalau boleh tidak ada lagi penglibatan (anggota keluarga) dalam acara lasak. Tragedi boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga," katanya.
Sumber:http://www.sinarharian.com.my/se ... ad-rafiqin-1.331683
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi thread agama dan mistik pulak. org melayu kalau tak kaitkn dgn mistik boleh tak? sng cerita panggilla uncle seekers Dan biar dia Tanya hantu dlm hutan tu Apa yg jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 9-11-2014 10:08 PM
Wan Munadi (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Azman (kanan), di kediamannya di Kuala Berang, ...
Serik jadinya ayah arwah bila jd mcm ni. Like no more that sort of activity in their families in future. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
anarina posted on 9-11-2014 03:01 PM 
Serik jadinya ayah arwah bila jd mcm ni. Like no more that sort of activity in their families in f ...
Mungkin,sebab ada juga yang kes anak meninggal lemas sampai ke anak cucu di tegah bagi main kat sungai/laut lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jasmine0981 posted on 8-11-2014 12:47 AM
Dah wat post mortem ke mayat Allahyarham? Aku belek2 tak jumpa2 gak malumat pasal yang berkenaan han ...
Dah...ada masuk dlm berita
Doktor kata jantung berhenti pam darah sbb penat sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mgkin arwah rsa penat..yerla dh lari laju2.. rsa nk pitam..turun sungai mgkin nk mnum air tetpi tergelincir
alfatihah utk arwah
aku pernah naik g.kinabalu. gara2 kwan ajak.dgn x train awal2..memg rsa nk pitam.. sbb nk gak bersaing dalm grup..tkot jln sorang2.. last2 ambik kputusan biar lmbat asalkn slmat..
org terakhir naik n org terakhir gak yg trun
ckuplah..lpas tu dh serik sbb x ckup fit |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|